SUP 'KAKI' (CEKER) AYAM - YANG RASA GELI TU, JANGAN TENGOK

10/10/2018 03:37:00 PM

SUP 'KAKI' (CEKER) AYAM - YANG RASA GELI TU, JANGAN TENGOK | Kenapa Sis letak tajuk macamtu? Sebab masa bercerita dengan seorang kawan yang Sis nak masak Sup Kaki Ayam ni atau bahasa Indonesia kaki ayam tu di panggil Ceker, kawan Sis tu boleh kata 'Eee gelilah, banyak benda kat ayam tu boleh makan, kaki juga yang ko nak masak'. Sambung lagi 'Kaki ayam tu kan kotor, pijak-pijak tanah, kais-kais, pastu ko masak makan,eee' haaa begitulah ayat dia. Sis mampu gelak sahaja. Malas nak jawab berdebat. 
Sekadar mengiyekan aje ayat dia.

Tapi dalam pada tu, perghh berapi-api dada Sis ko tau, rasa nak jolok je kaki ayam dalam mulut dia hahahaha. Sedap mulut je kan, jangan-jangan dia pun masak sama kaki ayam kat rumah, kita mana tau kan kan kan. Podaaaah!. Sejak dari dulu masa Sis kecil hinggalah sekarang, dalam family Sis memang masak kaki ayam, baik buat sup ke, masak dalca ke, atau masak masakan lain, mesti kaki ayam tu tak di buang, di masuk sekali dalam masakan. Sedap kemain kan..


Tengok tu, tak ke sedap terliur tu, di rebus sampai empuk lembut, bila nak makan tu, sekali gigit je tanggal semua kulit, tinggal tulang aje. Kan kan. Rugi yang kata geli tu wekkk :p
Tang tapak kaki ayam tu, Sis kalau masak memang Sis gunting buang, kadang ada hitam juga kan, tu maknanya ayam dah tua, kerja keras ko, hitamlah tapak kaki, jadi kematu. Kuku dia jangan pulak ko tak gunting, naya makan tercekik kuku ayam kang hehehehe. 
Kebetulan menu ni anak Sis yang nak sangat makan, jadi pergi pasar malam jumpa kaki buatlah sup. Berhirup-hirup dan berketul-ketul dia makan. Suami pun sama, tambah pulak dengan sambal kicap, perghhh terangkat seyyy..


Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Baca ni:

1) Kaki ayam kaya kologen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
- kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
- kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
- kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
- kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh

2) Kurangkan risiko tulang rapuh
-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3) Sembuhkan cedera
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni

4) Saluran pencernaan sihat
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

5) Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6) Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.


Dan... Yang bestnya ..
.
.
.


Haoh malas nak cakap banyaklah, biar si 'geli' tu baca hahaha..
Lepas ni berkilo-kilo dia borong kaki ayam kat pasar hahahaa :p







P/S: Pesan Sis 'HIDUP JANGAN SOMBONG'....sekian untuk entri hari ini. 


12 Comments

  1. dulu liez pun tak suka kaki ayam..sbb mcm nampak pelik.tapi sekali kawan ajar makan kerabu kaki ayam terus jatuh hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau kerabu kaki ayam, perghh lagi sedap Mrs @Liez..kan kannn

      Delete
  2. Tanjat gegurl tgk kaki ayam hahahaadoii

    ReplyDelete
  3. Betul tu sis .hidup jangan sombong..rugi x makan kaki ayam..sedap..kazen SA dulu kutuk gak..sekali dia tgok kami satu family makan...terus dia cuba..sekarang dia sibuk tercari-cari...sedap laaa...masak kari, masak lemak cili api malah buat sup or tomyam..sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, ini tak suka pun janganlah duk kata macamtu kan @Suria, sombong sangat, belum try belum tau kannn...

      Delete
  4. feveret ni , lagi - lagi kalau buat kerabu kaki ayam ,,,habisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh kakau kerabu kaki ayam, boleh habis licin semangkuk Cik @Capuccino ..heheheh

      Delete
  5. The Iham's favourite.. boleh jadi merajuk kalau tak bagi kaki ayam sama rata oiii.. betul2 menurun mak dia suka kaki ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama juga suka ek @hernee? Boleh laa masuk sama dalam family is hahaha mencakarrrr, auuummmm

      Delete
  6. perghhh , kita memang geng lerrr.. ain memang hantu kaki ayam sis... perghh..memula dulu ade gak hadap orang perli2 macam geli la nak makan kaki ayam ni, last2 dia plakk yang suka. apakah! hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak tau ko suka, lepas ni Sis masak Sis ajak kau makan sekali ye @Farahain...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com