KARI KAMBING DAN SOTONG MASAK HITAM, MENU PILIHAN KELUARGA

KARI KAMBING DAN SOTONG MASAK HITAM, MENU PILIHAN KELUARGA | DUA menu ni memang menjadi pilihan keluarga Sis kalau di tanya 'Nak masak apa ye hari ini?'. Tentunya Sis dah tau jawaban dari Suami dan anak-anak hehehe.

Tak payah tanya pun takpe, kalau kata ada kambing dan sotong, Sis sendiri dah tau apa yang Suami dan anak-anak suka makan dan dah tau nak di masak apanya. Kalau Suami, kambing dia memang suka masak kari aje macamtu. Anak pula hanya Amat dan Yana aje yang makan kambing. Si Kakak tak makan daging.

Yer anak Sis si Kakak dari dulu dia tak makan daging. Dulu dia makan, tapi sewaktu dia sekolah rendah darjah 2, Sis bawa dia ke mesjid untuk melihat ibadah korban, then dari sejak itulah si kakak tak makan daging. Apa je jenis daging, dia tak makan.

Makanya kalau nak masak daging, kenalah ada menu lain untuknya. So Sis masakkan sotong masak hitam juga haritu. Puaslah anak-anak makan, ada kari kambing dan juga sotong hitam. Sotong pun Suami beli dan bawa masa balik raya haritu. Kemain besau saiznya.


Ni nak cerita satu cerita gembira hehehe..

Korang mesti ada pernah terbaca kan kisah Periuk Noxxa Sis yang jatuh dan pecah tu ?
[Klik Sini] https://www.sislin76.com/2018/08/wordless-wednesday-jatuh-dan-pecah.html

Nak jadikan cerita, Sis nekad haritu, nak cuba juga guna semula. Kemain banyak bismillah dan doa permudah urusan Sis ko baca depan Noxxa tu hahaha. Sis mulakan dengan masukkan kambing dan air, then tekan suis ON, kemudian tutup periuk Noxxa tu walaupun tak konfiden penutup tu masih okay ke tidak, kemudian Sis setkan timer dia.

Dan tunggu.

Berzikirlah Sis ko sementara menunggu. Dan ada feedback positif, sebab tiada wap air keluar, dan timer dia berjalan seperti biasa. Ini petanda baik, kemain senyum Sis ko mengucap alhamdulilah.

Tapi tunggu lagi.

Habis aje timer dia, bunyi beep beep pun keluar. Then Sis biarkan sekejap 10 minit. Berzikir lagi hahaha. Then Sis lepaskan wap pressure dia dulu. Berhembus-hembuslah asapnya keluar. Kemudia Sis buka penutup Noxxa tu, amik garfu cucuk isi daging..

WOWWWW Noxxa ku berfungsi semula akhirnya!!!! Daging empuk sehempuknya...

Alhamdulilah...dah bolehlah masak daging, ayam tua dan segala bagai yang berdaging..yehaaaaa suka sangat-sangat hati Sis!!!..Suami pun sampai tumpang gembira mendengarnya. Sikit-sikit dia jengah dapur, kejap-kejap dia jengah dapur hahahaha..

Akhirnya, tidaklah rasa terkilan dek periuk Noxxa yang ku beli mahal tu jatuh..akhirnya boleh guna kembali..huhuhu..Berjasa sungguh oii, takde Noxxa susah woo..


Kambing Kerisik Periuk Noxxa

Kalau korang nak resepinya, bolehlah [klik sini] https://www.sislin76.com/2018/05/kari-kambing-kerisik-noxxa.html

Sedap dan memang pekat! Makan dengan roti jala ke roti canai ke perghh power habis. Tapi Suami makan dengan ketupat dan palas haritu. Sehingga menjilat jari hahaha.

Baca juga [klik sini] https://www.sislin76.com/2018/09/periuk-noxxa-aku-masih-berfungsi.html

Okay dah, nanti sambung lagi.
Misi nak mengosok baju raya semua, dah gosok ye senang nak pakai nanti.
Jom beraya!





P/S: Kalau ada yang nak jemput Sis openhouse ke rumahnya, PM je di FB/IG/Page Facebook yer. Sebab ada yang komen kat entri blog tanya no hp nak jemput beraya hahahaha.

18 comments:

  1. Alhamdulillah.. Memang rezeki sis la.. Elok berfungsi periuknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kemain suka dan seronok nak memasak @Sha ...

      Delete
  2. Wuii..sodapnya Sis... terus teringin nak makan kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh kenalah beli kambing ek masak @AzianKhalil hahaha

      Delete
  3. Alhamdulillah, ada lagi rezeki periuk noxxa. Yang nak menyeponser baru tu sonyap aje ek? Agak dia tau noxxa tu ok lagi, hahaha.

    Kat umah ni pun ada daging kambing & sotong. Kambing tentu masak kari tapi sotong tu rasanya nak masak sambal, nyum3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak @Seri, alhamdulilah...
      Oo yang sponsor tu Lin tolak, sebab dia nak kita buat video 2 minggu setiap hari time masak Kak huhuhu...

      Sedapnyaaa sotong sambal, terus rasa nak masak sotong hehehe

      Delete
  4. menggoda menu akak tuh....

    mmg berguna betul noxxa, dana pun sejak ada noxxa masak2 lebih rasa mudah n cpt...
    tingin nk msk tulang lembu ke ayam pencen pun kejap je... nk msk ns impit ke apa pun tak pyh msk berejam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe mengoda dan tergoda kan hehehe...
      Yerr takde Noxxa susahnya nak masak daging dan ayam tua @Norhidana ...

      Delete
  5. nasib baiklah boleh berfungsi lagi..nak betulkan pun kos jugak tu kan.Nak beli baru apatah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Rohaida, selamat jugaa boleh guna, boleh memasak dengan penuh gembira hehehe

      Delete
  6. Tapi kta nampak petai tu sgt menyelerakan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannn, sanbat menyelerakan gitu @Fiza hehehe

      Delete
  7. Alhamdulillah dh ok ye periuk mahal tu..nasib baik bleh guna..lepas ni leh masak dengan gembiranyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Suria, alhamdulilah...lega rasa, kalau tak, rasa terkilan tu tak habis-habis lagi huhuhu...

      Delete
  8. alhamdulillah, yahoooooo!!! da bole masak banyak2..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr dah boleh masak ayam pencen @Sunah hahahaha

      Delete
  9. tu dia..sedap haishhh kak oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulilah sedap, nasib baik Noxxa masih okay @Nadia, dapatlah makan kambing lembut huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.