Tuesday, October 20, 2015

KEBAIKAN SUSU IBU

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..


Hi ! Ok harini aku nak cite dan kongsi sikit pasal susu ibu. Bukan sebab aku tengah menyusu tapi sebab duk seronok tengok iklan nuffnang kempen penyusuan ibu tu menari nari kat iklan blog aku ni, atas bawah tepi semua ada hehehe..
Tak salahkan kalau aku nak share kat sini. Walaupun aku gugel dan copy sikit sana sini tapi aku share untuk rujukan sesiapa yang sudi nak baca. Kot mana tau kan berguna juga kat korang.
Macam aku dah melahirkan 3 orang anak, Allah bagi peluang juga dapat menyusukan anak anak aku walaupun tak sampai hingga 2 tahun, At least ada juga pengalaman menyusukan anak. Mula mula memang lah kekok dan geli heheh, tapi lama kelamaan bila banyak membaca baru aku tau banyak kebaikan bila kita menyusukan badan anak kita, kebaikannya juga bukan pada anak tapi buat si ibu juga.
Yang bestnya menyusu anak bagi aku, waktu tengah malam dan berjalan jauh, korang tak payah bangun nak buat susu dan juga hangkut segala termos dan pelbagai keperluan susu botol, just selak terus masuk molot anak hehehe. Tapi ada juga Allah tak kurniakan rezki buat ibu ibu untuk menyusu. Ada yang payudara besar tapi puting payudara takde so anak susah nak menyusu, ada pulak susu banyak tapi sebab bekerja dan kerana sibuk dan penat, susu kering begitu saja, macam macamlah ada, ikut rezki masing masing.
Apa pun dari start awal mengandung kita kena NIAT nak menyusu anak, doa banyak banyak dan makan makanan yang berkhasiat, barulah ada susunya, kalau tak memang susah jugalah nak adanya susu tu..

Oklah meh sini aku share serba sikit kebaikan susu ibu..




Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu : 
- membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
- menjarakkan kehamilan secara semulajadi
- mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
- mengurangkan risiko osteoporosis
- membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin


Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi: 
- sumber imunisasi pertama bayi
- mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
   - membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi


Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?
Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amayt kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.
Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama sama zat zat makanan . Hebat bukan ? 


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.
Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.







P/S: Rata rata sekarang lagi senang nak menyusu, sebab dah di sediakan tempat menyusu di semua soping mall. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. :)


Monday, October 19, 2015

SUATU YANG PERNAH - FYNN JAMAL

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..


Lirik Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal

Habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

Dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

Terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

Dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

Takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

Takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

Takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh di darah.










P/S: Buat masa sekarang memang duk shuffle shuffle aje lagu album Fynn Jamal ni, tanpa jemu ! 


Friday, October 16, 2015

PASAR RAYA ISLAMIK

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..


Pasaraya pertama berkonsepkan islamik yg akan di buka, mencari peniaga/usahawan Islam yg berminat untuk turut serta memasarkan produk anda.
Sesiapa yg berminat , bole hubungi no tertera di bawah..
Alhamdulilah...




Alhamdulilah syukur, satu berita dan khabar baik jika benar satu hari nanti akan di buka Pasar Raya berkonsepkan Islamik begini. Bukan takde di Malaysia ni Pasar Raya yang menjual barang barang halal dan produk muslim, tapi masih belum boleh di kategorikan sebetul betulnya Islamik, sebabnya masih ada lagi menjual arak dan Non Halal di dalam Pasar Raya tersebut. Jadi dengan adanya PasarRaya Islamik macam ni, semua barangan yang di jual di dalam Pasar Raya tersebut, InsyaAllah terjamin halal dan boleh di beli dan di makan tanpa was was.
Kita doalah bebanyak mudah mudahan usaha kerja ini berjaya dan akan di panjang panjangkan ke negeri negeri lain juga kan.. Syabas Telaga Biru !!


Jika ada yang berminat bolehlah hubungi ..

Encik Nor Azri 013-388 8826
atau
Encik Syed Ahmad 011-21117522
   
nfo dari page Fb Telaga Biru 





P/S: Kalau di JB ada buka satu, akulah orang pertama nak mohon kerja hahahahahaa :p


Monday, October 12, 2015

17 MENU BERPANTANG WANITA BERSALIN

BY Sis Lin IN , , No comments

Assalamualaikum wbt..


Hari ini tetiba nak google share cari resepi berpantang wanita bersalin. Dalam bulan lepas bulan ini dan bulan bulan akan datang, ramai benar kawan kawan yang bersalin dan bakal melahirkan, jadinya tu datang idea nak share kongsi resepi menu berpantang kat blog Lin. Cari yang simple simple aje, supaya senang nanti nak buat. Akan datang bole bukak blog sendiri buat rujukan anak cucu cicit hehehe..
Resepi berpantang yang ini sesuai untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan. Menu yang sesuai dan senang disediakan. Suami yang menjaga isteri dalam pantang pun boleh sediakan menu yang senang ini.


17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Gambar ihsan google ..


1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati.


2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas


3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas


4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.


5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan


6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.


7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ulam pegaga
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.


9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang


10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ayam/Daging
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa


11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.


12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.


15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut


16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.



17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.



Selamat Berpantang.
Hahaha resepi persiapan untuk aku ? Tidakk leee, klang dah tutup weiii..tunggu anak cucu cicit je nanti hahahaha :p
**Copy dan paste dari sana sini carian google**
Mohon halalkan ye resepinya..






P/S: Orang tak berpantang pun bole buat ni, senang dan berkhasiat !


Thursday, October 08, 2015

TIPS MEMILIH GAUN MAXI

BY Sis Lin IN , , No comments

Assalamualaikum wbt...


Tahukah anda terutama kaum hawa diluar sana bahawa kita mempunyai bentuk badan yang berbeza? 
Untuk mendapatkan ukuran baju yang menarik dan 'kena' dengan tubuh badan amat menjadi kepentingan untuk kita terlebih dahulu mengetahui dan mengenali jenis bagaimana bentuk tubuh kta. 
Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita lebih gemar tampil bergaya dengan mengenakan koleksi gaun maxi atau juga dikenali sebagai dress Muslimah. Apa yang menarik, gaun maxi seperti ini boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan kini sering dilihat dipakai oleh ramai wanita ketika ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Jika dahulu, kaum wanita biasa nya memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan atau menyambut Hari Raya, namun kini mereka juga dilihat memilih untuk menggayakan koleksi gaun seumpama ini ketika majlis-majlis tersebut. Bukan itu sahaja, koleksi gaun maxi ini juga boleh dipakai sebagai pakaian ke pejabat dan pakaian kasual di hujung minggu. Namun, tahukah anda bahawa setiap rekaan dan potongan gaun Maxi adalah berlainan dan ia harus dipadankan dengan bentuk badan si pemakai untuk kelihatan cantik dipakai. 




Menyentuh mengenai bentuk badan wanita, berikut merupakan 4 jenis bentuk badan yang berlainan. Ada wanita yang mempunyai bentuk badan seperti jam pasir, ada juga seperti buah pear dan epal dan segelintir wanita mempunyai bentuk badan yang lurus. Oleh itu, apakah rekaan gaun Maxi yang sesuai dipakai berdasarkan bentuk badan di atas?




Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan bagaikan jam pasir, ia merupakan suatu bonus! Ramai wanita mengidamkan bentuk badan seperti ini kerana ia tampak menawan dengan apa jua jenis potongan pakaian! Untuk menyerlahkan lagi bentuk yang sempurna ini, tampil bergaya dengan rekaan gaun Maxi potongan mermaid seperti berikut.




Untuk gaun Muslimah berpotongan payung seperti di atas, ia adalah pilihan ideal untuk wanita yang bertubuh pear. Potongan skirt yang kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul yang lebar. 




Seterusnya, bagi pemilik tubuh badan yang berbentuk epal, sarungkan gaun Maxi dengan potongan kaftan atau Jubah seperti berikut untuk penampilan yang lebih sopan dan menawan.




Seterusnya pula adalah rekaan flowy maxi dress seperti berikut yang sememangnya pilihan terbaik untuk wanita yang bertubuh petite atau lurus.






P/S: Aku pun tengah duk fikir ni, apa bentuk tubuh badan aku ek ..huhuhuhu


Monday, October 05, 2015

CATS CAFE @JOHOR BAHRU

BY Sis Lin IN , , , No comments

Assalamualaikum wbt..


Salam Oktober buat semua...
Waa lama juga takde cerita di sini ye, heheh maklum mood jerebu hehehe..
Ok la harini nak cerita aktiviti Lin bersama anak anak juga adik dan anak sedara waktu mereka pulang bercuti Aidiladha lepas. Memasing memilih nak ke Cats Cafe, lagi pulak memang nak bawak si anak sedara debab tu,Mia ke sana, dia paling suka kucing, tak kisahlah apa haiwan, memang dia suka, sampaikan ular pun dia belai belai..errrrr




Cat Cafe yang ni memang jauh bezalah dengan yang aku masuk masa ke Korea tu, kat sana, kucing banyak sekali wei, nak jalan pun kucing sana sini dan kat sana juga takde hidangan menu, cuma bayar pas masuk dan free air, tu je, tapi kat sini Cats Cafenya bole makan dan minum hehehe. Bau ? Memang langsung takde, siyes cakap memang takde bau.




Sebelum korang masuk ke dalam, korang kena cuci tangan dan sinitizer semua, bukak kasut baru bole masuk, dan bila dah dapat tempat duduk, derang akan di tanya, pernah datang atau pertama kali, haa nanti akan di terangkan syarat syarat sebelum nak bermanja dengan kucing semua. Tu ha korang baca la yer. Dah sudah tu baru korang bole order menu nak makan.




Kucing kucing adalah tak sampai 10 ekor yang bermain di sekitar tu, ada yang di letak di bilik khas, yang mana kucing baru sampai, so nak bagi serasi di asingkan dulu. Ada yang tido di atas, ada yang ke hulu ke hilir ntah cari apa, ada yang buat muka bodoh je nengok gelagat orang, ada yang dalam tandas tak keluar keluar, yang makan pun tak henti henti, macam macam le aksi kucingnya hehehe 




Kalau si debab ni memang tak puashati betul tengok kucing tu tak datang dekat gan dia, seboleh boleh dia nak masuk dalam tu juga. Yang itu tempat kucing makan, dalam tu kucing kucing akan masuk makan. Kalau kita nak bagi makan kat kucing kucing tu, bole beli makananya di kaunter, cuma rm1 sahaja..




Ini menu yang aku makan. Siap ada nama menu muntah kucing, kemain gelak aku haritu membacanya , geli sey baca tapi cuba gak order hahahaha *gambar atas sekali tu ha..
Harga ? Ermm memang agak mahal, tapi pinggan mangkuk cawannya besar besar. So memang makan kenyang le. Tapi aku syorkan, kalau korang nak datang, baik korang makan dulu la, nanti korang beli air dan snack aje, so bole lebih masa bersama kucing. Ye la kata Cafe kan, nak santai santai, ni macam korang datang nak melantak plak hahahahah




Bagi aku okaylah, tempatnya bersih, masuk pun taklah menunggu lama tempat duduk, layanan pun bagus, menu pun sedap..Tak rugilah kalau datang tu, nak bawak anak anak ke bole sangat..


Korang leh view kat sini or cari kat facebook CATS CAFE.

Alamat : 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C
80100 Johor Bahru
Contact : +607-2070399 
Waktu operasi : 1 pm - 10 pm (tutup hari Rabu)

Ok daaa..sambung nanti okay!..






P/S: Tak sangka terjumpa blogger hebat Malaya Mr.Jocko di sana hehehehe ,,