SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019 | Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi, sebulan puasa tamatlah hari ini , lekaslah adikku hiaskan rumahmu , biar serba baru untuk para tamu.

Kita bermaaf dengan keikhlasan 
Moga bertambah rahmat dari Tuhan 
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema 
Hening dan mulia di pagi hari raya ..

Itu antara bait-bait lirik lagu Rafeah Buang Bila Takbir Bergema. Lagu raya kegemaran Sis dari dulu hingga sekarang.


1 SYAWAL 1440H - 5 JUN 2019

Alhamdulilah sampai sudah kita di 1 Syawal 1440H bersamaan dengan 5 Jun 2019. Masa sebulan Ramadhan pantas berlalu. Akhirnya berhari raya kita semua.

Syukur kepada Allah masih di lanjutkan usia untuk meraikannya bersama insan-insan tersayang. Tiada yang lebih membahagiakan Sis, apabila masih lagi mempunyai Emak dan juga punyai Suami dan anak-anak serta adik beradik yang sama-sama dapat Sis beraya bersama di pagi raya.

Terim kasih Allah ...


Kepada semua pembaca blog Aku Sis Lin, Sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua, andai ada tersilap menulis dan terkasar penulisan, harap ampun dan maaf ya.

Juga Sis maafkan segala silap dan terlanjur bicara mahupun komen korang dunia akhirat.
Walaupun ada antara engkau anggap Sis ko ni musuh sekalipun, tapi Sis tetap maafkan..
*tapi ada seorang dalam dunia ni yang takkan Sis maafkan dunia akhirat,  J****, engkau mesti baca dan kau tau siapa kau kan..

Semoga kemenangan Aidilfitri ini kita sambut dengan penuh kegembiraan, keriangan, penuh kesyukuran, maniskan senyuman dan banyakkan sedekah ya.

Ingat, bagi duit raya tu niat sedekah...anda buat anda dapat ..

Opss, belum ada gambar raya nak upload, tahun ni punya gambar raya, petang nanti baru nak shoot hehehhe. So Sis up gambar raya Emak Sis posing tahun lepas di Empire Studio hehehe..

Doakan Emak kita sihat walafiat yer ..

[Pakej Photoshoot Raya] : Empire Studio Johor 

 #TeamRayaJohor ...





P/S: Lepas ni kalau blog sepi tu, faham-faham aje ler, tuan tanah tengah riang ria beraya hehehe..

6 comments:

  1. Salam aidilfitri 1440H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran dan maaf zahir batin @Warisan Petani ..

      Delete
  2. Aasalamualaikum lin...sslamat memyambut hari raya aidil.fitri maaf zahir.batin yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...selamat hari raya, maaf zahir batin juga Mama ..

      Delete
  3. Salam Aidilfitri :)
    Semoga sihat dan bahagia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga @Nona...nanti datang rumah ya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.