10 PERSIAPAN YANG PENTING ANAK MASUK TAHUN SATU

10/27/2018 08:37:00 AM


10 PERSIAPAN PENTING ANAK MASUK TAHUN SATU | #SisSharing . Panduan yang sangat berguna untuk mak ayah yang ada anak darjah satu tahun hadapan. Semoga perkongsian ini memberi sedikit informasi buat anda yang mungkin 'nervous' bila anak masuk sekolah!

Pasti anda antara ibu bapa yang akan teruja bila anak masuk darjah satu pada sesi persekolahan 2019 nanti. Jadi, tinggal beberapa bulan lagi ini... Bagus jika ibu ayah meluangkan sedikit masa dengan anak untuk mengajar dan membuat persiapan sebelum mereka ke sekolah. 
Persiapan baju dan perkakas sekolah ke? Ya, memang itu penting. Tapi ada yang lagi penting ingin kami kupaskan hari ini.

Okey, jom baca lanjut di bawah ini.



10 persiapan yang penting untuk anak darjah satu

#1. Pastikan anak kenal huruf dan tahu membaca walaupun sedikit 

Sebelum anak masuk darjah satu, pastikan dia tahu membaca dan mengeja walaupun sedikit. Selain itu, pastikan anak anda faham operasi asas matematik seperti tambah tolak. Kalau dia boleh kuasai sikit-sikit, itu lebih baik.
Hal ini kerana, silibus sekolah rendah semakin lama semakin susah. Jadi murid yang masuk dengan 'zero' pengetahuan mungkin akan ketinggalan ke belakang. Ataupun cikgu akan masukkan anak anda ke kelas pemulihan.

#2. Sentiasa bimbing anak di rumah

Bimbingan ibu bapa di rumah sangat penting. Walaupun anak sudah tahu asas membaca dan mengira, namun jika tidak dibimbing dengan baik, mereka juga akan ketinggalan ke belakang. Perlu ingat: silibus berat tapi masa singkat. Namun majoriti murid boleh kuasai denganbimbingan dan bantuan daripada ibu bapanya di rumah.
Jika ingin melihat anak berjaya, bantulah mereka. Jangan melepaskan kepada guru semata-mata.

#3. Ajar anak kenal wang

Ajar anak jangan beri murid lain wang yang anda bagi untuk dia berbelanja di sekolah.
Ajar anak untuk beritahu jika ada kawan yang meminta duit daripadanya
Ajar anak guna wang dengan baik dan tunggu hingga baki dipulangkan.


#4. Bimbing anak menggunakan tandas dengan betul

Ada banyak perkara yang perlu dibimbing ibu bapa kepada anak yang baru masuk darjah satu. Salah satunya adalah cara menggunakan tandas dengan betul. Hal ini kerana, terdapat fakta ada anak darjah satu yang berlari bogel untuk ke tandas tanpa rasa malu.
Malah ada juga yang membuka seluar di luar pintu tandas, kemudian seluar/kain sekolah itu kotor akibat terkena air atau dipijak kawan yang lain.

#5. Jangan asyik cakap "CIKGU GARANG" pada anak

Hal ini kerana ada kejadian di mana anak terkencing dan terberak dalam seluar kerana takut memberitahu cikgu untuk ke tandas. Sebab itu, bila kita selalu sogok dan cakap "cikgu garang", anak pun rasa takut untuk berhadapan dengan gurunya. 

#6. Minta anak jaga barang dengan baik dan ajar dia berkongsi

Siapkan bekal makanan anak untuk di bawa ke sekolah. Kemudian minta dia berkongsi dengan rakan-rakannya.  Selain itu, ajar anak menjaga barang persekolahannya dengan baik seperti warna pensil, alat tulis, buku dan pemadam. Jika ada kawan yang pinjam, minta dipulangkan semula.
Sebabnya, ada murid yang selalu tertinggal botol air di kantin sekolah hingga terlupa untuk mengambilnya semula. Kemudian ada juga alat tulis yang berterabur jatuh tidak dikutip dalam kelas.

#7. Elak kasut bertali dan ajar pakai tali pinggang 

Jangan bagi kasut bertali kalau mereka tak tahu nak ikat. Satu lagi, ajar anak cara-cara nak buka dan pakai tali pinggang. Sebabnya ada pelajar yang terkencing dalam seluar gara-gara tak tahu nak buka tali pinggang itu. Alamak!

#8. Ajar susun jadual 

Ajar anak bawa buku mengikut jadual. Barulah beg tak berat sangat.
Kalau boleh biar emak yang susun buku anak. Sebab kalau ayah yang buat, semua buku dia letak dalam beg anak. Aduhai!

#9. Jangan whatsApp cikgu ketika 'tengah malam' 

Sekarang ini memang menjadi ‘trend’ ibu bapa suka berwhatssap untuk berkomunikasi dengan guru kelas anak. Tapi lihat masa yang sesuai baru boleh tanya soalan yang berkaitan dengan aktiviti anak di sekolah. Jangan 12 tengah malam sibuk mesej cikgu itu. Cikgu pun manusia biasa, perlukan rehat tenaga dan fikiran. 
Diingatkan juga tidak post benda-benda yang berunsurkan politik, nasihat, kata mutiara atau iklan perniagaan. Cukuplah group whatssap tersebut hanya untuk mengetahui perkembangan terkini anak anda sahaja.

#10. Berhenti merungut

Jangan dipersoalkan dan selalu merungut kenapa silibus makin susah. Sedangkan orang lain yang duduk diam tak merungut, berbagai cara mereka lakukan semata-mata ingin melihat kejayaan anak. Tapi anda yang masih merungut itu membuatkan anak merasakan beban dan menganggap belajar itu payah! 



Diharap perkongsian ini menjadi panduan buat anda semua.
Sumber: Viral Muafakat Johor .






P/S: Dalam 10 tu, Paling susah Sis nak buat adalah kenal duit. Aduh stress ko kalau ingat-ingat nak mengajar anak masa tu kenal duit syiling dan duit kertas. Phewwww berfeluh Sis duduk mengakar dulu hahahaha.. Dekat seminggu juga baru anak faham . 


You Might Also Like

12 Comments

  1. yang no 9 tu, bukan jangan ws ckgu jangan ws sapa sapa bila dah tgh malam. menggangu! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Shafyqah, nasib juga zaman Sis dulu takde lagi wahtsapp-wahtsapp ni, kalau tak pening gak duk bukak baca group hahahaha

      Delete
  2. tq sis for the sharing..good info..😊🤗

    ReplyDelete
  3. Tak bleh lupa susahnya hati nak lepaskan anak pegi sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @Seri, kalau boleh nak duk dalam sekolah perhati hahaha...

      Delete
  4. btul tu. kenal wang tu yang susah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Lisa, dekat seminggu gak nak bagi faham anak Sis kenal wang huhuhu

      Delete
  5. aida ada baca ni di fb.
    siap dah save :)
    Ijat next year darjah 1, lin.
    harap ok ok la dia. in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @Aida, Lin copy dari FB gak ni, sharing kat blog ..

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com