ESOK JOM KITA PUASA TASU'A 9 MUHARRAM & PUASA ASYURA 10 MUHARRAM | JOM korang esok kita mula puasa Tasu'a 9 Muharram dan seterusnya kita sambung pula puasa Asyura 10 Muharram. Banyak ganjaran dan pahala jika kita berbuat demikian. Sebenarnya dah banyak kali dah Sis kongsi mengenai tajuk ni di blog Sis, tapi takpe, benda baik kan, kita pesan-memesan..
Sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang memang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.
Cuma keadaan sekarang jauh berbeza, dah tak sama macam dulu, SOP yang telah kerajaan tetapkan membuatkan segala majlis atau gotong-royong tidak boleh di adakan. Sedihkan, rindu sangat waktu dulu dapat merewang bersama jemaah mesjid.
[Baca juga] : Puasa Asyura 10 Muharram
Antara amalan yang digalakkan kepada umat Islam untuk dilaksanakan sepanjang bulan Muharram termasuklah memperbanyakkan puasa sunat terutamanya pada Hari Asyura dan hari Tasu’a.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Sebahagian para ulama mengatakan bahawa cara mengerjakan puasa Asyura itu ada tiga keadaan seperti berikut:
Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
Berpuasa padanya (10 Muharram) secara tunggal.
Berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala cara terbaik serta paling lengkap untuk melakukannya adalah sebagaimana turutan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) dengan cara seperti berikut:
Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
[Baca Juga] : Niat Puasa Sunat Tasu'a Dan Niat Puasa Hari Asyura
Tujuan berpuasa sunat pada hari Tasu’a adalah untuk membezakan amalan yang dilakukan kaum Yahudi iaitu berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Dan juga riwayat daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154)
Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala
“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Niat Puasa Asyura
نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى
Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala
“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Kelebihan puasa pada 10 Muharram
Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda: Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]
Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi. Semoga ganjaran yang begitu besar yang telah disediakan Allah kepada kita sama-sama kita kerjakan. Aamiinn..
So korang, esok jom kita puasa Tasu'a 9 Muharram & puasa Asyura 10 Muharram..
P/S: Belum apa-apa, anak dah request, buka puasa esok nak makan Nasi Kandar, sabo je lee hahahaha..
Selamat menjalani ibadah puasa Muharram
ReplyDeleteselamat berpuasa Tasu'a dan puasa asyura .
ReplyDelete