Monday, April 30, 2012

'AROMA' CT Delima..

BY Sis Lin IN 29 comments

Assalamualaikum wbt..

Tahniah! Kak CT...walaupun Lin ni bukanlah dari kalangan blogger masakan, tapi sebagai seorang blogger juga 'adik' dan kawan, Lin juga terasa tempiasnya menumpang kegembiraan dari seorang 'kakak' yang semakin hari semakin fofular gitewww...tak disangka sangka kannn, kecil2 cili api tau!..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah kak CT nampak di sudipnya..muahahahaaaaaaaaaa.. ;p
Apa2 pun tahniah sekali lagi buat kak CT Delima...Moga akan terus maju dan berjaya di masa2 akan datang...Insya'Allah, Aamiinnnn..





Lagi gambar dan cerita panjang di blog Dari Dapur CT..





P/S: Miss u Kak CT, lama sunnguh rasanya kita tak jumpa kannn..huhuhuhu


Sunday, April 29, 2012

BERSIH! dirumah Mat Gebu!

BY Sis Lin IN , 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah semuanya selesai dibersihkan...
Woooo woooo ini bukan bersih 3.0 tu ye, ini bersih yang kenyang perut punya, bukan bersih kasi penuh perut jalan tuuuu,opssss ;p
Sebenarnya memang tak dirancang nak ke rumah Mat Gebu ni, tapi bukanlah main redah, dah col awal2 tanya dan mintak izin dengannya ye, kang kalau main terjah ada duduk luar pagar kang...
Kebetulan Retna datang dari KL dengan adiknya dan juga kawan dari Singapura, jadi plan terus je ke rumah Mat Gebu, cuma kedatangan kami lambat sikit dek sebab Lin ke jemputan Yassin di Larkin dan balik agak lewat sikit majlisnya selesai, tapi Mat gebu sabar menunggu kedatangan kami semua..
Berpeluh2 dengarnya Mat Gebu menunggu hehehehe sowiiii...


Lin datang bawak Mak Lin, anak Lin,Yana. Retna satu kete dengan adiknya dan juga kawan dari Singapura yang nampak dah semakin serasi, mudah2an...
Sampai aje disambut dengan wajah senyum dari tuan rumah, macam biasa laa kalau ada Mak yah dan Bak memang riuh sesisi rumah berborak. Lin pun kalau dah jumpa Mat Gebu orang kiri kanan faham2 aje le kalau dengo bunyi mengilai ketawa tu, hahahaha sungguh tak sopan tau Pn.Lin ni ;p
Biasa le kalau dah borak, semua cite kuar, sampaikan cacat di jari masing2 pun jadi bahan cite, siap amik gambo lagi,hahaha *nanti Lin tunjuk ye,cacat bukan sembarang cacat ok! 
Sambil borak sambil makan dan minum, Laksa Johor jadi menu yang dihidangkan oleh Mat Gebu, walaupun last minit tapi cukup lazat dan sedap! kan Mak kannnn *tak habis2 duk cakap puji dalam kete..ermmm
Air kopi dan teko habis bersih satu teko..huahuahua *bini sapo le tu perabiskan..hahahahah
Apa2 pun terima kasih buat Mat Gebu sekeluarga yang sudi terima kunjungan kami semua, balik2 muka aku je ke sana, hahahahahaa 'ada aku kesah!'.. ;p
Buat Retna, aku majuk dengan ko sebab ko tak salam peluk cium aku semalam huwaaaaaaaaaaaaaa ;((






P/S: Mudah2an Allah murahkan rezki Mat Gebu sekeluarga,Aamiinnnn...


Friday, April 27, 2012

'Janganlah Selalu Merajuk,Buruk!!' kata Lelaki.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..

Hurmmm aku bukannya merajuk pasal apa, dan bukan merajuk pada suami atau anak2 tapi, memang ada ketikanya hati ni automatik jadi sensitif dan dengan sendirinya menjadikan diri ini merajuk dan pendiam dalam rumah, sebabnya?? Tak tau kenapa. *nak kata nak monopaus, tak mungkinnn, i makan jamu Mak Dara u,hahahaaaaaaaaaaaaaaaa ;p
Arghhh jangan layan la merajuk aku ni, yang penting hati wajah kena hepi dalam situasi apa sekalipun, baru lee awet muda..kan kannnnnn? ;p
Dalam hati ada taman wooooooooooo ...

image search dari en.google.


-Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

-Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

-Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa syok sendiri dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

-Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

-Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

-Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

-Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah mengata dan mengutuk jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

-Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

-Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

-Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

-Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.

-Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

-Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk buruk!

-Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

-Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

-Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

-Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala 'puteri' kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

**(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 - 47 tahun.  Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga) .






P/S: Amboiiiiiii banyaknyaaaa benda yang lelaki tak suka eh, ingat owang lelaki tu tak macam owang wanita tu jugak ke? bluwekkkkkkkkk



Saturday, April 21, 2012

Motif disebalik penyebaran Bob Kuman meninggal dunia?

BY Sis Lin IN , 3 comments

Assalamualaikum wbt...

SubhanAllah..Siapalah yang bertanggungjawab dan membuat fitnah gile dengan menyebarkan berita palsu Bob Kuman meninggal dunia ni..Memang terkejut waktu Lin balik dari Sekolah pada jam 2.45pm, dan terus bukak twitter juga Fb, terlihat status kawan2 yang sibuk bercerita tentang berita palsu Bob Kuman meninggal dunia, dalam iye ke tak ye, Lin terus bukak profile bang Mazidul, dan terus ke blog Mazidul untuk mendapatkan kepastian tentang berita palsu ini..
Ternyata memang fitnah semata2, Bob Kuman masih hidup dan masih lagi bernafas cuma kesihatannya saja yang tidak stabil buat masa ini tapi masih dalam menerima rawatan..huhuhuhu
'Siapa kamu yang dapat menentukan ajal maut sesaorang itu!!!!!'.



"Bob, berita dihebahkan awak meninggal?," soal saya.

"Itulah, macam macam bang, mulut orang," balas Bob Kuman.

Untuk rekod, rakan saya, kru 666, Farid dan Razali bersama Bob pada ketika ini.
Dia masih hidup dan semakin sihat.
Saya bertemu dengan Bob pada jam 5.30 pagi tadi. Dia sempat bergurau dan bertemu kru 666, setalah kami selesai menjalankan tinjauan di Kajang.
Sebagai rakan, pastinya saya tertanya-tanya, siapakah menyebarkan berita palsu itu?
Hebat, mereka cuba menentukan hidup mati manusia.
Durjana!

Cerita lanjut: 






P/S: Jangan lupa menyaksikan kisah Bob di Melodi, esok!...


Friday, April 20, 2012

TAUGEH disiram dengan air kencing!!

BY Sis Lin IN , , 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Mungkin kowang semua sudah tahu info ini mengenai taugeh yang disiram dengan air kencing. Ya Allah gelik mual loya tekak aku membacanya, subhanallah ye ke tak ye tak tau laaa. Info tu pun dari tahun 2010, tapi baru ni la Lin dapat tau dan membacanya...eeeeeeeeee
Tapi kalau masak mee ke popia ke, tak sah kalau tak letak taugeh manyak2 kan...erkkkk lepas ni tak tau le gaya camne kalau makan mee takde taugeh...uweeeeek!!!

image search dari en.google.

Kredit info dari SINI.

Ada orang nasihatkan, apabila anda beli taugeh, simpan dulu selama 3 hari. Selepas 3 hari, cuba bau taugeh tu. Anda mungkin akan dapati, selepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. Air urine tu la jugak menyebabkan taugeh menjadi kaler putih berseri dan ranggup.

Bagaimana pula kalau nak tahu taugeh yang tidak disiram dengan air kencing? Taugeh tersebut kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Menurut orang tersebut, ada kawannya yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. Kawannya terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok taugeh tu.

Kenapa hanya taugeh disiram air kencing yang dibisingkan sedangkan banyak lagi sayuran lain mengunakan baja urine?

Sebabnya taugeh adalah sejenis pokok menyimpan air siraman terus dalam
batangnya tidak seperti sayuran lain. Sayuran berdaun hijau mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat dari baja.

TETAPI taugeh terus menyerap apa yang disiram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis. Itulah menyebabkannya berbau semacam kalau disimpan masa 3 hari.

Namun, ada pendapat lain pula memberitahu bahawa taugeh tersebut TAK di siram dengan air kencing. Tetapi disiram dengan sejenis bahan kimia yang bau dia seakan-akan air kencing orang panggil dia 'santoso'. Bahan kimia tersebut datang dari Thailand dan China. Kandungannya boleh digunakan untuk merangupkan taugeh. Sebenarnya ia adalah bahan kimia ni tidak baik untuk kesihatan. Kandungan bahan kimia nih boleh menjejaskan kesuburan malah boleh menyebabkan kemandulan. 

Kesimpulannya, samaada taugeh tersebut disiram dengan air kencing ataupun bahan kimia tertentu ternyata taugeh sebegitu adalah tidak baik untuk kesihatan. Mungkin ada baiknya, buat taugeh sendiri je lah. 





P/S: Yang setahu Lin, kalau makan taugeh selalu, boleh jadikan badan kita gemuk..itu aje yang Lin tau.*jiran  India sebelah uma dulu bagitau..huhuhu..

Thursday, April 19, 2012

Life Book 2012 by Norzailina Nordin.

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.” 
― Albert Einstein


LIFE BOOK - AGENDA 2012 by Norzailina Nordin.

Health:
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants (factories)
4. Live with the 3 Es -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did last year
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day - and while you walk, SMILE!

Personality:
11. Don't compare your life to others. 'You have no idea what their journey is all about'.
12. Don't have negative thoughts on things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do; keep to your limits
14. Don't take yourself so seriously; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present or future
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and Laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
25. Call your family often
26. Do a random act of kindness without expecting anything in return
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. GOD heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change. Nothing stays the same for ever.
Everything is subject to change. Change is unavoidable
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up !
37. The best is yet to come
38. When you awake up alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most self is always happy. So, be HAPPY! 

*Thankx Kak NorZ..'tweet tweet'.





P/S: Selagi bernafas...Inilah AKU... :)


Wednesday, April 18, 2012

UPDATE TERKINI: No Akaun Bob Kuman dibuka!

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Siapa yang ikuti kisahnya di SINI dan di SINI, pasti tau akan penderitaan yang dialami oleh Bob Kuman. Dan Lin sebagai seorang penulis blog turut berkongsi dan hebahkan di sini sebagai alternatif bagi sesiapa yang membaca dan ingin menderma juga membantu Bob Kuman..Mudah2an apa yang disumbangkan dapat meringankan beban yang ditanggungnya..Insya'Allah..


Dilahirkan pada 15 April 1971..Happy belated birthday Bob!

"Sejak 15 April lalu, saya menerima purata 200 panggilan dan pesanan ringkas sehari bertanyakan perihal Bob. Satu kes paling menyentuh hati saya. Seorang pelajar tingkatan 3 menghantar kreditprepaid berjumlah RM5 melalui nombor telefon 016 saya. Katanya, nanti abang tolong berikan RM5 itu kepada abang Bob. Saya pelajar sekolah lagi, itu sahaja mampu saya sumbangkan kepada pelawak amat saya minati. Saya suka sebab selama ini, dia membuat ramai orang tertawa. Saya ingin dia juga gembira menerima sumbangan saya. Bob menitiskan airmata sewaktu saya menyerahkan RM5 itu kepadanya," jelas Razali. 

Khabar berita lanjut Bob Kuman TERKINI dan NO AKAUNnya di blog Bersama Mazidul: 






P/S: Saya sekadar "Kongsikan fakta, itu tidak salah,". Kata dipinjam dari Mazidul Akmal Sidek.


Kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari?

BY Sis Lin IN 3 comments

Assalamualaikum wbt..

Seperti mana yang kita ketahui kucing adalah haiwan yg sangat manja. Tapi tentu tidak ramai yg tau tentang penjagaan yang sempurna tentang haiwan ini. Sebagai seorang breeder, kita hanya tahu memberi makan serta membersihkan najis sahaja. Tahukah anda ada berapa jenis atau ras kucing yang terdapat di dunia? Berdasarkan pada statistik yang menarik, ada 41 ras kucing yang terdaftar di Cat Fanciers’ Association pada tahun 2006.
*gambar2 kucing dalam ini adalah kucing belaan Lin, namanya 'James' *4 bulan.. hehehe


Untuk menjadi seorang breeder, anda perlu tahu tentang faktor-faktor kriteria kucing yang ada. Contohnya terdapatnya beberapa jenis atau ras kucing, saiz setiap jenis atau ras, tempoh pembesaran dan perkembangan.
Selain itu, untuk menjadi seorang breeder. Seseorang itu perlu memikirkan beberapa factor yang perlu dilakukan. Contohnya dari segi kesanggupan untuk menghabis wang ringgit untuk keperluan kucing itu sendiri.


Mengenai jenis tumbesaran kucing, seekor kucing jantan lebih cepat membesar daripada kucing betina, dan kebiasaannya pertumbuhan kucing jantan lebih cepat beberapa minggu dari kucing betina. Jadi tidak hairanlah mengapa kucing jantan lebih berat dan mempunyai saiz lebih besar saiznya dari kucing betina.
Selain daripada faktor jenis kelamin, faktor Gen juga memainkan peranan yang besar apabila setiap gen ibu dan bapa kucing akan di turunkan pada anak kucing. Tahukah anda kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari? Oleh itu kucing akan menghabiskan 2/3 hidupnya dengan di buai mimpi?


Seekor kucing mempunyai jumlah tulang yang banyak berbanding manusia. Manusia mempunyai 206 tulang manakala kucing mempunyai 230 tulang. Untuk pengetahuan, kucing mempunyai deria pendengaran jauh lebih baik dari manusia dan ataupun anjing.
Bercakap mengenai deria penglihatan kucing pula, kucing adalah enam kali lebih baik daripada anjing apabila berada di tempat gelap.

Setiap seekor kucing dewasa yang mempunyai 30 buah gigi, 16 buah rahang atas dan 14 buah rahang bawah. Kucing betina akan mencapai tempoh umur matang pada usia 6 hingga 10 bulan dan akan melahirkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 ekor setiap kelahiran. Tetapi tidak semua anak yang dilahirkan akan hidup 100%. Tempoh Kucing betina bunting adalah selama 9 minggu atau 62 – 65 hari. Sedangkan kucing jantan akan mencapai tempoh umur matang pada usia 9 hingga 12 bulan.
Bulu yang terdapat di badan kucing ialah sebanyak 9600 helai.. Hmm banyak kan! Setiap 1cm bahagian atas adalah 19200 helai bulu dibahagian bawah. Manakala suhu seekor kucing yang sihat adalah 38 hingga 39.5 O C. Kucing juga mempunyai 5 jari pada bahagian depan dan 4 jari pada bahagian belakang.

*kredit info dari SINI






P/S: James memang kuat tido, gaya tido lagak seperti tuannya..hahahaha ;p
Ikuti kisah: RESTORAN - PARANORMAL


Pesan Orang Tua-Tua Untuk Isteri.

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. 
Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa. Ramai juga suami yg tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana.
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti wahai isteri..awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia..

Image search dr en.google.


1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. 
Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.






P/S: Syukur alhamdulilah atas kebahagiaan yang tersedia ada dari mu Ya Allah...


Tuesday, April 17, 2012

BattleShip 2012 'Terbaekkkk'..

BY Sis Lin IN , , , 5 comments

Assalamualaikum wbt..

Filem Battleship ini diapdatasikan daripada permainan board Hasbro iaitu Battleship sendiri. Ia diarahkan oleh Peter Berg, yang telah menghasilkan filem Hancock. Yang menariknya, nama Malaysia disebut dalam filem ini kerana mempunyai tentera laut setanding US dan Jepun. Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Liam Nesson dan juga Rihanna.

Bila baca sinopsis kawan2 yang dah tengok, jadinya hati berkobar2 nak masuk panggung nak tengok, mengalahkan budak..hehehe, so Lin bawak anak Lin,Amat dan juga bestfren dia pergi menontonnya kelmarin sempena sehari sebelum hari jadi anak Lin tu, dia memang suka cite2 macam ni..layaaaan..



Sinopsis Filem Battleship 
Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).

Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.

Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

*4 bintang Lin berikan untuk filem ini.. :)





P/S: Memang best! Sampaikan malam terbawa2 mimpi naik kapal perang hahahaha *lawak le der.. ;p


Monday, April 16, 2012

Sudah 12 tahun melahirkannya..

BY Sis Lin IN , 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Nama: Muhammad Ridzuan Bin Sabar.
Tarikh Lahir: 16 April 2000.
Umur: Genap 12 tahun hari ini.
Sek: Darjah 6 di SK Taman Bukit Indah. *akan menduduki peperiksaan UPSR.
Sek: Sek Agama Taman Perling-2 * darjah 6.
Anak keberapa: Anak ke-3 (bongsu) dan satu2nya anak lelaki..


'Selamat Hari Jadi buat anak Mak tersayang, Mak akan senantiasa mendoakan yang terbaik buat Amat. Belajar bersungguh2 untuk mencapai apa yang Amat cita2kan. Mak tau Amat boleh dan pasti berjaya!! Harapan Mak moga Amat akan menjadi anak yang soleh di dunia dan juga di akhirat.."
Insya'Allah..
 ~Hepi besday sayang Mak ♥~





P/S: Bila dikenang2kan waktu nak melahirkannya, dialah yang paling dirasai kesakitannya sebelum dan selepas melahirkan..huhuhu *rasa fobia nk bersalin klu diingat2..huhuhu


'Saya Perlukan Bantuan!' - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.


Anda prihatin? dan ingin tau kisah dan apa sebenarnya berlaku kepada Bob Kuman? ..
Ikuti kisah selanjutnya di SINI dan terbaru di SINI





P/S: Dia menghiburkan anda ketawa, ketika dia menangis? siapakah anda disisinya???..Renung2kan dan selamat beramal...


Saturday, April 14, 2012

Selamat BerISTERI Rehat..

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

You have your husband/wife every night, 
Your children makes you proud, 
Your sisters/brothers are always there to support, 
Your parents are always there to guide you, 

When you have a clean heart and mind
....and when you know that God gave you all these things.


Just because I laugh a lot, 
doesn't mean my life is easy. 

Just because I have a smile on my face every day, 
doesn't mean that somethings not bothering me. 

Its just that I choose to move on with the negative in my life, 
and keep my head up, instead of dwelling on the past.






P/S: Nama je berISTERI rehat, tapi ISTERI tak juga rehat2..huhuhu camne tu??? ;p
Selamat berhujung minggu buat semua!! 


Thursday, April 12, 2012

Bila Aku, Sue, Ayu, Azman & Mat Gebu bertemu.

BY Sis Lin IN 26 comments

Assalamualaikum wbt..

Ahad 8hb April'12: Dari Kulai ke Sedenak..
Bersama Sue Joshua, Ayu CR, Kasawari & Linda dan Mat Gebu.
Hurmm nak cite, cite dah basi, tapi nasib baik cite ni aku simpan dalam peti ais beku, so tak le basi, bukak 'bungkusan' dan panaskan balik, jadilah menu entry pagi ini untuk harini..hehehehe *cakap je bungkus mesti si Mat Gebu (MG), Sue dan Linda gelak* kakakakakkah


Kitaorang kebetulan bertemu disatu majlis perkahwinan sepupu Ayu hujung minggu lepas, katanya dalam sms, jemputan perkahwinan dan perjumpaan bloggers, tapi hanya muka familiar kita ni je yang aku nampak, kekekeke. Sampai sana disambut oleh Ayu yang mesra dengan senyuman, terus kami duduk dan amik makanan, tapi yang jadi tak selesanya, nak berbual tu terhalang dek bunyi kuat suara kugiran band live yang menyanyi..adeiii sound speakernya memang kuat giler masuk dalam telinga, nak cakap dan dengar orang bercakap pun susah, so kitaorang makan dan layan mulut je leeee..
Selesai habis pengantin memotong kek, kitaorang terus gerak, sebab dah plan dan janji dengan Mat Gebu, jam 5pm kitaorang nak singgah uma dia..hehehehe *balik2 muka kita je le ni ke sana* hahahaha.
Terima kasih Ayu, bukan dapat nasi berkat je, siap dapat cenderamata lagi khas dari Ayu..hehehe segan i tau,  i takde bagi u apa2.. ;p


Hujan renyai2 mengiringi kedatangan kami semua ke teratak Mat Gebu, tapi sian si Sue, dia pecut laju sampai awal, dekat 10x bagi salam takde yang menjawab, lagipun janji jam 5pm, kitaorang sampai jam 4.30pm, memang le si Mat tu tak perasan, hahahahaha, dah le sore macam semut, mana la si Mat tu nak dengo, lain le sore aku ni haa, macam buluh perindu! hahahahaaa. Dah bagi salam tak bukak2 pintu, apalagi, kita panjat uma pepel sebelah dan masuk ikut belakang dapur dia, dah macam perompak gayanya, rupanya Mat Gebu kat dapur memasak, tapi nasib baik pakaian masak yang sopan, kalau tak habis jatuh saham! hahahahaaa..*kena pangkung gak aku ni kang* 
Macam biasa le, kalau pergi rumah Mat Gebu, mesti takkan lapar, walaupun menu simple tapi timun jepun tu (deco by Linda)  yang buat kitaorang berselera time makan hahahahaha.. Kena pulak dengan kopiO seteko, perghh memang minum tak ingat teko, habis 4 cawan seteko dikerjakan. 
Sambil minum kopi, bual2 pulak dengan Mak Yah yang memang terkenal dengan cite kelakar seramnya, ishhh sapa2 yang pernah bual dengan Mak Yah ni mesti tau kan, tapi kowang pernah dengar ke cite 'bungkus + baling' tu? Tak pernah? ermmm tunggu le kowang datang Sedenak ye, kowang suruh Mak Yah dan Mat Gebu tu cite, tapi kowang pastikan bawak wet tissue atau senang bawak tuala mandi, suapaya air mata kowang dan hingus tu dilap dengan sempuarna..kakakakakakah..adeiii pitaaaaaaaaaaam!!!
Tak pasal2 balik, bukak bungkusan burung puyuh tu terus gelak sensorang kat dapo, adeii terfikir, macam ni ke bungkusan tu ye kat atas pokok...kakakakakah *lawak giler*


Serangkap pantun terima kasih buat semua..

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang pasti kami datang lagi.








P/S: Moga persahatan kekal selamanya...Aamiinnn.


Monday, April 09, 2012

Ada apa pada JARI..?

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt..

"Apa ada pada jari anda...apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...????

*image search dr en.google


1- Cuba tengak jari anda.Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung..."Allahu Akhbar". Itulah Rukun Islam yg mesti dijunjung.

2- Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3- Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4- Then tengok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja..semuanya sweet..manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5- Jari ketiga jari yg paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status,ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni lah banyak "hantu2 pengacau" yg datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego,hantu tamak, dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk perangkap nafsu dan syaitan.So,kita kena la lipat gandakan ibadat.

6- Jari telunjuk - Jari nilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sbg penunjuk arah,jadi contoh & tauladan pd jari2 sebelum ini.Macam tu juga dengan kita perlu jadi role model to the new generation... jadi pebimbing yg kaya dengan idea bernas & a great mind.

7- Lastly, renung la ibu jari...besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan.Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak genggam/pegang something cukup susah.Nak pegang sudu pun susah. To young generation,nak buat apa2 rujuk la pada orang tua/berpengalaman.Kalau kita mereka,then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Di mana kita sekarang?





P/S: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... :)


Friday, April 06, 2012

Dan bila CADAR disingkap..!

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...


SANGGUPKAH PENGARAH HOSPITAL TIDUR DI ATAS TILAM SEPERTI ...?

Barangkali ramai antara kita pernah berkunjung ke hospital kerajaan sebelum ini samada untuk mendapatkan rawatan atau sekadar menziarahi rakan taulan mahupun saudara mara dimasukkan ke dalam wad.

Lazimnya kita hanya melihat jururawat berpkaian kemas dan cadar putih membalut tilam di katil.
Maklumlah, warna putih begitu sinonim dengan kebersihan dan hospital.
Bagaimanapun gambar tilam di wad kanak-kanak berikut kelihatan amat menjijikkan.


Cerita selanjutnya Bersama MAZIDUL





P/S: Sangat menjijikkan....Jangan fikir yang PUTIH itu suci bersih..sekiannnn


‘Abah tak pening ke ada dua isteri?’

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamualaikum wbt..

*Dialog ‘Abah tak pening ada dua isteri?’ antara Abah dan Anak yg berusia 5thn.. 
*bagus betul si anak tu! 

image search dr en.google.


“Abah, apa pasal orang lain hanya ada satu isteri tapi abah ada dua?”.

Dalam keadaan si abah masih terkulat-kulat mencari jawapan, datang pula soalan nombor dua: “Abah tak pening ke, balik sana, balik sini? Kejap sana, kejap sini.

“Tengok uncle rumah sebelah tu, tiap-tiap hari balik satu rumah je… rilek je dia, tak macam abah. Abah ni… kakak yang tengok pun pening.” 

Pantang hero menyerah kalah. Biar jatuh terlentang, misai jangan kena tanah!

“Kakak, inilah yang dikatakan jodoh. Jodoh ini takdir yang TUHAN dah tentukan. Kita tak boleh nak elak. TUHAN sudah tulis abah ada dua isteri, kena ada dua isterilah,” jawab si abah, macho habis.

“Ye ke macam tu, bah? TUHAN sudah tulis erkk? Kalau sudah tulis, tak boleh padam, tak boleh guna eraser?”

“Ye sayang, tak boleh. Itulah takdir namanya,” jelas si abah.

“Tapi kan, bah… kakak nanti, kalau sudah besar, tak nak la macam tu. Tak nak la ada suami macam abah, kejap sana, kejap sini!”

Terus terkedu si abah mendengar kata-kata anaknya yang baru beberapa hari masuk tadika itu.







P/S: Berani sungguh anaknya itu..tapi kata2 yang terkeluar dari mulut anak adalah ikhlas dan dari lubuk hati yang mendalam, so Abahnya (diluar sana), renung2kan dan selamat beramal..


Thursday, April 05, 2012

PROTON PREVE: Proton’s P3-21A

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Tak tengok lagi face to face dan tak test drive lagi, baru preview saja, nanti 16/4 baru perasmiannya, lepas tu baru boleh komen panjang lebar, so kali ni kita buat entry preview c&p saja dulu ye..layannnnnnnnnn...






The name of Proton’s P3-21A was officially confirmed yesterday, and the date of its arrival has also been mentioned – the Prevé is set to be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on April 16. 
The Prevé is built on the P2 platform, which is currently used by the Exora. This makes the P2 platform the base in which all larger-sized Protons will be built on.
It will also be used for the Exora replacement, code named P6-XXA, due about five years down the road. As for B-segment cars, Proton will be utilising the P1 platform, which is yet to be revealed. 
At the preview, Proton revealed its plans in other cars, based on these two platforms – there’s the P3-22A, a hatchback that’s next on the list, as well as the P3-30A, P3-31A and P3-32A.
So, if you add in the Prevé and the P6-XXA to the list, you’ll get six cars in total. It’s unclear as to how the other four will shape up, but the streamline to have two platforms and six products will be achieved by 2014.

Baca lanjut di SINI






P/S: Tahun berganti tahun, makin lama makin maju dan canggih kereta buatan Malaysia ni kan..*toing3x tabik spring!!!..


Ketika Aku Ingin Mati.

BY Sis Lin IN , , 1 comment

Assalamualaikum wbt..

Surah Ibrahim (ayat 40-41).
"Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".



ANAKKU YANG KUSAYANGI

Pada suatu saat dikala kamu menyadari bahwa aku telah menjadi sangat tua, cobalah berlaku sabar dan cobalah mengerti aku.
Jika banyak makanan yang tercecer dikala aku makan….… 
Jika aku mendapat kesulitan dalam mengenakan pakaianku sendiri…sabarlah !

Kenanglah saat-saat dimana aku meluangkan waktuku untuk mengajarimu tentang segala hal yang kau perlu tahu, ketika kau masih kecil.
Jika aku mengulang mengatakan hal yang sama berpuluh kali, jangan menghentikanku! Dengarlah aku !
Ketika kau kecil, kau selalu memintaku membacakanmu cerita yang sama berulang-ulang, dari malam yang satu ke malam yang lain hingga kau tertidur. 
Dan aku lakukan itu untukmu !

Jika aku enggan mandi, jangan memarahiku dan jangan katakan kepadaku bahwa itu memalukan.
Ingatlah berapa banyak pengertian yang kuberikan padamu menyuruhmu mandi dikala kecilmu.
Aku mengajarimu banyak hal …. 
Cara makan yang baik……cara berpakaian yang baik…….berperilaku yang baik………..bagaimana menghadapi problem dalam kehidupan…..

Jika terkadang aku menjadi pelupa dan aku tidak dapat mengerti dan mengikuti pembicaraan, 
beri aku waktu untuk mengingat dan jika aku gagal melakukannya jangan sombong dan memarahiku, 
karena yang penting bagiku adalah….
aku dapat bersamamu dan dapat berbicara padamu.
Jika aku tak mau makan, jangan paksa aku ! 
Aku tahu bilamana aku lapar dan kapan aku tak lapar.
Ketika kakiku tak lagi mampu menyangga tubuhku, untuk bergerak seperti sebelumnya…..
…Bantulah aku dengan cara yang sama ketika aku merengkuhmu dalam tanganku, mengajarimu melakukan langkah-langkah pertamamu……

Dan kala suatu saat nanti, ketika aku katakan padamu bahwa aku tak lagi ingin hidup…………, 
ketika aku ingin mati….., jangan marah…, 
karena pada saatnya nanti kau juga akan mengerti !
Cobalah untuk mengerti bahwa pada usia tertentu, kita tidak benar-benar “hidup” lagi, kita hanya “tidak mati”.
Suatu hari kelak kau akan mengerti bahwa di samping semua kesalahan yang aku buat, aku selalu ingin apa yang terbaik bagimu dan bahwa aku siapkan dasar bagi perkembangan dan kehidupanmu kelak.

Kau tak usah merasa sedih, tidak beruntung atau gagal di hadapanku melihat kondisiku dan usia ku yang sudah bertambah tua. 
Kau harus ada didekatku, mencoba mengerti aku bahwa hidupku adalah bagimu, 
bagi kesuksesanmu, seperti apa yang kulakukan pada saat kau lahir.
Bantulah aku untuk berjalan, 
bantulah aku pada akhir hidupku dengan cinta dan kesabaran.
Satu hal yang membuatku harus berterimakasih padamu adalah senyum dan kecintaanmu padaku.

Aku mencintaimu anakku………

Aku mencintaimu karena Allah.............

(untuk semua anak dimanapun dirimu berada).

Kredit teks dari  FB Ummu zidan Al Fathi






P/S: Sedih pulak membacanya..*dok bayangkan macam mana lah hari tua kita nanti..huhuhuhu


Madah kata Pujangga.

BY Sis Lin IN 25 comments

Assalamualaikum wbt..

"Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. 
Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar."
Jom kita share Kata-kata Pujangga yang Lin petik dan edit dari sana sini search dari en.google..hehehehe

*gambar dari en.google.


Kata-kata Pujangga: “Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.”

Kata-kata Pujangga: “Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.”

Kata-kata Pujangga: “Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” 

Kata-kata Pujangga: “Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.”

Kata-kata Pujangga: “Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari“.

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.”

Kata-kata Pujangga: “Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.”

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”

kata-kata Pujangga: “Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana”.

kata-kata Pujangga: “Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.”.

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.”

kata-kata Pujangga: “Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”.

Kata-kata Pujangga: ”Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga: ”Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga: “Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga: “Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ”Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”



Tahniah! Nik Nurehan..

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah syukur kepada Allah, yang ditunggu dan dinanti oleh pasangan suami isteri Nik Nurehan@Ann Wardrobe dan Incik Kerie, akhirnya telah selamat menimang cahaya mata 'BOY' pertama mereka, Lin tumpang gembira buat mereka..
Berhari2 dok tanya dan sembang di Fb bertanyakan kesihatan dia, sebabnya due bersalin dia dah lepas dari date, risau dibuatnya, dah macam kita pulak yang nak bersalin duk kepoh2..hehehehe. Tapi takpe, lambat sikit janji selamat keduanya..syukurr..


Tahniah buat Ann dari Lin sekeluarga..Jaga diri ye Ann, dan selamat berpantang...
Comei sungguh babynya, agaknya tahun ni musim anak lelaki kot, sana sini semua dapat anak lelaki..hehehe..






P/S: Bestnya kalau dapat gomol baby..eeeee nak bukak 'kilang' laaa...lalalalalaallaa


Wednesday, April 04, 2012

Isbal: Cara Berpakaian Lelaki dalam Solat.

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Sesungguhnya pakaian bagi kaum lelaki adalah sangat sederhana, kerana aurat yang harus ditutup oleh orang lelaki hanyalah bahagian tubuh antara pusar(pusat) hingga pahanya. Tentu masih ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan "Isbal". Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum lelaki muslim yang tidak mengendahkannya. Sekaligus tidak mengetahui bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang terlarang dari sudut pandangan agama.
Isu ini bukan sekadar untuk jubah, ia termasuk kain pelikat, seluar dan apa2 yang dipakai oleh lelaki terutama ketika mengerjakan solat. 



Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Isbal terjadi apabila pakaian yang dipakai oleh seseorang itu dilabuhkan dari atas ke bawah sehingga melebihi mata kaki (buku lali) si pemakai. Adapun pakaian seperti stokin, khuf, atau yang seumpamanya, maka ia tidak termasuk dalam kategori pakaian yang boleh mengakibatkan isbal.


Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).

Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.


Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).


Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih). 

Artikel dan pemahaman seterusnya di SINI dan SINI






P/S: Alhamdulilah ilmu baru buat Lin untuk dikongsi bersama, kalau tak tau, mesti nak beli jubah untuk anak lelaki/suami mesti cari yang labuh, betul tak?...syukur sekarang sudah tahu..