HANYA WANITA TIDAK BAIK SAJA YANG MAU MENGAMBIL PASANGAN ORANG LAIN

9/18/2018 08:09:00 AM

HANYA WANITA TIDAK BAIK SAJA YANG MAU MENGAMBIL PASANGAN ORANG LAIN | Siapa yang tidak akan marah dan benci jika ada wanita lain yang mencuba merosak hubungannya dengan suaminya. Maka tidak hairan jika wanita ketiga kerap dicap sebagai wanita tidak baik, semua anggapan buruk terus dicapkan pada wanita ketiga. Dan rasanya semua wanita akan sepakat mengecap wanita ketiga sebagai wanita yang buruk.

Dan kiranya memang sudah sesuai wanita ketiga dicap sebagai wanita tidak baik. Kerana kalau dia memang wanita baik-baik dia pasti akan tau dimana tempatnya.



Kerana Wanita Baik-Baik Selalu Tau Tempatnya Dimana

Wanita baik-baik selalu tau dimana tempatnya, dia tau batasan-batasannya, dia akan sangat tau hal yang paling menyakitkan bagi sesama wanita. Kerana ketika dia dekat dengan laki-laki yang sudah punya kekasih atau isteri dia akan membatasi kedekatannya.

Wanita Baik-Baik Pasti Ada Naluri Sesama Wanita. Akan Merasa Sakit Kalau Pasangannya Diambil Orang Lain

Wanita yang baik itu sudah pasti punya naluri sesama wanita, akan sakit jika kehilangan orang yang paling dicintai (suami), akan sangat marah pada wanita yang mencuba merebut pasangannya. Kerana sebab itu pasti dia tidak akan merebut atau menjadi pengganggu dalam hubungan orang lain.


Wanita Baik-Baik Tidak Akan Memanfaatkan Dirinya Untuk Mengambil Suaminya Orang

Wanita yang baik dan bijak tidak akan pernah memanfaatkan dirinya (contoh: sakit atau sebatang kara)  untuk mengambil suaminya orang. Dia tidak akan mendatangi suaminya orang untuk minta dipoligami dengan alasan poligami itu dibolehkan dalam islam.

Benar poligami dibolehkan dalam islam tapi wanita yang waras tidak akan minta dipoligami.
Kerana saat dia datang untuk minta dipoligami dia sedar bahawa saat itu dia sedang memaksakan diri untuk memiliki suaminya orang. Dan isteri mana yang sanggup dipoligami? . 

Kerana Wanita Baik-Baik Tau Bahawa Mengambil Pasangan Orang Lain Adalah Sesuatu Yang Sangat Sukar Untuk Dimaafkan. 

Wanita baik-baik paling tau soal perasaan sesama wanita, dia akan menyedari mengambil atau menggoda pasangan orang lain adalah sesuatu yang sangat sulit untuk dimaafkan oleh wanita lain.


Dan Hanya Wanita Tidak Baik Saja Yang Mau Mengambil Pasangan Orang Lain

Hanya wanita tidak baik saja yang menggoda dan sanggup mengambil pasangan orang lain. Hingga sanggup untuk memiliki milik orang lain sampai-sampai membunuh naluri sesama wanitanya hingga menjadikannya sebagai wanita yang zalim dan tamak.
Wajarlah kalau kamu sangat dibenci sebagai wanita ketiga dan rela dan sanggup untuk dimaki. 

Sumber dari sini 


Hukum Mencintai dan Merebut Suami Orang

Hukum cinta menurut Islam dan juga merebut suami orang dengan tujuan merosak rumah tangga supaya boleh menikah dengan orang tersebut adalah HARAM hukumnya. Hal ini berdasarkan dari hadits Abu Hurairah radiiyallahu.
Beliau mengatakan jika, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda “Barang siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari kami. Dan barang siapa merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah bagian dari kami”.

Dengan hadits diatas, Imam Abdurrahman Al Juzzairi kembali memberi penegasan jika agama Islam memberi larangan untuk berbuat hal yang merosak hubungan suami isteri dan menjadi dosa yang tak terampuni di mata Allah. 

Sumber : Di Sini 





P/S: Sekadar renungan dan peringatan bersama . Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang tiada. *Peringatan Buat Diri Sendiri Juga... 


You Might Also Like

16 Orang Komen

  1. tepuk dada tanya selera..kalau kita kat tempat wanita tu pun,kita akan rasa sedih bila hak kita di ambil orang.So,alert dulu kalau nak berkawan,jangan nanti nyesal tak sudah..eh...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah @Rohaida..
      Kalaupun ada sebab lain, tapi elaklah selagi boleh elak..

      Delete
  2. bila baca post ni teringt drama tv3. semua nak ambik suami orang -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Shafyqah, tengok tv drama sekarang semua ceritanya macam nilah..
      Tu pun kalau tak beringat tak taulah nak kata..

      Delete
  3. Semoga terhindar daripada berlaku dan diperlakukan begini. Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..Sama-sama kita berdoa ye @Ayunie..

      Delete
  4. betul, cuba la dulu letak kaki tu dalam kasut isteri orang tu...agak2, boleh terima tak kalau perempuan lain cuba rampas suami awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sunah..
      Ada kadang punya alasan tersendiri tapi terkadang juga, tepuk sebelah tangan, takkan berbunyi huhuhu

      Delete
  5. Susah nk ckp..
    Nak komen pun x berani..
    Kdg kita komen kutuk pompuan yg x baik.. tapi pernah tak kita terpk nape laki kita berpaking pd wanita tak baik tu... Opsss.. hahha tepuk dada ha cuba tanya selera hati.. 🤭🤭

    Neutral je.. sbb kdg takut kena kat kita blk..

    Renung2 balik 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkannya begitulah ayatnya @Retna, kena cermin diri dulu .
      Tapi masing-masing ada akal ada iman ada tanggungjawabkan, nak buat sesuatu, fikir dululah.

      Moga Allah lindungi hak kaum isteri semua.. aamiinn

      Delete
  6. seram kan skrang sis.. huwaaa jauhla benda2 macam ni =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Siti, nak kata ada alasan tersendiri pun, kenapa semakin pelik-pelk pulak alasannya ..

      Delete
  7. Sebagai wanita, kita doa dan minta yg baik2 sj untuk kita dan ank cucu kita...in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn, insyaAllah sentiasa mendoakan @Linda ..

      Delete
  8. uishhh tetiberrrr rasaa macamm innsaff kejapp baca post ni.. mintakk jauhhh woiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perempuan kan @Farahain, jadi mesti ada perasaan itu... aamiinn

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.