Ada kasut yang selesa, ada yang ketat, ada yang mahal dan cantik tapi menyakitkan bila dipakai lama. Begitulah juga dengan hidup kita, setiap orang menyarung kasut yang berbeza, melalui perjalanan dengan cabaran dan keselesaan yang unik.
Ada orang laluannya rata dan tenang, ada pula yang perlu mendaki jalan berbatu penuh liku. Kita mungkin nampak seseorang tersenyum di luar, tapi hakikatnya dia sedang menahan sakit kerana kasutnya sempit.
Ada juga yang kasutnya lusuh tapi langkahnya tetap laju kerana dia sudah terbiasa dengan jalan sukar.
Hakikatnya, kita takkan benar-benar faham bagaimana rasanya kasut orang lain. Sebab itu pentingnya empati. Bila kita jumpa orang yang lambat berjalan, jangan cepat marah. Mungkin tapak kasutnya sudah haus.
Bila kita nampak seseorang berlari jauh ke depan, jangan terlalu cemburu. Mungkin dia sudah lama berlatih dengan kasut itu.
Akhirnya, perjalanan hidup ini bukan tentang siapa paling cepat sampai, tapi bagaimana kita belajar menerima kasut sendiri, melangkah dengan sabar, dan menghargai perjalanan orang lain.
Akhirnya, perjalanan hidup ini bukan tentang siapa paling cepat sampai, tapi bagaimana kita belajar menerima kasut sendiri, melangkah dengan sabar, dan menghargai perjalanan orang lain.
P/S : Tiba-tiba malam-malam rasa nak melukis PETA, sekian #ytjt




Hmm baca pasal kasut ni tengah memikir nak bawak kasut apa ke Hatyai 😜
ReplyDeleteHahahaha nasib baik kasut yang di pakainya tak melecet ek..
Deletedah lama tak beli kasut baru. kasut yang beli masa raya hari tu tak sedap pakai
ReplyDeleteSilalah beli yaaa hahahaha
Deleteciter pasal kasut...dan maksud tersiratnya....SA just nak cakap...i need a new shoes.......
ReplyDeleteHahahahaha i need too SA hahahaha
DeleteCite pasal kasut, petang ni nak join orang cari kasut
ReplyDeleteKakakakakah memasing ekkkkkkk
DeleteAgree kak. Empati perlu ditanamkan sejak kecil. Sehingga di saat melihat orang lain , kita tak mudah judge sembarangan. Bayangkan saja jika posisi kita ada di sepatu dia. Belum tentu kita sama kuatnya
ReplyDeleteYaa benar Fanny, orang lihat kita yang sekarang, tapi orang tak pernah tau kita yang dahulu ...
Delete