RESEPI KUPANG MASAK TAUCHU PEDAS

10/29/2018 08:33:00 AM

RESEPI KUPANG MASAK TAUCHU PEDAS | Siapa suka makan kupang? Biasa korang masak apa? Selalunya kalau beli kupang, Sis masak sambal atau goreng garing kemudian tumis masak bawang lada, tapi kali ni Sis mencuba masak tauchu, hasil dari carian google, maka terjumpalah resepi dari blog Azie Kitchen. So Sis mencubalah. Cumanya Sis buat kering sikit, taknak berkuah, kalau berkuah kupang tu jadi kurang sikit sedap, jadi kembang-kembangkan, so kasi garingkan sikit, kering sikit baru sedap. 

Sis memang 'pantang' nampak kupang kat pasar, baik dah di kupas atau belum kupas. Suami memang dah faham, kalau nampak mesti dia akan tanya 'nak ke taknak'.. Rasanya Sis pun dah bagitau kan sebelum ni, memang antara peberet seafood Sis adalah kupang hehehe. Kupang kali ni fresh dari laut. 
Kawan kepada anak Sis, Emaknya bagi sebekas besar, dah siap kupas. Emaknya ada ternakan sendirilah kiranya kupang ni, tarik sendiri kat laut dari kelong, kemudian rebus dan kupas. 

Ada sekali tu Emaknya bagi Sis kupang masak sambal kering bersama kacang, uii sedap ko, biasa kacang gan ikan bilis kan, ni dia buat kupang, comel-comel kupangnya. Memang dia asing-asingkan saiz. Yang Emaknya bagi Sis, saiz sedang-sedang gitu. Dan Sis selalu order sebekas buat makan sendiri, sebab Emaknya tu memang buat sambal kupang tu dan jual di tempat kerjanya. 
Puashati makan.!


Taraaa, inilah dia hasil mencuba resepi Tauchu tu. Sedap ko. 'Aksesori' cendawan dengan tomato tu ikutlah suka korang nak menambah apa. Sis ni ikut apa yang ada dalam peti ais tu. Maka terhasillah masakan Kupang Masak Tauchu Pedas.

Nak Resepi? Okay Sis salinkan dari blog Azie Kitchen aje ye. Memang ikut sepenuhnya resepi dia. Korang boleh cuba, memang sedap. Azie Kitchen dia guna ikan kerisi, Sis cuma tukarkan aje kepada kupang. Resepi dan bahan lain sama je Sis follow. 


Masak Tauchu Ikan Kerisi (Sis guna kupang)

Bahan bahan
2 keping ikan kerisi (Sis guna kupang)
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi 
Garam dan gula secukup rasa


Cara cara:
- Lumur ikan (Sis guna kupang) bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
- Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.
- Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.


Apa tu Tauchu? Uiii takkan tak kenai tauchu kot. hahahaha ..tapi takpe di maafkan, memang betul, ada sesetengah tu memang tak tau apa tu tauchu. So Sis perkenalkanlah siapa itu Tauchu. 
Haa tu dia, tauchu seperti dalam gambar tu. Kalau di kedai dia jual dalam botol. Ada tulis tauchu didepan botol tu. Kalau was-was, pergi kedai tanya je la orang kedai tu, nanti dia bagi le tauchunya. 

Taucu adalah makanan yang dibuat daripada kacang soya (Glycine max) yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam. Kalau yang tak suka akan rasanya, memang tak suka. Kadang cium bau pun ada yang tak suka. Tapi Sis uka, lagi kalau masak mee hoon letak tauchu, dapnyaaa... 
Okaylah sampai sini dulu. Kalau nak cuba, silalah. 







P/S: Now in Paka: Suami kata 'Tak payah baliklah, duduk sini teman dia aje' Ermmm Sis ni hati tisu, bila Suami kata macamtu, *faham-faham jelah...terus gembeng! :(
Sabar ye Suamiku..huhuhuhu


You Might Also Like

12 Comments

  1. kita suka kupang tapi sebab tiada yang suka giler macam kita, kita pun kuranglah memakannya. ni kalua kita duk serumah, mau hari2 menu kupang, kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo meh la kita duk serumah Kak @Seri, hari-hari boleh kita makan kupang hahahahaha

      Delete
  2. suzie suka sgt kupang..1 family suka..klo beli kupang sekali masak 2kg..kita beli 2kg sekali dgn kulit2 nya..family paling suka mkn kupang rebus dgn bawng n halia..bila mkn cicah dgn smbal kicap, nikmat tu sis..hehe klo xpn masak kupang masak lemak cili padi tu sdp jgk..😊😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suziana, Sis kadang beli goreng garing pastu tumis lada dan bawang, lepas tu duk meratah sesaja hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe sialah memasaknya ye @Farah hehehe

      Delete
  4. amboiii..sedapnya tengok kupang tu...lama betul tak makan kupang eh...mintak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ko mintak yang ni dah licin jadi najis @Rohaida hahahaha...jiran aku jual sekilo rm16 hehehe

      Delete
  5. Sedapnya, lebih 2 tahun rasanya zumal tak masak taucu. Ni dah rasa macam nak je buat untuk dinner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sila buat yaa @Zumal, sedapp masak tauchu ni...

      Delete
  6. Jarang masak dan makan kupang melainkan ada dalam menu yg diorder tu siap2..contoh nasi goreng seafood or agli olio yg memang tukang masak bubuh kupang..haa, tu kita makan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke? Tapi kira ko makanlah juga ya @Sunah, cuma tak masak sendiri ajaa...

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com