ARIQ AZHAFI 'TIMEBOY' - REMAJA AUTISME MENCIPTA NAMA DALAM SENI MUZIK

ARIQ AZHAFI 'TIMEBOY' - REMAJA AUTISME MENCIPTA NAMA DALAM SENI MUZIK | Korang pernah dengar atau mengenali nama adik Ariq Azhafi atau nama penuhnya Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi?

Adik Ariq kini berumur 17 tahun, dan dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor.

Siapa Ariq Azhafi

Ariq Azhafi adalah remaja istimewa (AUTISME) dan punyai keberanian dan keyakinan  yang tinggi untuk  tampilkan diri membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Walaupun Ariq ada kekurangan berbanding rakan-rakan sebayanya atau remaja yang lain, tapi ianya tidak menjadi halangan buat diri Ariq untuk terus berusaha mencapai cita-cita yang di impikan.


Kenapa Beliau digelar "TimeBoy"?

Ini di sebabkan Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan.

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.


Apa Yang Membuatkan Ariq Berani Untuk ke Depan? 

Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.


Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi lama kelamaan terserlah bakat Ariq yang bersunguh-sungguh sewaktu tampil menyanyi pada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya.

Galakan dan sokongan moral daripada keluarga dan cikgu vokal juga membuatkan Ariq lebih berkeyakinan diri untul tampil ke depan dan lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri sendiri.

Alhamdulilah Ariq berjaya melakukannya dan kini Ariq berjaya merakamkan lagu 'Kita' sebagai hadiah buat semua yang selama ini menyokongnya.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.



"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. 

Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

Ucapan dan Harapan Ariq Azhafi :
Sewaktu majlis pelancaran lagu 'Kita' .

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini. Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka".

"Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya". 

"Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process" .

"Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" .

"Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semua!"

"Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah"..
- Ariq Azhafi -




P/S: Syabas Ariq! Teruskan usahamu, moga berjaya dan cemerlang! .

8 comments:

  1. Tahniah Ariq! Muka handsome sangat tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn muka helok sangat kann @Syaza ...

      Delete
  2. Moga adik Ariq terus berjaya dan mengorak langkah lebih jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, insyaAllah, terima kasih @PC atas doanya..

      Delete
  3. moga terus sukses dlm bidang yg diceburi, tumpang bangga

    ReplyDelete
  4. Sis kagum ariq berjaya dlm seni muzik. Semoga dipermudahkan urusan ariq dalam apa jua bidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Keyakinan diri tu yang buat Sis juga tabik dengan Ariq ni @Ena ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.