MAKAN TENGAH HARI DI MOONLIGHT CAKE HOUSE

8/02/2018 12:56:00 PM

MAKAN TENGAH HARI DI MOONLIGHT CAKE HOUSE |Alhamdulilah syukur ke atas rezki Allah, untuk kali ini dan pertama kalinya, Sis dan Suami makan, di bayar oleh anak Sis,Yana. Kebetulan pada haritu besday Suami Sis. Suami ajak makan tengah hari, suruh call anaknya ajak sekali, bila call, anaknya pun free, jadi ajaklah lunch sekali. Tanya nak makan mana, Suami kata nak pergi moonlight aja. 
So ON aje. 

Suami memang tak suka makan kek sangat, jadi bila nak belikannya kek, dia memang menolak, kang ada pulak Sis ko yang melebih-lebih makan hahaha. So kami bertiga order menu makan tengah hari saja. Nama menunya pun Sis dah lupalah, memang tak amik port bab nama menu, tunjuk janji sedap ye udah hahaha. kalau ada yang tanya, korang tengok gambo je le, pastu pergi sana order hahaha. 
Maaflah ye. 


Moonlight Cake House
Terletak di  Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.
Di buka setiap hari, dari jam 10am hingga 1am.
Semua jenis menu western ada dan juga macam-macam kek ada.
Kalau korang nak buat surprise besday pun ada. Nanti mereka mainkan lagu dan bawa kek ke besday Girl/Boy diam-diam sambil budak-budak pelayan semua kerumun dan tepuk tangan hehehe. 


Kan dah kata Sis tak ingat nama menunya, jadi tengok ajelah gambar ye hahahaha.
Yang ini menu Suami Sis, paksa dia makan nasi. Kerja penat, badan lesu, konon nak diet-diet bagai. Haa kan dah kena bebel dengan isteri. Last-last Suami order yang ni, dan makan, habis juga semangkuk. 


Yang ini menu Sis. Dah hampir 8 hari masa tu diet nasi, jadinya memang makan menu yang berasas mee aja. Dan Suami kata Sis suka tomyam, jadinya dia orderkan Sis mee hoon tomyam ni. 
Perghh sedap uiii. Kena dengan selera anak tekak Sis. Pandai Suami pilih. 
Anak Sis pula makan mee ramen chicken, macamtulah namanya, tak sempat amik gambar, sebab masa tu call masuk, tengok-tengok anak dah bedal separuh hahahaha.
Suami gelakkan Sia masa tu adeiii sabo je laaa hahahaha.

So far Sis makan kat sini memang semua sedap-sedap. Keknya pun sedap. Biasalah kalau tanya kek apa, Sis memang suka RV Cake je (Red Velvet), lain tak berapa suka. Kalau Suami nak belikan kek pun, dia dah tau Sis suka kek apa hehehe. 

Terima kasihlah anak Sis, Yana yang tolong bayar bl makan tengah hari tu. Rezeki Ayahnya. Moga di murahkan rezekinya selalu dan di tambahkan lagi rezekinya .Aaamiinn.
Kalau ikut Ayahnya taknak suruh anaknya bayar, tapi anaknya lebih cepat hulur duitnya. Gasak anak banak berdebat kat kaunter nak bayar hahahaha. Emaknya gosok perut, kenyang hahaha. 





P/S: Alaa bukan diet apa pun, cuma diet tak makan nasi je, lain-lain Sis bedal hahaha. Cuma diet sekali gula, cukup sehari satu cawan kopi hehehe. #JanganKecamSis 


You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. Replies
    1. Alhamdulilah @Ejulz, memang sedap-sedap semuanya..macam-macam ado hehehe

      Delete
  2. woww,,,cantik ehkk moonlight cake dekat masai...diet gula cukup secawan kopi sehari.kihkihkihkih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, mai le sini, nanti kita lepak ngopi hehehe..
      Jadi ler, nak stop terus, sampai demam Sis Ain huhuhu

      Delete
  3. wah..anak dah boleh belanja makan ni..bestkan...kita tak pernah lagi makan kat moonligt..beli roti je kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @Rohaida..kejap je kan anak membesar, Ko plak tggu lagi 20 tahun Eda hehehe

      Delete
  4. sedap kek dekat sini..pernahh juga kami order untuk birthday kawan..wah, dah start diet nasi rupanya...kita lepas gambang la kot baru bole start diet betul2..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita lebih suka kek SDS hahaha tapi okaylah boleh juga layan..
      Ye Sunah, semalam tu nasib baik nasinya kecik molek hahaha cekik gak seketul ...

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.