Thursday, April 26, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 PULAI SPRINGS RESORT JOHOR BAHRU

BY Sis Lin IN , , 4 comments

Assalamualaikum wbt ..


Haii semua, selamat pagi yang mendung sejuk sepoi-sepoi angin berlalu, ewah apa punya ayatlah Sis ni ha ha ha . Cari mood okay, banyak entri nak buat nai, semua tertunggak dalam draft. Gara-gara banyak sangat makan sana sini. Otak jadi jem nak update mana satu. Apa-apa pun moga kalian semua di rahmati dan dalam lindungan peliharaan Allah swt .

Hari ini Sis nak berkongsi cerita pada hari Selasa lepas di mana kami #JDTblogger menerima jemputan untuk preview Pra-Ramadhan di Pulai Springs Resort bertemakan 'Bufet Citra Ala Bazar'. Alhamdulilah rezki kami semua. Rezeki kami kongsi bersama. Jadi Sis terima jemputan dengan hati dan perut yang lapang ha ha ha. Buat pertama kalinya juga Sis sampai ke sini, selalu dengar saja kawan cerita, kalau bulan puasa, buffet ramadhan kat sini paling sedap. Jadi rezeki Sis lah dapat juga merasainya walau belum lagi puasa.
Oleh kerana Sis ni dari Pasir Gudang, jadi Sis gerak awal untuk mengelakkan jem, bersama teman #JDTblogger, Eda juga bersama anak Sis, Yana. Alhamdulilah, walau tak pernah pergi tapi alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan, akhirnya sampai juga .


Waktu sampai aja, tak semua geng dah sampai, ada juga yang datang lambat sebab bekerja kan. Selepas daftar kami diberikan goodies bag. Meja terpulang nak duduk kat mana. Makanan pun semua ada yang dah tersedia dan ada masih lagi dalam penyediaan. Teruja betul tengok suasana hiasannya, dah rasa macam nak raya puasa .
Harga yang di tawarkan pun tidak mahal,berbaloi dengan menu dan kelazatan makanan yang di sediakan. Kalau korang beli cepat, siap ada diskaun lagi, sangat murah dan berbaloi. Nanti Sis bagitau berapa harganya yer. Kita tengok menu-menu yang di sediakan okay. Hati-hati takut meleleh ayaq liur tu.


Melangkah aja masuk ke dalam, pertama sekali Sis nampak menu ini, Nasi Kambing Kuzi. Tengok aja dah sedap dan lazat. Kali ini Sis perasan, banyak menu kambing di sediakan, macam tau-tau plak Sis ni suka kambing ha ha ha. Adoii hai .


Haa tengok tu, berselera sungguh kan. Memang sedap sangat, Sis makan agak banyak kambing dia. Kena pulak dengan acar mentah dan papadom juga kuah kuzi tu, sangat sedap! Korang kalau datang makan sini, mesti cuba. 


Kambing lagi, yang ini Kambing Gulai Kawah. Pun sedap, Sis makan ini juga. Serius kata, emmang sedap. Kalau dapat roti makan cecah, aduiiii tak bangun rasanya, melekat kat kursi tak balik ha ha ha.


Ayam pun ada juga, takkanlah kambing aje kan. Yang ini Ayam Masak Opor. Sedap juga, terasa rempahnya bila makan, serap ke dalam ayam.. Memang Chef yang masak ni penuh dengan kasih sayang rasanya. Sedap rasanya .


Sayur Lemak Labu Masak Bugis. Nampak sedapkan ? Yer memang sedap. Korang bayangkan makan dengan sambal belacan . Yer ada sambal sekali, tunggu kejap lagi Sis tunjuk bermacam-macam sambal. Hirup kuah lomak tu, alahaiii korang tegur pun Sis tak nampak ha ha ha.


Yang ini nama menunya Telur Kukus dengan Telur Asin. Ooo tak, dia tak masin pun, telur aje telur asin, rasa tak masin. Ada satu rasa yang istimewa dalam menu ni, Sis pun tak tau nak cakap macam mana, tang kuah dia tu. Memang tak pernah cuba masak resepi macam ni. Sangat istimewa rasanya. Lupalah nak minta resepi dengan Chefnya..


Tak lupa juga penggemar seafood. Butter Prawn With Curry Leaf. Biasa dengar dan makan kan? Jadi yang ini rasa samalah macam yang korang makan, Cuma dia punya butter tu serap ke dalam udang tu, Udang pun fresh, rasa kesegaran manis bila makan udangnya ..


Sayur Goreng Jawa dengan Ikan Bilis. Kalau orang Jawa ni memang suka ni termasuk Sis, sebab dah biasa masak untuk Suami . Tapi rasa dia ada kelainan sikit, terasa ikan bilsnya dan kicap hitamnya, sedap yang ni lagi le dari yang Sis masak. he he he


Dan juga ada Sayur Kailan Ikan Asin. Jangan asyik makan kambing, udang, ayam, tapi sayur tak makan yer, tak bagus okay! . Makan sayur bebanyak, bagus untuk penghadaman. Pelik bila dengar orang tak makan sayur, tak sembelit ke ? ha ha ha


Oh ya, menu-menu tadi tu semua, korang boleh makan bersama nasi putih yer, ada di sediakan, Sis takde amik gambo nasi ha ha ha. Dan yang ini pula menu semua ulam-ulaman dan kerabu-kerabu sayur. Ada Kerabu Taugeh, Kerabu Pengaga, Cah Mentah, beraneka Salad dan juga Ulam Raja, Timun dan juga pelbagai jenis Sos (Mayonis gitu).Paling sedap Kerabu Taugeh! Sis suka..


Dan yang ini pula, menu Pembuka Selera katanya. Ada Rojak Mee . Macam-macam bahan ada boleh korang letak, puas kalau makan. Kuahnya pun sedap. Better sebelum makan berat korang rasa ini dulu, nanti dah kenyang, mesti korang tengok dah taknak, tapi nanti rugilah kalau tak dapat rasa, sedap! .


Haa ni dia yang tadi Sis cakap tu, makan Lomak Labu bersama dengan sambal belacan, perghh memang terangkat le kening bila makan, sangat sedap. Ada 4 jenis sambal. Tapi maaf tak ingat pulak nama sambal-sambalnya. Tapi serius sedap! .


Kuih Muih dan desert pencuci mulut juga tak ketinggalan, buah buahan juga ada. Sampai dah tak tau nak makan dan pilih yang mana. Selalu ingat ye kalau makan Buffet ni, amalkan sikap jangan membazir,nanti dah amik bebanyak, lepas tu tak makan, di biar macamtu, sayangkan. Ingat! Ada orang d luar sana yang tak dapat nikmat makan macam kita. Ingat tu .


Tapi dalam banyak-banyak tu, yang ini menjadi pilihan Sis. Puding Karamel. Ya Allah sangat sedap! . Sekali cuba nak lagi, tapi bila nak lagi dah takde pulak ha ha ha ..


Lain-lain ada juga ala warung dapur panas. Murtabak dan Roti canai. Sedap lembut dan banyak isi murtabaknya. Puas makan. Minta aje, terus dia maksak, panas-panas gitu.


Yang ini paling best. Sis siap beratur awal-awal lagi nak dapatkannya. Asam Pedas dan Sup Tulang Merah. Sangat sedap tak terkata. Asam pedas dia korang pilih aja nak ikan apa, macam-macam ikan ada, lepas tu bagi kat Chef, dia akan masak kuahnya dan masukkan ikan korang tadi. Sup tulang pulak, korang pilih nak bahagian mana, nanti dia sajikan dengan kuahnya. Sedap sangat!.


Lihat tu, yang ini Sis punya, jenuh menunggu masak ha ha ha. Memang sedap, sampai anak Sis kata, 'macam asam pedas atuk' jadi sangat sedap la tu!. Korang kena cuba, yang tak cuba haritu rugi le he he he.


Ha ha ha kasi fokus okay. Nampak sedapkan, dah kata dah memang sedap. Kena cuba sendiri yer. Sis makan masa tu semua amik sikit-sikit, semua Sis rasa, dah kata nama pun review makan, jadi kena rasa semuanya ha ha ha. Tu pun dah tersandar. 


Selain air panas Teh Tark dan KopiO, ada juga di sediakan Coconut Shake dan juga Cendol. Korang bole amik sendiri dan buat sendiri ikut sukahati. Nak manis ke apa ke, buatlah. Yang Coconut Shake tu dah tersedia. Takyah gambar, nanti korang pergi sendiri dan rasailah kenikmatannya he he .


Geng makan semeja. Ni separub je yang semeja, pun nak terbalik meja, kalau semua sekal semeja, ada tanggal meja di buatnya. Tapi yang bestnya kan, semua pekerja, staff ,Chef dan GM Managernya semuanya peramah dan tidak sombong. Kita sangat selesa  berada kat sini. Layanan penuh dengan senyuman. Terima kasih pihak pengurusan . :)


Sebenarnya ada banyak lagi warung-warung makanan dapur panas yang di sediakan. Cuma Sis tak up gambar kat sini, Sis masuk mana yang menjadi tumpuan aje yer.
Antara lain ada Kue Tiaw Goreng dan Mee Goreng Mamak, Kacang Pool, Laksa Johor dan Soto, juga ada Sate Ayam & Daging. Yang Sis perasan kebanyakkannya pihak Resort menyediakan makanan menu Johor . Semua yang menjadi makanan Johor semua ada. Termasuk sayur labu tu, tu makanan kesukaan Nabi kita Muhammad saw kan? . Jarang ada hotel nak buat menu ni. Tapi kat sini menu dia sangat istimewa.

Dan gambar dia atas adalah menu utama yang akan di sajikan di sini sempena Ramadhan nanti. Korang jangan tak cuba, Tempahan awal korang akan dapat diskau sehingga 20% .


Terima ksih buat semua Team #JDTblogger yang sama-sama memriahkan event kali ini. Memang macam nak pecah gusi kalau jumpa reramai. Ada je nak kena bahan kan ha ha ha. 
Korang memang the best!! ..


Bufet Citra Ala Bazar at Gleneagles Terrace Restaurant @ Pulai Springs Resort from 19 May - 13 June 2018. 
.
Pre purchase your vouchers from 1 April to 10 May 2018 and SAVE RM 18 per person. 
✓ Only RM 90 (adult) l RM 45 (child) when you buy in advance. 
Normal Price: RM 108 (adult) l RM 54 (child).
.
To purchase, call us now at +607 521 2121or WhatsApp: +6017 745 5776 
.
View full promotion here: Pulai Springs Resort






P/S: Tak sabar nak menunggu Ramadhan . Ayam percik & Ar Katira !! 

Wednesday, April 25, 2018

KERABU KERANG ALA THAI PEDAS MASAM

BY Sis Lin IN , 20 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua sahabat-sahabat Sis yang datang singgah membaca di sini, moga semuanya sihat dan dipermudahkan urusannya hari ini. Yang tak datang singgah pun kita doakan mereka ya, moga dalam lindungan yang Maha Esa .
Sahabat semua dah masak ke ? Sis hari ini cadang nak masak Sotong masak itam, goreng kacang buncis, telur dadar dan juga buat sikit asam rebus ikan kembong he he he. Teringin pulak tekak nak makan asam rebus nanas. Moga tercapai lee hajat anak tekak tu.

Okay untuk entri pagi ni, Sis nak share resepi mudah simple dan ringkas yang kalau buat tu boleh pejam mata aje ha ha ha. Jangan percaya ye, ada kang pisau hiris jari kalau masak tutup mata ke ke ke.
Ringkas tu bermaksud bahan yang mudah, tak susah nak cari, dan tak payah masak kacau-kacau dalam kuali, cuma rebus, hiris dan gaul aje. Senangkan ? Kalau itupun korang kata susah, baik telungkup kepala tu dengan periuk yer ha ha ha .



Nampak sangat menyelerakan kan? Iye betul sangat sedap. Cubalah sendiri kalau mau tau sedap ke tidak.
Ini Sis share resepinya. Kalau korang gugel memang akan keluar macam-macam resepi, semua sama je, tapi untuk yang ni, Sis ambil dan ikut resepi Shiela Rusly punya. Ada tu pun edit sikit-sikt je bahannya.
Ikut citarasa masing-masing okay. Jangan susah-susahkan diri, ikut aje apa yang ada dalam bahan tu pun dah sedap ok.
Jom tengok resepinya ..



Bahan- Bahan

1 kilo kerang
5 biji cili api - ditumbuk atau dihiris (nak pedas tambahlagi)
2 biji cili merah- ditumbuk atau dihiris (ikut pedas masing-masing)
3 biji limau kasturi
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos ikan (nak letak boleh,tak letak pun boleh) .
1 cawan jus asam jawa (ikut kemasaman sendiri)
Garam dan gula secukupnya
1 ulas bawang merah (dihiris)
daun ketumbar


Cara -cara Membuatnya

1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
2. Kemudian di tapis dan di buang sebelah cengkerangnya dan cepat-cepat letak sekejap ke dalam peti sejuk untuk elakkan kerang jadi kecut . 
3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati. 
Siap di hidangkan .

Kalau Sis lagi masam lagi sedap. lagi pedas lagi terasa masamnya he he he ..
Selamat mencuba .






P/S: Lepas ni nak cuba kerabu sotong ala Thai plak, nampak macam sedap sangat! ..


Tuesday, April 24, 2018

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN RAYA 2018 HASRUL HASSAN

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt .


Rasanya lama tak buat entri mengenai segmen. Kalau dulu-dulu masa awal aktif menulis, yang rajin buat entri segmen-segmen ni si blogger Ben Ashaari. Hampir tiap minggu dia buat segmen, macam-macam segmen dia buat, dan hampir semua segmen dia juga Sis join. Jadi macam satu penyakit segmen masa tu ha ha ha . 
Tapi sekarang jarang dah nampak, baik Ben ke atau blogger lain. Kalau ada pun, Sis kurang kenal mereka, maklum laa, ramai dah newbie, Sis ni pulak blogger era dolu-dolu, yang ada sekarang pun tak kenal Sis ha ha ha, sekarang yang newbie pun hebat-hebat, ranking atas semua uii . Rezeki mereka kan, kita tumpang gembira dan seronok melihat .
Jangan dengki-dengki okay, not good okay. 

Berbalik pada entri tajuk kali ni, masa blogwalking pagi tadi, tiba-tiba ternampak plak entri baru Hasrul Hassan, dia buat Segmen Blogwakling Ramadhan Raya 2018 , yang fahaman Sis, dia nak cari blog list barunya untuk di letak di blognya. Waaa sapa yang taknak kan, blogger otai tu, silap-silap ada rezeki, dapat masuk dalam blog list dia, ada juga nanti tempias aura dia kat blog kita kan he he he. 



Jom kita join sesama, mana tau ada rezeki kan. Tapi ada syaratnya he he he.
Syaratnya adalah :

1. Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
 - Blogger Malaysia & aktif juga menulis setiap hari he he he

2. Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.- 
- Baca di atas.

3. Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut. 
- Ok Done 

4. Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.

Aktiviti Sis sepanjang Ramadhan nanti : 
- Join Tadarus sehingga selesai selagi dalam keadaan yang tidak uzur dengan izinNya
- Solat terawih di rumah paling kurang 8 rakaat .
- Masak menu berbuka untuk Suami dan anak-anak setiap hari kecuali hari Ahad .
- InsyaAllah ada rezeki nak sedekah dan qada fidiyah ke rumah anak yatim. Aamiinn

Ok Done .

5. Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
- Ada di atas .

6. Dah siap, tinggalkan URL post segmen tersebut ke ruangan komen di bawah.
-Ok Done 

Harap-harap masuklah dalam senarai he he he. 





P/S: Tak lama je lagi kan nak puasa, masa cepat betul berlalu..Dah ganti puasa ke belum tu ? 
Alhamdulilah Sis dah selesai. 


HADAPI MUSIBAH, MOHON REDHA DARI ALLAH

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua, apa khabar ? Sudah sarapan ? Alhamdulilah, ingat jangan tidak ambil sarapan ye kalau ingin sihat. Lebih-lebih lagi kalau nak diet. Kena ambil sarapan, kalau tak sia-sia aje diet tu he he he.
Korang okay? Harap semuanya okay. Sis pun okay, cuma sejak-sejak ni, macam-macam hal yang perlu di fikirkan. Tapi selalu tanamkan dalam diri, fikir positif, jangan pra-sangka dan bersangka baik dengan Allah. Itu memang selalu Sis amalkan. Alhamdulilah masaalah tu akan pergi dengan sendiri. 
Adanya Allah, kita kena percaya, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah yang menunggu. Jadi bersangka baik, sabar, tenang dan setiap apa yang kita buat, mesti dengan REDHA ALLAH , bukan dari manusia.

Tapi tak semua orang bole bersabar, dan tak semua orang bole tenang dan diam, mesti ada dalam diri sikap marah, memberontak dan baran yang akan buat diri kita jadi benci dan hasad dengki. Kenapa? Sebab diri dan hati di kuasai oleh syaitan. Syaitan ni memang tunggu je bila-bila masa diri kita lalai. Pantang aje kita leka (contoh: tak solat), cepatlah dia serap, bisik dan menghasut. Jadi kena berhati-hati dan perbanyakkan istighfar. 

Bagaimana nak kawal diri ? Okay mari kita baca antara perkara yang bole kita buat ketika kita dalam keadaan marah, benci dan panas baran juga resah gelisah .



Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah:


1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya, "Sesungguhnya setelah tiap-tiap kesukaran/kesulitan disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 6) 

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.


Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Hadis Rasulullah SAW: 
Dari Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut) dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya. (Hadis sahih riwayat Muslim)





P/S: Bagi yang bermasaalah sabar, tenang dan sentiasa dalam berwudhuk & banyakkan membaca Al-Quran ye *peringatan buat diri sendiri .


Monday, April 23, 2018

MAKAN MALAM DI CAFE RACER by GRILLBAR

BY Sis Lin IN , 16 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi, salam sejahtera and good morning semua sahabat. Moga kalian semua baik-baik aja ya .
Sudah sarapan ke tu ? Atau sudah siap masak untuk tengah hari ? Ye la macam Sis dulu masa anak sekolah semua, awal-awal dah siap masak untuk makan tengah hari terus, takde sarapan. Sebabnya pagi-pagi dah sarapan, so senang buat satu kerja, anak balik je sekolah terus makan, settle semua. Takde nak kelam kabut segala. Ye dak ? . 

Okay berbalik pada cerita tajuk hari ini, Sis nak berkongsi satu tempat makan di mana kami sekeluarga telah pergi makan malam di satu cafe yang tempatnya sangat 'unik' kata Suami. he he he . Dari sampai hingga ke balik, Suami tak sudah bangun duduk bangun duduk asyik ronda semua tempat. Lain dari yang lain katanya. Macam 'antik' sikit dan kreatif, sebabnya kat dalam tu di pamerkan motosikal lama, juga frame-frame gambar yang berkenaan dengan motor, hampir di semua dinding ada. Dongak kat atasnya pula, di gantung sport trim motor dan kereta. Kreatif sangat. Pelayan kedai pun mesra ramah sangat.
Kedainya dua tngkat, nak makan bawah boleh, makan kat atas pun bole. Tandas pun bersih .


Cafe ni terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor.
Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga ke jam 12am .
Idea nak makan sini gara-gara anak Sis yang sulung tu balik Jb la tu,si Kakak. Dia kalau balik Jb memang dia suka cari tempat makan yang lain dari lain dan yang tak pernah dia makan. Suami dan Sis follow aje le.


Hiasan dalaman dia sangat unik dan kreatif. Lebih kepada hiasan orang-orang bermotor gitu. Nama pun Racer kan he he he .


Kreatifkan ? Tayar kereta di buatnya meja he he he. Suami sampai belek lama benar area situ ha ha ha .


Tengok atas siling tu, di gantungnya plak rim-rim motor. Jangan ada sampai jatuh gedebuk sudah ha ha ha .


Haritu ingat nak duduk bergambar atas tu, tapi incik Suami jeling manja gitu, terus Sis tak jadi ha ha ha .


Dan ini menu Sis makan. Yang burger tu namanya Patty Burger. Kentang keledek dia sedap sangat! Suami Sis makan banyak ha ha ha . Dan yang sebelah atas tu menu Suami Sis, Fish & Chips. Pun sedap kata Suami Sis. Besar portion dia, makan memang kenyang .


Yang ini pula, menu si Kakak, Chicken Grill. Menu paling top pengunjung order. Sedap Kakak kata, makan sampai licin.


Dan yang ini menu si Adik , Original Mac & Cheese . Kalau untuk Sis memang muak le Sis makan, tapi kalau anak-anak memang kesukaan mereka sebab cheese tu.
Oo mana Amat ? Biasa la si bujang tu lagi bizi dengan latihan muzik dia, dah dekat nak buat persembahan ni. Jadi kami berempat sahaja .


So far so good, semua makanan yang kami pesan semua sedap. Air dan desert-desert dia pun banyak pilihan. Harga pun berbaloi lah dengan apa yang dipersembahkan. Kena cuba baru korang boleh komen, lain tekak lain citarasanya, ye dak ? ..
Dan jangan risau, Halal. 
Siapa nak cuba silalah. datang aje walk in, atau bole terus call 07-335 0000 untuk booking .

Selamat menjamu selera .






P/S: Sis suami isteri memang tak cerewet, anak nak bawak makan mana dan makan apa pun tak kisah, janji anak happy :) 


Sunday, April 22, 2018

TIP-TIP KESELAMATAN DAPUR

BY Sis Lin IN 10 comments

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi Ahad buat semua. Sudah sarapan ke ? Mesti masak yang sedap-sedapkan untuk keluarga tercinta. Kalau Sis terbalik pula, setiap hari Ahad, adalah hari 'tutup dapur' . Hari ISTERIrehat katanya. Biasa memang dari pagi hingga ke malam, incik Suami akan bawa keluar makan sarapan sampai laa makan makan. He he he .
Ada masa tu masak juga, kalau tiba-tiba incik Suami teringin nak makan apa ke, jadi kena masak. Tapi jarang-jarang . 

Pagi ini Sis nak kongsi sedikit mengenai tip-tip keselamatan dapur. Yelaa kita ni kaum wanita atau lelaki selalu juga ke dapur kan, tapi lebih kepada wanita la. Jadi ada tak korang utamakan keselamatn di dapur ? 
Ada yang kita tau dan ada juga yang tanpa sedar kita tidak ambil langkah berjaga-jaga kan ? 
Jadi hari ini Sis nak kongsikan bersama. 





DISIPLIN DAPUR
KETAHUI APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Gunapakai hiasan yang sesuai untuk mengelak daripada terjadinya kejadian tidak diingini seperti melecur, terjatuh, terpotong, luka akibat mesin dan banyak lagi. Dapur bukanlah sebuah taman permainan dan setiap orang perlu berhati-hati dan mengelak daripada sebarang bahaya.


BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT

Jangan kelam kabut ataupun berlari semasa berada di kawasan penyediaan makanan dan kawasan memasak. Anda tidak perlu kelam kabut demi menjimatkan beberapa saat dan sebaliknya membuang masa di hospital sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.


PERALATAN YANG BETUL

Pastikan kita memahami cara yang betul untuk menggunakan peralatan dan perkakas dapur. Baca arahan dan pastikan barangan elektrik selamat untuk diguna. Perkakas merbahaya harus digunakan di bangku kerja atau work bench. Gunakan mana mana peralatan hanya untuk tujuan asalnya sahaja.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAK
MENGALIH PERHATIAN DARI DAPUR MEMASAK

Jangan biarkan makanan masak di dapur tanpa perhatian. Makanan boleh beralih dari peringkat masak, ke hangus, ke terbakar dalam sekelip mata. Tanpa disedari, kejadian tidak diingini mungkin tercetus.


API MENYALA

Matikan gas ketika tidak menggunakan dapur memasak. Kita mungkin tidak sedar bahawa dapur gas masih menyala. Api yang menyala boleh menyebabkan kemalangan. Tindakan itu juga dapat menjimatkan bil gas.


BAHAYA TERSEMBUNYI

Jangan letakkan objek tajam atau panas di bucu yang tidak mudah kelihatan. Kita yang sedang sibuk mungkin tidak sedar akan bahaya tersembunyi seperti tersebut. Simpan objek tajam di suatu sudut yang selamat agar kesemua petugas akan lebih berjaga-jaga.


BARANGAN YANG PERLU ADA!
PEMADAM API

Pastikan terdapat pemadam api di sisi anda. Pada masa yang sama juga, anda prlu mengetahui cara-cara untuk menguruskan sebarang kejadian kebakaran elektrik atau gris. Padamkan api dengan menghentikan sumber oksigen dengan menggunakan penutup periuk, serbuk atau garam – bukannya air.


PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

Pastikan terdapat sebuah Peti Pertolongan Kecemasan di dalam dapur. Sekiranya terjadi sebarang kejadian, pastikan anda bersedia untuk menghadapi kes seperti luka kecil dan peti pertolongan kecemasan anda mengandungi bekal yang mencukupi . Barangan medikal juga mempunyai tarikh luput, oleh itu pastikan barangan berkenaan digantikan sekiranya perlu.


KASUT KESELAMATAN

Semasa berada di dapur, pastikan anda memakai kasut tertutup ataupun selipar khas dapur untuk melindungi kaki anda. Pisau yang terlepas boleh mengakibatkan kudung jari kaki. Sup mendidih yang tertumpah boleh menyebabkan luka yang amat perit.


Artikel asal dari SINI .







P/S: Tanpa kita sedar, kita pun kadang tak tau kan? Termasuk Sis. Lepas ni mana yang perlu, dah boleh ambil langkah berjaga-jaga .