APA MAKSUD SINGKATAN P/S TU ?

10/03/2018 03:39:00 PM

APA MAKSUD SINGKATAN P/S TU ? | Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna singkatan P/S ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Sis sendiri pun memang guna dalam semua entri Sis, di setiap penghujung post. Mesti korang perasan kan? 
Tapi korang tahu tak P/S tu singkatan untuk apa?

Kebetulan beberapa hari lepas, ada yang bertanya Sis, apa maksud P/S tu? Mula tu Sis blur gak, macam mana nak terangkan ye, untuk pemahaman Sis, ye Sis faham, tapi nak terangkan pada orang, macam susah pulak nak cakap hahaha. 

Secara jujurnya, sebelum ni Sis pun tak pernah tahu apa benda P/S tu. Main guna jer, rasanya sejak sekolah dah guna, tapi tak pernah nak amik tau hehehe. So, untuk kali ni, bagi menjawab persoalan itu, Sis try la search P/S kat dalam google. Macam-macam juga yang keluar, benggong kejap otak membaca dan meneleknya, nak pilih yang mana sesuai untuk Sis jelaskan....

Tak puashati, Sis cuba dan cuba lagi. Sampailah haaa Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.

Jadi kesimpulannya P/S adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata-kata pada akhir surat atau susulan. Jadi memang sesuailah kan, Sis guna P/S tu di kata-kata akhir post tu hehehehe. Bahasa latin ko Sis guna hahaha. :p

Jelaskan? Harap dapatlah menjawab persoalan seorang rakan tu ya.. :)








P/S: Bagus yang bertanya tu, bak kata orang tua-tua, 'malu bertanya, sesat jalan'..makanya jangan jadi bodoh sombong .. macam siapa? opssss ..


You Might Also Like

18 Orang Komen

  1. terima kasih diatas penjelasannya sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama awak @Julia, harap dah jelas ya hahahahahaa

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh guna pakai gak tu @Retna hahahaha
      P/S: pstttt meh dtg Jb makan makan hahahaa

      Delete
  3. tak pun suka letak NOTA KAKI di hujung entri..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh @Cuya hehehe...bebelan kecil namanyaa

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahaha pes pes apa? Pes stim nyonya boleh beli gan @Rohaida tu Kak @Seri hahahaha

      Delete
  5. hehehe... dulu zaman sekolah rajin gak guna p.s. tu sekarang baru faham maksud sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Mrs @A, kalau tak memang tak tau apa maksudnyaa hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Sama-sama @Bazilah..sharing is caring hehehehe

      Delete
  7. P/s: jangan sukati pakai banner jdt blogger kalo bukan ahli rasmi..eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkahkah @Sunah..harap-harap yang berkenaan baca la p/s ko tu hahahaha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.