Tuesday, August 28, 2018

PENGEMAR COKLAT, JOM KE MOLTEN CHOCOLATE CAFE JUSCO TEBRAU

PENGEMAR COKLAT, JOM KE MOLTEN CHOCOLATE CAFE JUSCO TEBRAU | Siapa sini pengemar coklat? Yee ramai suka maman coklat kan, termasuk gak Sis ni, tapi taklah berapa tegar sangat, manisss oii, kena beringatlah ye. Tapi kalau anak-anak Sis, memang suka, lebih-lebih lagi si Kakak tu, pantang apa jenis makanan ada coklat, dia mesti nak dan cuba. Dan yang terbaru ini haaa, baru di buka di Jusco Tebrau. Kalau sebelum ni DipnDip, kali ni lebih kurang sama macamtu, cuma namanya Molten Chocolate Cafe. 

Kebetulan semalam ke Hospital HSI melawat Emak, balik tu singgahlah ke Jusco Tebrau, nak makan cucuk-cucuk tu, ntah apa namanya, Sis main sebut cucuk-cucuk aje, alaaa yang ada kuah tomyam tu, Sis ko blur kejap lupa namanya, hahahah..Jalan punya jalan nak ke tempat makan tu, si Kakak ternampak pulak Molten Chocolate Cafe ni, ermm apalagi, memang di ajaklah masuk cuba huhuhu. 

Tapi kita makan cucuk-cucuknya dulu, lepas makan baru mencuci mulut makan coklat kat sini. Menu dia dan rupanya memang sama macam DipnDip tu, harganya pulak, kata si Kakak murah sikit, dan juga ada menu lain yang takde kat DipnDip. Yelaaaa kita cubalah. Emaknya follow aje ler..


Sis ko ni tadi nak update tercari-cari resitnya, mana ntah di campaknya. Nak tulis nama menu yang Sis order ni. Aishh time nak guna takde pulak dia, kang kejap-kejap lagi ada le tu terselit huhuhu. 
So sorilah ye korang, kalau korang nak cuba, kenalah pergi kedainya dan tengok gambar apa yang Sis makan ya huhuhu.


Yang ini macam eskrem magnum tu, dark coklat ko, pekat pahit-pahit sikit, tapi sedap gilee. Makan dengan wafer (yang bulat) tu ha. Sedap sangat-sangat! 
Tak silap set ni rm17.90 


Yang ni banyak Sis tengok orang order, anak pun nak yang ni, so kita orderlah yang ni. Dia sejenis crepe, memang nipis, tapi perghh sedap nak mati rasa coklat dia. Dark coklat kan, maunya tak sedap! Gigit masuk molot, hilang segala stress ko, longgar urat kepala hahahaha. 
Eh betullah, makan coklat boleh hilangkan stress. 
So yang ni rekomen laa kat korang kalau nak cuba ya. 


Okay, ingat-ingat, dah makan manis, korang tak payahlah order air bergula pulak, minum air masak je laa dik nun uii. Ngeri Sis ko bila rasa kemanisannya hehehe. 
Tapi Sis anak beranak kalau makan di luar, memang mesti order air putih, buat cuci perut hehehe. 


Molten Choclate Cafe ni baru je di buka. Ss pun dah berapa kali perasan cuma takde geng yang nak mengajak masuk, kena kat anak Sis, emmang lee pantang nampak orang kata hehehe. 

Info lokasi korang boleh ke baca di sini ya : Molten Chocolate Cafe Jusco Tebrau Johor






P/S: Ini kalau ada Ayahnya sekali, bukan dua menu tu je si Kakak order, mau penuh semeja uii. Dengan Emaknya ada sikit kena budget hahahaha :p


28 comments:

  1. alaaaaaaaa sedapnya! ni yang nampak kat ig td rasanya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee memang sedap @Shafyqah ...enak manis gileee hahahaa

      Delete
  2. Aduh. . Sedapnya coklat. .Kat umah ni coklat mmg setabung cairkan pas tu makan dgn sudu, syurgaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa sama laa dengan uma ni, tapi stoknya cadburry aje Kak @Seri hehehe

      Delete
  3. ya Allah sis...sedap nye..dark coklat tu memang fav.. kalau nak makan ni x boleh bawak anak-anak.. kena makan selow2.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha anak-anak pun mesti suka ni @Dilah, dark coklat dia sangat sedap!

      Delete
  4. Perghhhh.... Manisss jadi makin aktive ni.. nasib laki nya xde 🙊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ngek ngok ko @Retna hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Memang sedap En @Jamil..sedap tak terkata hehehe

      Delete
  6. hahahhahaaa.. air putih buat cuci peruttt ehkk..hahahahhaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yo laaa @Farahain, kang melekat semua manis kat gigi oii hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. Haaaa Oden, baru teringat, makaseh @Sunah hahahaha

      Delete
  8. Ohh, situ ehh..halal rupanyaaa..ok, boleh menyinggah ler kalau muroh cket dri dip n dip..tQ info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye halal @Nona, nanti belanja Sis ya hehehehe

      Delete
  9. Replies
    1. Pekat likat tapi sodap weiii @Hernee, meh laaa cubaaaa

      Delete
  10. pernah lalu,tapi takde perasaan lagi nak singgah..hadoii...lama dah buang perasaan makan coklat oit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa coklat kan sedap, hilang stress kalau makan coklat @Rohaida, tu Sis laaa hahahaha

      Delete
  11. alahai sodapnyyya memang peminat tegar choc pahit2 ni ..bila la nak sampai hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn dark coklat, memag sedap kan @Wani..

      Delete
  12. Argh ! terasa dekat gigi manis dia ") memang manis tersangat manis. kalu syaza suka ter-order banyak lepas tu tak daya nak habiskan sebab kemanisannya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha manis dia boleh lagi laa masuk molot, tapi kena bilas ar dengan air putih baru le lega sikit, kalau tak kemanisan tu memang terasa @Syaza ..

      Delete
  13. Ya Allahhhhhhhh sedapnyaaaaa oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe jommm @Uyul, nanti kita gi hehehe

      Delete
  14. tak gemar makan coklet saya ni.tapi tengok gambar tu..mengggodaaaaa sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha makan cokelat hilang stress @Mar hehehe

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com