RAMPAS SUAMI ORANG/ISTERI ORANG. APAKAH HUKUMNYA?

Sis Lin
20
RAMPAS SUAMI ORANG/ISTERI ORANG. APAKAH HUKUMNYA? | Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian.

Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.


Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya. 

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain. Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya. Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk. Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.


Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.

Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya. Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain".

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama samaada boleh terima atau tidak menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah, silap-silap boleh jadi perang” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Luar nampak ceria, tapi dalam hati, tiada siapa yang tahu.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan.

Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.




P/S: #SisSharing . Moga SAHABATku terus KUAT dan TABAH hadapi ujian yang Allah berikan, aamiinn ..

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Berat juga artikel ini..tetapi memang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Tuan @Hanafi, masa nak menaip pun agak berat jari ni...

      Delete
  2. Poligami memang dibenarkan kerana ada termaktub dalam Al Quran...TETAPI ada syaratnya..ada perkara yang mesti dipatuhi..bukan ikut suka dan tidak boleh ikut selera..apatah lagi andai sedari awalnya dengan cara yang salah seperti memporak perandakan rumahtangga orang lain.Binalah dan carilah kebahagiaan dengan cara yang betul supaya manis keberkatan itu berterusan..doa orang dizalimi tidak ada hijabnya.Hati-hati.Jangan buat main-main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat benar @PC ...bukan buat keputusan ikut sunnah sesukahati hingga ada hati yang terluka. Poligami nak ikut sunnah tapi bab lain, nak solat 5 waktu pun susah!

      Delete
  3. RAMBAS BARANG ORANG PUN DOSA APA LAGI ISTERI ATAU SUAMI ORANG, KANNNN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri...dah macam mencuri je kan...

      Delete
  4. uish tajuk terbaik..nak poligami ada cara dan dan salurannya..bukan main goda2 je..sape nak jadi madu ciktom..wssp je ciktom terus..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik @Tom hahaha ayat last tak boleh blah betul hahahaha..kang ramai pulak masuk whatsapp tu Ct oii..hahhahaa

      Delete
  5. SA yg berstatus janda ni paling takut ada hubungan dengan suami org...x nak dipanggil perampas..tp bila kita jenis x amik tau tetiba sebab penampilan kita kebih dari individu tu siap dia rasa terancam bila suami dia puji kita kat media sosil..teruk SA kena maki sis...padahal SA upload gambar pi kenduri kazen je...aduhaii..kadang pelik plak rasa dunia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya begitulah kan @Suria, kalau tau suami orang eloklah di elak daripada bercinta kerna kasihan dan simpati...mungkin orang yng begitu hati BATU, takde hati dan perasan sebagai perempuan..

      Nitezen pulak kadang, memang begitulah SA, moga SA sabar dan tabahlah yer..

      Delete
  6. Semoga dijauhkan dari kita semua.. carilah yg sah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah ammiinn...kita sebagai perempuan pun mohon dijauhkan dari benda yang tak baik begini kan @Fiza ...

      Delete
  7. Kena jauhi Dan haha batas pergaulan

    ReplyDelete
  8. Hurmm. Bila dah kahwin, diorang kata "Dah jodoh, dah tertulis," Selagi yang nombor 2 belum rasa apa nombor 1 rasa, dia takkan tau perasaan nombor 1 tu. Orang kata lelaki ni dah dapat 2 akan nak 3, dan sampai cukup 4. hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bab kata dah jodoh tu tak boleh blah betul! Padahal dari mula dah tau suami orang, jodoh pebendenya kann @Syaza..melainkan MIANG hahahahaa

      Delete
  9. hish artikel yang penuh bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #SisSharing @Mar ,.. buat peringatan bersama..

      Delete
  10. good sharing!! benda yang paling ditakuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sis @Gee...waspada sebelum terkena, kalau dah terkena, kita berjaga-jaga ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!