Thursday, September 06, 2018

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN | Doakan Sis moga selamat sampai ke destinasi. Berdebar-debar pulak kali ni, macam lama benar tak berjalan jauh hehehe. 4jam untuk sampai ke destinasi. Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan Sis dan sahabat Sis. 
Dan buat semua, selamat bercuti panjang ya.

Bismillah ..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.

Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.

Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.

Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Aamiinn Ya Rabbal Aalaminn..
InsyaAllah..
Terima kasih semua yang mendoakan. 






P/S: "Me Time" ..Terima kasih incik Suami. Berulang-ulang pesan 'Jaga diri, hati-hati, jalan dan makan aje, jangan beli apa-apa, dan jangan risau, Ayah okay'..berulang-ulang dia pesan. Baiklah incik Suami. 


10 comments:

  1. selamat jalan sistur.. semoga selamat pergi dan balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Hernee, alhamdulilah...

      Delete
  2. Replies
    1. Ye Kak @Seri, sampai kan nak naik flight, sejam sebelum pun dia call lagi pesan huhuhu

      Delete
  3. selamat pergi selamat kembali sis. ole-ole kalau ada jangan dilupa.

    ReplyDelete
  4. Aamiin Semoga selamat sampai pergi dan balik , salam ukhuwah dari kak AJ

    ReplyDelete
  5. SEMOGA SELAMAT SAMPAI DAN KEMBALI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah dah pulang @Aienna ..Terima kasih :)

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com