MEMUDAHKAN BANGUN SOLAT MALAM - SOLAT TAHAJJUD

11/12/2018 09:33:00 AM


MEMUDAHKAN BANGUN SOLAT MALAM - SOLAT TAHAJJUD  | Manusia berusaha biarlah Tuhan yang menentukan, demikian ungkapan yang seringkali kita dengar tentang makna dari tawakal.
Untuk kebaikan bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia dan kelak di akherat, kita semua –sebagai manusia- diperintahkan untuk senantiasa berserah diri atau bertawakal.
Di balik sikap berserah diri manusia wajib berdoa dan berusaha saat memiliki tujuan atau rencana yang tengah ditargetkan. Dengan berdoa dan berusaha, setiap manusia akan melewati tantangan, rintangan yang pada akhirnya akan mendapatkan kebahagiaan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.) .

- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Tujuan Solat Tahajjud

- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Cara Mendirikan Solat Tahajjud

- Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.).


1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2. Niat Solat Tahajjud: 

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau

Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau

10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

4. Selepas salam hendaklah membaca doa ini:

Doa Ringkas: 
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api neraka.”

Doa Solat Sunat Tahajjud

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud
“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”







P/S: Secara ringkas saja Sis copykan. Islam itu Mudah. Ianya bergantung kepada kehendak dan keinginan seseorang, sekiranya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.


8 Comments

  1. Replies
    1. InsyaAllah sama-sama kita ingat mengingati ye Kak @seri...

      Delete
  2. emm..bila dh bgn tdo balik tu yg susah nak bgn tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sharina, kebiasaannya pun Sis tersedar dah jam 4am..tu pun kadang terus buat, ada masa terus tido huhuhu :(

      Delete
  3. teringat masa degree final year dulu..sebab berkampung dengan kawan2 yg rajin bangun tahajjud..semua akan saling kejut mengejut dan dirikan qiamullail..masya Allah, rindu zaman tu..zaman makan dan minum waktu siang terjaga...sekarangggg, makan macam apeee sampai gemokkk sebab tu susah nak bangun..ehhh tiberrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah engko punya ayat atas mula Sis ko baca, insof kejap terharu, sekali ayat last ko, oiii tak insof pulak ye @Sunah hahahahaha... ahahahahaha adoiii

      Delete
  4. hurmmmm,,,,semoga farahain insof membaca entri ini.hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah @Farahain, sama-sama kita pesan memesan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com