RESIPI UDANG GORENG BUTTER SANTAN

9/17/2018 08:33:00 AM

RESIPI UDANG GORENG BUTTER SANTAN | Macam nampak lain je kan udang butter Sis ko ni kan, sebabnya udang butter versi Sis letak santan, takde susu dan tak nyempat nak buat sarang telur tu haaa. Sis pulun aje mana yang sempat masak, janji siap ler. Bukan susah benar nak masak, janji bahan ada, dan guna bahan apa yang ada jer. Telur takde, tak payah buat sarangnya. Susu takde, bukak lemari ada santan, gunalah santan, pun jadi juga. Janji bahan utamanya ada iaitu 'Butter' hehehe.

Resipi ni memang kegemaran anak-anak, kebetulan udang masih ada stok. kalau Suami pergi belanja, semestinya udang mesti dia beli, untuk lauk anak-anaknya. Emaknya makan aje apa yang ada. Sis tak cerewet bab makan ni, Suami pun sama, apa Sis masak semua dia makan. Anak-anak aje kadang cerewet. Banyak sangat permintaan 'ngidamnya' tu, ada je benda yang 'teringinlah Mak nak makan tu' kann kannn..Emaknya dah tau taktik anaknya hahahaha.
Tapi Emaknya layankan aje . 


Untuk resepi kali ni, Sis share simple aje yer. 
Mana yang korang nak tambah, korang tambahlah sendiri ya. 

Bahan-bahan

Setengah kilo udang (di goreng dahulu sekejap)
Cili padi
Daun kari
4 sudu mentega
Sedikit santan cair
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Panaskan mentega, masukkan daun kari dan cili api.
Kemudian, masukkan udang diikuti garam.
Akhir sekali masukkan santan cair.
Tunggu sehingga udang masak, siap untuk dihidangkan.



Susu takde , kita guna santan, menu versi Sis hahahaha. Janji ada rasa sudah.
Santan pun ada santan yang ni jer. Santan yang Sis dapat masa pergi ke Festival Thailand Sabai-Sabai .
Boleh tahan juga rasanya, walaupun letak santan hehehe. 
Anak-anak makan pun berselera, termasuk juga Retna hehehe. Sedap tak awak :p
Okay tu je, selamat mencuba.






P/S: Dalam hati ada taman, bila Suami pepagi bagi surprise hahahahaa..apa dia? syhhhhh. :p


You Might Also Like

16 Orang Komen

  1. aduh geramnya tengok udang tu gemok gemok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gebok dan besar udangnya @Shafyqah, puas makan...

      Delete
  2. kita ada dua kotak udang dalam peti ais, salah satu kotak tu berangan nak masak butter atau lemak, butter atau lemak, butter atau lemak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak jangan tak masak Kak @seri, kita nak masak sotong hitam pulak hehehe

      Delete
  3. oi surprise apa tuu..takkan air fryer baru kottt..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jeng...surprise katanyaa so tak boleh bagitau @Sunah hahahaha

      Delete
  4. Salam Sis
    Lama x jumpa kat blog...sedapnya udang tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam @MiaAngie..
      Lamanya tak jumpaaa..
      Moga Mia baik-baik aja ya..

      Delete
  5. budak2 kat rumah ni pun hantu udang.. hahaha.. ehh dpt noxxa baru kah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan anak-anak ni @Hernee...macam-macam menu udang dah cuba dah..
      Noxxa..? Hahahaha lalalalala

      Delete
  6. ok..petang ni dah boleh buat lah..sebab bahan-bahan pun ada kat rumah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko buat ke tidak tu @Rohaida? hahahaha

      Delete
  7. ehehehe CT semua yang ada udang fevret. suka makan udang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan anak-anak Sis ni @Siti, dah bermacam menu respi udang Sis cuba dah...

      Delete
  8. hahahahaa.... kite pun jenis masak bedal je apa bahan yang ade dekat dapur. xcerewet sgt. janji tekak rasa sedap...hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, janji masak dan kenyang hahahaha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.