MENU DI PENGHUJUNG RAMADHAN. DAH MALAS NAK MASAK OII

MENU DI PENGHUJUNG RAMADHAN. DAH MALAS NAK MASAK OII | Yerr mood nak masak dah kelaut China Selatan. Rasa nak tutup dapur nak cuci kasi kilat dan bagi wangi. So siapa nak makan sila beli dan makan di luar hahahaha..

Kau ingat Emak ni sampai hati ke nak buat lagu tu haaa..tiba-tiba ada permintaan asam pedas semalam, erghhh dalam kemalasan Sis ko gagahkan juga memasak, maka terjadilah beberapa menu yang ada. Nak senang cerita, kasi kosongkan peti ais tu ha, harini nak kasi cuci bersih nak masuk lauk menu raya pulak.

Nanti Suami balik, dah mestinya lerr penuh berbakul dia belanja dapur hahahaha macam nak raya sebulan hahahaha.

Yang dah berada di kampung tu seronoknya kan. Rewang masak ramai-ramai meriah gitu. Ada yang tanya 'Sis tak balik kampung ke?',...Sis jawab, 'Gile ko tak balik kampung, helikopter dah tempah okay'... 'Sis balik mana?'...'Kampung Melayu jerr' hahahahaha...

Korang kalau nak tanya lagi, nanti Sis tak bagi duit raya okay hahahaha ...Okay dah meh le nengok menu asam pedas Sis tu haa. Lepas ni dah payah dan lama ler nak makan asam pedas oi.

Balik-balik rendang, kari, kurma, merah dan soto juga laksa hahahaha...


Asam Pedas Ikan Pari 

Kalau diperhati tapi korang memang tak nampak pun hahahaha. Sis ada campurkan juga dengan ayam. Si Kakak nak ayam, si bujang nak ikan, maka nak senang, Emaknya campur aje sekali dua. Haaa bertemulah jodoh mereka dalam seperiuk gitu..

Ye laa nak raya ni, kang orang tanya pulak 'Single lagi ke?', haaa sebelum orang tanya ku jodohkan si pari dengan ayam ni haa...bolehlah mereka berhari raya bersama-sama...gitu...


Sotong Kari Berempah

Yang ini pulak permintaan si Yana, maka korek-korek peti ais ada lagi baki sotongnya, maka terjadilah sotong kari berempah ni. Ni menu dah paling malas dah. Main campak-campak ajer. Kalau menu rajin dah Sis ko sambalkan dah hehehehe..

Dapatlah 5 ekor, jadilah, tu pun berebut! Aishhhh....


Dah penghujung ramadhan ni, serba serbi tak kena. Nak mengemas pun, makin mengemas makin tak siap, pelik juga hahahaha. Alaaa Sis ni raya sederhana aje, takde nak beli baru segala bagai. Raya tetap raya. Rumah tetap color merah hahahaha..

Harini memang bizi giler, banyak urursan nak settlekan di saat-saat akhir ni. Aishhh tu baru raya, belum lagi anak nak kawin ek, camne gaya entah hahahaha..

Apa-apa pun, korang jaga diri jaga makan, bukan apa, kang makan memacam, tibaa raya, haaa mencirit pulak kang...dah melepek macam kerepek pisang hahahaha...#SisPesanAjer. 

Okay jumpa lagi yaa...nampak gaya macam semakin sunyi blog , ye laaa memasing sibuk beraya, tak kowser nak hangkup laptop nak update bagai. Sis ko jee yang curi masa ni haaa menaip sambil mengemas, semantara menunggu lantai kering hahahah..

OkBai...




P/S: Tak sabar nak makan sambal kacang Emak..yumsssss...

4 comments:

  1. assalamualaikum lin...selamat hari raya maaf zahir dan batin yer lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin Mama...nanti kita jumpa raya nanti ya..

      Delete
  2. assalamualaikum sis.
    kecurnya tengok. rindu pulak dekat asam pedas arwah mak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam @KakNa...apa khabar?
      Hehehe nanti bolehlah masak yaa..

      Al-Fatihah buat Emak @KakNa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.