JANTUNG PISANG MASAK LEMAK BERSAMA KUPANG. KORANG PERNAH CUBA?

10/06/2018 09:09:00 AM

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK BERSAMA KUPANG. KORANG PERNAH CUBA? | Pernah cuba ke tak? Kalau Sis buat pertama kalinya baru mencuba. Ternyata sedap dan enak di ratah aje hahaha. Kalau nak tau, Sis orangnya sangat suka makan kupang dan kerang, memang kesukaan sangat-sangat, kalau Suami memang dah tau, pergi pasar kalau nampak, mesti dia belikan, tak kiralah yang dah siap kopek atau pun belum. Kadang siap call tanya, nak tak kupang hehehe. 

Cumanya kupang ni ikut musim, bukan selalu ada, jadi bila nampak memang beli punya. Rasa terkilan kalau tak beli oii hahaha terbawa dalam mimpi. :p . Dan bila dah ada stok kupang, apalagi, tak ke selang hari masak kupang aje hahaha. Sebelum ni Sis masak sambal, lepas tu masak goreng tumis lada dan ikan bilis, dan untuk nak perabiskan stok, Sis masak lomak bersama jantung pisang belakang rumah Mak hehehe.  


Ternyata percubaan Sis sedap dan enak. Sis ko buat ratah aje haritu hahaha. Sis letak santak pekat-pekat dan dah namanya Sis Lin, ada je keje yang dia nak godeh, sampai lupa santan dalam kuali, hampir pecah santan Sis di buatnya hahahaha nasib baik tak gugur jantung Sis sebab terkejut teringat santan dalam kuali DIY tu hahahaha. 


Nasib baik lepas dah tersedar dari terlupakan santan tu, cepat-cepat godak dan gaul-gaul mesra macam baru kahwin gitu, jadinya santan taklah berapa nak pecah, cuma nengok tu macam dah tak cantiklah, nak kena pergi laser pulak hahahaha. Oii pebende merepek ni adeiii..

Sambil godak tu macam-macamlah dalam kepala otak Sis ko ni fikir, fikir sesuatu untuk buat sesuatu tetapi sesuatu yang mungKin akan jadi sesuatu, dan sesuatu itu mungkin ada sesuatu. Yee sesuatu sangat tu yang satu tu. Jom fikirkan sesuatu itu.

Okay dah laa, malas nak menaip, lagi menaip lagi merepek meraban Sis ko menaip. 
Alaaa nak resepi ke? Malasnyaa nak taip. Korang google aje la ye. Tak pun korang pergi kat blog Mat Gebu tu, banyak resepi dia. Ni masak lemak biasa je, campak campak dan godak godak. hehehe. 
Gambar amik pun cincai je, ada aku kesah hahahaha..







P/S: Cinta hati hamba ajak dating harini, so tak payah masak katanya, jomlah kita wangi wangian lalalalala...


You Might Also Like

12 Orang Komen

  1. wah sedapnya, sha kdg makan kdg takmakan jantung pisang ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap @Shafyqah, kadang Sis pun buat ulam, rebus cecah air asam..

      Delete
  2. assalamualaikum lin...mama pun pernah masak lemak kupang ni tapi bukan dgn jantung pisang tapi mama gunakan pucuk ubi jer...kalau sudi leh singgah ke blog mama...

    http://maszull.blogspot.com/2015/03/resepi-masak-lemak-pucuk-ubi-berkupang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maaszull..
      Woe Mama punya lagi mengancamm..sedapkan Maaaa

      Delete
  3. Kita penggemar kupang tapi bila anak & hsband tak suk kupang, maka kupang kupandang sepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berjiran boleh kita pass semangkuk Kak @Seri ..

      Delete
  4. Sedapnya nampak :) Jarang jumpa kan! Salam Perkenalan Sis Lin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, biasa orang tua-tua je pandai makan macam ni Puan @Nasxoxo...
      Salam perkenalan juga :) ...

      Delete
  5. nampak sedap menu ni walaupun belum pernah makan. saya suka kupang goreng cili. menu simple je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun suka kupang goreng cili macamtu @Mar, cuma haritu ada jantung, Sis tukarkan stylenya heheheh

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.