SOTONG MASAK HITAM, MENU KEGEMARAN SEISI KELUARGA

9/20/2018 09:06:00 AM

SOTONG MASAK HITAM, MENU KEGEMARAN SEISI KELUARGA | Siapa suka? Okay dia boleh masuk dalam keluarga Sis hahaha. Mana taknya, dalam sebulan mesti ada dalam dua kali masak sotong hitam ni. Asal beli jer sotong mesti nak masak hitam. Nak masak je hitam, mesti kena beli sotong hahahaha begitulah. Sedap dan manis, itu je yang boleh Sis ucapkan dengan kata-kata, cewah! . 
Tapi ada yang kata tak elok makan selalu, sebabnya yang hitam tu najisnya, ermm ye ke? Fakta atau Auta? Tapi memang ada Sis dengar tapi malas nak gugel dan baca, biar tak tau dari tau hahaha. Kalau tau nanti, putus selera, ye dakk?

Kita masak bukan selalu, takkan le hari-hari nak masak sotong, takkanlah asyik nak menu sotong, jemulah weii. Sebulan dua kali tu kira okaylah tu. Sotong pun ikut musim, ada masa kecik bebenor, ada masa besar gedabak pulak hahaha. Kalau sotong katak tu, Suami paling anti nengok, Sis pulak suka hahaha. Tak tau kenapa, dia kata tak sedaplah, besarlah hehehe. 
Bab membeli barang basah ni, memang Sis serah kat Suami, Sis tukang follow belakang dan tukang bawa barang aje, yang pllih, beli dan membayarnya, incik Suami aje. Kalau Suami memang akan ke Pasar Borong Pandan, memborong barang basah kat sana murah katanya, dan banyak pilihan, jadi Sis ko mengikut aje ler.


Tu diaaa, bergolek-golek sotong dalam mangkuk. Cuma kalau Sis masak hitam, Sis masak tak sampai hitam legam yer, Sis tak guna kesemuanya dakwat hitam sotong tu, Sis amik suku aje, janji ada hitam-hitam jadi ler. Kalau dah hitam bebenor, Sis pulak rasa ngeri nak makan oii hahahaha.
Sis cuma tambahkan kicap sikit dengan sos tiram. Lain-lain bahan macam biasa aje la, bawang, lada dan masuk tomato sebagai makanan tambahan kesihatan selain sayur hahahaha. 


Zoom sikit lagi hahaha. Korang nampak tak macam ada kuning-kuning sikit dalam kuah tu hahaha. Tu bukan dalam bahan resepi letak kunyit ye, sebenonya Sis ko guna lebih minyak goreng ikan tu haa, habis jadi kuning kuah masak sotong hitam ku. Tapi takpe, anak makan licin sudah hahahaha. Tak kisah hitam ke kuning ke, janji ada sotong kuang kuang kuang :p
Memacam ek Sis ko. Datang biol guna minyak bekas goreng ikan, dah jadi kuah kuning gitu hahaha. adeiii..

Alaaa takpelah, janji masak! Banyak cekadak kang, masak sendiri yer huh!
Tadi Suami col pun tanya masak apa harini? Bila Sis cakap je masak sotong, Suami terus kata, mesti sotong masak hitam kan? Hahahah Suami pun dah tau dan faham. Tapi sian pulak bila Suami kata 'sedapnya' .. Sis ko memang tak boleh dengar, rasa kesian sebab Suami tak dapat merasa, huhuhu. :(






P/S: Harini plan nak masak rendang kupang. Kita tunggu dan lihat, apa menjadi tak kerajinan Sis ko ni hahaha. 


You Might Also Like

16 Orang Komen

  1. sesekali dapat makan sotong masak hitam ni memang best...husband tak berapa suka pulak masak hitam ni..tapi nanti nak jugk buat sebab teringin nau nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kau buatlah untuk ko makan je @Rohaida, kot mana tau, nanti dah masak, Abemu berkenan nak rasa hehehee

      Delete
  2. SA tak pernah masak macam ni dan tak sangka yg sotong masak hitam sebenarnya guna dakwat sotong..hehehe..tak sangka dakwat sotong bleh makan...boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Suria, dakwat hitam dia yang jadikan sotong tu masak hitam, manis dan sedap!

      Delete
  3. Aku sambal sotongg br umphh tp xde la masak sekor2 camtu hehehe aku potongg kecik2... Nyummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe rumah aku kalau potong kecik-kecik terus Laki aku sound nanti @Retna, katanya nanti 'Baik Ayah beli sotong kecik jer' hehehehe

      Delete
  4. okeih, menu untuk weekend ni. thanks yee sislin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh nanti up menunya @Ayunie ...

      Delete
  5. assalamualaikum lin...sesekali masak sotong hitam ni mmg sedap...hubby n menantu mama mmg suka kalau sotong masak itam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Kann Mama sesekali okaylah, bukan selalu kann..

      Delete
  6. Kita suka sotong masak hitam ni, baru masak ari tu, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @seri, peberet anak-anak Lin ni...

      Delete
  7. Datang biol guna minyak bekas goreng ikan, dah jadi kuah kuning gitu..
    bahahahahaahhahaa..kelakoo lahhh ayat sis ni.....ain pun memula ingat sis letak kunyit.hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha datang biol le tu namanyaaa @Farahain hahahaha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.