JOHOR ARTS FESTIVAL (15JohorArts) - PERSPECTIVE : THE RUNWAY

9/26/2018 04:07:00 PM

JOHOR ARTS FESTIVAL (15JohorArts) - PERSPECTIVE : THE RUNWAY | Sebelum tu, nak bagitau dulu, Sis ko ni bukanlah pencinta fashion ataupun gila fashion atau seorang yang fashionable, kalau siapa kenal Sis mesti tau Sis orangnya macamana kan? Asal boleh je orangnya, janji selesa yang di pakai sudah!. 
Tapi untuk kali ni, kebetulan ada masa dan peluang, makanya Sis tidak ketinggalan untuk hadirkan diri ke Johor Arts Festival, di mana berlangsungnya Johor Fashion Show yang di hadiri oleh Yang Mulia Puan Tunku Tun Aminah (TTA) di Double Tree by Hilton baru-baru ni.

 Yes! Sebab tu laa Sis ko beriye nak pergi hahahaha. Nak tengok Yang Mulia TTA depan mata sendiri. Bila dapat tengok depan mata, Wowwww cantik gilee sangat-sangat ko! Tak puas merenung TTA dari dekat. Rasa nak dekat lagi nak pergi peluk cium aje, tapi...siapalah Sis ko oii, ada kang kena tarik keluar dewan hahaha. 


Malam tu Sis pergi bersama teman blogger Sis, Krystal Kim. Sampai aje di hotel, dah ramai yang sampai. Masing-masing pun ramah senyum dan lambai-lambai, walaupun tak kenal, ceh, dah macam kita ni artis ko hahaha. Dan yang bestnya, sampai aje, mereka ajak bergambar depan backdrop tu, Sis dengan Kim, apalagi, terus aje laa ke depan tu. Serta merta depan kami penuh dengan kameraman ko, malu oiii dah macam artis hahahaha 
Jadilah kann... dapat gak merasai apa yang artis rasa bila berdepan dengan kamera, flash sana sini,zap zap zap semua tangkap gambar hahahaha. 


Antara blogger yang hadir. Mereka semua ni cantik0cantik dan memang fashionable punya olang wooo. 
Malam tu Sis pakai apa yang rasa selesa dan seadaanya. Okay ke tak okay tu? Kalau lihat semua tetamu yang datang, perghh semua berfesyen, tapi Sis takde pun rasa malu, sebab Sis pakai ikut keselesaan dan masih bercirikan yang Sis ni wanita muslimah, uhuk uhuk *tak gituuu..
Habis...takkan le sebab kau nak pergi majlis fashion show, ko nak pakai seksi dan over diri dan bukan diri kau yang sebenar? Oh tidak, Sis bukan macamtu ye orangnya. Maaflah. 
Kita jadi diri kita sudah, jangan ikutkan sangat dengan tema event atau ikut orang. Janji pakai yang kita rasa selesa nak bergerak sudah. 
Tapi sebelum Sis kena kecam dengan ayat tu kang..satu je nak cakap 'ikutlah citarasa masing-masing'. Kau kau, aku aku..hahahahaa..


Yang ni setelah habis event, sambil borak-borak dengan geng blogger lain, dapat jugalah amik gambar dengan salah seorang model malam tu. Berkenan sungguh dengan kain dia tu, material dia nampak macam keras, tapi lembut oiii. Kalau kita melayu buat baju pengantin ke nikah ke kompom lawaaa..
Serius cantkk gile..


Tengok...cantkkannn..Ini gambar dari kamera Sis sendiri yang Sis dapat tangkap secara dekat sewaktu Yang Mula TTA berangkat pulang. Siap Sis ko bangun ke depan semata nak amik gambar TTA  tau. Ada banyak lagi Sis dapat amik, tapi tepek satu je dah, kang korang nyampah nak scroll panjang pulak :p
Fesyennya simple aje kan , tapi kemas dan bergaya :)


Macam nilah suasana ketika fashin show berlangsung. Alaa Sis bukannya duduk seat vvip pun, just duduk yang regular aje, jadilah, nampak juga. Puashati juga. 
Tapi kalau korang nak tengok lebih banyak suasana dan gambar sekitar event malam tu, korang boleh tengok di Facebook The Johor Society for the Performings Arts - JSPA 
Haa kat situ korang boleh belek gambar-gambar pereka fesyen dan wajah-wajah Yang Mulia TTA secara dekat. Cantkkk uiii.. 

Okay tu je nak cite , inagt taknak update entri ni, tapi, dah amik gambar, takkanlah taknak up satu entri kan hahahaha, jadilah buat entri koleksi perbadi sendiri. Korang suka ye baca, tak suka, sila kilik 'X' di sebelah atas kanan sana hahahaha..







P/S: Kesahnyaa ramai juga pembaca misteri blog Sis ye. Sampaikan apa yang Sis update, di bawa-bawa keluar dari sini tapi versi 'negetif' hahahaha. Takpe la, Sis halalkan, terima kasihlah sebab sudi datang membaca hahahaha. 


You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. Pasni bole pakai baju fesyen kelawar lak hehee..

    Ok dah tu janji selesa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann kannn fesyen kelawar pun lawaaa oii @Retna, kan kannn

      Delete
  2. fuhhhh lepasss niii nampakkk sis dekat fesyennn shoowww jelahhh..pewittt....hahhahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha siapa kata surirumah tak pergi fesyen show kannn @Farahain hehehe

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.