ASAM REBUS IKAN PARANG DUA KEPING

10/16/2018 08:36:00 AM

ASAM REBUS IKAN PARANG DUA KEPING | Okay sapa suka makan asam rebus? Mesti ramai yang suka kan, tapi siapa suka ikan parang? Mesti ramai yang buat muka kan, sebabnya ikan parang banyak tulang, nak makannya kena sepenuh perhatian dan fokus. Tak boleh sambil makan sambil main handphone, kang ada tercekik dek tulang oii. Tak caya eh, ko cuba!

Suami Sis memang suka beli dan makan ikan parang, kadang di goreng kunyit aje, makan ratah panas-panas, sedap ko, tapi kali ini Sis masak asam rebus, cuaca kejap panas kejap hujan ni, sedap masak yang berkuah, hirup-hirup, aduh nikmatnya kan..Dek kerana makan pun seorang aje, makanya masak pun dua ketui aje, jadilah, lagipun kepingan dia besar, sekeping boleh makan dua orang, tu pun jenuh nak perabis, dek belek tulang ajer. hahahaa. kena sabar.


Biasanya petua orang tua kata, masa korang beli tu, korang perhatikan si penjual ikan tu, kalaulah dia pandai, sebelum dia siang dan potong ikan tu, dia akan menarik ikan tu dari kepala dan ekor dan tarik rentap sekali, ini katanya supaya elok tersusun tulang kan tu dalam isinya. Tapi entahlah, nak percaya ke tidak. Petua orang tua kata. Sis perhatikan, ada yang penjual buat, ada yang tidak, main bedal potong aje. 


Ye laa untuk kali ini Sis bagi resepinya yer. Tapi bahan mana yang Sis ada je. Lain-lain korang tambahlah ikut suka hati ya. 


Asam Rebus Ikan Parang .

Bahan-bahannya: 

2 keping ikan parang
1.5 liter air
2 keping asam keping
2 biji cili merah  ditumbuk
1/2 biji bawang besar  ditumbuk
1 ulas bawang putih  ditumbuk
2sm kunyit hidup  ditumbuk
5 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa


Cara-caranya: 

1. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk dan juga asam keping.
2. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan ikan bersama daun kesum serta garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi sedikit pekat dan angkat.

Siap, makan dengan nasi panas-panas..kaw!
Suami selalu komen 'Thorbaekkkk"..hehehehe.





P/S: Pengalaman tercekik tulang ikan, tak dapat Sis lupa..huhuhu :(


You Might Also Like

12 Comments

  1. Replies
    1. Sangat sedap Kak @Normi, lagi kalau dah masak sendiri hehehehe

      Delete
  2. kita dulu kecik kalah betul makan ikan parang, dah tua2 ni jer mcm pandai sikit, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke? Kalah tang apa Kak @Seri? Takut tulang ek..

      Delete
  3. ada orang cakap yang suka makan ikan parang ini mesti penyabar orangnya...kah! hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye laaa, makan penuh kesabaran oiii @Farahain, kalau tak sabar, tercekik ko tulang hahahaha...

      Delete
  4. Tak sukaaa banyak tulangg..ikan terubok sarawak pun tak sukaaa..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adoiii ko ni @Sunah, kalau gitu, bila balik Sarawak, belikan untuk Sis ko je yer...hehehehe

      Delete
  5. Nak buat cuba resipi ni ..nampak mudah sedap pula tu nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan @Etuza..sangat mudah dan sedap :) ...

      Delete
  6. asben say suka asam pedas ikan parang tapi saya tak berapa suka. tapi boleh aje makan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Mar, sama lah Suami Sis, suka ikan parang..kalau makan senyap measing, fokus pada ikan hahahaha

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com