TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR: AROI THAI DI TROVE HOTEL JB

Wednesday, January 02, 2019

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR: AROI THAI DI TROVE HOTEL JB | Nak jadikan ceritanya, sebenarnya memang pada awalnya tak plan pun nak makan di sini bersama anak-anak (geng anak katak) ni, Sunah dan Farahain. Sememangnya Sis nak ke bangunanan Metropolis sebab ada urusan di AmBank Johor tu, tengah bersiap sambil berchatting dengan group anak katak ni, Sis terus terjah group kata 'Siap! Jom ke Aroi Thai' hahaha apalagi anak-anak katak ni pantang di ajak, laju aje bersiap hahaha. 

Settle urusan Sis di Ambank tu, Sis terus menuju ke Aroi Thai. Kedainya betul-betul sebelah Trove Hotel tu haa, dan ini kali pertama Sis ke sini. Sebelum ni pernah makan Aroi Thai di Tunamaya Hotel Desaru sewaktu Sis menginap di sana, dan sekarang telah di buka di Johor di bangunan Trove Hotel Jb. Senang, lebih dekat dan senang nak tuju hehehe. 


Tu dia alamatnya, jangan ada yang tanya-tanya pulak ye hahaha. 
Konsep makan dan menu dia, sama macam boat noodle dan amphawa tu, cumanya yang beza menu-menunya aje, ada yang sama, ada yang takde dalam senarai. Ada kelainannya juga. Dan yang istimewanya dia ada menu Seafood Hot Platter. Perghh kalau korang tengok gambar dia je dah menyelerakan. Tunggu jap kang Sis tunjuk laaa..


Sis ko ni sebenarnya ada satu masaalah warna yang paling Sis tak suka, iaitu warna dinding tu hahahaha. Tapi dah kedai makan orangkan, takkan le ko nak banyak songeh. Masuk dan duduk aje le, cuma masa mula masuk tu, agak terpinga kejap tengok warnanya hahaha nasiblah masih ada selera nak makan hahahaha..


Waaa sikitnyaa order hahahaha sikit ko kata? Tunggu kejap lagi, tengok sikit ke tak hahaha.
Harga menu dia pun sama juga macam boat noodle dan amphawa tu, semangkuk rm1.90 TAPI yang bestnya, portion semangkuk dia tu, kus semangat, banyak gile! 
Di nasihatkan, korang jangan tamak kecuali kalau korang betul lapar hahahaha.
 Ingat! Jangan tamak hahahaha. 


Menu ni biasalah kan korang mesti order tiap kali makan boat noodle ke amphawa ke kan? So sama juga kat Aroi Thai sini. Pun sama juga. Ingat pesan Sis tadi, jangan tamak, sebab semangkuk rm1.90 dia tu, banyak oii, bukan 'sejemput', boleh makan 2/3 suap, puashati!


Haaa inilah yang Sis cakap tadi, menu lain yang takde di boat noodle dan juga amphawa, 'Seafood Hotpot Platter" tapi yang Sis amik ni bukan seafood ye. Dia ada 2 jenis, satu seafood, dan satu lagi ala sayuran macam ni. Memang ada 2 set je. Harga berbaloi dan puashati makan. 


Haaa sebelum makan, minta pelayan kedai amikkan gambar kami, betapa banyaknya makanan dan memasing saling pandang dia pandang dia hahahaha.
Dengan lafaz bismillah, kami mulakan makan. TAPI dak Farahain tu kata dia
lupa nak baca bismillah katanya hahahahaha adoiii berdekah gelak!! *tepuk dahi*


Acara mesti buat, susun le mangkuk semua hahahaha. Korang dah kenapa nak kira? :p
Macam nak pecah perut makan, dengan air kelapanya, air nanasnya, green teanya, teh thainya, pengsann bangun makan, pengsan bangun makan aje kerjanya hahaha. 
Alhamdulilah, rezeki untuk hari ini. 


Cantikkan depan kedainya, Sis suka <3
Korang yang nak cuba, mailah datang, kalau tak tau kat mana, waze aje Trove Hotel Jb, kompom jumpa punya. Tak jumpa juga, PM je Sis ko, nanti Sis bgtau, nak ajak dan belanja sekali pun boleh hahaha #SisMakanAje lalalalalala...


Cawangan Aroi Thai ke-13 di Johor Bahru.

 Lokasinya di Ground Floor Trove Hotel, Jb
 Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor.

Waze: Trove Hotel
Google Map: Trove Hotel

Pengurus Restoran: En. Faliq 011-2309231







P/S: Nak pergi ke sini kena dalam keadaan lapar, order bebanyak, rm1.90 je pun, kalau tak, setakat ko nak makan 2/3 mangkuk je, baik ko masak maggi je kat uma hahahahha .. :p 


14 Comments

  1. Bestnyaaaaa anak anak katakkkkk. Makan makan makannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ajomm le @Uyul join sekali..kalau free bagitau jer..

      Delete
  2. Adoii.. Terus rasa teringin nak makan kat aroi.. Yg platter tu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh sedap oii @Rohaida, pastikan datang perut kosong hehehe

      Delete
  3. SA dh selalu makan kat area opis ni..bagus makan macam ni sebab portion kecik dan murah..suka tomyam dia..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suria, kenyang makan, lagi pulak dengan geng makan, kalau boleh semua nak order hehehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Ajommmm @Suzlin, nanti bagitau aje bila free hehehehe..

      Delete
  5. Replies
    1. Hahahaha selagi gemok kita makan je @Retna hahahaha

      Delete
  6. Warna oren ni katanya boleh menambah selera makan, tu yg penuh semeja ko tu, Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan oren Kak @Seri, kalau kat sana color kuning hahahaha...

      Delete
  7. tengah kumpul2 info nak JJCM ke johor. hehe.. thanks share =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy, nanti datang Johor kalau tak tau kat mana nak makan, bagitau je kita @Siti :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com