Wednesday, June 29, 2011

Dugaan Hidup..

BY Sis Lin IN , , 13 comments

Assalamualaikum wbt....

Acccoooommm! sretttttt *hingus meleleh! hu hu hu
Adeii seksanya bila selsema ni, batuk jangan cakap le, time siang gini takde pulak batuknya, tapi bila time nak tido tu, adeiii bertalu2 sampai sakit dada...huhuhu
Sampai satu rumah semua dah kena virus, Naz pun belum baik lagi, sian dia, demam batuk selsema belum pun baik, now tengah tunggu date nak pi buat appoinment dengan Doktor Pakar Sakit Puan pulak di Columbia Asia, dia kena buat medical check up pasal senggugut TERlampau dia yang takut akan menyebabkan gangguan waktu dia hadapi SPM nanti, so Lin kena bawak dia cepat sebelum 3 bulan untuk dapatkan rawatan segera..ermmm

Malam tadi pulak, hubby Lin kena serang sesak nafas dan juga sakit dada, sebelum kena tu, kitaorang dari rumah Mak tengok Mak yang sakit tu tak baik2 lagi, tapi dalam perjalanan balik hubby di serang sakit, terus Lin bawak ke Klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan, Doktor syorkan terus buat ECG untuk tengok degupan jantung, memang tekanan jantung dia rendah, dan juga darah tinggi naik, surat ssuslan juga dah dapat untuk buat medical sepenuhnya nanti di Hospital Pakar..hu hu hu

Ya Allah dugaan apa yang kau beri pada keluarga ku ini, belum habis fikir ikhtiar nak ubati Mak, anak Lin pulak Naz sakit, belum pun sempat bawak buat susulan, hubby pulak yang sakit, tapi hubby degil, walaupun dah sakit, tanggungjawab dia terhadap kerja tak pernah di abaikan, jadinya pagi tadi dia dah bertolak ke Melaka untuk jalankan tugasnya, hu hu hu. Hati ni sangat risau dengan keadannya, moga tiada apa yang berlaku, ubat semua Lin dah bekalkan..huhuhu
 Lin? selagi sakit pening ku ini masih dapat Lin bertahan, selagi itu Lin akan terus kuat untuk hadapinya...


Selawat Syifa'....

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

*Moga di berikan kesihatan yang baik untuk 'KAMI' sekeluarga....


P/S: Sihat sakit semuanya datang dariNya..tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan dengan usaha dan yakin padaNya..Insya'allah...


With Love

Tuesday, June 28, 2011

Selsema + Hingus

BY Sis Lin IN , 21 comments

Assalamualaikum wbt..

Sroooot sretttt sroooot sreeeet je hidung ni *lebih kurang le bunyinya...
Eee tak suka betul le, sakit kepala dan rasa sangat tidak selesa..hu hu hu..
Kejap2 pi bilik air hembus buang sikit kang pi hembus, kalau tak hembus buang, mau meleleh sampai ke mulut..uwekkkkkkkkk...
Ubat dah makan, tu pun makan yang tak mengantuk punya, kang makan yang kuat punya, mengantuk pulak bawak kete kang...adeiiii tak pasal2 kang di katanya kita gian pulak..huhuhuhu
Tapi still boleh kawal lagi, walaupun selsema, keje rumah ke, rutin harian ke, kenalah juga buat, ingat nak baring2 ke,huh! keluar masuk tetap sama ok!... :(

*image dari mr.google

Petang ni jap lagi mau ke Airport,Senai, nak amik mr.hubby dari Labuan, so sat gi merempit le berangan bawak kete hubby yang bergaya ala2 OKB tu..ha ha ha tapi tak biasa la, dah selalu bawak kete kecik je,  bila bawak yang besar, jadi berat je stering tu..huhuhuhu
Apa2 pun tu semua pinjaman, gaya pada rupa jek...besar periuk besar le keraknya dik nun oiiiiiiiii....:p
Ok lah nanti malam kalau free Lin update lagi..ni hingus dah meleleh2 ni..kang masuk pulak celah2 lappy ni kang..hahahhahaha



P/S: Ramai yang dah beli tiket Transformer ek..ermmm nak kena juga ni survey2..rugi woo tak tengok kat wayang..3D tuuuuuuu....


With Love

Monday, June 27, 2011

Demam + Selsema + Sakit Tekak!

BY Sis Lin IN , , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Uhuk uhuk uhuk...adeiii acccccummmmmmmmmmm! srettttt! *lap hingus...:p
Memang tak suka kalau selsema ni, 'Nak Buat Apa Pun Tak Boleh' tapi 'Best Bro' dapat tido selena2nya bila lepas makan ubat, memang 'Terbaek'...ha ha ha ha
Sapa yang nak sakit kan, sapa yang nak demam kan, tapi dah demam, dah sakit nak buat camne, adeiii terima ajalah, setiap owang pasti akan jatuh sakit, tapi setiap penyakit tu ada ubatnya..kan kan kan...
Ubat dah makan, minyak angin jangan cakap le, dok sapu2 celah2 hidung ni, kang sampai merah aku kerjakan lobang hidung ni..huhuhuhu


Bukan taknak gi klinik, tapi dah biasa demam makan je ubat dan sapu minyak angin, nanti dah tido, elok le tu, kalau melarat baru ke klinik, cuma cuaca sekarang ni panas yang buatkan badan letih dan tak bermaya..huhuhuhu
Kat rumah ni pun Naz demam, Yana pun dah selsema jugak, cuma Amat aje yang mungkin antibodi dia kuat sikit, jarang sangat dia sakit, tapi bila dah sakit, teruk pulak tu..hu hu hu

'Ya Allah Ya Tuhan ku, kau sembuhkanlah aku dan jauhkan lah aku dari penyakit yang memudaratkan, kudrat dan tenaga ku amat di perlukan setiap detik dan waktu, kau berikan lah aku kekuatan untuk menempuh dan melawan sakit ku ini..Ya Amin rabbal Alamin..'



P/S: Sori le kalau tiada update buat masa ni, online pun sebab nak kutip tanaman di kebun FV..kekekeke
Mau tido dan merehatkan diri...daaaaa


With Love

Sunday, June 26, 2011

Petua Menegangkan Payu Dara.

BY Sis Lin IN 33 comments

Assalamualaikum wbt...

Eh eh eh..gelak pulak dia yek..sukanya la kalau cakap buah dada yak! jahat!
Ni bukan entry TERlampau atau pun 'lucah' tapi ni untuk kesihatan dan keharmonian rumah tangga saja, mana2 pompuan mesti berbicara pasal 'benda' ni, betul tak? cuma mereka segan dan takut nak bertanaya atau postnya..ermmm nak malu apa? ramai yang duduk search tips dan petua untuk menegangkannya tau, termasuk le aku! ha ha ha ha..normal apa...:p
Ok lah, jom kita kongsi petua/tips ringkas dan mudah untuk menegangkan payu/buah dada...
*owang lelaki kalau nak cuba pun boleh..ha ha ha :p


Petua Menegangkan Payudara


Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. 
Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. 
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.


Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.


Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Tips dari Intim


P/S: Kita perempuan ingin kecantikkan untuk di pandang oleh suami, tak salah kalau kita mencuba dan berkongsi di sini..yang berfikiran sempit je yang fikir benda lain..sekian.. :)


With Love

Sori..Malas ok! Bukan Pemalas!

BY Sis Lin IN , 32 comments

Assalamualaikum wbt...

Arghhh apsal lah malas sangat ni, aduhhhh help! help! help!...
Asal hari Sabtu Ahad je mulalah malas, semua keje jadi tak siap sebab malas, memang sangat2 malas ok nak buat kerja harini! ni pun nak taip entry ni pun malas je jari2 ni, tapi aku tekan juga..aduhhhhh!
Tak suka dengan malas ni lah, nanti kerja tertunggak melambak2, tapi nak rajinkan badan ni, arghhh malasnyaaaaaaaaaa....
Apa? aku pemalas? weiiiiiiiiii sori ok, aku bukan pemalas, aku cuma malas, lain ye maksudnya, kalau pemalas tu memang terus menerus pemalas, tapi kalau malas cuma 'tak rajin' je ok..:p
Tapi nasib juga baju2 harian dan sekolah semua dah cuci, tinggal nak gosok aje, bab sapu gan mop tu memang rutin, malas ke rajin ke kena juga buat tiap2 pagi, tapi yang malasnya apa tau...nak cuci toilet dengan masakkkkkkkkkkkk! grrrrrrrr..
Taunya hari Ahad ni nak makan luar je, tapi alaaaa belum gaji laaa, esok baru gaji, :p


Jangan kata aku sorang je malas ok, rasanya kat luar sana tu ramai yang malas dan pemalas dari aku. Hari2 buat kerja yang sama, tapi bukan mengeluh, cuma kenapalah malas tu datang, bila dah datang malas tu, menyusahkan aku tau, serta merta kepala otak ni jem!
Arghhh tak payah cite banyak lah..aku pun malas nak taip panjang2 ni, buhsan pun ada, buring pun ada, tadi baru balik hantar mr.hubby ke Airport nak ke Labuan, ermmm baru balik semalam dari Trengganu dah kena O.S lagi..aduhhhh...




P/S: Kowang malas juga ke? apa yang buat kowang malas? meh kita kongsi cite sikit..hu hu hu hu


With Love

Saturday, June 25, 2011

Relax der..Cer cite..

BY Sis Lin IN , 24 comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ini hari Sabtu, semua cuti tapi ada gak yang bekerja, Sekolah pun tutup, tapi ada gak bersekolah termasuk anak Lin,Amat...he he he
Harini anak Lin ada Kursus Kepimpinan kat sekolah, so kena sekolah dari jam 7.30am-4.30pm...
Lin pulak kalau hari Sabtu ni macam biasa le, kerja rumah kasi settle dulu ok, cuci baju sekolah semua siap, nanti kalau nak berjalan dah senang sikit, tak payah susah2 nak mikir.
Tapi yang sebenarnya hati ni bermunga2....hehehe lalalala kenapa? ada lahhhhhhh! :p
Psttt sebab mr.hubby otw nak balik Jb ler...hehehe mau kasi mak over acting sikit harini, ye la dah 8 hari woo tak jumpa, mesti le ada excited sikit, cuma malas je nak tunjuk...lalalalala
Kalau hubby sampai awal, malam kang nak ke rumah mak, nak tengok keadaan perubahan dia, kalau time anak sek ni mana nak sempat nak jengah, nasib mak sangat2 faham...:)


Ok lah, cukup dulu buat hari ni ok, nanti petang jam 3pm Lin ada Yassinan, so maybe takde update la untuk hari dan esok, kalau sempat Lin update ok, kalau tak sempat, Lin cuba sempatkan..:)
'Selamat Berhujung Minggu buat kowang semua'..
i miss u all...



P/S: Demam SEPAH tak habis lagi, sana sini dok update cite Sepah berSEPAH2..kekekekeke


With Love

Tahniah buat SEPAH ML.

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...

Ok2..buat masa sekarang tak boleh tulis panjang2 sebab mata udah ngantuk ni, ni semua gara2 si Sepah ni, adeiii nasib baik ko menang, kalu tak tadi, nyaris nak potong bil Mustika ha ha ha ha..
Takpe dah rezki mereka kan, yang kowang nak emo tak tentu pasal kenapa? menang salah, kalah pun salah..adeiii *tepuk dahi*
Apa2 pun Sepah memang BEST!!!..


Meh meh kowang layan video Maharajalawak Final kat sini, siankan sapa2 yang tak dapat tengok dan tak langgan Mustika ni, at least dapat gak tengok kat blog ni, diaorang ni cepat je upload tau...mesti up trafik dia ni..he he he...Ye adik Saiful, akak mintak izin share yek..he he he
Klik link kat bawah ni untuk tengok semua persembahan terakhir mereka...

Selamat menonton...aku nak tido dulu..daaa Selamat Malam :)



P/S: Huarghhh owang dapat duit beratus2 ribu? engko? 'Jangan lupa bayar bil Astro' muahahahahaha


With Love

Friday, June 24, 2011

Tempahan Biskut Raya 2011.

BY Sis Lin IN , 22 comments

Assalamualaikum wbt..

'Selamat Hari Raya' opsss terlebih sudah! ha ha ha
Feel raya sudah mari woo, sana sini dah mula buat tempahan biskut, langsir, dan juga kek, kalau kedai baju, kowang jangan cakap le, semua CLOSE order ok..termasuk mak aku...ha ha ha ha
Ni cite pasal biskut raya, tahun ni ingat nak order dengan member2 je, malas nak order jauh2 le, oder yang dekat je senang pick-up bt hand,hehehe jimat sikit duit pos! jimat satu hal, nanti dapat barangnya, habis berderai hancusss dalam balang...huhuhuhuhu...
Kowang dah survey2? Oooo buat sendiri yek...rajinnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....:p
Tapi buat sapa2 yang tak rajin nak buat sendiri tu, jom kita order di Sweet Ummi Bakery..he he he


Ni sample biskutnya, tadi Eyna baru bagi..he he he. Lin dah rasa dan dah ada pilihannya..sapa lagi yang tukang rasa kalau bukan anak2 Lin..ha ha ha ha
Sapa2 yang nak survey2 tu..jangan malu dan jangan segan, klik aje logo di bawah ni yek..he he he
Macam2 ada....
Semua gambar cookies dan harga ada di sertakan sekali...Just klik!





P/S: Ni dah promote agak2 dapat 1 balang free tak Eyna..hahahahahahahah


With Love

Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Siapa???? Sepah! Sepah! Sepah!....Ahhhh semputtttttttttttt...ha ha ha ha tanjat boboy! ke ke ke
Aduhh kalau tengok mereka2 ni semua, memang betul2 pecah perut tau! bukan gelak lagi siap kuar airmata kang ketawa...hahahahahaha
Agak2 kowang siapa? Sepah? Jambu? Nabil? Jozan? ermmm sukarkan nak buat pilihan? ermmm
Masing2 ada peminat masing2, yang ada pun menang sorak pun ada..he he he
Apa2 pun kita tunggu dan lihat..

Pesanan dari Astro: Saksikan Maharaja Lawak Akhir secara definisi tinggi melalui Saluran HD (188). Anda mestilah melanggan Astro B.yond dan Pekej Mustika untuk menikmati saluran ini. Saksikan malam ini, 24 Jun 2011, 10 malam di Astro Warna (132) dan Saluran HD (188)..

Terkini dari Murai.com.my

Jom, ikuti kelebihan yang dimiliki oleh setiap finalis Mahajara Lawak ini.

1. Jambu - Muka ganas tapi 'cute'. Itulah yang boleh disimpulkan tentang gandingan Yus dan Tauke. Terkenal dengan komedi aksi yang hanya menggunakan dialog ringkas, lakonan komedi Jambu boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik di pentas Maharaja Lawak. Komedi senyap juga merupakan salah satu kekuatan Jambu ketika membuat persembahan komedi.


2. Nabil - Si pelawak bertelinga capang ini adalah antara pelawak yang sangat popular di negara ini. .Malah, komedi Nabil adalah antara yang paling inovatif di Maharaja Lawak serta memiliki kekuatan jalan cerita yang menarik dan kreatif. Penggunaan 'props' yang unik dan pelik dalam persembahan juga banyak membantu persembahan komedi beliau yang ditampilkan secara solo.


3. Sepah: Trio jejaka dari Johor dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Sepah. Komedi mereka berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan nadi kekuatan dalam persembahan komedi mereka. Persembahan komedi mereka adalah yang paling konsisten di sepanjang musim Maharaja Lawak ini.


4. Jozan: Johan dan Zizan atau lebih dikenali dengan gelaran Jozan merupakan pasangan duo yang paling popular di Maharaja Lawak. Kekuatan Jozan terletak pada komedi mereka yang pelbagai. Mereka juga amat jarang menggunakan komedi yang berulang. Johan yang pandai membuat mimik suara, manakala Zizan pula bijak menampilkan idea komedi yang kreatif . Gabungan ini menjadi sumber penting untuk persembahan komedi mereka.


Berdasarkan kepada kelebihan yang dimiliki oleh mereka ini, siapakah di antara mereka yang paling layak dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak?




P/S: Memang duduk menunggu depan TV le gamaknya...baik tengok kat rumah dari tengok live tu, kang lobang hidung Sepah tak nampak pulak..muahahahahaha


With Love

Ku berdoa..Ku memohon..

BY Sis Lin IN , 35 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni rasa hati dan perasaan agak berbeza dari yang biasa, macam2 dalam kepala otak ni, risau ada, bimbang ada, serba salah ada sedih pun ada..ermmm
Semalam adik Lin bagitau, Mak Lin sakit kena gatal2 1 badan, dah bawak ke klinik amik injection, dah pergi hopsital amik test darah tapi Dr kata takde apa2 sebarang penyakit, hanya bagi ubat dan makan, tapi yang peliknya mak kata, gatal2 di badan tu, makin menjadi2, puncanya tak tahu kenapa, mula2 awal kena tu, mak ingat hanya ruam biasa sebab di setiap pelipat badan yang berpeluh, dia akan gatal, tapi lama kelamaan makin merebak pulak gatalnya dan jadi merah kemerahan, hinggakan adik kata, kulit dah tak serupa kulit...ermmmm

Kenapa yek? So malam semalam mak dah tak tahan mengatal, so adik bawak ke HSI wad kecemasan untuk check-up lagi, dan kata adik, harini mak dah buat appoinment jumpa Dr pakar kulit..
Aduhh dugaan betul, semalam 1 hari dengar berita orang sakit aja, anak Lin,Naz demam panas, pastu adik yang no-3 tu pulak kena sengat ikan sembilang, ni mak pulak sakit yang tak tahu puncanya...aishhh risau di buatnyaaaa...


Ku mohon kepadaNya agar dijauhkan dan tiada penyakit yang serius dan mudarat keatas mereka semua...Aminnnn
'Sesungguhnya kepada mu lah aku memohon dan berdoa.."


Dibaca tiga kali. 
Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui




P/S; Keadaan macam ni bila hubby pulak takde OS, Lin jadi kelam kabut dan buntu nak buat apa...huhuhuhu
Serabuttttt!

With Love

Thursday, June 23, 2011

Malas jaga suami? Hantar di SINI.

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

HUSBAND Day Care...hahahahaha ada jugakkkk rupanya ye!..
Ingatkan anak2 kecik je yang ada care center, ni bapak2 dan laki2 owang pun ada jugak...hahahahaha
Ada ke Isteri2 yang berani hantar? Ha ha ha silap2 esok lusa melekat terus hubby kita kat situ,cakap jeminum air je tu,  mana tau kan, kot2 ada tukang picit dan urut didalam tu..
Takkan minum aje kannnnnnnnnnn...lalalalalala


Tengok sepanduk je dah seram lutut aku, silap2 pandang, kening terangkat je macam Ziana Zain kat hubby tu. Yang tak boleh tahan tu ayat dia 'We Look After Him For You' amboiii..apa yang kowang nak tengok dan jaga ek? bukannya dia budak kecik nak kasi tukar lampin...
Tu le strategik owang meniaga, nak kata kedai makan atau minum, kenapa mesti HUSBAND aje??? tak Husband & Wife atau umum? pelikk kan...ermmm mesti ada muslihat di sebalik kain rentang tu..
Joomm kita skodeng..jap2 nak google, nak tengok kat mana ini kedai..hahahahahahahaha




P/S: Wah2..lajunya kowang search..hahahahaha...


With Love

SEGMEN: Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt....

GA lagi dan lagi..tapi kalai jauh tau hadiah GA nya..dari Seberang Indonesia,Bandung! *ko bikin aku jelessss! sabo Lin sabo...:p
Takpe rezeki owang kan, aku ni bila la lagi nak ke Luar Negeri ye, setakat gi Singapore je, alaaa tak berapa langkah, nak juga naik itu MAS yang duduk 4-5jam ke destinasi jauh..huhuhuhu
Ok2..tak dapat pergi pun dapat GA atau ole2 nya pun jadi le..kan kan...

So apa yang perlu anda buat mudah saja... 
  1. Buat entri tajuk "SEGMEN  : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"
  2. Letak header Ady ni dan linkkan entri tersebut ke sini.
  3. Dalam entri cuma jelaskan macam mana la boleh terjumpa blog adybudika.com ini... (ringkas je k )
  4. Dah publish entri tu, post link kat entri ini k.
  5. Pemenang Ady akan pilih sehari sebelum Ady berangkat. ( so leh bajet siap2 hadiah yang sepatotnya dibeli ).



Menjawab soalan yang ke-3 tu..
'macam mana la boleh terjumpa blog adybudika.com ini.....'

Lin jumpa blog si Ady ni dari si DIA ni la, sebelum jumpa lagi kitaorang dah gossip2, hahaha pastu DIA bagi link suruh tengok si Ady ni macam mana orangnya, dalam gambar macam besar dan ganas, baru2 ni ada yang kata 'stim' tengok dia, tak gitu Ady, hahahahha..rupanya comei dan sopan orangnya...
Bagus2 biar kita rendah diri dari kita meninggi diri last2 kita juga yang kena perli dan HACK! hahahaha

SIAP!..Agak2 boleh dapat tak ni..lalalala



P/S: Orang berbudi kita berbahasa..orang memberi, kita merasa.. :)

With Love

Mee Goreng 'kosong'

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Nak kata mee goreng bujang tapi dah kahwin, nak kata mee goreng mamak, nampak macam mee goreng kampung, ermmm sebab tu Lin panggil mee goreng 'kosong'..ye la, kosong! sebab takde apa2 bahan pun dalam itu mee goreng..ada nampakkkk?
Bukan malas atau jimat, tapi anak2 yang mintak , diorang kata 'mak, goreng mee goreng jangan letak apa2, telur je tau!'..haaaaa baca tu, kan dah kata, kosong ok!
Taugeh takde, sawi lagi le tak nampak, fishball pun langsung hilang..lat2 hanya telur dan perencah aje yang Lin tumiskan..he he he


Tapi kalau nak tau, Lin tak makan pun, cuma rasa waktu masak tu je, sebab tak reti makan mee ala2 'bogel' tu..huhuhu rasa tekak ni seksi nak telan...huhuhu apsal yek! because i like taugeh..HA HA HA HA



P/S: Bila lah rajin nak melipat baju ni....dah setimbun macam gunung berapi nak meletus je gayanya tu...arghhhh esok2 kan bolehhh kan kan kan...:p


With Love

Aku teringin nak HACK BLOG _____.

BY Sis Lin IN 12 comments

Assalamualaikum wbt...

SEGMEN: TERINGIN NAK HACK BLOG ORANG!

Segmen ni ada dua perasaan .. Satu perasaan nak hack blog blogger tu kerana suka .. dan satu lagi kerana geram ! Tapi kat kali ni , kita nak hack blog orang tu kerana suka dengan blog tu ... haaaa...amacam ? Hehehehe...
Caranya ... cam biasa ....
  1. Buat satu entri khas dan letakkan header BEN ASHAARI BLGO
  2. Tajuk ... AKU TERINGIN NAK HACK BLOG .. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila beritahu , blog manakah yang anda teringin benar nak hack ? Kenapa anda memilih blog beliau ? Dan apakah pesanan yang ingin anda tinggalkan ke dalam blog tersebut ?
  4. Tu jer ... ehehe.. siap ? tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..


AKU TERINGIN NAK HACK BLOG : Ben Ashaari..
Sebab kalau aku HACK blog dia, nanti owang akan dapat tahu, so automatik aku jadi fofular dan trafik aku mesti menjunam dan mencanak naik...pastu baru aku HACK blog Mat Gebu pula..hahahahaha bagus kan idea ku...
*dalam hati..nak mampos! tak pasal2 aku masuk lokap!

Nak join? kowang klik je banner wajah tampan tu..he he he

P/S: Entry ini adalah segmen semata2..jika benar berlaku, tiada kena mengena dengan aku ok! lalalalalala

With Love

Mereka, Aku, Dia dan Kamu..

BY Sis Lin IN , 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Entry khas buat Mereka, Aku, Dia dan Kamu...
Anda tahu siapa diri anda.. :)

Mereka adalah KAMIE...
KAMIE adalah Mereka...

AKU ada dia..
dan DIA ada aku..

DIA juga kamu..
dan KAMU juga DIA..



DILLA: Senyumannya membuat MEREKA tersenyum...

CHe CT: Diamnya membuat MEREKA tertawa...

AZLINDA: Gelak tawanya membuat MEREKA gembira..

SIS LIN: Riuhnya membuat MEREKA ceria..

RETNA: Kata-katanya membuat MEREKA terharu...



P/S: KAMIE adalah MEREKA...ha ha ha ha *berapa banyak MEREKA daaaaaaaaa


With Love

Gara-gara 'Cinta Melody'

BY Sis Lin IN , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Demam Sinetron kembali lagi, mula2 memang tak layan cerita ni, bila dah suka kat lagu Aishiteru tu le anak2 mula addict menonton, aduhhh *tepuk dahi*...feningggg
Iya dongggg...ceritanya bagus sekali, romantis dan punya tarikan tersendiri! kamu nonton enggak? bagus kannn? arghhhh bahasa Indonesia pulak daaaaaa....

Ni le dia gara2 cerita Cinta Melody ni anak2 kalau bercakap dah mula ejek2 dan gurau senda bahasa Indonesia..eee sabo je le, habis Korea, Indonesia pulak..erghhh
Cerita ni tiap2 petang jam 6.30-7.30pm, dah habis je, mulalah gabra semua lintang pukang nak solat Magrib..adehhhh susah mau bebel kalau anak2 dah besar ni, sampaikan kadang2 'ponteng' tuisyen gara2 Cinta Melody ni..
Tapi kowang layan gak ke? hahahaha aku? jeling2 je, tengok ulangan tengah hari punya hahahahahaa, syhhh dendiam jangan kepoh2 ok!


Jom baca sinopsis Cinta Melodi yang di siarkan di Astro Ria setiap jam 6.30pm Isnin-Jumaat..
Silap2 esok2 kowang pulak yang addict cite ni..ha ha ha ha
Pelakon utamanya, sapa lagi kalau bukan si 'galang' itu Randy Pangalila dan heroinnya Chealsea Olivia..


Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa berkeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.
Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.
Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.
Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua. – http://id.wikipedia.org/wiki/Cinta_Melody




P/S: Pelik gak aku, ada je cite baru, mulalah jadi kegilaan..budak2 remaja ni suka sangat tengok cite Indon yek..huhuhuhu


With Love

Menu FREE dan menu BELI

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Yo yo peace yooo...ha ha ha dah bekfes ke belum?? wah2 mak cik tu, makan sampai sebantal roti habis, makan ke apa tu mak cik, siap cecah dengan nescafeO sambil tengok HotFm 8tv krew ye mak cik...kakakakakah..
Kalau masuk pagi fikir nak buat sarapan, bila dah masuk tengah hari, fikir nak masak lunch pulak, adeiii hari2 mau fikir nak masak apa, tak masak boleh kaaaa? lalalalalala
Tapi kalau hari2 macam hari semalam kan best! sebabnya semalam semua makan yang senang dan mudah, bukannya tak masak, semalam Lin cuma goreng mee aje, tapi rezki owang katakan, kawan Lin,MamaYatie petang tu bagi sambal goreng, pastu malam semalam kan hari Rabu, so ada Pasar Malam, jadi apalagi anak2 nak makan ayam percik, beli le 3batang rm5..ok la kan...kenyangg sudah!
Mudah cepat dan jimat...ha ha ha ha ..aduhhh nak masak apa la hari ni yek..ermmm


Sambal goreng MamaYatie ni memang sedap! siap ada petai lagi tau...licin aku sental sorang2..ha ha ha


Ayam percik Pasar Malam, sebatang lagi dah lesap kena makan, 3 batang rm5..murah ke mahal????
Ada juga beli hati & pedal..bila nak makan je teringat hubby kat sana tu..hu hu hu 
*sudah lama tak beli tongkeng ok! nak elakkan kolestrol dalam badan..:p



P/S: Idea pagi ni nak masak ikan kerisi singgang serani...ermmm sebabnya anak Lin,Naz tak sekolah demam...:) ok la tu kan untuk owang sakit!


With Love

Wo wo wo.. a a ai aishiteru

BY Sis Lin IN , 7 comments

Assalamualaikum wbt...

Wo wo wo.. a a ai aishiteru
Memang jadi giler aku mendengar lagu ni dan hampir akan menitiskan air mata saat mendengarnya, kenapa???? Lu fikir le sendiri..i miss u :((

Image dan lirik lagu dari Liriklagu

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru




P/S: Kadang2 perasan kita dapat diungkapkan dengan lirik lagu...salah satunya lagu ni, yang faham akan memahaminya...huhuhuhuhu

With Love

Wednesday, June 22, 2011

Rahsia kulit cantik bersih!

BY Sis Lin IN 10 comments

Assalamualaikum wbt..

Jangan pandang kulit aku ok! itu hanya tajuk jekkkk..ha ha ha
Tapi siyes le, bedak bunga rambai ni boleh menghaluskan dan membersihkan kulit muka dan menanggalkan sel2 kulit mati dan hidung dalam masa terdekat..
Tak percaya, kowang beli le dan cuba, baru rm3 sahaja, dari kowang beli kosmetik yang mahal2 tu, last2 kesannya barah kulit, lagi kes naya!..Yang ni rawatan tradisional, so kowang tak payah takut le, memang membersih secara semulajadi...*dah macam pakar kecantikkan pulak aku!
Ni pun Lin beli ni untuk anak2 je, biasa le bila anak pompuan ni, umur makin naik je, mula le berjerawat sana sini, owang tua2 kata, jerawat nak kawin hahahahaha, macam aku juga dulu2..kawin je hilang pulak jerawat tu..kakakakakakah!


Jangan was2..tak cuba tak tahu, tapi AWAS, kalau yang ada suami tu, jangan le pakai time nak tido, sebab bau dia agak kuat sikit macam bau jamu, ada kang suami kowang tido luar, ataupun pengsan sebab terkejut tengok muka ko! hahahahahaha....
Nak cantik tak semestinya kosmetik mahal2 kannnnnnnnnnnnn!



P/S: Kita hanya berusaha, kalau dengan izinNya, hanya dengan air wuduk je muka dah nampak serinya...:)


With Love

'SOMTAM' made in Thailand.

BY Sis Lin IN 27 comments

Assalamualaikum wbt..

Somtam..kowang pernah dengar? Kerabu Mangga tau? hahaha sama le tu, Somtam tu dalam bahasa Thailand. Ooo jap2 bukannya Lin ke Thailand tapi singgah ke gerai makanan Thailand di Giant Plentong tu, he he he..suspen je kan :p
Kebetulan, pagi tadi bawak ketua kumpulan Yassin kita ke Nagoya sana cari kain baju Yassin, so macam biasa le, jalan2 sambil makan, nampak pulak gerai Thailand ni, memang Lin tahu dan pernah cuba Somtamnya sebelum ni, sebab tu tadi beli sebungkus bawak balik, anak Lin,Naz tu minat sangat dengan kerabu mangga..
Sebungkus rm5, kira ok le, banyak isinya, puas makan, bahan2nya pun lain dari yang lain, ada letak kacang, ikan bilis goreng, udang geragau, dan macam2 lagi ramuannya, yang pasti sedap! kowang cuba la yek!


Sebungkus rm5 saje..kira ok le tu, kalau kat restoran besar pun lebih kurang juga samanya, cuma yang ni banyak sangat, puashati!..


Dia buat bukan main gaul2 tau, tapi ada lesungnya khas untuk sebatikan kerabu tu, kelentang kelentung bunyi kat situ..hehehehe


Dari sebungkus yang banyak tu, tengok2 tinggal separuh aje bawah tudung saji tu, Naz balik terus meratah makan dengan nasi goreng...memang peberet dia...:)



P/S: Ramai yang kata non-halal, tapi jangan takut, dia siap tunjuk sijil halal lagi..hehehe sah atau tidak sijilnya, wallahualam...


With Love

i miss u

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi2 bangun rasa lain pulak kali ini, selalu tak macam ni, dah 6 hari tido tiada berteman, pusing kanan, toleh kiri, hanya ada bantal peluk aje, tapi kalau tengah malam, Lin tak bukak le mata, kang silap2 bantal peluk bertukar mata merah kang, tak pasal2 Lin histeria pulak tengah2 malam buta tu..
Sebenarnya dah biasa dah kena tinggal camni, cumanya kali ni agak berbeza di sebabkan kesibukkan hubby tu dia tak dapat nak col dan berborak2, bizi sangat katanya, pergi awal pagi, balik awal tengah malam, so katanya kalau nak col dalam pukul 2-3am tu takut Lin dah tido, nak col pagi pulak selalu dia leka, keluar aje nak pi kerja, sampai tertido dalam van katanya, huhuhuhu
Mungkin sebab itu Lin rasa lain, rindu sangat tu takde la, tapi kalau tak rindu tu tipu le namanya, kita owang perempuan ni lain dengan orang lelaki, kalau perempuan yang rindu, dia boleh tunjuk perasaan rindu dia kat Fb ke blog ke, sms ke, baru rasa puas, tapi owang lelaki ni, susah nak tunjuk, jangan kata nak sms, dia takkan tulisnya kat status FB tu, kat blog ke, kalau ada pun 100 dalam 5 je le yang macam tu, ego tu masih ada lagi, kang kalau kita tak cakap rindu, dia katanya pulak kita ni tak ingat dia, kalau kita kata rindu, kang katanya pulak kita ni ngada ngada, eeee susah nak faham le!


Tapi aku peduli apa! nak kata rindu ke apa ke sayang ke kat hubby aku, semua aku akan tulis, tak kira dalam sms ke, blog ke, FB ke, janji puas! biar semua orang tahu yang aku ni ada perasaan rindu tu, kalau ada owang yang suka ngejek2 tu, owang yang takde perasaan tau! ataupun jelessssssss :p
nak jerit kuat2 ni 'i miss u en.Sabar!'.....'ada aku kesah!'




P/S: 'Saya faham ayang sibuk dan tak sempat nak col, dan saya faham sekarang ni tengah banyak kerja, saya faham tanggungjawab yang nak di pikul, ayang jangan risau saya dan anak2 kat sini ye,kitaorang baik2 aje,  saya akan tunggu ayang col ok!'...*sedapkan hati sendiri* :p


With Love

'Dewa Cinta' Fasha Sandha

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Kowang tengok cite ni? baru start kelmarin, macam best kira boleh layan la, cuma di sebabkan Lin tak berapa suka dengan itu Fasha Sandha, jadi feel nak amik mood tengok tu, kadang2 ok, kadang tak ok..hu hu hu..sori! memang aku tak minat dengan dia :p
Nasib ada Iqram Dinzly tu, ada juga masyuk feel nak layan, ke ke ke.
Eh tengok cite pun kena tengok watak dan pelakonnya tau, kalau dah pelakon yang memang kita tak minat, automatik cite tu bagi kita jadi hambar je, mulut ni tak henti2 dok cakap mengumpat aje kejenya..ha ha ha.
Takde ke pelakon lain ek? ataupun amik aku ni ha jadi pelakon, mesti meletop punya!!! ha ha ha
kowang layann je laa sinopsis yang Lin amik dari Gua.com.my


Menyusul selepas drama “Nora Elena”, sebuah lagi drama penuh konflik di mana kali ini menampilkan penderitaan dua insan yang bercinta tetapi tidak dapat bersatu kerana hasutan dan hasad dengki orang lain. Disiarkan mulai 20 Jun 2011 di Slot Akasia TV3, “Dewa Cinta” bakal mewarnai petang anda dengan lakonan hebat dari pelakon kontroversi, Fasha Sandha serta Iqram Dinzly.

Terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip drama bersiri 24 episod ini dihasilkan oleh Dilla Hussein dan diarahkan oleh sutradara yang tidak asing lagi, Haris Fadzillah. “Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida).

Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite.

“Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal yang ditakdirkan bertemu dengan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar.

Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telahpun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan ini untuk saling mengenali dan menyayangi.

Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama. Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama tiga tahun di situ.

June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”. Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada Junemerupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal.

Fariz telah bersubahat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan jadi kepada hubungan mereka? Sama-sama kita saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam “Dewa Cinta” di Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam hanya di TV3.




P/S: Sekarang ni banyak sangat cite cinta..pastu sana sini update status, nak suami macam tu la, nak isteri yang gitu le, eeee rimasssss...bersyukur dengan apa yang ada....he he he


With Love