CARA GORENG AYAM GUNA AIR FRYER

9/14/2018 09:35:00 AM

CARA GORENG AYAM GUNA AIR FRYER | Ye guna air fryer aje, tak percaya ke? hehehe. Sebelum ni Sis pun tak pernah cuba, masa beli pun ingatkan hanya guna untuk goreng menu frozen-frozen aje tapi rupanya banyak kegunaannya. Memanglah masa tengok dalam review kat GoShop tu, dia ada tunjuk memasak bermacam-macam dalam air fryer ni tapi biasalah masa nengok ye faham, bila dah beli dan ada depan mata, apa yang ko tengok jadi tak hadam masuk otak hahahaha, kenalah google kalau nak masak hehehe. Teruk betulkan Sis ko hehehe.

Air fryer ni sebenarnya Suami ya ng beriye nak membelinya, katanya sihat ni memasak guna ni, tak payah guna minyak katanya. Iyolah Sayang, belilah. Dan dah banyak kali Sis guna dah cuma untuk goreng ayam ni, pertama kali Sis cuba. Jadi meh Sis kongsikan kat sini ya. 
Untuk korang yang ada air fryer ni, boleh cuba ya. 


Mula-mula korang sediakanlah ayam dulu, ikutlah suka hati korang, nak perap ke, atau lumur dengan kunyit aje. Kali ni Sis lumur dan perap sekejap. Sis letak rempah kunyit, kicap manis, lada hitam, lada putih, garam dan sedikit serbuk perasa. Peraplah dalam setengah jam. 


Setelah perap, sediakan air fryer. Dan kemudian masukkan ayam ke dalam air fryer, jangan letak penuh sangat, nanti susah pulak nak masak sebab bertimpa-timpa kan. Macam Sis guna seekor ayam, jadi Sis masak dua kali. Susun-susun elok dalam tu yer. Jangan lupa baca bismillah hehehe. 


Turn ON kan air fryer, kemudian set kan suhunya ke 180'c, dan set timer dia 10 minit, dan tunggulah sehingga siap dan bunyi 'ting' hehehe. Masa ni korang bolehlah pegang handphone membelek IG ke FB ya hahahaha. :p


Taraaa siap dah ayam kita. 
Oh ya, selepas 10 minit pertama tu, korang buka dan terbalikkan ayam tu, kemudian masak sekali lagi set 10 minit lagi. Bukannya apa, nak bagi kedua belah pihak ayam masak. Kalau ikutkan dah masak, tapi nak garing lagi, korang masak lagi. Alaaa bukan lama benar, sambil korang skodeng-skodeng IG dan FB tu, dah siap. 

Yang bestnya guna air fryer ni, dapur tak comot hehehe. Takdelah merecik minyak semua. Senang dan mudah. Lepas ni nak try pulak goreng ayam sekor hehehe. Pastu curah sambal percik kan, sedapnyaaaa...
So korang, bolehlah cuba yer. 







P/S: Banyaknya masak Seekor? Pun tak banyak uii, anak-anak makan meratah, licin selesai semua.Alhamdulilah .


You Might Also Like

22 Comments

  1. untunglah.... kita ni goreng pakai minyak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa @Mia, goreng pakai minyak pun okay, cuma rezeki lebih je ni, tu yg beli air fryer...

      Delete
  2. Sedapp... Tq dpt gak merasa ayam air fryer hehebe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha next time kita masak lagi untuk awak ye @Retna ...

      Delete
  3. Wah.. Nt dapat bonus nak belilah satu. Nmpk menarik plak ayam dah goreng tu sbb pak inche mmg suka mkn ayam goreng. Tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri, silap-silap Pak Inche pun boleh buat sendiri hehehehe

      Delete
  4. belanja air fryer seketul [elissss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja? Tunggu Mak pencen ye nak @Hernee hahahaha

      Delete
  5. Birthday kite dah nak dekat ni. Dapat hadiah air fryer pun ok jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha samaa laaa besday kita bulan 11 juga @Julia hahahaha

      Delete
  6. eh nampak helok kan ayam goreng tu..suhu dan masa tu semua kita buh sendiri ke atau kene google dulu sis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko gugel, ada macam-macam cara @Sunah, tapi Sis ko ikut sukahati Sis ko hahaha jadi set aje sendiri hahahaha menjadi pulak..

      Delete
  7. hurmmmmm,,bestnyaaaa kalau ade orang bagi hadiahhhhhh airfryer dekat ain.hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi sorang, bulan 11 jangan lupa @Farahain, kirim bunga tau hahahaha

      Delete
  8. Assalamualaikum.lin..
    betul tu.mmg senang.guna airfryer.ni..x ada percikan minyak dapur bersih...anak mama mmg suka guna pakai airfryer ni sbb.takut terpercik minyak...sama airfryer kita ni lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama..
      Kannn Mama @Maszull, anak Lin paling gembira bila Ayahnya beli, macam-macam jenis frozen anak beli, senang nak makan..

      Delete
  9. wow sis air fryer gak moh lah kita sama2 sihat, :D.. nampak jer x kotor itu ini, guna air fryer ni. tapi bila mood nak membasuh tu iman naik turun jerr nak basuh ke tak haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Wani, Suami yang beriye nak membelinya Wani..Biasa Sis lepas guna je terus cuci, kalau biar nanti minyak dia lagi payah nak cuci hehehe...

      Delete
  10. Air Fryer antara wishlist Uyul. Kadang rasa macam tak masak je sis. Tapi takdd myak tu yang best tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bagus beli satu @Uyul, beli je yang biasa-biasa, janji senang nak guna..

      Delete
  11. tengah kumpul duit nak beli sebijik. ehehe ada aim satu brand tu jadi kena tabahla menabung. bagus cemni kurang minyak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kena menabunglah kalau nak yang lebh bagus, Sis ni Suami beli, kita bedal aje @Siti hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com