Tuesday, February 21, 2012

Sinar Cahaya Ayat Kursi.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI 
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Image dari en.google.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

*kredit info dr Tok Wan.






P/S: "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"


'Wasiat' dari Ustaz Zahazan.

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah semuanya selamat dilaksanakan..*cerita dah seminggu berlalu..hehehe
Majlis Maulidurrasul anjuran Masjid Taman Bukit Indah pada 10/12hb Feb 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya kerjasama orang berkuasa, krew2 dan ahli jawatankuasa Masjid. 
Syukur alhamdulilah banyak info tauladan dan pengajaran setiap majlis dapat diambil kira dan setiap kekurangan dapat diperbaiki dimasa akan datang...
*Lagi gambar di FB Lin ye.. ;p

-Ini sebahagian gerakan wanita Al-Wasilah yg sempat bergambar kenangan bersama Uztaz Zahazan hehehe biarpun dengan posternya saja..hahahaha..*we all malu u nak mintak amik gambar bersamanya..hehehehe.


-Dan antara doa yang diperturunkan oleh Ustaz Zahazan pada malam ceramahnya 10hb Feb tu, beliau mewasiatkan doa tersebut (gambar diatas) untuk diamalkan seelok2nya sewaktu selepas solat Dhuha dan juga boleh diamalkan dalam solat2 wajib dan sunat. Banyak kelebihan doa itu dimana beliau mengatakan doa tersebut cukup lengkap bagi mewakili segala doa untuk kita memohon dan bertaubat kepadaNya, insya'allah. 






P/S: Anda buat, anda dapat..renung2kan dan selamat beramal..


Bersama Mazidul: Projek FB, Projek Free Balls.

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Bola mencetuskan senyuman ...
Bola mengakrabkan persahabatan ...
Tetapi tidak semua keluarga mampu membelikan bola untuk anak-anak mereka.
Kru 666 bakal melancarkan Projek FB pada 1 Mei 2012.

image dari blog Mazidul.


Jika pembaca ingin menyumbangkan bola sepak tanpa mengira harga, sila berhubung dengan kru 666.
Klik SINI untuk keterangan lanjut..






P/S: Kata Mazidul 'Kami tidak mengharapkan sumbangan The Golden Ball seperti dicium oleh Cristiano Ronaldo tetapi sekadar bola mampu disepak dan menjadikan hari ramai kanak-kanak lebih bermakna berbanding sebelumnya.'


Thankful for what you have.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..

Mood tak berapa nak rajin memblogging buat masa nie, so apa aje yang autoupdate ni, kowang layan aje le ye.huhuhu

image dari en.google.


No matter how bad you think your life, wake up each day and be thankful for what you have. Someone somewhere is fighting just to survive.Forgive someone because you believe they are truly sorry, not just because you want to keep them in your life.




P/S: Gelisah gundah gulana..haishhhhh


Wednesday, February 15, 2012

Festival Layang-layang Sedunia 2012 @Pasir Gudang.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt..

 17th Pasir Gudang World Kite Festival 2012 will be held on 15th February until 19th February 2012.
Celebrating its 17th Anniversary, Pasir Gudang has been renowned worldwide as the Best Kite Festival Organiser. 
This internationally acclaimed event has been hosted continuously since 1995. 

EVENT : 15th February until 19th February 2012.




#Tiap2 tahun tak pernah miss, cuma tahun lepas aje tak dapat nak pegi, yang pasti tahun ni mesti nak pegi.. Jomm kita reramai pegi yooook...





P/S: Tapiii 18/19hb ni banyaknya agendaaaaaa huwaaaaaaaaaaaaaaa ;((


Monday, February 13, 2012

...di sisiMu.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamulaikum wbt..

..daku hanyalah bilangan hari..datang dan pergi..berkurang bagi setiap waktu yang menari..ada kala orang keji..akurlah wahai diri pada Ilahi..bahawa engkau lebih hina dari anggapan mereka..moga nista menjelma untukmu pahala..ada kala orang puji..tersenyum sendiri..mereka itu tidak tahu dosa-dosaku yang tersembunyi..Ya Ilahi ampunilah abdi ini..jadikan daku di sisiMU lebih baik dari sangkaan mata-mata yang tertumpu...
Share from: Dr.Maza.com







P/S: Sepi Itu Indah...alhamdulilah..



Wednesday, February 08, 2012

Gemersik Kalbu-Obsesi ku.

BY Sis Lin IN , 10 comments

Assalamualaikum wbt..

Drama terbaru ini berjudul GEMERSIK KALBU. 
Gemersik Kalbu menampilkan pelakon hebat seperti Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan. Gemersik Kalbu mula pada 2 Januari 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam di saluran TV3. 
*Jarang juga aku layan di tv jam 7pm tu, sebabnya sampai rumah amik anak sekolah, terus mandi, tunggu solat magrib dan terus siap2kan panaskan lauk dan hidangan untuk makan malam, jadi esoknya baru layan di tonton.com.my aje huhuhuhu..


Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

#lagu dia memang best! cuma sarikata/liriknya tu ermmm macam 'gelik' gitewwww, tak sesuai untuk anak2 kecik/remaja nyanyi kannn? :p





P/S: Mood nak update blog macam pudar, ntah mana la peginya mood itu, terlalu banyak dugaan/cobaan yang datang..huhuhuhu...


Friday, February 03, 2012

Doa 'ISTERI SOLEHAH'

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada disisi. Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah kat suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaAllah


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….








P/S: Wooo esok start cuti panjang le kita kannn..mana mau pegi daaaaaaaaa ermmmmm...