RESEPI MASAK TOMYAM BERSANTAN

10/20/2018 09:06:00 AM

RESEPI MASAK TOMYAM BERSANTAN  | Biasanya korang masak tomyam letak santan tak? Kalau Sis kebiasaannya tak letak pun santan, tapi entah kenapa masa masak tomyam kali ni, nak cuba letak santan. Dan kebetulan juga nak perabiskan santan kotak yang ada stok tu. Sis guna santan kotak Ayam Brand yang dapat masa Program CSR bersama Ayam Brand. Makanya terjadilah Tomyam Bersantan. Pertama kali cuba. Belek juga resepi kat google, ooo sama jer macam masak tomyam biasa, cumanya letak santan .

Rasa dia, sedap, kuah tu jadi pekat sikit. Yang bestnya Sis suka color kuah tomyam tu bila dah letak santan, jadi cantik manis gitu hahahaha. Kalau korang tak pernah cuba, boleh cuba, kalau yang dah biasa buat tu, ermmm kenapa taknak share resepi? hahahaha..

Dah masak meratah hirup pepanas, nikmatnya tak terkira. Kebetulan pulak masa tu hujan, perghh makan sampai lupa nak amik nasi hahahaha. 


Sis kalau masak tomyam, Sis guna je pes tomyam mana yang ada. Yang pes ni Sis dapat masa Festival Sabai-Sabai Thai tu, jadi kita masak guna aja mana yang ada. Nak buat sendiri pes, bukan tak rajin tapi malas hahaha, banyak kerja, pakai pes senang. 

Kalau korang nak beli pes Tomyam sedap, boleh beli kat SINI
Pes dia sedap sungguh! Sis pun nak beli gak ni, dah kehabisan stok. Macam-macam pes ada. 

Okay meh laa Sis belanja resepi Tomyam Bersantan ni ya. Mana yang kalau korang nak tambah tu korang tambahlah. Cuma kali ni Sis hanya guna ayam dan sotong aja. Bahan mana yang ada dalam peti ais aje. Daun limau pun takde letak huhuhu. 


Resepi Tomyam Bersantan 

BAHAN-BAHAN

Sotong dan ayam 
Serai sebatang 
10 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
Semangkuk cendawan 
Semangkuk lobak merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
Pes tomyam

Jom tengok macam mana cara memasaknya.
Sis buat simple aje..


CARA MEMASAK:- 

Sediakan kuali DIY periuk dan isi air ke dalam periuk.
Masukkan bawang besar yang di hiris, lengkus, halia dan serai yang dah di ketuk
Kemudian masukkan pes tomyam (ikut sukalah nak banyak mana)
Masukkan cili api dan tunggu mendidih sekejap.
Setelah itu masukkan ayam dan sotong. Juga masukkan cendawan dan lobak merah.
Kacau sekejap.
Agak ayam dan sotong dah masak, masukkan santan. 
Korang rasa-rasalah tomyam tu, agak cukup semua, barulah nak masuk garam atau tidak. 
Kalau dah okay semuanya, baru tutup api dan hidang. 

Senangkan. Jangan susahkan diri, masak yang simple tapi hasilnya kebabomm..
Buat makan sendiri je punn.hehehe.


Nampak kosong aje tomyam kali ni hehehe. Takpelah buat makan sendiri, janji sedap.
Habis licin gak sekuali ..buat ratah aje. sedap sangat! ..
Korang nak cuba, cubalah, korang masak kaw-kaw punya yer.. 
OkBai..







P/S: Sekejap dah hari Sabtu..Ermm masa cepat betul berlalu kan. Harini Sis tak masak le, harini ada event Hi-Tea.. Jommm.. :)


You Might Also Like

10 Comments

  1. Terima kasih follow blog saya ya

    ReplyDelete
  2. lom pernah buat tomyam bersantan.
    byk kali dah baca resepi gini.
    nanti nak cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee boleh cuba @Adianiez..
      Sedap rasanya.. :)

      Delete
  3. tak pernah try letak santan ni..boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah memasak dan mencuba ya @Sunah.. :)

      Delete
  4. kita mmg suka tomyam bersantan ni, dia ada nama dia tapi lupa plak nak sebutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu namanya Tom Yam PokTeh ke Kak @Seri? Rasa nama dia macamtu laaa, sedap kann. Anak yang sulung makan tapi ini kali Lin baru test buat hehehe

      Delete
  5. haahh ain pun tak pernah letak santan.mungkin boleh cuba nanti..stok santan ayam brand dah habis dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah mencubanya ye @Farahain..ngajin ko masak ek heheheh

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com