NASIHAT 11 - JAGA MULUT, JANGAN CABAR HUKUM ALLAH

NASIHAT 11 - JAGA MULUT, JANGAN CABAR HUKUM ALLAH | Dalam satu hadith pernah Baginda Rasulullah saw memberitahu anggota tubuh badan ini. Setiap pagi Baginda akan mengatakan kepada lisan yakni lidah pada mulut ini, "Wahai lisan, sesungguhnya kami semua ini mengikut kamu. Jikalau mulut lurus, kami juga akan lurus di belakang kamu. Namun jikalau kamu menyimpang, kami juga akan turut menyimpang."

Ini dapat difahami bahawa lisan itulah yang menjadi imam kepada seluruh anggota yang lain. Ditanya kepada Baginda Rasulullah saw oleh Saidina Muaz Bin Jabal radiallahu anhu iaitu, "Wahai Baginda, adakah setiap kalimah yang ditutur kami ini akan dihisab?'.

Jawab Baginda Rasulullah, "Kamu tidak tahukah wahai Muaz, akan dicampakkan muka (dalam riwayat yang lain,kepala) ahli neraka itu ke dalam neraka oleh kerana mulut mereka".

Bahkan di akhirat nanti yang pertama sekali dihukum adalah bahagian yang paling hampir dengan mulut, apakah itu? Ketahuilah, itu adalah muka.

Boleh sahaja Allah menghukum terlebih dahulu kaki ataupun badan dahulu, Namun mereka yang tidak benar-benar menjaga mulut ini, maka mukanya dahululah akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka.

Namun yang demikian, Baginda Rasulullah juga memberi jaminan, dan ketahuilah inilah sebaik-baik jaminan daripada Baginda Rasulullah.

"Bagi sesiapa yang benar-benar menjaga anggota di antara dua bibirnya, dan juga menjaga anggota di antara kedua-duanya pahanya, maka aku jamin dia masuk ke dalam syurga".


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 




P/S: Takutkan..kerana mulut badan binasa..Allahuakbar ..

12 comments:

  1. Jaga bahasa, jaga percakapan sbb semuanya dr hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @Fiza, sama-sama kita ingat mengingati kan...

      Delete
  2. Allahuakbar.Takut sangat-sangat..lisan dan kemaluan yang dengan sangat mudah membinasakan manusia..Ya Allah..terimalah taubat setiap hamba-hamba-MU

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..aamiinn...sama-sama kita mencari redha ALlah ye @PC ...

      Delete
  3. TErima kasih atas perkongsian yang memuhasabahkan diri ni...
    boleh ke blog saya https://semut-senyum.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. masa sekolah dulu ustazah selalu bgtau, di SAna nnti, mulut kita akan diam tp semua anggota kita akan berbicara utk segala dosa n kesalahan yg dilakukan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu benar sekali @Norhidana...marilah kita sama-sama menjaga anggota badan kita ya...

      Delete
  5. kadang2 kita alpa dan abaikan laranganNya...astaghfirullahal'azim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu yee @Sunah, kita manusia yang tak sempurna...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.