ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA SAWI ASIN

10/02/2018 12:39:00 PM

ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA SAWI ASIN | Okay Sis nak tanya dulu, siapa sini suka makan sawi asin? Korang makan begitu saja atau buat masak dalam masakan? Ooo rupanya ada macam-macam juga cara dan gaya orang makan sawi asin ni ya. Kalau Sis, lebih suka di letak dalam masakan, lebih-lebih-lebih lagi dalam masakan asam pedas. Bila masak tu, dah tak payah guna asam jawa atau asam keping, sebabnya sawi asin ni dia dah mengeluarkan sejenis rasa asam dan juga asin-asin. Nak letak garam, korang rasa dulu kuahnya. Kalau okay, cukup rasa, tak payah masuk apa-apa dah. Memamg power seyy rasa dia. 

Dan kalau anak dara Sis,Yana, dia lebih suka buat ulam makan dengan nasi. Kalau Sis memang tak suka, sebab rasa asam dan asin sangat hahahaha. Lagi pulak dia suka tang batang sayurnya, krup krup gigit hahaha. Tekak memasing kan..


Dan buat pertama kalinya Sis mencuba Homemade Sawi Asin by Mama Maszull. Tak sangka Mama pandai membuatnya. Memanglah tengok cara buatnya senang dan mudah, tapi Sis takde kerajinan oii nak buat, beli aje ler, setakat makan sorang, kalau selalu makan ye laaa boleh buat sendiri, ini seminggu tak sekali je nak makannya. Sikit sebanyak pun dapat juga bantu dan support kengkawan niaga. Ni kalau dah semua korang nak buat, sapa plak nak membelinya oii hahahaha. 


Lalalala jeng jeng jeng.. Lihat itu kedalam sana, sawi asin berenang-renang di tepian kuali DIY hahahaha. Menunggu mendidih dan serasi bersama, tak sangka bertemu jodoh dengan si ikan mayong hahahaha. Apa yang ko merepek haaa Sis Lin hahahaha... :p


Taraaa ping ping pong!! Dah siap masak, korang jangan tunggu lama, jodoh dah ada tadi kan dalam kuali, jadi kita mesra-mesrakan dengan tok kadi (nasi), maka bermalam pertamalah mereka ke dalam molot Sis ko hahahahaha. ngap ngap! licin sepinggan hahahaha. Oii bunyi perut sapa tu haaa.. hahahaha. :p

Okaylah sebelum korang klik X atas tu, baiklah Sis ko ni kasi iklan sikit. hahaha
Maafkan Sis ya, melalut merepek meraban hahahaha,

Bagi sesiapa yang nak beli dan cuba Homemade Sawi Asin ni, boleh lah ke blog Mama Maszull dan email kepadanya. Detail dia semua ada kat blognya ya. Kalau tak jumpa korang komen je kat post ni, nanti Mama baca dia reply ya. 






P/S: Puashati, beli sebotol, Sis ko letak semua, puas makan. hahahaha gelojoh ke tamak? hahaha :p 


You Might Also Like

18 Orang Komen

  1. Nampak menyelerakan sangat. Akak pon dah pandai 'sikit' buat Sayur Asin ni atas perkongsian sahabat IG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap Kak @Fha..boleh cuba..
      Waa buat sendiri puas makan..

      Delete
  2. Kemain jalan cerita ko sis..hahahha..nasib baik takde naik tangga sambil makan sawi asin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ko @Sunah, otak kelain ek, menangga pulak, tau laa abang balik :p

      Delete
    2. Hamboii Kak @Seri, numpang secawan gelak hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Silalah mengidam dan masak ye @Hernee hehehehe

      Delete
  4. kita baru try masuk dalam meggi...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti aku nak try gak masuk dalam megi @Rohaida..

      Delete
  5. Disamakan sawi asin asam pedas dengan nikah kahwin.. Hahahahahadoilah sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa idea spontan sambil menaip @Julia hahahaha nasib aku tak madukan sawi asin tu hahahaha

      Delete
  6. assalamualaikum lin...hahaha nikah kawin yer...lawak jer la lin ni kn...mekacih yer promosikan sawi asin mama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama @Maszull..
      Sedap Maaa, nanti boleh beli lagi.. sama-sama Maaa

      Delete
  7. takpenah makan tapi teringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba @Shafyqah ...sedap..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.