Wednesday, February 12, 2014

ARJUNA BETA - FYNN JAMAL

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...


Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa








P/S: Sangat tersentuh hati pertama kali dengar..khas untuk anak2 Mak juga, Kakak Naz, Adik Yana & Ridzuan...


Tuesday, February 11, 2014

RIAK DI INTERNET

BY Sis Lin IN 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya ada yang share dan terasa nak share juga disini tapi tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada, sekadar peringatan buat diri sendiri sahaja...
Mari renung2kan dan sama2 kita cermin diri dan muhasabah diri kita..InsyaAllah masih ada ruang yang Allah berikan untuk kita perbaiki diri kita...



Semuanya datang dalam diri kita sendiri...
"innamal 'amalu binniat" - sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan niat.. jika niat kita untuk menyampaikan tanpa mengharap pujian.. insyaAllah pahala balasannya.. 
Wallahu'alam...






P/S: Kadang2 orang luar yang suka salah erti dan suka buat tomahan dan fitnah pada kita, mereka itu ada penyakit hati yang diri sendiri tak perasan...Sabar itu Indah...


Monday, February 10, 2014

DADIH RM1

BY Sis Lin IN , , , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Dadih dadih, ye saya jual dadih, rm1 sahaja..hehehe
Mulanya ada seorang kawan ni bertanya nak order dadih kat mana ye untuk kenduri besday anaknya, Lin tanya nak berapa banyak, kawan tu kata 100 bekas, terus Lin kata, ok nanti Lin bole tolong buatkan, Lin amik sebekas rm1 sahaja, dia terkejut, rm1?? apsal murahnya, sebab dia survey tanya ada yang dah jual rm1.20-rm150 sebekas, Lin kata takpe bukannya buat amik order sana sini pun, suka2 je tolong kawan2, so dia kata ok..
Dalam pada buat tu tanya2 juga kat kawan2 lain sapa2 nak selit order, tak tau plak sambutan hangat pada dadih tu, order masuk terus selang hari, kalau tiap2 hari Lin bukan tak sanggup tapi masaalah nak simpan dalam peti ais tu, kang ada sendat peti ais dengan dadih je hehehehe..
Dah namanya meniaga, macam2 le komen dan pendapat kita dapat, siap PM segala tanya kenapa murah sangat, penuh sangat, balik modal ke, ada untung ke..ermmm sebenarnya kalau niat ikhlas nak tolong sama2, insyaAllah pulangannya Allah bagi berganda..
Terima kasih buat kawan2 atas sokongan dan kata2 semangat, permulaan yang memberansangkan, jika di izinkan insyaAllah akan terus promosi untuk majlis2 dan jamuan ringkas..harga tetap rm1 *tambahan kemudian untuk COD ikut jarak..


*buat masa ni Lin cuma buat perisa Mangga, Jagung, Apple, Strawberi, Vanilla, Kiwi dan juga Coklat..akan cuba pelbagaikan lagi perisa atas permintaan..







P/S: Orang meniaga bukan sebab takde duit, tapi untuk menanbah pendapatan duit kocek, salah ke?? :(


Sunday, February 09, 2014

SAKIT HATI..!

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.

Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.


Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :


1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman: “Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
 Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..







P/S: Siapa yang tak pernah rasa sakit hati, dia memang takde perasaan, hati batu..! Tapi jika ada, dia sebenarnya orang yang SABAR dalam semua keadaan...


Saturday, February 08, 2014

MENGAPA MESTI BERSANGKA BAIK

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..


7 sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

1. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki ‘sijil’ yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

2. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

3. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

4.  Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

5. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 

6. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na’uzubillah.

7.  Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

“Kenapa dia tak bertudung? 
Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya.”

“Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? 
Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut.”

“Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? 
Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya.”

“Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? 
Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi.”

“Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? 
Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan.”


Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)







P/S: Alhamdulilah..syukur pada kebahagiaan yang Allah berikan padaku...



Friday, February 07, 2014

KEKASIH ABADI - YUSRY & LISA

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..


Kekasih Abadi – Yusry dan Lisa Surihani


Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh

[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi

[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi







P/S: Sweet sangat lagu ni..very very LIKE <3 .....

Thursday, February 06, 2014

ANGPOW LAI LAI LAI.!

BY Sis Lin IN , , 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Inilah keluarga campur saya, 1 Malaysia hehehe
Ramai yang bertanya, Sis Lin ada darah cina ye?..Yee darah cina tu sebelah Mak, Mak asalnya adalah berbangsa Cina, tapi memeluk Islam waktu berkahwin dengan arwah Abah Lin, Mak semuanya ada 6 orang adik beradik, 3 telah memeluk Islam dan 3 orang lagi masih bangsa Cina.
Jadi sebab itulah tiap2 tahun tiba Chinese New Year, kitaorang adik beradik akan bawa mak ke rumah pak cik2 untuk beraya bersama. Yelah dan namanya pun adik beradik, darah bangsa berlainan tapi darah daging tetap kekal hingga bila2 kan...


Yang selalu kita pergi berkunjung raya rumah pak Teh di Seremban 2, dia seorang pilot Air Asia-X, so memang bizi sangat2, susah nak jumpa kecuali time raya. Yang lagi 2orang adik Mak agak jarang kita pergi beraya, sebabnya sorang di Singapura dan seorang di Yong Peng tapi sebab perempuan jadi time raya mereka ikut suami..


Inilah Pak Teh Lin, adik Mak yang no-5, Wong Kai Lai, kalau KLIA tu dah macam rumah ke-2 dia, terbang sana terbang sini, memang bizi sungguh...


Dan inilah my beautiful mum, Rosnah Wong Bt Abdullah..Mak dah tak berapa kuat nak jalan, sakit lututnya tu jadi pergerakan terbatas, muda lagi Mak Lin ni, tahun 57, so baru umur 57tahun..Mak memeluk islan umur 17thn dan kawin dengan arwah abah umur 19tahun..mudakann, agak Lin ikut jejak maklah kawin muda..hehehe alhamdulilah!

Jadi yang selalu bertanya dan tak tahu, inilah cerita kami, mohon jangan disalah anggap tiap kali kami semua beraya dan meraikan bersama tahun baru cina, sebab selagi ada mereka2 ini selagi itulah kami semua hormat dan berkunjung kerumahnya..mereka itu keluarga besar saya..






P/S: Aissssh dah 20tahun tak dapat angpau, tapi nasib juga ada 'hadiah' ganti sebagai angpou lalalalalala



Wednesday, February 05, 2014

KEBERKATAN YASSIIN

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..


KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA) 
 Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi  Senang

 Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

 Ayat 9 -  Orang jahat tak nampak  kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

 Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada  anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita  rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa  berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik. 
Caranya: Ingat  yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

 Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang  kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan  berpasang-pasangan. 
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan  berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang  kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan  dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang  satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan  Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan  kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan  tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir  di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit  kepala, baca dan  sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: > > dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?> >  (Ayat 78  dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.

 Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. 
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari  -boleh menjadi penawar. Jika air habis  ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang  Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.






P/S: Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang  sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia.  Baca disisi  mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12), sebab kenapa kita perlu  baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang  masih  hidup insaf  bahawa esok, lusa kita akan menyusul  jua.