BUFFET MAKANAN JEPUN 'JAPANESE HI-TEA' DI LADA & CLOVE SERENDAH RM78!

11/06/2018 12:32:00 PM

BUFFET MAKANAN JEPUN 'JAPANESE HI-TEA' DI LADA & CLOVE SERENDAH RM78! | Pasti ramai pembaca blog Sis yang suka dan gemarkan makan makanan Jepun kan? Shushi, Tempura, Miso Soup, Udon dan banyak lagi antara makanan Jepun yang popular yang biasa orang Malaysia makan. Berbeza kalau nak makan di negara Jepun sendiri, kita tak tau pasti samaada halal atau tidak bahan yang di gunakannya..tapi di Malaysia korang boleh makan sepuasnya dan nikmatinya tanpa perlu was-was. 
Di mana? Di Lada & Clove @ Trove Hotel Johor Bahru. 

Untuk bulan November ini, The Trove memperkenalkan promosi makan buffet 'Japanese Hi-Tea' dengan harga hanya rm78nett dewasa dan rm40nett kanak-kanak (4-11thn) pada SETIAP hari SABTU sahaja dari jam 12pm hingga 4pm.
Korang bayar sekali dan makan sepuasnya hingga kenyang. Lebih dari 50 menu yang boleh korang makan dari menu pembuka selera, main dish, pencuci mulut, aneka kek dan kuih, minuman panas sejuk dan juga ais kacang dan pelbagai salad. 

Lada & Clove Japanese Buffet Hi-Tea by Chef Fadzren 
Untuk kali ini Sis berkesempatan menikmati Japanese Buffet Hi-Tea yang di sajikan. Ternyata ianya sangat menarik perhatian Sis. Ini kerana menu Jepun yang di sediakan sangat menepati citarasa selera tekak orang Malaysia macam kita. Walau ada yang tidak sepenuhnya rasanya seperti yang kita sangka, tapi cukup puas bila makan. Nak betul mrasa seperti di Jepun memang idok le, sebabnya kata Chef ianya seratus peratus menggunakan bahan dari Malaysia dan halal. Kalau di Jepun sedap memang sedap tapi kita tak tau bahan apa yang di gunakan dan ntah ye ke tak halal. setuju? .

Jom kita tengok antara menu yang mesti korang cuba bila ke Japanese Hi-Tea ni. 
Lagi gambar korang boleh ke Facebook Pages AKU Sis Lin ya .

Antara shushi yang ada. Avacoda Maki and Inari Shushi Gari
Paling suka itu kacang, banyak Sis makan petang tu hehehe. 
Antaranya lagi, Ebi Tempura Maki, Tamago Maki.
Fried Udon Mee with Shirmp
Biasa nampak warung cina je menjual menu kan? So kat sini ada, jangan risau homemade ny Chef Fadzreen. Biasa panggil lobak putih goreng, nama dia apa ntah ek huhuhu lupa daa..
Garden and Compound Salad. 
Chicken Tofu Sandwitch.
Japanese Cheese Cake 
Dorayaki
Hokkaido Cake
Pembuka selera untuk bulan November : Hazelnut High Drink. Sangat sedap!


Lada & Clove Japanese Buffet Hi-Tea which happens EVERY Saturday for the whole month of November! 

Let's create unforgettable experiences where impeccable service meets gourmet indulgence! .

Japanese Buffet Hi-Tea 

Price: Adult: RM78 Nett | Child: RM40 Nett (4 - 11 years old)
Time: 12pm - 4pm
Venue: 8th Floor, Lada & Clove, TROVE Johor Bahru
Contact: +607 272 8888
.

Lagi gambar korang boleh ke Facebook Pages AKU Sis Lin ya .







P/S: Puas makan okay! Memang berbaloi kalau korang bayar dan makan di sini. Tempatnya pun sangat relax. Oh ya! Korang tunggu ya di Facebook Page Sis, akan ada giveaway yang nak Sis bagi. FREE baucer untuk makan di sini. Ye FREE ! Korang boleh bawa yang tersayang. Stay Tuned ya! ..


You Might Also Like

12 Comments

  1. Wah, sangat menarik ni. Boleh makan kenyang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Zumal, berbaloi makan Hi-Tea macam ni..

      Delete
  2. Ni kalau utk peminat makanan Jepun memang berbaloi2 pergi, kan Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak @Seri, memang puashati dan berbaloi, makan sampai kenyang..

      Delete
  3. Replies
    1. Kekekeke @Sunah..Sila nanti join giveaway tu dan menangi baucer FREE ya..tungguuu

      Delete
  4. Replies
    1. Ye @Farah, boleh cuba dan makan di sini, berbaloi dan sedap gilee semua..

      Delete
  5. wow..dorayaki pun ada..teringat doraemon..ahaha..Edamame tu kalau dapat meratah depan tv...syok gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe peminat Jepun mesti sukakannya @Rohaida...

      Delete
  6. tiap kali ternampak trove,, terus hati ini terdetik... bila lah dapat masuk hotel ni.. semoga pihak trove terbaca luahan hati ini. abahahahahhaha 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..insyaAllah one day ada rezeki nanti dapatlah invitation tu yaa @Farahain..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com