Saturday, November 26, 2016

RAHSIA KECANTIKAN DENGAN AIS KIUB

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt ..

Kiub ais sebagai ejen kecantikan yang ramai orang tak tahu.
Biasanya kita tengok ramai orang muka dia sangat cantik sampai kita sendiri ingat dia selalu ke spa untuk rawatan kecantikan. Kan?

RAHSIA KECANTIKAN DENGAN AIS KIUB.


+ Buat Wajah Lebih Kelihatan Glowing Dan Pinky.
Ais ni menggalakkan peredaran darah pada kulit wajah, dan peredaran darah yang cantik pada wajah akan buat kulit kelihatan sangat berseri dan nampak pinky secara semulajadi.

+ Merawat Lingkaran Gelap Bawah Mata .
Rose water atau pun timun yang dikisar boleh dibekukan, dan guna ais bekuan tersebut untuk rawat masalah 'mata panda'. Memang cepat sangat kesannya nanti.

+ Mengurangkan Radangan Kulit .
Radangan kulit macam kepedihan sebab sinaran UV dan jerawat yang sedang tumbuh boleh dikurangkan dengan cepat dengan ais kiub. Amalkan selama 15 minit, pagi dan malam.

+ Mengecilkan Liang Pori .
Selain fungsi menyegarkan, liang pori yang terbuka tu pun akan tertutup dengan cantik. Sangat bagus diamalkan tiap kali sebelum make up, jadi make up akan nampak lebih smooth dan cantik berseri.

+ Nampak Makin Cantik Tanpa Make Up .
Bila sapuan ais kiub diamalkan setiap hari, kita akan kelihatan makin cantik hari demi hari dan sekaligus buat make up kita makin nipis, dan kalau tak pakai make up pun tetap nampak cantik.

+ Anti Penuaan .
Bila kita amalkan teknik ni, garis halus dan tanda penuaan memang akan segan silu nak muncul. Jadi amalkan setiap hari, pagi dan malam selama 15 minit.

+ Natural Lip Ice .
Yes, memang sangat berkesan dalam memberikan efek merah jambu pada bibir bila diamalkan setiap hari. Hanya sedut atau 'nyonyot' je ais kiub tadi tiap hari, dan anda akan nampak hasilnya.




Nota:
+ Guna glove atau lapik dengan kain pada tangan jadi anda boleh pegang ais dengan lebih lama.
+ Jangan letak ais terlalu lama pada satu kawasan, kerana ia akan merosakkan kulit. Pastikan anda jalankan ais dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa henti selama 15 minit .




P/S: Aku dah cuba memang ada sesetengah tu nampak kesan, terutama lip ice ..


Thursday, November 24, 2016

KERABU ASAM TELUR ASIN

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt ..

Hallooo apa kabar semua, lamanya tak menuls di sini hehehe , bukannya apa tapi sejak berpindah ke tempat lain ni, area sini belum ada liputan UniFii, so agak sukar nak update menggunakan hotspot dan handphone aje huhuhu. 
Tapi sekarang dah ada P1wimax, so daku gagahkan juga connect wifi dan cuba update .
Tapi terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi lagi singgah dan menjenguk.
Oklah harini aku nak share satu resepi yang sangat menyelerakan dan pembuka selera bagi yang suka makan kerabu. Resepinya simple aje tapi rasanya sangat sedap hokay. 




Resepi ni aku ceduk dan buat ikut resepi asal Kak Noor, sahabat di FB *lupa plak apa nama blognya.
Memang tak mengecewakan, korang cubalah !
Ni aku salin dari resepi asal Kak Noor.

Bahan Utama:
Telur asin siap di rebus

Bahan air asam:
Daun limau purut di mayang halus
Cili padi di potong bulat
Tomato di potong dadu
Bawang merah di potong dadu
Air asam jawa secukupnya
Garam Gula
*Bahan-bahan agak-agak ye ikut berapa banyak telur asinnya*

Cara membuatnya:
Telur ain di belah empat dan di susun ke dalam piring/mangkuk
Gaul kesemua bahan air asam .
Kasi rasa secukup rasa
Tuangkan keatas telur asin tadi.
Terus dihidangkan.

Senang dan mudahkan . 
Selamat mencuba .





P/S: Korang jangan selalu buat ni, kang naik darah tnggi plak, sheshekali okay hahahaha 


Friday, November 11, 2016

SABUN SCRUB YARRA

BY Sis Lin IN , , , 4 comments

Assalamualaikum wbt ..

Sabun Scrub Yarra .


Prodek terbaru di pasaran . 
Atasi semua masaalah kulit muka & badan .
Sesuai untuk semua peringkat umur .
Bahan² terkandung dalamnya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya .


Siapa ada masalah seperti ini ?
>jerawat
>kulit berminyak
>kulit kering
>jeragat
>gatal-gatal badan
>blackhead/whitehead
>kulit kusam
>warna kulit tidak sekata .
.
Jangan risau ada jalan penyelesaiannya, Sabun Scrub Yarra boleh membantu menyelesaikan masalah anda .
Hanya dengan berscrub 2x sehari,kulit anda akan kembali cantik berseri-2
.
Kebaikan Lulur/Scrub Badan : .
-Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
-Menanggalkan sel² mati serta daki pada badan.
-Memutihkan bahagian² tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
-Mengurangkan tekanan & keletihan.
-Mengekalkan tenaga.
-Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
-Memperbaiki tekstur kulit.
-Mengurangkan dehidrasi.
-Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori²
-Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
-Menghilangkan warna kulit berbelang.
-Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
-Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
-Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut .




Kami formulasikan YARRA BEAUTY SCRUB SOAP khas untuk anda
HANYA MENGGUNAKAN SABUN JER
tak perlu pakai #SKINCARE MAHAL² ATAU KE #SPA dah boleh nampak kesannya yang sama. 
Jimat duit,jimat masa .
Nak dapatkannya ? Berapa nilai sebuku ?


UNtuk info lanjut boleh dapatkannya di :






Tak rugi mencubanya. Berbaloi dengan nilainya ..



P?S: Aku sendiri dah cuba dan jualnya sebab tu le aku pomot hehehehe