PROMOSI HIDANGAN MASAKAN MINANGKABAU, KINI BERLANGSUNG DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU

Monday, January 14, 2019

 PROMOSI HIDANGAN MASAKAN MINANGKABAU, KINI BERLANGSUNG DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU | Masakan padang merupakan salah satu makanan khas Minangkabau yang terkenal dengan keenakkannya. Ada beberapa ciri khas yang menjadikan masakan Padang begitu popular. Selain bersantan dan lebih kepada rasa pedas, ternyata perbezaannya terletak pada kenegeriannya. 

Baru-baru ini Sis berkesempatan merasai kesemua menu bertemakan masakan Minangkabau (Minangkabau Buffet Dinner)  yang sedang berlangsung sepanjang Januari ini di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.  Lebih dari 100 menu istimewa disajikan antaranya rendang kambing, udang masak lemak kacang buncis, ayam kalio, telur dadar versi Minang, juga terung sambal hijau. 

Turut dihidangkan dalam pakej buffet ini, ikan keli goreng garing dan gulai telur itik, juga sup keting, sate padang, lontong nangka, bakso dan pelbagai hidangan masakan tradisional Melayu selain hidangan pencuci mulut dan pelbagai sup pilihan. 

Minangkabau Buffet Dinner ini dihidangkan di Makan Kitchen dan telah pun bermula promosinya dari 1 Januari hingga 31 Januari ini dengan harga RM118nett untuk dewasa dan RM59nett untuk kanak-kanak, dari jam 6.30pm sehingga 10.30pm, setiap Ahad sehingga Khamis. 

Bagi peminat menu masakan Minang, memang bolehlah ke sini menikmati hidangannya, sebab bagi Sis yang suka pedas-pedas, memang antara menunya menjadi pilihan Sis. Antaranya sup keting tu dan juga rendang kambing. Sedap tak terkata. Dan paling sedap dan paling banyak Sis makan, adalah sate padangnya. Memang makan bercucuk-cucuk tanpa toleh kanan dan kiri hahaha.

Okay jom kita lihat menu-menunya yang sempat Sis amik gambarnya. kalau di IG highligt Sis, ada full kesemua gambar menu. Kat sini kita tunjuk sikit-sikit, nak lebih, silalah pergi makan ya. 

Rendang Kambing - Dagingnya lembut dan pedas

Udang masak lemak kacang buncis

Ayam Kalio

Telur Dadar - Menggunakan telur itik

Terung Samabal Hijau - Tengok pun dah tau pedaskan

Sate Padang

Gulai MInang - Talapia , Kembung, dan juga Babat

Sup Minang - Sup Keting (urat kaki lembu), Bakso, dan juga Lontong Nangka

Inilah dia Lontong Nangka, Sis memang suka nangka, pestime makan lontong nangka hahaha, sedap!

Sup Keting - Ini sup paling sedap, habis kenyang semangkuk makan itu aja. Pedas dan paling sedap bawang goreng asli minang tu. ada keistimewaannya. 


Jadi kalau korang nak cuba dan rasai kesemua masakan Minang, boleh ke Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. Puas dan korang makanlah selagi boleh makan, bayar sekali, makan sampai kenyang. :)


Minangkabau Buffet Dinner 

Explore unique and exquisite Minangkabau dishes synonymous to the Negeri Sembilan culture & traditions. Feast on padang food and complete your dining session with a satisfying bowl of cendol and ais kacang.

1st - 31st January 2019
Sundays to Thursdays
6:30pm - 10:30pm
RM118 nett per adult · RM59 nett per child


☎️ +60 7 268 6868
📧 JohorBahru.FB@hilton.com







P/S: Jujur cakap, kalau makan di Makan Kitchen, apa aje hidangannya pasti sedap dan lain dari lain. Tekak memasing, bagi Sis memang puashati! Termasuk hidangan hi-teanya (anak selalu pergi, sebab tu berani tulis) :) ..


9 Comments

  1. Replies
    1. Memang sedap, kalau boleh semua nak makan @Farah hahahaha

      Delete
  2. Lontong nangka tu agaknya kalo gi jogja macam lauk nasi gudeg gitu..nangka masak lemak jadi makanan popular restoran tepi2 jalan malioboro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer kot @Sunah, sebabnya Sis ko tak pernah lagi gi Jogja hahaha..tapi sedap, dah le nangka tu peberet kita hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Yee @Normi, semua menu dia sedap..rendang kambing tu menyelerakan kannn...

      Delete
  4. Replies
    1. Ye @Ejulz, semua sedap-sedap .. berbaloi makan sini :)

      Delete
  5. barulah 1st time merasa keropok kulit lembu tu..ahaksss

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com