PERSIAPAN DAN KELENGKAPAN MENDAFTAR MASUK UNIVERSITI/POLITEKNIK/KOLEJ

PERSIAPAN DAN KELENGKAPAN MENDAFTAR MASUK UNIVERSITI/POLITEKNIK/KOLEJ | Rasanya ramai pelajar dan ibu bapa yang akan hadapi masalah untuk buat satu senarai semak atau 'checklist' untuk kelengkapan menghantar anak ke politeknik, universiti atau kolej, bukan? .

Memandangkan Sis pernah ada pengalaman menghantar anak-anak ke Universiti dan juga Politeknik. Makanya Sis nak kongsikan serba sedikit tips dan panduan persiapan mendaftar masuk anak ke universiti, politeknik ataupun kolej.

Kot mana taukan, ada juga berguna untuk panduan korang nanti .

Baca juga :
[Klik Sini] : https://www.sislin76.com/2018/07/pendaftaran-anak-masuk-ke-politeknik.html

Jom kita semak! ..
Moga bermanfaat .



Persiapan ni kita boleh kategorikan kepada 2 BAHAGIAN:

A. Persiapan dokumen penting dan segala salinan yang diperlukan.
B. Persiapan keperluan untuk hostel / asrama.

Kita mulakan dengan persiapan BAHAGIAN A

Apa yang perlu korang tahu dengan dokumen penting dan segala salinan yang diperlukan?
Dokumen-dokumen tu semua korang boleh dapat selepas semak tawaran secara online kat link universiti masing-masing.

Kat sini Sis listkan antara dokumennya ialah:

1. Bawa semua dokumen penting yang asal dan original utk semakan semasa hari pendaftaran di kampus:

- SURAT TAWARAN KEMASUKAN YANG ASAL (download daripada laman web semakan kemasukan)
- KAD PENGENALAN PELAJAR
- SIJIL KELAHIRAN / SURAT BERANAK PELAJAR
- SIJIL KEPUTUSAN SPM / SLIP KEPUTUSAN SPM
- SIJIL BERHENTI SEKOLAH / SIJIL TAMAT SEKOLAH
- SIJIL PENYERTAAN KO-KURIKULUM / SIJIL PEMARKAHAN & PRESTASI KO-KURIKULUM
- SIJIL AKADEMIK (cth: sijil PEKA/AMALI subjek-subjek sains, sijil PAFA Pend. Islam, sijil UJIAN LISAN/ORAL TEST Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
- SLIP GAJI IBUBAPA / BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN IBUBAPA (ni bagi ibu bapa yg bekerja sendiri/pesara)

2. Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baharu: Buku ni sangat-sangat penting (200% PENTING!) sebab daripada sini lah segala panduan dari A to Z dia akan explain for student. so jangan skip, MESTI DOWNLOAD (lagi bagus print sekali).

3. Surat Tawaran Kemasukan: Yang ni kedua penting sebab surat tawaran ni lah sebagai bukti sahih yang korang berjaya diterima masuk U. pastikan jugak korang SIMPAN surat tawaran asal and buat salinan banyak-banyak supaya senang untuk kegunaan masa depan kelak.

4. Borang Biodata Pelajar / Borang Maklumat Diri Pelajar: Mostly semua U akan suruh student DOWNLOAD AND PRINT borang maklumat / biodata ni and borang ni jugak WAJIB diisi dengan lengkap berserta gambar and dibawa masa hari pendaftaran nanti.

5. Borang Pemeriksaan Kesihatan (medical check-up): Borang medical check-up tu pun antara borang yang penting. Borang ni MESTI DOWNLOAD AND PRINT, lepas tu korang kena bawa pergi klinik kerajaan / swasta supaya doktor boleh isi result check-up kat borang tu. jangan lupa filem X-RAY dan keputusan X-RAY daripada klinik perlu diambil untuk dibawa semasa pendaftaran.

Selain borang medical check-up, akan ada juga borang lepas tanggung / borang kebenaran bius dan pembedahan, yang tu kena isi supaya in case ada sebarang kes kecemasan yang memerlukan pelajar masuk hospital, ibubapa dah beri kebenaran.

6. Lampiran Struktur Yuran Pengajian: Lampiran yuran yang perlu dibayar ni korang tak perlu print tapi HARUS JUGA DONWLOAD supaya korang boleh semak berapa banyak kena bayar masa mendaftar nanti. dalam struktur yuran tu juga biasanya U akan nyatakan bank apa yang U gunakan so korang kenalah buka akaun based on bank yang U korang gunakan sebab kalau takde akaun macam mana nak keluarkan duit PTPTN / JPA / MARA etc kan kan? hehehe.

Lepas buat akaun bank, jangan lupa SIMPAN buku akaun atau kertas cetakan nombor akaun bank korang supaya apabila buat permohonan pinjaman pendidikan, korang boleh buat salinan nombor akaun daripada buku akaun / kertas cetakan nombor akaun tu.

7. Borang Pendaftaran Kolej Kediaman / Asrama (Hostel): Jika ada dilampirkan borang pendaftaran kolej kediaman / asrama pun PERLU DOWNLOAD AND PRINT. isi segala maklumat yang diperlukan supaya dapat memudahkan penempatan asrama / bilik yang bakal disediakan untuk student baru.

Biasanya borang pendaftaran kolej kediaman / asrama ni ada diselitkan sekali dengan borang akur janji pelajar macam agreement sepanjang menjadi pelajar U tu yg menginap di asrama yang diberikan.

8. Gambar Pasport: Sediakan dalam 8 KEPING DAN KEATAS sebab gambar ni perlu dilekatkan dalam borang / apa sahaja dokumen penting universiti. kalau ada banyak lagi bagus, buat simpanan in case U perlukan gambar formal lagi.

9. Last, Cop Pengesahan Salinan Dokumen (photostate): Seperti yang korang tau salinan dokumen ni amat diperlukan lagi-lagi masa mendaftar (Kena susun mengikut apa yang U maklumkan).

Antara salinan yang perlu cop pengesahan ialah;

- SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN;
- SALINAN SIJIL KELAHIRAN / SURAT BERANAK PELAJAR;
- SALINAN SIJIL KELAHIRAN / SURAT BERANAK IBUBAPA
- SALINAN KAD PENGENALAN PELAJAR;
- SALINAN KAD PENGENALAN IBUBAPA / PENJAGA;
- SALINAN SIJIL / SLIP KEPUTUSAN SPM;
- SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH / SIJIL TAMAT SEKOLAH;
- SALINAN SIJIL PENYERTAAN KO-KURIKULUM / SLIP KEPUTUSAN & MARKAH KO-KURIKULUM (jika ada);
- SALINAN SIJIL-SIJIL AKADEMIK YANG LAIN (Cth: sijil PEKA/AMALI subjek-subjek sains, sijil UJIAN LISAN/ORAL TEST Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, sijil PAFA Pend. Islam)
- SALINAN SLIP GAJI IBUBAPA / BORANG PENGESAHAN PENDATAPAN IBU BAPA
- SALINAN BUKU AKAUN / KERTAS CETAKAN NOMBOR AKAUN BANK PELAJAR

Cop pengesahan hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan A (yang ni korang boleh google siapa yang berada dalam kumpulan A).
Sis sarankan buat salinan dan cop lah banyak-banyak supaya senang in case pihak pejabat U minta lagi atau untuk permohonan pinjaman pendidikan macam PTPTN, BIASISWA atau YAYASAN ke kan?

Ok, bahagian A dah settle.

Next, kita tengok apa yang korang perlukan untuk persiapan keperluan di hostel / asrama.
Yang ni Sis bahagikan by part.



Bahagian B 

Part 1 – PENAMPILAN & PAKAIAN

a) Perempuan

1. 5 - 7 pasang baju kurung / jubah / baju kemeja perempuan + seluar / skirt formal untuk ke kuliah (anggaran seminggu)
2. 7 - 8 helai seluar harian / basahan (anggaran seminggu siang & malam)
3. 7 - 8 helai helai t-shirt harian / basahan (anggaran seminggu siang & malam)
4. 1 - 2 pasang baju sukan (baju lengan panjang warna putih / warna yang bersesuaian / baju jersi)
5. 2 - 3 pasang baju untuk jalan-jalan / outing (kemeja, jeans, blouse, skirt, long dress, cardigan etc)
6. Tudung / tudung sarung, anak tudung & pin / jarum peniti tudung secukupnya (ikut keperluan dan warna baju yang dibawa)
7. Singlet / baju inner & kain dalam secukupnya
8. Bra & panties secukupnya
9. 2 helai kain batik (ikut keperluan)
10. Baju sejuk / sweater
11. Sarung kaki / stokin secukupnya (warna hitam, putih atau coklat)
12. 2 - 3 pasang kasut bertutup (untuk ke kelas / kuliah)
13. 1 - 2 pasang sandal (untuk keluar jalan-jalan / outing)
14. 1 pasang kasut sukan
15. 1 - 2 pasang selipar tandas / kegunaan di kawasan asrama

b) Lelaki

1. 5 - 6 pasang baju kemeja / t-shirt berkolar & seluar formal untuk ke kuliah (anggaran seminggu)
2. 7 helai seluar harian / basahan (anggaran seminggu siang & malam)
3. 7 helai helai t-shirt harian / basahan (anggaran seminggu siang & malam)
4. 1 - 2 pasang baju sukan (baju lengan panjang warna putih / warna yang bersesuaian / baju jersi)
5. 2 - 3 pasang baju untuk jalan-jalan / outing (kemeja, jeans, etc)
6. Singlet secukupnya
7. Underwear / boxer secukupnya
11. 2 helai kain pelikat (ikut keperluan)
12. Baju sejuk / sweater
13. Sarung kaki / stokin secukupnya (warna hitam, putih atau yang bersesuaian)
14. 2 - 3 pasang kasut bertutup (untuk ke kuliah)
15. 1 pasang sandal lelaki (untuk keluar jalan-jalan / outing)
15. 1 pasang kasut sukan
16. 1 - 2 pasang selipar tandas / kegunaan di kawasan asrama

Part 2 – KEPERLUAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI

1. 2 helai tuala mandi
2. 2 helai tuala kecil / sapu tangan
3. 1 bakul saiz kecil untuk barang mandian
4. Sabun mandi / shower cream
5. Berus & ubat gigi
6. Pencuci muka
7. Syampu
8. Pencuci sulit wanita
9. Bath net / span (jaring mandian untuk badan)
10. Pencukur wanita / lelaki
11. Serbuk / cecair pencuci baju
12. Pelembut / pewangi baju (ni option, kalau tak bawa takpe)
13. Berus cuci baju (ni pun option, bagi yang basuh pakai tangan digalakkan bawa)
14. Nila (bagi sesiapa suka letak biru nila untuk pakaian warna putih)
15. Peluntur (cth: Clorox / Vanish)
16. Baldi & gayung
17. Sikat
18. Deodoran & minyak wangi
19. Bedak muka & bedak badan
20. Alat-alat solek wanita (ikut keperluan)
21. Putik kapas
22. Pengetip kuku
23. Tisu muka / wet tissue
24. Cermin muka kecil
25. Tuala wanita (sanitary pad) & pantyliner secukupnya
26. Pengikat rambut & sepit rambut
27. 1 bakul saiz sederhana untuk barang kecantikan & alat solek

Part 3 - UBAT-UBATAN

1. Minyak angin / minyak kapak / Balm / Vicks
2. Minyak gamat
3. Eyemo mata
4. Panadol & pil selsema
5. Ubat batuk
6. Pelekat luka / plaster
7. Krim untuk gatal kulit / ruam badan

Part 4 – KELENGKAPAN IBADAH

1. Telekung & sejadah
2. Songkok, sejadah & kain pelikat
3. Al-Quran, buku surah Yassin, buku doa-doa harian / al-Ma’thurat

Part 5 – KELENGKAPAN TEMPAT TIDUR

1. 2 biji bantal & bantal peluk
2. 2 set cadar, sarung bantal & selimut

Part 6 – KEPERLUAN MAKAN & MINUM

1. 2 biji pinggan makan
2. 1 biji mangkuk (kalau boleh beli siap bertutup, senang untuk masak maggi)
3. Beberapa sudu & garfu
4. Jug kecil & cawan / mug
5. Mi segera
6. Instant Milo / Nescafe
7. Teh uncang / kopi uncang
8. Gula
9. 2 biji balang saiz sederhana (untuk isi gula, uncang teh / paket 'instant' Milo & Nescafe)
10. 2 buah bekas Tupperware (untuk isi biskut 'cream cracker')
11. Nestum / Oat
12. Biskut cream cracker / roti
13. Jem buah-buahan / peanut butter or chocolate spread
14. 2 - 3 botol besar air mineral (untuk simpanan air dari mesin 'water dispenser')
15. 2 biji botol air minuman
16. 2 helai tuala tangan & kain pengelap meja

Tips: Botol air mineral tu boleh guna semula dengan refill air filter daripada machine air yang seliter 20 sen tu. at least korang makan minum guna air bersih kan?

Part 7 – BARANGAN ELEKTRIK

1. Kettle elektrik
2. Pembakar roti (bread toaster)
3. Electric hot pot (yang kecil untuk masak-rebus macam sup, tomyam atau rebus telur)
4. Seterika
5. Laptop
6. Printer (printer ni kalau takde pun takpe, sebab normally kat hostel akan ada kiosk / koperasi yang sediakan servis printing)
7. Powerbank
8. Charger telefon bimbit
9. Extension plug
10. Lampu tidur mini (jenis pasang terus di plug / extension plug)

Nota: Tak semua U benarkan pelajar membawa kesemua barangan elektrik yang disenaraikan. Perlu rujuk dalam buku panduan pelajar / buku peraturan asrama dan tanya pihak U untuk lebih kepastian.
Macam di Politeknik anak Sis, boleh bawa tapi kesemua barang elektrik kena di rekodkan di pejabat untuk rujukan keselamatan jika berlaku apa-apa kecemasan.

Part 8 – BARANG & KELENGKAPAN KULIAH

1. Sebungkus A4 paper
2. Semua dokumen penting yang asal & salinan dokumen yang sudah disahkan untuk urusan pendaftaran atau kegunaan pejabat (letak dalam clear holder file / file case / transparent file yang tersusun supaya senang nak semak atau keluarkan)
3. Kelengkapan alat tulis yang mencukupi
4. Kelengkapan alat tulis untuk subjek Matematik
5. Test pad & buku nota (sediakan buku nota bagi setiap subjek yang korang ambil)
6. Beg laptop (beg sandang macam beg sekolah - boleh beli jika belum ada)
7. Beg kuliah *perempuan* (jenis macam handbag tapi besar sikit boleh masuk pencil case, buku nota, test pad, handphone, powerbank & dompet - jika belum ada boleh beli)
8. Beg galas / beg sandang / beg kuliah tambahan
9. Pendrive / hard disk

Part 9 - LAIN-LAIN

1. Papan seterika kecil
2. Penyangkut baju secukupnya & penyangkut bulat (yang siap ada sepit untuk sidai underwear / bra)
3. Penyepit baju secukupnya
4. Bakul baju kotor
5. Bakul sampah & plastik sampah
4. Penyapu & penyodok sampah
6. 1 helai lap kaki / alas kaki
7. 1 helai tikar / karpet
8. Lampu picit
9. Air freshner (jenis semburan botol / jenis bekas)
10. Penyembur serangga / aerosol
11. Sabun pencuci pinggan & span

Harus diingatkan, checklist ni general so tak semestinya semua yang dilistkan ni wajib dibawak. Pilih-pilih la. Tapi rasanya anak bujang Sis pergi 2 bag, balik cuti sem 4 bag hahahaha..
Haru nak mengangkut balik barang semua bagai oii...

Apa-apa pun janji semuanya lengkap, untuk kemudahan anak-anak juga. Kadang hati ni risau bila berjauhan, jadi tanda tanya 'ada ke tak barang tu, cukup ke brangnya' itulah selalu soalan yang selalu di fikirkan..tapi takpelah biar mereka belajar berdikari kan, pandai-pandailah kannn hehehehe..

Last-last...yang kita tak ada pun dia ada oii hahahaha...

So good luck ya anak-anak dan all the best!




P/S: Anak Sis sambung sem 3 27hb nanti di Politeknik Mersing. Angkut lagi le bawak balik sana hahahaha..

8 comments:

  1. Phewww.. Dah macam nak pindah rumah, kan.. Hahahhaha.

    Harap Iman ni cukuplah semua bekalan pakaian dia, tahulah ompompuan ni nacam2 nak sarung ke badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, kalau boleh semua satu lemari nak bawa Kak @Seri hahahaha..
      Anak jantan senang sikit, anak pompuan, siaplah hahahaha...

      Delete
  2. Info yg bagus.. tahniah buat calon graduan yg baru nak.daftar

    ReplyDelete
  3. Tu dia... jenuh!! awa aritu anak masuk asrama penuh pun.. perghh... pening kepala.. bnyk dlm list =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannnn berderet menjenuh nak checklist satu satu kannn @Awadah hahahaha

      Delete
  4. Rindu nak belajar lagi. Dulu tak duduk asrama, so tak payah nak pindah barang banyak-banyak kali. Rules pun tak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingat zamans ekolah, memang rindu walaupun Sis pun tak pernah tinggal di asrama @Aisya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.