Friday, December 30, 2011

Welcome to Batam.

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Waktu entry ni keluar maybe Lin dalam perjalanan ke Pulau Batam, ala comfirm plan last minit malam tadi. Kebetulan Retna datang JB habiskan cuti tahun, so kita plan nak ke Batam 2Hari 1Malam..
Berangannya nak ke sana dah lama, tapi baru ni tercapai, ntah apa yang ada kat Batam tu pun tak tahu le..hehehehe..So kowang kena tunggu lah Lin balik ye baru boleh cerita..hehehe
*sori kalau ada member2 yang terasa sebab tak bagitau nak kesana, last minit plan nie, main redah aje..huhuhu







P/S: Nak beli sotong kering, ikan kering, udang kering, semuanya kering hahahaaaaaaaaaaaaaaa *kat JB banyak mr.hubby kata kekekeke :p


Thursday, December 29, 2011

Cuti-cuti @A-Famaso Condo D'Savoy.

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Kalau kowang nak ke A-Famosa Resort tu, pastikan awal2 lagi kowang dah booking hotel ye, tak kira la time bercuti tu waktu cuti sekolah ke, hari biasa ke, tapi yang pasti dah siap2 booking hotel, sebabnya harga dia akan berbeza mengikut musim cuti..huhuhu
Seperti Lin haritu tak silap booking sebelum 2 mingggu nak ke sana, bayaran fullpayment ok, bukan main booking aje, time datang baru bayar, oh tidakk mereka minta bayaran penuh dalam masa 3 hari selepas kita booking. So kowang pastikan betul2 dan check kat mana yang kowang nak stay..


-Pilihan pertama kitaorang di D'Savoy Condo, kondo ni betul2 terletak simpang pertama bulatan nak masuk ke resort A-Famosa tu, nampak aje macam takde orang tapi full semua tau. Kalau kowang ramai melebihi 15orang, mereka akan tempatkan kowang di villa, macam Lin dalam 11orang saja, so kitaorang amik kondo 3 bilik saja.


-Kitaorang ditempatkan di tingkat 10 bilik 1009 dengan harga rm628 *free 6 kopun brekfes, 3 bilik (semua bilik ada 2 katil size queen) dan 2 bilik air, termasuk wet kitchen dan dry kitchen, hall dan juga dinning, tv pun ada astro juga ye, cuma wi-fi kalau kat atas takde, kat area bawah saja ada..
Angin dari tingkat 10 tu, jangan cakap la, sejuk dan bertiup kencang kuat , tak dapat bayangkan rasa ketakutan tido malam gara2 bunyi angin tu..huhuhu

-Lihat tu, besarkan? sesuai untuk 2 family or 3 family menginap, sangat2 selesa disemua ruang, lengkap semua peralatan rumah. Kalau kat hall tu takde aircond ye, kipas saja, tapi kowang bukak aje pintu sliding tu, angin sangat kuat meniup..sejukkkkkk


-Yang gambo atas tu bilik masterbedroom, ketiga2 bilik semua katil bersaiz macam dalam gambo tu, so kalau 1 family duduk dalam 1 bilik (anak tak ramai) sangat2 selesa la. Bilik pun aircond, termasuk bilik air dalam masterbedroom tu.
Yang gambo bawah tu gambaran 2 bilik yang lain, pun sama juga ada 2 katil size queen, dan selesa juga untuk family yang kecil.

-Yang ni dry kitchen, termasuk peti ais, dan keperluan barang lain, dan yang pintu tu, pintu untuk masuk ke wet kitchen, cuma tak perasan pulak ada ke tidak notis boleh masak ke tak..ermmm

-Dan yang ni swimming poool umum, kowang kena jalan sikit la dari tempat kowang tu, bersih dan terjamin, lengkap dengan toilet dan tempat persalinan, kalau nak lepak makan minum pun ada, siap dengan kemudahan w-fi sekali..

Kesimpulannya, sangat berbaloi dan ok untuk percutian singkat, tapi kalau kowang memang nak jalan2 kat dalam A-famosa tu je lah, semua kemudahan ada, bukannya apa, senang kowang nak ke tiga2 taman taman tema tu, tak payah drive jauh2, sekitar situ saja, kalau malas nak drive ada bas boleh bawak kowang pergi dan balik ke tempat kowang menginap, cuma makan minumnya aje yang agak mahal, tapi kowang boleh keluar untuk makan kat mana kowang suka lah..

*sekadar bagi cadangan dan pandangan peribadi..





P/S: Kalau duduk ramai2, tak rasalah bayar mahalnya(share), tapi kalau duduk1 family aje, memang le rm628 tu mahal huhuhuhu


Wednesday, December 28, 2011

..and if that happens I'll die.

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Tak perlu kata apa2, senyum saja sambil baca yek..kalau ada salah typo ayat tu, sila beri komen..*biasa le sekolah takat SPM je, nak cakap omputih jauh sekali, nak menulis pun guna google translate, tapi janji usaha..hehehehe TQ 


I fear that someday you might leave me because you realize you can do better
I fear that something is going to stand in our way and we will slowly drift apart
I fear that you won't call me or will get tired of who I am
I fear that you might realize how you've compromised for me
I fear that some one is going to steal you away
I fear that something inside of you is going to get annoyed with all the little things you used to love
I fear that one day something is going to happen 
and God will take you away from me
But most of all I am afraid that I may do something to make you cry, 
and if that happens I'll die..





P/S:  Masa menulis ni sambil minum air, sikit je lagi nak tumpah cawan tu atas lappy Lin ni..kussss semangat bagai nak jatuh jantung aku..*nak minum pergi dapur ye!!


Cuti-cuti @A-Famosa: Jurassic Dinosaur Park.

BY Sis Lin IN , , 5 comments

Assalamualaikum wbt..

Bersambung dari entry yang INI dan yang INI
Waktu beli tiket masuk ke Animal World Safari tu, ada % harga pada pembelian tiket untuk masuk ke Jurassic Park, only rm12 sahaja, kalau tak harganya mahal sikit, jadi dah alang2 datang kan, so Lin beli sekali  lah, anak2 pun beria2 sangat nak masuk dek dengo bunyi dinosaur tu..

-Oleh kerana waktu masuknya dan keluarnya sama dengan waktu masuk Animal World tu, so kowang kena pandai2 lah adjust time ye, kang takut tak sempat nak masuk kat dalam ni, macam Lin haritu, abis je jalan dalam Animal World tu, terus keluar cepat2 masuk ke Jurassic Park ni, nasib sempat..

-Apa nama menatang ni pun tak tau la, tapi dia penyambut tetamu pintu masuk Jurassic tu..hehehe *bunyinya menakutkan..huhuhu

-Telur dinosaur menetas! kusss semangat, tengah2 amik gambo tup2 dia terbukak ternganga, terkejut menjerit Lin dibuatnya..phewwwww, nak aje aku sepak..hahahaha

-My girl bergaya berlatar belakangkan dinosaur yang dah macam real sekali tengok, kalau datang dekat, terus menatang tu bunyi macam nak bergegar lobang telinga..

-Waduh2, besar sekali ini dinosaur, sampai kamera pun tak dapat masuk gambo penuh leher dia yang panjang tu, jadi le amik kaki yang dah sama dengan Amat dan Yana tu..huhuhu

-Sebelah atas bukit pulak, pameran rangka2 dan tulang2 dinosaur, agaknya sekali kalau tolak, mau jatuh bersepai tulang tu 'kata abang' hahahahaha *gelak jahat! :p

-Yang ni telur gergasi, kalau makan mau tak habis sebulan ni, try nak angkat tapi berat macam batu..*memang batu pun hahahahahaa..

Kesimpulannya, memang seronok dan buat tambah pengalaman bagi anak2, tak rugi pun, so sapa2 yang nak datang sini, jangan lupa masuk ke Jurassic Park ni yek, pastikan kowang sumbat telinga tu dulu..hahahaha

RM20 for Adults
RM16 for Children

For Reservation :
03-2781 8888





P/S: Mana Lin menginap di A-Famosa? Ok nanti Lin update kemudian ok..tunggu ya :)


Jika seorang isteri menangis keranamu.

BY Sis Lin IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt..

"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati..."



Buat Suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya biasa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya biasa membawa PERDAMAIAN.

*kredit info: curi dimana2, dan edit sesuka hati..hehehe




P/S: Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan suami yang penyabar, penyayang dan lembut hati. *sesekali, ego, amarah, keras hati tu tetap la ada..


Tuesday, December 27, 2011

Cuti-cuti @A-Famosa Melaka: Cowboy Town.

BY Sis Lin IN , , 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Sambungan dari entry INI
Balik dari Animal World tu, kitaorang semua check in resort dulu di D'Savoy Condominium, dah mandi2,solat dan tukar pakaian, dalam jam 6.30pm kitaorang gerak menuju ke Cowboy Town, Kak CT & Family tak join, sebab ada hal lain yang perlu dituju, so hanya kami 11 orang saja yang teruskan xtvt kami tapi memasing perut dah lapar, so kitaorang pakat makan dulu sebelum tengok show.



-Kitaorang makan luar dari A-Famosa, sebab mahal giler makan kat dalam tu. Lepas makan kitaorang masuk balik dan terus menuju ke Cowboy Town. Macam biasa lah, dah namanya cuti, mestilah ramai giler owang beratur nak masuk beli tiket, kena sabar menunggu dan jangan berebut. 



-Dapat aje tiket, pakai handstrap, kitaorang terus bergegas ke tapak carnival show, mak aiii owang punyalah ramai penuh sesak, so tak dapat duduk area tengah, dapat duduk hujung saja, tapi jangan bimbang, semua show tu, kowang dapat lihat sebabnya mereka akan lalu depan kowang juga buat persembahan, kalau nak duduk depan, kowang kena datang awal ok..

-Persembahan abang2 api, sembur sana, sembur sini, nasib baik tak tersedak asap..hehehehe

-Persembahan Snowina The Musical. *Agak boring sikit tang show nie..

--Persembahan Animal Circus(macam2 binatang). *boleh bagi makan gajah, sepaket tebu rm5 saja..

-Persembahan kereta berhias. *macam2 kereta termasuk kereta lembu..hehehe

-Tapi yang paling mencuit hati gelagat si ayam2 ni berlari, adeii jinak sungguh dan buat latihan betul lah ayam2 ni, berlari terus tanpa menghiraukan owang2 kat tepi semua, meluru terus menuju ke garisan penamat..hahahaha
*dan macam2 lagi lah aksi binatang yang lain2..

-Persembahan carnival diakhiri dengan letupan bunga api, sangat2 cantik...puashati!..

-Habis persembahan carnival tu, kitaorang beratur pula ke theatre 4D, nasib baik now showing tu Underwater World, buatnya Haunted House, mau pengsannn dalam tu ketakutan..huhuhu

-Lepas show theatre 4D tu, kowang dah boleh lah buat xtvt bebas kowang, nak posing sana sini ke, nak soping cenderahati ke, yang muda mudi tu jangan takut, macam2 ada, seperti western live bands, restaurants, karaoke, disco, beer garden, pubs, cyber cafe, wet market, photo studio, hair saloon, game center, bowling alley dan children's park and fun fair memang happening.

Kesimpulannya, biarpun tiket mahal tapi amat puashati dan sangat menghiburkan, yang kanak2 mesti suka dan takkan lepas mulut tu asyik bercerita aje. *macam si Amat nie..hehehehehe

Operation Hours
Monday - Thursday : 6.00pm till 12.00 midnight
Friday - Sunday, Public Holidays : 6.00pm till 2.00am 

Entrance Fee
Malaysian : RM 50 per adult / RM 40 per child
Foreigner : RM 65 per adult / RM 45 per child






P/S: Ok nanti Lin sambung kongsi cerita resort yang Lin menginap pula ok..tungguuu :)


Everytime I say I love you..

BY Sis Lin IN , 1 comment

Assalamualaikum wbt...

Wajah2 kesayangan hamba....Luv U allz..muahhhh



When we first talked to each other
I knew we would always be friends.(Family).
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.
- Rachel Ellis





P/S: Merekalah keluarga ku, merekalah kawan ku dan merekalah separuh dari nyawa ku...


Cuti-cuti @A-Famosa Melaka: Animal World Safari.

BY Sis Lin IN , , 6 comments

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Sihat ke? Lama betul tak menulis ni kan? Masih ada yang rindu ka? 
Ok macam mana percutian dan holiday kowang semua? Ye la tak beberapa hari je lagi dah mula naik sekolah, dan bermulanya tahun baru, so mesti la ramai yang habiskan cuti kerja/sekolah ni untuk bercuti kan? Lin pun dah hujung2 tahun ni barulah dapat becuti, walaupun tak jauh tapi cukup lah dapat memuaskan hati dan menggembirakan anak2 semua, cuma yang bestnya bercuti sekali dengan kawan2, 'Family & Friends Day'..
Ok2 jangan membebel banyak sangat, jom ikuti kisah dan cerita merepek meraban Lin untuk dikongsi bersama kowang..layannnnz.. *maaf kalau penuh dengan gambo :p



-Sebelum bertolak: Anak2 lah yang paling excited, bergaya sana bergaya sini..hehehehe. 
Bertolak pada 25hb Dec, dalam jam 9.30am, Retna, Rosli, Junaidi & Karni, Che Ct dan Che Mat sekeluarga sekali jalan dari KL dan kitaorang berjanji terus jumpa di A-Famosa saja.



-Selamat sampai di sana dalam jam 12.15pm gitu, oleh kerana Retna, Rosli Kak Ct & Che Mat sekeluarga dah sampai dulu (Junaidi & Karni masih dalam perjalanan) dan dah masuk Water World, Lin dan Family amik keputusan tak nak masuk mandi dulu, so beli tiket masuk Animal World Safari saja. Dah namanya hari cutikan, so orang punya la ramai beratur, nak taknak penuh sabar juga menunggu..



-Bayaran tiket pada waktu Lin pergi tu Dewasa rm48 dan kanak2 rm38 termasuk semua animal show dan truck Safari, maybe sebab hari cuti umum so tiket mahal dari kebiasaannya tapi tiket masuk tu termasuk makanan + minuman yang diberi percuma. Kira ok la tu kan..Kalau kowang nak beli air + makan kat situ memang mahal, mineral water saja rm3 ye..huhuhu



-Tak silap ada 5 persembahan yang boleh kowang tengok, bird show, elephant show, tiger feeding show, wild west show dan monkey island show tapi semua ada masa yang ditetapkan, jadi kenalah pandai2 adjust time tu ye kalau nak masuk, kalau tak memang rugi lah, takat jalan nak tengok binatang je, kat JB ni pun banyak..hahahaha.. 



-Semua show sangat menghiburkan, nampak aje binatang yang biasa kita lihat, tapi bukan senang nak tengok binatang buat apa yang tuannya suruh dan buat aksi yang melucukan, sangat2 cute ok..
Lepas selesai aje show tu, Lin & Family bergegas pulak beratur untuk naik truck Safari, yang ni baru betul2 dapat lihat binatang buas & liar 'terlepas' tanpa di tambat dan di tali, woooo tengok truck dia je kowang dah tau kan betapa bahayanya.huhuhu



-Anak2 teruja bila dah masuk dalam truck tu, masing2 ada perasaan takut dan 'cuak' juga, maunya tidak, tak boleh bayangkan kalau pak belang(harimau) tu nampak kita..hahahahaha *gelak jahat!
Memang betul2 terlepas! harimau, singa, beruang, zirafah, dan binatang buas yang lain, kita boleh lihat secara dekat tanpa di kandang dan di ikat, nasib baik juga la agaknya mereka dah kenyang, kalau tak maunya diterkamnya..huhuhu *gambar ni Lin amik, Lin keluarkan tangan dari jaring pegang camera, buatnya camera jatuh, naya la aku hahahaha



-Tapi yang ni memang betul2 buas, bila truck kita lalu je, wooo dia punya mengaum tu berengus uii bikin kecut perut! tapi bukan yang kat luar tu, tapi yang dalam kandang tu, sebab tu agaknya pihak Safari letak dalam kandang kot..takoot!..
Dan banyak lagi la jenis binatang yang boleh kowang tengok, nak letak gambo pun manyak sangat le, tapi memang best lah, satu pengalaman yang sangat2 menarik untuk seisi keluarga.


-Tutup show semua dalam jam 6pm tak silap Lin, so dalam 4.15pm Lin dah habis jalan dan dah penat sudah tumit kaki ni, so terus keluar untuk masuk ke Jurassic World pulak, sebabnya kalau kowang beli tiket Animal World Safari tu, dapat beli tiket Jurassic cuma rm12 saja, so dah alang2 sampai tu, beli dan masuk aje la sekali.. *diluar nya kowang boleh naik gajah dan unta..

Kesimpulannya, tak rugi bagi sesiapa yang nak datang ke sini, jadikan satu pengalaman menarik bersama anak2 melihat keletah dan aksi binatang semua.

Operational Hours
Open daily from 9am to 5pm.

Entrance Fees
Malaysian:
Adult: RM35.00
Child: RM25.00

Foreigner:
Adult: RM73.00
Child: RM59.00
*The price will changeable during public holiday and school holiday.

Show Time Schedule
-Elephant Show
10.15am & 4.30pm

-Multi Animal Show
11.20am & 3.00pm

-Bird Show
12.00pm & 3.45pm

-Wild Wild West Show
2.15pm

-Truck Ride
9.30am – 5.00pm

-Monkey Island
10.00am – 5.00pm




P/S: Bersambaung nanti ye..tungguuuuuuuu :p


Tuesday, December 20, 2011

Kahwin Muda? Boleh tapi...

BY Sis Lin IN , , 10 comments

Assalamualaikum wbt..

Tentu kowang pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?


Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika kowang mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni kowang itu! Tapi adalah lebih baik jika kowang buat persediaan yang rapi sebelum kowang melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

7 tips yang boleh kowang ikut dan penuhi terlebih dahulu jika kowang ingin kahwin awal di usia muda:
*setelah Lin edit dan diringkaskan..

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Jadi terpulanglah pada masing-masing, kena fikir sebelum bertindak, hati ibubapa perlu dijaga dan jangan sesekali membelakangkan mereka, jadi renung2kan dan selamat beramal..




*Kowang must see this video! so sweettt ..Moga kalian berdua (Dena & Arif) juga kekal bahagia hingga ke akhirnya..A-Minn



P/S: Lin kahwin muda seusia 18tahun(selepas keluar result), dan alhamdulilah bahagia dikurniakan 3 orang cahayamata dan juga punyai suami yang penyayang dan kuat bekerja, syukur pada mu Tuhan...


Things That A Perfect Guy Would Do.

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Love is an emotion of strong affection and personal attachment. In philosophical context, love is a virtue representing all of human kindness,compassion, and affection; and "the unselfish loyal and benevolent concern for the good of another"


Image search dari en.google


-Known how to make you smile when you are down.

-Try to secretly smell your hair, but you always notice.

-Stick up for you, but still respect your independence.

-Give you the remote control during the game.

-Come up behind you and put his arms around you.

-Play with your hair.

-His hand would always find your hand.

-Be cute when he really wants something.

-Offer you plenty of massages.

-Dance with you, even if he feels like a dork.

-Never run out of love.

-Be funny, but know when to be serious.

-Realize he's being funny when he needs to be serious.

-Be patient when you take forever to get ready.

-React so cutely when you hit him and it actually hurts.

-Smile a lot.

-Plans a romantic date full of things he wouldn't normally do because he knows it means a lot to you.

-Appreciate you.

-Help others out.

-Drive five hours just to see you for one.

-Always gives you a kiss when you leave, even when his friends are watching.

-Sing, even if he can't.

-Have a creative sense of humour.

-Stare at you.

-Call for no reason

*kredit: Best Quotes.




P/S: Terima kasih sayang kerna mencintai aku seadanya...A-Minnn..


Friday, December 16, 2011

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental.

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..

Dengar aje tajuk, terfikir negatifnya, logik ke tak logiknya, ye ke tak ye nya, tapi ada juga benarnya, kalau senantiasa ibu atau bapa sibuk bekerja, tiada masa untuk anak2 dan isteri, jangan kata anak, isteri pun boleh sakit mental, silap2 meroyan satu rumah! :p
Pheww tapi alhamdulilah sesibuk mana pun mr.hubby Lin, biarpun tiada masa untuk anak2 tapi nasib juga Lin tau/pandai drive, so ada masa terluang Lin bawak sendiri anak2 keluar window soping atau merayap mana2, tak le terperap je duk rumah, sian kan anak2, tapi apa nak buat, cari rezki yang halal...:)


image search dari en.google


Petikan dari Kosmo Online harini.

PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.

“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.

Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.

Cerita lanjut klik di SINI.





P/S: Kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, ingat tu!..