Wednesday, August 15, 2018

RESEPI SAMBAL SOTONG PETAI PEDAS

RESEPI SAMBAL SOTONG PETAI | Rasanya lama tak up entri masak-masak kan? Bukan Sis tak masak, tapi tak menyempat nak menulisnya. Lebih kepada settlekan entri yang menunggu terlebih dahulu. Tapi hari ini ada sikit rajin bagi ruang update entri resepi masakan.

Sebenarnya menu masakan dalam gambar ni, menu yang Sis masak untuk Suami yang balik cuti Johor minggu haritu. Sis pula baru pulang dari Bukt Gambang Resort City (BGRC), jadinya Suami bersuara nak makan ikan asam rebus nanas, biasa ikan kembunglah dia minta, sekali gorengkan ikan asin yang dia beli tu. So Sis apalagi, memang tak boleh kalau dengar permintaan anak atau Suami nak makan apa.

Untuk lawankan menu asam rebus tu, Sis masak sotong yang berbaki dalam peti ais tu, sambalkan dia dengan petai, Kebetulan pergi kedai ada jual petai sepapan rm1. Belilah 5 papan masuk dalam sambal udang tu. Yang bestnya, Suami lebih makan sambal sotong petai tu dari makan asam rebus dia. Padahal dia yang minta asam rebus hahahaha. Kira petai tu ada daya tarikan pada Suami le tu hehehe.

Nak jadikan taknak membazir, malam tu kami berdua Suami Isteri meratah asam rebus tu, hirup panas-panas kuahnya. Inagt-ingat memang kelakar masa tu. Sambil makan sambil berbual. Gelak-gelak sampai tersedak-sedak kami hahahaha.

Dari Belakang: Ikan asin belanak, sayur kacang buncis tumis cendawan, asam rebus kembung nanas dan sambal sotong petai. 

Okay siapa yang nak cuba, silakanlah.
Ini resepi air tangan versi Sis Lin yer. hehehehe


Bahan-bahannya: 
- Setengah kilo sotong.
- 30 biji cili kering dikisar halus (ikutlah suka pedas memasing)
- Bawang besar di hiris
- Petai 5 papan

Bahan-bahan kisar: 
Segenggam ikam bilis
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Sedikit belacan.

Cara memasak:
- Masuk minyak ke dalam kuali kemudian masak cili kering kisar tumis 5 atau berapa kali pun hingga garing dan puashati, dengan api perlahan.
- Kemudian masukkan bahan kisar 
- Masak lagi atau sehingga kuah kering.

- Baru tambah sotong.
- Masak sehingga sotong masak.
- Tambah petai dan bawang besar yang dihiris nipis.
- Kacau sekejap dan kemudian tutup api dan hidangkan. 






P/S: Raya Haji ni pun Suami awal-awal dah bagitau menunya hehehe. apalagi kalau bukan menu kambingnya hehehe.


12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulilah sedap, makan licin Kak @Normi..

      Delete
  2. walaupunnn kita tak makann petai, tapiiii kita gerammm betoll nengok sotong tuhh..hahhahhaa..sanggup ketepikan petai sebab sotong tuh.hahahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi ko tak makan petai @Farahain, anak Sis tu baru cuba sekali terus melekat gian hahahaha

      Delete
  3. amboiii.. sedapnya menu sis.. tapi petai tu dilah tak makan.. memang tak pernah makan pun.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali Suami teringin nak makan, kita masak habis-habisan kan @Dilah hehehe

      Delete
  4. Kebetulan sotong dan petai ada ada kat rumah..boleh la buat nbuat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa apalagi, esok sambal sotong petailah gayanya @Suria hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Nanti free mai datang rumah, Sis masakkan, kita makan reramai ajak @Uyul sekali @Rohaida..

      Delete
  6. Aku balik bayangkan ko punya gelak & lawak sambil hirup asam rebus tu.. Cuma bab En Sabar tu aku tak bleh bayang mcm mn sbb nmpk dlm gambar mcm pendiam & pemalu orangnya, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha masa makan tu kita cerita pasal kat Gambang tu, lagi-lagi yang flying fox dan tunjuk videonya tu haaa Kak @Seri, tu yang Suami gelak macam haper..katanya harimau pun boelh pitammm hahahaha

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com