APA MAKSUD SINGKATAN #OOTD TU?

APA MAKSUD SINGKATAN #OOTD TU? | Korang mesti dah tau kan apa #OOTD itu. Yang mana ada instagram/facebook dan juga youtube mesti tau dah. Tapi ada juga yang tak tau. Dan baru-baru ni, kawan Sis tanya Sis, 'Eh pebende OOTD tu ha?, hehehe dia kata raya tahun ni ramai guna hashtag #OOTDraya ..

Terus Sis eksen pulak tu jawab, 'Laaa kau tak tau ke?' hahaha padahal Sis ko pun baru tahun ni tau maksud OOTD tu kui kui kui..Tu pun tanya anak, ye laaa zaman Sis dulu mana ada ayat OOTD tu, zaman sekarang siap hashtag bagai, kalau tak tanya, maka sampai ke sudahlah tak tau maksudnya hehehe..main tulis je ikut orang hahahaha...

Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan..tu pepatah orang tua. Tak tau ye tanya, jangan tak tau tapi buat-buat tau, haaa tu namanya 'Bodoh Sombong' ...

Maksud #OOTD tu adalah singkatan dari Outfit of The Day ..  
Ianya membawa maksud pakaian yang mereka kenakan atau pakai pada hari tersebut.

Pemahaman Sis mengenai maksud OOTD tu adalah, apa pakaian yang korang pakai pada haritu, then korang pose amik gambar kemudian korang tulis singkatan OOTD (OutFit of The Day), dan ada juga mereka selitkan atau tag sekali OOTD tu dari kedai/butik mana ke, haaaa begitu fahamnya..ada faham? ...

Yang suka bergambar dan posing sana sini, haaa memang akan guna hashtag OOTD ni. Termasuklah di kalangan artis. Ke korang yang ikut artis ek, eh eh ...entahlah hahahaha..

Kalau Sis ko pulak, asal post gambar je, asyiklah lupa nak letak hashtag tu hahaha..lagipun bukannya ada pun Sis ko nak selpie sengsorang nak berOOTD bagai oii..i is pemalu hahahahaha

So korang dah tau kan..sila gunakan hashtag tu sebaik mungkin. Jangan di salah gunakan ya..


Selamat berOOTD raya korang!

Haa? OOTDraya Sis? Hahaha sila bukak instagram dan facebook Sis yer..cukuplah sekeping tu jer Sis upload hahahaha...simpan buat esok-esok pulak ๐Ÿ˜œ





P/S: Nak OOTD tu tak kisah, cuma berbalik tujuan asal kita, nak harap pujian manusia atau sebaliknya ..tepuk dada tanya selera.. Eh lapar, Jomm makan...

18 comments:

  1. Dh lama dengar..baru fahm maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr memang betul, lama memang dah singkatan OOTD tu, cuma ramai juga tak tau dan faham akan maksudnya @Cikguzim ..

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe #SisSharing gitu @Warisan Petani...

      Delete
  3. OOTD di zaman sekarang ni dah jadi macam satu kemestian kan Sis..hehehe..kadang tengok macam-macam gelagat gayakan busana yang dipakai..boleh senyum sendiri..begitulah cara abadikan kenangan dengan cara OOTD..kawan PC jadikan OOTD satu kemestian untuk rujukkan katanya..rujuk warna baju raya supaya tak berulang..hihihihi..bagus juga..siap ada album OOTD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC , sampaikan Mak Pak pun tumpang sekaki berOOTD hahaha...takpe lah sebagai kenangan, cuma kena jaga batas dan juga jangan salah gunakan # tu je kan PC ...

      Delete
  4. haduii.. rasa macam tak menyempat nak ber ootd.. anak dah sibuk nak interframe...ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ragam di hari raya namanya @Rohaida hehehehe
      Tunggu anak dah besar sikit nanti ...

      Delete
  5. Banyak singkatan sekarang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Sha..yang tau tentu tau, yang tau, kita kasi tau hehehe

      Delete
  6. Barulah Saya tahu..

    Sebelum ini Tak tahu.

    Akhir Saya tahu..

    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, maanfaat juga posting Saya harini Tuan @Hanafi.
      Ramai juga yang tak tau sebenarnya maksud OOTD tu ..

      Delete
  7. Baru tau maksud nya recently juga. Terasa outdated ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak apa @Shirven, memang ada juga ramai yang tak tau tu maksud singkatan OOTD tu ..

      Delete
  8. ootd nak cukupkan gambar dalam IG...bahahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye laaa awakkan instafamous kan @Sunah hahahaha

      Delete
  9. saya pun rasanya baru awal tahun ni kot tahu maksud OOTD tu...nampak nau umur dah tak sesuai nak pakai singkatan-singkatan lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee samalah kita @Sheila, kalau tak mengoogle dan membaca memang tak tau pun maksud OOTD tu kan ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.