ALKOHOL ADALAH SATU BAHAN PENTING DALAM CECAIR PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)

ALKOHOL ADALAH SATU BAHAN PENTING DALAM CECAIR PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER) | Sekarang ni kalau di lihat tiba-tiba muncul banyak pengilang atau pengeluar Hand Sanitizer di jualan online mahupun di pasaraya-pasaraya sedia ada. Memang betul, jenama yang sedia ada yang biasa kita beli tu dah susah nak di beli, jangan kata nak beli, bayang pun takde, so nak taknak mana yang ada, walaupun takde nama pun, terpaksa juga beli, janji ado.

Tapi ada benda yang korang kena amik tau dan tahu ya. Jangan pulak main hentam je bila nampak orang jual Hand Sanitizer tu ada alkohol, maka haram pakai dan dibuat sembahyang, ermmmm...yaa Sis cakap sebab ada yang komen macamtu bila Sis tunjuk Sis beli Hand Sanitizer tu. Cetek sungguh ilmu, tu lee taknak membaca, kena baca dan fahamkan, jangan main kondem je apa orang lain buat.

Sis pun bukan pakar nak jatuhkan hukum halal dan haramnya, dan Sis pun bukan pakar nak huraikan bagus tak bagus sesuatu benda tu, so bila kita tak tau kita research dan baca, cari dan korek ilmu dari bahan yang sahih, jangan main share aje yang mana-mana datangnya tu.

Oleh itu, Sis suka kongsikan hasil dari bahan bacaan Sis yang Sis jumpa dari sumber Twitter dari website suhazeli.com ni. Bagus penerangannya. Korang bacalah laa ya, buat tambah ilmu.

Jom kita baca..

Pinjam gambar dari FB Dura Hatta. Sesiapa nak beli Hand Sanitizer ni boleh hubungi terus Puan Ita 019 387 5999

BUDU PUN ADA ARAK?


Saya hormati usaha yang dilakukan oleh syarikat bahan pencuci tangan (Sanitizer) kerana mampu mengeluarkan produk tempatan yang mungkin sama tara dengan produk luar lain.

Cuma saya sedikit ralat apabila dikaitkan penggunaan alkohol dalam sesuatu produk itu tidak halal. Dengan kata lain, produk yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan yang tanpa alkohol adalah halal, manakala produk-produk lain haram jika menggunakan alkohol.

Baik, saya berikan kenyataan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkaitan alkohol atau arak. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

⑴ Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

⑵ Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

⑶ Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.

⑷ Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, samada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

⑸ Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.

(6) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

⑺ Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

⑻ Bagi penggunaan gelatin, pepsin, dan rennet, bahan-bahan tersebut boleh digunakan jika sekiranya tiada unsur yang meragukan atau bernajis.

Untuk makluman, budu makanan kegemaran itu juga mengandungi alkohol. Ia termasuk dalam item (2), (3) dan (5) kenyataan majlis fatwa di atas.

Alkohol adalah satu komponen penting dalam cecair pencuci tangan dan beberapa barangan perubatan. Tetapi alkohol dalam komponen barangan itu bukannya arak seperti kefahaman yang sama terdapat dalam minuman beralkohol. Jangan salah faham penggunaan istilah itu. Lihat item (7) dalam kenyataan majlis fatwa itu.

Alkohol yang dimasukkan dalam barangan perubatan termasuk pencuci tangan itu adalah kerana ianya mempunyai fungsi besar, iaitu merencat, menghalang dan membunuh kuman sehingga 60-90%. Justeru, risiko seseorang dijangkiti kuman atau memberi jangkitan silang kepada orang lain adalah minima. Saya tidak pasti samada pencuci yang tanpa alkohol itu mempunyai fungsi yang sama atau tidak.

Sekian dari suhazeli.com

Haa dah baca? Harap korang fahamlah ya istilah penggunaan sesuatu benda tu yang mengandungi alkohol. Tak tau baca dulu, jangan main kondem jee..Negatif sungguh!.

Okaylah, sekian #SisSharing untuk harini ini.
Selamat berhujung minggu semua. Dan cuti sekolah pun dah bermula, harap dan mohon kepada semua agar amik langkah berjaga-jaga dalam menangani isu Covid-19 ni ya.

OkBai.


P/S: Semakin membimbangkan keadaan Malaysia. Jom doa bebanyak di hari Jumaat ni.

16 comments:

  1. betul tu sis.. ada share jugak kat group pasal jawapan dari ustaz berkaitan alkohol tu.. thanks for sharing info sis..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. dapat ilmu baru harini ^_^

    ReplyDelete
  3. Itulahkan baca dulu jangan negatif sangat semua pun nak kondem huhuhu...
    Pagi tadi kat radio sinar ada ustaz ulas pasal alkohol dalam hand sanitizer ni katanya harus dan boleh dibawa solat. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Betul tu..alkohol boleh tapi asalkan ikut had yg ditetapkan. Islam bukan kejam pun asalkan ikut ketetapan semuanya ok

    ReplyDelete
  5. Ya ada dengar dalam tancangan tv Tanyalah ustaz yg mengatakan bole guna sanitizer yg kandungannya ada alkohol kerana alkohol afalah untuk membunuh iunan... jd tidak haram.

    ReplyDelete
  6. bagus sharing berkenaan alkohol ni, at least yg was2 tu dah more faham la kan penggunaan sesuatu brg yg ada alkohol..kalau xconfident, basuh je tgn mcm biasa dgn sabun tu..ataupun guna vco je bagus jugak tu..

    ReplyDelete
  7. Thank you for highlighting this, ramai betul orang yang tak faham konsep arak dalam produk ni sebenarnya. I pun kadang-kadang rasa annoyed bila bercakap dengan orang yang tetap kata arak tetap haram. I harap post berinfo yang seperti ini dapat banyak sharing supanya boleh bagi pemahaman yang lebih baik kepada mereka yang begitu skeptikal.

    ReplyDelete
  8. Biaslah manusia suka buat firasat sendir..lepas tu buat hand sani sendiri.. Haishh.. Bila org cakap i malas nak ambil port. Yela, mesti dibuat ada bneda boleh guna ade benda tak

    ReplyDelete
  9. Tak ramai belajar kimia masa sekolah dulu sis. Walau basic sains pun mereka tolak, ni kan pula kalau org cakap peratus alkohol utk kegunaan kebersihan di boleh kan. Dalam perfume tu ada alkohol kalau nak semerbak wangi. Memacam persepsi. Huhu

    ReplyDelete
  10. btul tu sis.. org tau kondem tapi nak research nya...pemalas ya amat... thanks sharing sis...ni kalau tak faham juga.. tak tau lerr..hihihi

    ReplyDelete
  11. Alkohol memang penting dalam sesuatu pembuatan produk. Tapi masih ada lagi yang tak alert bab alkohol ni.

    ReplyDelete
  12. Sebab tu fahami dulu sebelum membantai..hehehe. Time2 mcm ni malas nk pikiq benda2 ngarut tu..just pikirkan kesihatan aje..kita buat apa yg rasa perlu..x yah nk dgr kata2 org

    ReplyDelete
  13. So true Sis Lin... netizen ni kadangkala suka menaip tanpa menyelidik terlebih dahulu... sepatutnya cari dulu maklumat (itupun dari sumber yang sahih) sebelum berkata-kata kannnn... perihal sanitizer ni, saya kini pun bekalkan kepada anak-anak untuk dibawa ke sekolah, yelah kan, budak-budak... kadang-kadang main pegang je tangga la tembok la... adoiiii... risau juga... yang penting kita cuba yang terbaik kan Sis Lin... ikutilah segala saranan positif pihak KKM kannnn...

    ReplyDelete
  14. nasib baik masa sekolah menengah dulu ada amik subjek kimia. ada jugaklah basic tentang alkohol ni. :)

    ReplyDelete
  15. hurm tu la sis. saya ada gak baca yang komen kena cari sanitizer tanpa alkohol sebab katanya haram..pastu ada pulak puak yg perli suh minum je arak utk basmi kuman. adoiiii, ni la dia komen dari org yg cetek ilmu

    ReplyDelete
  16. Betul tu sebab alcohol lah yg akan bertindak membunuh kuman degil. La nie harga makin melampau mahal

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.