HAPPY BIRTHDAY TO ME 19/11/2018 - 42 TAHUN

11/19/2018 07:03:00 AM

HAPPY BIRTHDAY TO ME 19/11/2018 - 42 TAHUN | Ya Allah syukur alhamdulilah, harini masih berkesempatan menyambut usia 42tahun pada hari ini. Terima kasih Allah untuk kesempatan dan peluang ini. Seusia 42tahun ini, Sis ko masih lagi seorang isteri, ibu kepada 3 orang anak, juga masih lagi memegang jawatan surirumah sepenuhmasa. Bahagia seadaanya, gembira juga seadaanya. 
Cuma sekarang je ni dah macam sibuk dengan kerjaya blogger sepenuh masa, yang mana ke sana sini penuhi jemputan media dan review sana sini. Tu pun rezeki namanya, dapat gak buat duit geli-geli beli gula-gula dari menulis blog (isi masa lapang) hehehehe. 

Dan untuk tahun ini, sambut besday di perantauan, alhamdulilah atas nikmat Allah. Sungguh tak menjangka dapat peluang untuk meraikan hari lahir di tempat orang. Dah kira macam 'hadiah' juga ni. 
Buat Suami dan anak-anak, terima kasih atas keizinan untuk Emaknya pergi bercuti 'Me Time' . 
Tunggu Ayah balik, Ayah kata  kita sambut besday Emak di tetttttttttttttttttttttttt...syyhhhh..
Juga kawan-kawan semua yang wish hari lahir buat Sis, moga doa kalian semua Allah balikkan juga kepada kalian semua..aamiinn



Doa di Hari Lahir Ku. 
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM 

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran ku ini, Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. 

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan kepadaku dan juga keluargaku.

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah aku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 

Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikanlah aku bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padaku kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalanku dan tunaikanlah hajatku baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada ku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan aku hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosaku sedar atau tidak. Jadikanlah aku sebaik-baik wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.
Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin. 


Bukan senang nak letak gambar sendiri, harini Sis ko letak gambar sengsorang hahaha. 
Dah 42tahun dah wuuu, Kita taulah kita dah tua, tapi jiwa muda okay hahahaha. 
Moga bertambah amal Sis seusia 42tahun ni. Aamiinn





P/S: Terima kasih ALLAH ..!! i LOVE u SUAMI ku <3 . 


18 Comments

  1. Hepi besday awakkkk!!!!!
    Nak air laut kat sana hahha

    ReplyDelete
  2. happy birthday sis lin.. semoga sis sentiasa dalam rahmat Allah swt. stay gojes and happy selalu ok..

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Sis Lin, semoga pjg umur, murah rezeki & sihat ceria sokmo..Aamiiin

    ReplyDelete
  4. happy birthday sistur kuh... semoga terus ceria dan bahagia selamanya.hehehee..muah ciked

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..Makaseh anakku froggy @Farahain..

      Delete
  5. happy birthday once again sistur.. sorry dah lama tak menjengah blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu @Hernee ..nanti baby comel macam kita ya hahahahaha tiberrrr

      Delete
  6. happy birthday sis lin.... wahhhh.. semakin vogue lepas ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com