JOM MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU

11/10/2018 08:35:00 AM

JOM MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU | Domino's Pizza mula dilancarkan di Malaysia oleh pengasasnya Tom Monaghan pada tahun 1997. Masa tu kan Sis dah berkahwin dah, anak dah dua tapi masa tu, tekak belum lagi macam orang meroyan mengidam kalau nampak Domino's Pizza ni, relax-relax je kalau tengok iklan hahaha. Sebab sejujurnya memang dah terbiasa dengan nama 'Pizza Hut', so masa mula Domino's Pizza ni di rasmikan, makanya Sis hanya jeling-jeling aja. 
Tetapi bila Domino's perkenalkan sistem order melaui talian di Johor, kebetulan pulak ada cawangan yang berdekatan dengan rumah Sis ketika tu, jawabnya, dah macam pelanggan setia laa Sis ko ni order , sampai budak delivery tu pun dah tau dah muka Sis ko ni hahahaha. Sekali makan terus jatuh cinta ibaratnya. Asyik duk kerja order je ko, maklum alasannya anak kecik, banyak ragam, so kalau tak masak, order Domino's je la hahahaha. Yang bestnya, baru order, kejap tu dah sampai, tu yang best tu!.


Cawangan Domino's Pizza hingga sekarang ni dah ada 223 cawangan di seluruh Malaysia. Pusing sana sini nampak Domino's Pizza kan hehehe. Pada tahun 2003, Domino’s Pizza telah memperkenalkan portal pesanan dalam talian pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. Dan pada tahun 2007 Domino’s Pizza mencipta rekod baru di mana diikitiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai "Pembuat Pizza Terpantas". Itu pasal kalau korang order secara walk in atau online, cepat je sampai hehehe. 

Sempena menghargai pelanggan yang setia (salah seorangnya Sis ko ni), Domino's Pizza telah melancarkan Kempen It's All About You di semua cawangan Domino's Pizza. 
Makanya Sis tidak lepaskan peluang untuk meraikan sama sempena kempen ini. Banyak menu promosi yang di tawarkan untuk peminat pizza. Tak payah susah-susah nak belek menu, klik je online web dia, pastu pilih laa apa pizza korang nak makan, then submit. Nak bayar guna debit boleh, kad kredit boleh atau walk in cash pun boleh.

Domino's Pizza Taman Bukit Dahlia pilihan paling dekat kalau Sis beli secara online dan take away.
Untuk kempen kali ini Sis beli secara online dan pilih sesiap dulu, dan bagitau nak datang pick up jam berapa dan lokasi di mana. So nanti masa korang datang, pesanan pizza korang dah siap. Bayar pun ikut sukalah, cash boleh atau debit/kad pun boleh.

Bestnya, Beli satu, percuma 1 regular. Thank You Domino's Pizza. 
Nampak tu, semestinya HALAL, cepat dan pantas! Sis sampai aje, dah siap dah Sis punya, panas-panas lagi. Pekerjanya pun peramah, senyum-senyum, jadi tambah sedap pizzanya hehehe. Kalau jenis yang masam payau muka ni, eee dah sama laa bolat muka macam pizza kan hahaha.

Pulled Beef Pizza with mozarella tarik..yumsss
Yang ini menu Domino's Pizza terbaru, Pulled Beef Pizza with Mozarella Tarik. Anak nak yang ini, makanya Sis orderkan yang ini, rupanya sedap kemain oii! Dah makan sekeping lagi mau lagi dan lagi. Terus tak menyempat, ngap dalam kereta. Cuaca hujan pulak tu, masuk je kereta terus bukak makan, sila jangan kecam kami dua beranak hahaha.

Menikmatinya dalam kereta, ko rasa? Ini kalau tau Ayahnya makan dalam kereta, nahas kena bebel sebakul.
Anak Sis si Amat kata 'Mak, kita makan je la terus, nanti kalau sejuk tak sedap' huhuhu ayat-ayat cinta seorang pengemar pizza, akhirnya dalam kereta juga kami berdua bedal. Tak nyempat Emak ko nak photoshoot lelawa nak post entri. Ngap terus..Tapi betul juga, makan panas-panas, Ya Allah nikmatnya, lagi-lagi tang mozarella cheese tarik dia..yummy sangat okay!!!

Cinnastix. Yang ini pun sedap, makan panas-panas lembut gile!
Memang betul, makan panas-panas walau dalam kereta, tapi puas! Roti ni makan panas-panas kan.. sedap, lembut dan juga ada crispy-crispy sikit. Cecah dengan sos dia, sedap nak mati! Licin sekali hadap di makan anak Sis. Emaknya bawa kereta tak senang memandu, takut tak merasa, nasib di suap-suap oleh anaknya hahahaha. L:agi satu, nasib juga pesan kat anak suruh amik gambarnya, kalau terus makan, dah licin, makanya entri Sis ko tak ada gambo lerr, haaa tak ke kena beli lagi pizzanya hahaha. haruuu..

Apa-apa pun Tahniah kepada Domino's Pizza Malaysia kerana telah berjaya berada di Malaysia sejak 1997 hingga ke hari ini.
#dominosmy #itsallaboutyou






P/S: Makin lama makin sedap dan pantas! Okay tu je yang nak Sis komen untuk review kali ni. sekian :)


You Might Also Like

12 Comments

  1. dugaan apani pagi pagi dah nampak makanan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe silalah pergi membelinya lagi ya @Shafyqah ...

      Delete
  2. Lama dah kan Dominos bertapak di Malaysia... rasa pizza dia yang sedap dan servis delivery laju tu membuat ramai suka sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Ayunie, masa tu anak sis kecik-kecik lagi, dan yang best kalau order cepat sampai ..

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha jomm Kak @Seri gi makan pizza hehehehe

      Delete
  4. Oo..patutlah sedap !! Dah lama rupanya dia bertapak kat sini. Tapii ok juga maknanya dia dah tahu sangatlah dengan selera orang Malaysia ni kan. Gud job Domino's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Cik @Tie, cepat dan sedap semua menu-menunya ..

      Delete
  5. senang kan beli online, tak perlu tunggu lama-lama nak dapatkan pizza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Betul tu @Khaty, semuanya di hujung jari sahaja hehehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Sangat sedap @Sharina, lagi-lagi yang perisa baru tu sedap gilee ...

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com