AYAM PAPRIK SEDAP MENU SI ANAK DARA

11/07/2018 02:33:00 PM

AYAM PAPRIK SEDAP MENU SI ANAK DARA | Yaa memang sedap dan power. Siapa lagi nak puji kalau bukan Emaknya kan hehehe. Menu Ayam Paprik ni menu dari anak dara Sis yang sulung. Masa dia bercuti balik beberapa hari lalu, dia kata teringin nak makan tapi nak masak sendiri. Jadinya, dia dah sesiapa tulis semua barang dan minta tolong ke kedai beli semua bahan yang dia minta. Okay baiklah anak.

Memang Sis takde menolong langsng dia nak masak, semua dia yang buat. Bukan apa, dia yang bising kata, Emak duduk je depan tengok tv, dia rimas Emak ada kat dapur, molot bising katanya hahahaha. Bagus juga, maka Sis duduk je depan sambil update blog Sis hehehe. Pong pang pong pang kat dapur, dalam kepala Sis, habislah berkecah dapur aku, biasalah budak-budak ni kalau memasak, kecah satu dapur, macam ayahnya juga hehehe. Betul tak? 

Bila kata dia dah siap, terus Sis jerit, kemas dapur tu kak! Alhamdulilah selesai je dah siap semua, Sis ke dapur tengok, semuanya dah kemas dan siap cuci semua. Bagus, macamtulah jadi tukang masak hehehe, lepas masak kena kemas okay.


Taraa dah siap dah. Memang sedap, pandai anakku masak hahaha.
Resepi? Entah, dia kata amik resepi dari google, Sis pun tak tanya resepi dari mana hahahaha. Tapi bahan dan rasa semua cukup! Ada magic gak laa air tangan dia tu. Walau jarang ke dapur memasak, sekali dah ke dapur, power betul masakannya, adik-adiknya pun puji sama, kalau ada ayahnya lagi melambung pujiannya sebab nak amik hati anaknya hahahaha..


Yang nak resepi, nantilah Sis tanyakan ye resepi mana anak guna. Tapi setahu Sis mesti anak amik resepi dari Azie Kitchen, dia memang selalu baca resepi dari blog Azie je. Nanti Sis pastikan ya. 
Okat tu je nak update. Okbai!







P/S: 'Pandai masak, dah boleh kawin dah'..apa? kalau tak pandai masak tak boleh kawin ke? Sibuk sangat tanya anak orang bila nak kawin, huh! ..


You Might Also Like

20 Comments

  1. Hahahahha... Tetiber marah kat p/s tu terlupa skejap aku nak komen apa. . Hahaha.

    Oh, nampak macam ada sotong kat dalam paprik tu, sorrylah mataku rabun tak pakai spek ni. Agaknya paprik campur kot, mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe Kak @Seri, sampai anak jad malas nak ikut kita jalan dek sebab orang tanya je..
      Aah letak sotong sikit dalam tu, ada baki sotong, hehehehe

      Delete
  2. sedapnya paprik lama tak buat hehehe...nak kawin ke tak kawin ke kena pandai masak,kedai tutup jauh dr kedai senang,tak lapor kan mak kannnnn hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Sueizza, pandai ke tak pandai ke, kalau dah jodoh, kahwin juga kan huhuhu...

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulilah, sedap @Normi heheheh..

      Delete
  4. takde masalah pun kalau tak pandai masak nak kawen...tu nampak sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, ada je orang tanya manjang bila anak nak kahwin ermmm...

      Delete
  5. Replies
    1. Macam tu laaa sama rupanya dengan rasanya @Akashah, sedap dan meletop!

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulilah, kena panda memasak, untuk kesenangan diri sendiri juga kann @Etuza..

      Delete
  7. Lama x buat padprik...nanti nak buat jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun jarang buat dan masak @Suria, anaklah yang selalu buat bila dia balik Johor..

      Delete
  8. tengok pun dah berselera. kalau makan pasti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye alhamdulilah sedap Abam @Kie, sesekali anak turun dapur, memang power juga air tangannya..

      Delete
  9. ini paprik ayamsotong ni..hahahah! febret saya kalo ke restoran masakan panas masa degree dulu, mesti nak order nasi putih ayam paprik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sotongnya beberapa ekor je @Sunah, nak perabis sotong katanya, buat penyeri hehehe

      Delete
  10. Dapnyewww...tiberrrr terasa nak masakkk macam ginii woii .. hahahhahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lagi power @Farahain memasak, cubalah hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com