Wednesday, September 05, 2018

ASAM PEDAS AYAM TANPA BELACAN UNTUK SI ANAK

ASAM PEDAS AYAM TANPA BELACAN UNTUK SI ANAK | Ye tanpa belacan. Sebabnya belacan habis hahaha. Tapi sedap juga uii asam pedasnya, tetap tak lari juga rasa asam pedasnya. Tak caya ye cuba. Rasanya memang ada yang masak asam pedas tak letak belacan kan? Sebab ada orang yang tak boleh makan belacan sebab alergik, macam anak Sis dulu pun sama juga, kalau masak letak belacan mestilah mengaru hidung, tak taulah resdung ke alergik ke, kesian tengok, tapi sekarang nampak dah okay, katanya hilang macamtu je, adalah juga dia makan ubat tu, tapi sekarang takde makan ubat apa pun, dah okay dah. 

Cuma untuk harini sebab tak letak belacan , sebab belacan habis jer, biasa memang Sis letak belacan, nak gi kedai malas, jadi masak aje la asam pedas tanpa belacan. Sebenarnya memang sendiri pun nak makan asam pedas, sebelum bercuti ni, takut nanti meraung rindu asam pedas hahaha. 
Eh nak kemana? Hohohoho tak kemanalah cuma jalan-jalan melawat kawasan orang je hahahaha. 
Nantilah baru cerita yer. Follow my IG dan FB hahahaha

Jadi, maka tersiaplah dan termasaklah asam pedas tanpa belacan untuk harini, ada kobis sikit, kita goreng tumis telur, jadilah makan bertiga. Resepi? Korang tengoklah gambo tu yer. 


Walau takde belacan, rasa tetap sama, kalau dah kata air tangan emaknya, anak makan pun kata sedap, ye dakkk.. Lama tak memasak, bila dah masak, rasa satu kepuasan ! Lagi pulak nak tinggalkan anak, dapat masakkan untuk mereka, rasa lagi puas dan lega. Sekurangnya dapat 'berkhidmat untuk keluarga', kata si Retna hahahaha ngekk!


Bahan-bahannya seperti dalam gambar tu laa. 
Ada nampak belacan? Takde kan, dah kata tanpa belacan, lagi mau tanya laaa..adoiii
Bahan lada kering, bawang-bawang dan juga halia kunyit tu, korang belender. Lepas tu tumis dan tumis lagi selagi mana yang korang nak sampai garing. Masuk air, dan asam keping atau air asam jawa (lupa amik gambo), dan masuk daun kesum juga ayam. 
Tunggu mendidih, kemudian masuk bendi, biarkan kejap sampai bendi masak, kemudian tutup api, amik pinggan, ceduk nasi, duduk depan meja, kepil petai, dan makan. 
Jangan lupa tuang kicap atas nasi hahahaha. :p

Blurppp alhamdulilah. 







P/S: Pagi-pagi Suami dah col, bagitau, itu dah bawak, ini dah bawak, ubat jangan lupa, baju sejuk bawak, itu ini semuanyalah...ye baklah Suamiku. Dia risau benar takut Sis tertinggal ubat. (


14 comments:

  1. Uyul pun buu belacannnn. Sedapppp sikit hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sis laaa letak belacan @Uyul ..

      Delete
  2. Kita masak asam pedas memang tak letak belacan termasuklah sambal tumis, belacan hanya guna untuk buat sambal belacan, beli setahun tak habis, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke Kak @Seri, Lin letak, termasuk sambal tumis juga ...

      Delete
  3. xpernh ltk blcan dlm masakan kculi kangkung goreng blcan..hehe..sbb suami resdung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesahnyaa ramai tak guna belacan ek @Nurul ..

      Delete
  4. Wahhhh terliurnya malam malam ini tengok asam pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee silalah memasak yaa @Nurul ..

      Delete
  5. ain kalau masak sendiri tak buh belacan..hahhahahaa..tekak orang muda kata kauuu...tiberrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke, lepas ni cuba letak @Farahain hehehe..

      Delete
  6. Hahaha... Selesai sudah berkhidmat untuk keluarga.. dah jom coti tenang2 kan fikiran 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kannn janji dapat makan asam pedas sebelum bercuti @Retna .

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com