Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #10: Sumbangan

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

 Renung2kan dan Selamat beramal...Klik SINI.






P/S: Harini dah 30 Syawal...hurmm masa begitu pantas mengejar kan....'Selamat Hari Raya'..


Tuesday, September 27, 2011

Madah Mutiara Kata.

BY Sis Lin IN 3 comments


Assalamualaikum wbt...

Jom kita kongsi bersama madah yang Lin petik sana sini untuk dijadikan tauladan dan renungan bersama...:)

Image search dari en.google..


“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila
dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



P/S: Entry jam 12.47am sambil kacau rendang di dapo..huarghhhhh ngantulnyaaaaaaaaaaaaaa...huhuhu


Monday, September 26, 2011

Cerita Raya AKU: Aku dan Jiya Pengembala Kambing.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Disaat2 Syawal akhir ni, dah hujung2 tanduk ni, masih ramai lagi buat openhouse kan, sana sini jemputan makan.., jemputan kahwin pun tak kurang juga, sana sini owang kahwin, tapi jangan merungut, rezki Syawal kan, tetamu datang tu ibarat rezki buat tuan rumah...
Bagi Lin pulak tahun ni kurang sikit tetamu datang, ntah le maybe sebab tak buat openhouse kot, hurmmm tapi apa kena mengenanya kan..nak datang beraya takkan nak tunggu dijemput pulak, kata raya nak bermaafan, so pintu sentiasa terbuka untuk semua tak kira siapa, betul tak?
Dan yang bestnya kalau time raya ni dapat jumpa kenalan yang first time baru nak jumpa, dari kenalan Fb ataupun blog, excited kan, tak sangka ada yang ingat dan nak beria2 nak datang jumpa kita, siapalah kita ni, bukan blogger femes pun..hehehehehe :p

Siapa tak kenal Jiya Pengembala Kambing tu, blogger yang rata2nya semua kenal sebab dialah yang terkenal dengan design watermark bagi semua blogger, walaupun Lin dan Jiya kenal hanya berbalas komen di Fb dan blog tapi bila jumpa, kemesraan tu macam dah lama kenal..
Itulah dia namanya sahabat dunia realiti, kemesraan dan keakraban terjalin walau dalam hanya 4jam bertemu saja...
Terima kasih Jiya dan hubby kerna sudi singgah ke teratak Sis Lin ye...*nanti kita ngeteh pulak ye, banyak cite nak cite..hehehehhe




Haaa kalau kowang pelik kenapa Jiya tutup muka tu, kowang kena tanya dia sendiri ye, tu nasib baik pakai bantal, kang dia pakai topeng otomen, lagi le gelak kanggg..hahahahahahaha...
Nanti jawaban Jiya mesti 'i pemalu u' kakakakakakah :p





P/S: Suka tengok muka Jiya, manis dan ayu sangatttt orangnya, yang Lin jelesnyaa tengok kuruss badannyaaaa...huhuhuhuhu  :)


Thursday, September 22, 2011

Spontaneous Thursday #7 : No Idea!

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt..


 NO idea..Sekian terima kasih..




Apa itu Spontaneous Thursday? 




P/S: Banyak cerita mau cerita tapi tak tau nak mulakan yang mana...nanti la ek update..huhuhuhu


Sunday, September 18, 2011

7 Punca Utama Cepat Lapar.

BY Sis Lin IN 13 comments

Assalamualaikum wbt..

Lapar tak? aikk dah pergi openhouse 4 buah rumah pun lapar lagi? ishhhh ishhhh kuat nafsu makan betul tau kowang ni! Jangan makan berlebihan nanti macam2 penyakit yang singgah.. :p
Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

Image search dari en.google.

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.




P/S: Dah 3 hari aku tak makan nasi!!!! bukan diet tapi sana sini pergi openhouse, makan soto, laksa dan juga mee rebus..huhuhuhu


Saturday, September 17, 2011

Sibuk Open House..

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt..

Blurppp alhamdulilah kenyang sudah...*baru lepas minum nescafeO :p
'Amboii di sana, makan tak ingat di sini ye...Waaa Mak Odah, banyaknya amik sate tu, boleh habis ke tu?...Aiik Pak Usop, dah berapa kali keluar masuk tandas tu?...Haa kan dah kata, makan tu beringat2 sikit adik Siti oiii, kan dah sakit perut'..kekekekeke
Hurmm gitulah kata2 dan ucapan yang akan terpacul tiap kali kita gi openhouse kan, ingat! makan tu kena hati2, jangan main belasah je, semua nampak sedap, tapi kang sendiri sakit, sendiri tanggung la yek, jangan salahkan tuan rumah pulak sebab sakit perut cirit birit tu.... :p
Aku? harini pun ada 3 open house, tapi macam rasanya tak dapat penuhi semuanya, harap tuan tanah janganlah kecil hati ye, bukan tak sudi tapi ada hal yang nak di settlekan dulu..

Image search dari en.google..

Selagi namanya bulan Syawal, selagi tulah musim open house tak close2..tapi kalau dah namanya raya, jangan tunggu di jemput open house baru nak pergi tau, ingat! hari raya untuk kita saling bermaaf maafan, so sudi2kanlah datang dan pintu senantiasa terbuka, cuma kena la call dulu tanda hormat kat tuan tanah, kang tak pasal2 tuan tanah tengah berkemban pulak..hehehehe 
*Yang bestnya tu, dapo tak payah berasap la kan berminggu2..hahahahaha





P/S: Aduhhhh nak pergi mana satu ni?????????????????....serba tak kena!!!


Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday #6: Rindu.

BY Sis Lin IN 11 comments

Assalamualaikum wbt..


Aku Rindu Kamu...I Miss U...




Apa itu Spontaneous Thursday? 




P/S: Batuk makin menjadi2....grrrrrrrrrrrrrrrrrr


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #9: Sakit.

BY Sis Lin IN 25 comments

Assalamualaikum wbt...

Aku yang S A K I T... :((




Apa itu Wordless Wednesday?




P/S: Harini badan dah mula sakit, mungkin sebab tekanan waktu batuk, aduhhh sangat tidak selesaaaaa :((


Monday, September 12, 2011

Marhaban Ya Marhaban '11

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Yang di nanti yang di tunggu telah tiba, selawat ke atas Nabi saw dengan iringin lagu hari raya kepada tuan rumah sudah menjadi rasmi tatkala tiba bulan Syawal, dan tak lepas peluang juga bagi Kumpulan Al-Wasilah tahun ni, yang dah pun mula bermarhaban pada Sabtu lepas, dan akan di sambung pada hari Khamis nanti kerana memberi laluan anak2 yang hadapi peperiksaan upsr.
Tapi yang tak syoknya, time marhaban ni la makan sana sini bermacam2, aduhhhhhhh memang la rezki namanya tapi siaplah berat badan naik non stop, ni pun baru pergi 1 rumah, habis sakit tekak, muntah berak dan juga sakit badan dah ni, larat tak larat je la ni nanti sambung lagi..huhuhuhu
Tempat kowang dah start belum? mesti meriah kan? rumah Lin insya'allah akan masuk juga bermarhaban sekali dengan kawan2 yang sama area nanti cuma masa dan harinya aje belum di tentukan, ikut mana yang kosong aje lah nanti.


Baju uniform terbaru bagi tahun 2011..ala2 color peach tapi lebih kepada pink..ermmm so aku bedal pakai tudung pink :p sesuai gak kannnn :) *aku nampak bolat sekali.. :((


Rumah pertama bermarhaban di Taman Laguna sekali majlis potong jambul cucu pertama tuan rumah, mewah segalanya, dari segi makan dan pemberian buah tangan dari tuan rumah..


Haa kan dah kata, siap dapat magkuk tingkat brand tupperware lagi, rezki rezki, nak beli bukan murah, sekali dapat free..hehehehehe, sapa tak pergi rugi juga la kan...:p *aku nampak bulat sekali :((
So lepas ni akan bizi sepanjang minggu dengan marhaban, lepas magrib dah mula dan satu malam 4-5 buah rumah..huhuhuhu, balik terus tido!!! :(





P/S: Bulan depan aje lahhh baru diet!!!!! lalalalalalalalala


Buat peminat 'Caffeine'

BY Sis Lin IN 37 comments

Assalamualaikum wbt...

Khidmat pesanan kesihatan ini di tulis oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.

"Bagi peminat caffeine, sama dalam bentuk kopi, tea, minuman berkabonate atau minuman ‘bertenaga’ segera, meninggalkan amalan ini akan memberikan kesan kepada diri mereka sepanjang hari.
Kebanyakan mereka merasa sakit kepala, tidak mampu memberikan tumpuan pada kerja, tidak bersemangat dan merasa sakit pada bahagian abdomen, dan sendi apabila tidak mendapatkan bekalan caffeine dalam masa 12-24 jam.
 Caffeine dianggap sebagai perangsang system saraf tunjang dan otak dengan memberikan kesan merasa ‘segar’ dan menghilang rasa mengantuk untuk sementara. Cuma harus diingat caffeine tidak mengurangkan keperluan untuk mendapat cukup tidur."

Image c&p dari Dr.Zubaidi.


Akulah salah seorang peminat caffeine, sehari kalau tak dapat minum , rasa macam serba tak kena, tak kira la 3 in 1 ke, atau apa je, janji air panas, mesti nak minum 2x sehari..sebab tu la agaknya Doktor cakap gigi ku cepat kuning dan tak seputih macam negro tu, ye la asyik minum kopi gan nescafe jek, so kena rajin gosok gigi dan juga buat pemeriksaan gigi :)
Laaa buat apa nak malu nak check gigi, habis nak tunggu gigi tu ronggak baru nak check baru nak pi cuci? ermmm dah ronggak kang, tak malu ke?? apadaaaaaaaaaaa...





P/S: 17hb ni appoinment untuk check & cuci gigi...ermmm kenyiluan sudah mula terasaaa..huhuhuhu


Sunday, September 11, 2011

J.Co vs Tutti Frutti

BY Sis Lin IN , 35 comments

Assalamualaikum wbt...

Kalau sebut eskrem time sekarang ni, mau naik angin satu badan aku tau!! Mana taknya time sakit tekak takde sore ni, time tu la anak2 ajak ke Jusco tu pi makan dan beli eskrem kat J.Co tu..arghhhhhh cer fikir cwr fikir, kalau kowang hanginnn takkkk??? grrrrrr
Tapi takpe, elehhhh aku tak heran pun, takat eskrem je kan, bukannya apa sangat!*ayat sedapkan hati* :p
Oleh kerana orang ramai duduk minum kat situ, so beli bawak balik aje la, huhuhu tak dapat makan donut! Mula2 kan Lin ni eksenn tak nak, bila sekali anak2 order dan tengok, mak aiiiiiiiiiiiiiiii tergugat anak tekak aku, cer tengok cer tengok gambo kat bawah ni, arghhh malassssss nak komen banyak la...layannnnnnnnn


Yang ni Amat punya..perghhh sabo Lin sabo...aduhhhhhhhh


J.Co ni baru bukak kat Jusco Bukit Indah, macam2 ada, paling top donut & coffee dia, yang terbaru eskrem yogurt ni la.. :)


Hurmmm..malas nak buat ayat..tengokk aje leeeee..Harga?? 3 topping untuk sekotak eskrem tu rm10..banyak topping lain le harganya, bukan kira timbang ok..

Lin rasa prefer dan lagi sedap J.Co ni dari Tutti Frutti tu, dah le mahal, kena timbang, eskrem dia pun biasa2 aje, tapi yang J.Co ni, eskrem yogurt, harga ikut topping yang kita ambil, buah2an juga, so kira ok la kan sekali sekala nak bawak anak2 makan.. :)
Tepuk poket, tanya anak tekak la ye! :p





P/S: Sakitnyaaaaaaa anak tekakkkk ni!!!!!! :((


Anyhow, Anywhere, Anytime..

BY Sis Lin IN 12 comments

Assalamualaikum wbt...

Waaa kowang dah tau? dah rasa? Lin baru je tau semalam, dan baru je rasa semalam, sedapppp! Wafer Banana dari Gardenia yang terbaru yang lembut, sedap dan mudah di bawa kemana saja..promote pulak..hehehe
Dah macam2 keluaran Gardenia sekarang ni kan, dulu Lin suka sangat dengan roti coklat kismis tu, sampai sekarang itulah menu roti berdiet Lin, tapi tak diet2 juga..hahahaha mana nak diet, owang makan 2-3 keping, kita makan dekat setengah bantal! kakakakakah
Kalau kat tempat kowang tak tau la kalau dah ada atau kowang yang tak perasan, kalau dah ada cer cuba kowang try, kenyang juga makannya, sebab satu paket tu ada 2 keping, harga?? ermm tak perasan pulak sebab semalam beli sekali kira dengan barang2 Lin belanja tu, nanti Lin tanya ek..:p
Haa apalagi..pi le kedai cer tanya ada tak jual wafer ni..heheheheh


*Mood yang sangat tak best! anak tekak sakit yang amat sakit sekarang, suara hilang, bukan serak lagi, terus hilang, nak angkat call pun tak boleh. Air asam dah minum, ubat batuk dah telan, apalagi???? Nak cari air teh bunga kang....adeiiiiii banyak openhouse lagi nieeeeeee...





P/S: Sudah mula rindu sama mr.hubby...... :((


Saturday, September 10, 2011

Cerita raya AKU..Senak Perut.

BY Sis Lin IN 10 comments

Assalamualaikum wbt...

Yeee  cerita raya lagi, aishhh kan dah kata selagi namanya Syawal, selagi tu la beraya lagi dan lagi dan lagi...hehehehe...Cuma meriahnya cerita raya yang ni Lin dengan Geng Setaman je, selagi semua rumah tak habis jalan, selagi tu lah kitaorang beraya, adil dan saksama, kang ada yang tak pergi kecik hati pulak kan.. :p

Cerita raya AKU sebelumnya di SINI, di SINI dan di SINI.



10 Syawal: Macam biasa seawal jam 3.45pm Lin dah keluar untuk beraya, tapi kali ni bukan rumag Geng setaman tapi rumah ketua kumpulan Yassin kita Mak Enon. Ada yang separuh tu dah pergi, so Lin jalan beraya dulu bersama Azie, Wana dan juga Aida sementara yang lain2 menunggu dulu sebelum Lin roger untuk beraya ke rumah lain..
Balik dari rumah Mak Enon kita ke rumah blogger Kak As New Zealand, tahun ni tahun dia beraya di Malaysia setelah lama menetap di New Zealand mengikut suaminya bekerja, so kira dah masuk dalam list Geng Setaman la ni, ramai yang rindu dengannya bila nampak gambarnya di FB..hehehe, Kak As memang maintain vouge, terima kasih untuk mee gorengnya yang sedap meletop! dua kali menambah.
Balik dari rumah Kak As, kita ke rumah Kak Yah pulak, beraya sambil melawat dia yang baru operate selaput matanya, siannya Kak Yah, sibuk beraya tapi sakit pulak, byk2 bersabar ye kak Yah. Dari rumah Kak Yah kita ke rumah Kak Ani Alwi, perghh masuk aje rumahnya terujanya akuuuu, serba serbi purple satu rumah, memang cantiklah, tapi duduk tak lama, takut tak sempat nak amik anak balik sekolah, so kita terus gerak ke rumah Kak Nor pulak..
Di rumah Kak Nor ni pulak, duduk makan melantak tak ingat diri, ada ubi rebus, sambal sotong, mee hoon goreng juga macam2 kuih, perghhh senak perut dah Kak Nor oiii, tak boleh nak masuk dan sumbat dah, btw sedap sambal sotong tu, terima kasih ye Kak Nor. Dekat jam 7pm baru sampai rumah..hahahahhaha *raya sakan!



11 Syawal : Harini keluar beraya awal sikit, sebab hari Jumaat semua pakat cuti tak Sekolah Agama, hahahaha. Rumah pertama, rumah Milah, memang masing2 perut dah lapar jadi sampai je rumah Milah, apalagi, terus serbu makan la, kena pulak mee rebusnya, sedapp, nak tambah bukannya malu tapi takut perut ni sendat dan senak nanti, ada juga tak boleh bangun kang..:p
Dari rumah Milah ke rumah Lyn Lone, masuk rumahnya aje, dah berbau sup, haaa dah agak dah mesti sup cecah roti, tapi memang power giler, sedap! kena sup ayam kampung pulak tu, maunya tak sedap, tapi sambal dia pulak pedassss ahhhh. 
Dah kenyang kita gerak ke rumah Ana pulak, mula2 tak jadi nak masuk tapi pujuk punya pujuk, redha aje la Ana ye, masing2 nak beraya rumah ko, marhaban esok lain pulak..hehehehe. Tak payah susah2 la, kita makan apa yang ada je, Ana goreng samosa tu pun dah sedap, yang penting salam bermaafan, tu dah cukup bermakna..:) betul tak kengkawan?
Dari rumah Ana ke rumah Kak Ani Amin, tiap2 tahun mesti pergi kalau tak kang, dia majuk..hahahaha. Tapi lain pulak kesnya kat rumah Kak Ani ni, ada seisi 'pencuri' memulangkan 'senduk' pulak, hahahahah ni kes curi senduk nak anak pompuan le ni si Yati tu, sebabnya Kak Ani ni keempat2 anaknya semua pompuan, kira  ikut petua orang2 tua la ni..hehhe tapi dapatnya lelaki juga, tak menjadi senduk Kak Ani tu..hahahaha
Balik dari rumah Kak Ani ke rumah Johara, macam biasa kalau kat ru,mah Johara ni menu dia mesti western pulak, hahahaha, siap dengan cheezy wedges dan juga sandwich, perghhh senak perut makan ni..huhuhu
Jam dah dekat jam 6pm, so masing2 terus gerak ke rumah terakhir rumah Kak Ana Salim, nasib Kak Ana cuma hidangkan buah aje, kalau ada menu maunya memang tak boleh masuk lagi dah, senak perut di buatnya, air pun Lin jamah sikit aje, serius cakap dah tak boleh nak makan/minum lagi..huhuhuhu.
Dalam jam 6.45pm baru gerak balik, tu pun malamnya ingat nak pergi openhouse rumah Kak Nor Hayati di UTM tapi anak ingatkan Lin, malam tu dia ada tuisyen, suruh ponteng tak nak pulak, so tak dapat nak kejar ke opnhouse rumah Kak Tie, maaf ye Kak.. :((

Cerita raya bersambung lagi minggu hadapan yek..tak habis lagi meronda ni..huhuhuhuu.





P/S: Harini pulak ada 3 jemputan openhouse + marhaban raya..gulp! makannnn lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


Friday, September 09, 2011

Seminggu setengah kilo!

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Gulp...erkkk tu je yang dapat di ucapkan, bukan kata nak ucap apa2, tapi terduduk diam sekejap terbeliak mata dan sambil betulkan timbang aje..mana tau kan kot2 timbang tu yang rosak..:p
Tak boleh jadi ni, waktu puasa walaupun tak banyak turun cuma 1kg setengah tapi bila raya yang baru seminggu ni tapi berat dah naik sampai setengah kilo..apa macam?? bermacam2 le dalam kepala ni..huwaaaaa tolongggggg :((
Jangan kata nak naik atas timbang, nampak timbang je dah ngeri je dari jauh..huhuhuhuhu..tapi takpe, esok2 leh diet, lalalalalalala

Image search dari en.google..

Bukan tak jaga makan, tapi nak menjaga hati tuan tanah/rumah, so kita makan la kan, kang kecik hati tuan tanah kalau kita tak makan kan, dah masak banyak2 membazir je kang..betul tak? :p
Kowang camne? naik ke turun? bohong kalau turunnnnnnnnnnnn  *ayat jelessssss ! :p




P/S: Harini 5 rumah..esok 3 rumah lagi..waduh2...raya kan sebulannn.. :p


Thursday, September 08, 2011

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Opss mengandung? Ooo tahniah tahniah...Terima Kasih... :)
Harini nak kongsi tentang Panduan Pemakanan Ibu Mengandung, tapi yang tak mengandung pun boleh juga nak baca, yang bapa2 pun patut baca, senang sikit nak sajikan dan belikan untuk isteri tercinta kan..betul tak? tak payah nak mintak itu ini nak makan..hehehehe :p
Opss terlebih sudah..ok2 jom kita baca ok..

Image search dari en.google.

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Info sihat dari SINI.






P/S: Suka bau bayiiiiiiiiiii...ermmmmmmm


Duit Raya dari Nuffnang.

BY Sis Lin IN , 12 comments

Assalamualaikum wbt...

Rezki bulan raya kan, owang dah bagi, amik aje la, tapi berkat hasil usaha dan sokongan pembaca blog Lin juga ni, akhirnya dapat juga duit raya dari Nuffnang sempena bulan Syawal ni. 
Sebenarnya Lin hampir lupa yang Lin claim ads Nuff ni, tup2 semalam posmen datang hantar tengok cek dari Nuff, alhamdulilah rezkiii...
Walaupun tak banyak tiap kali Lin claim tapi kali ni cek yang ke-4 Lin terima dari Nuff, jadilah kan, ada juga hasilnya pendapatan sampingan dari buat blog ni, sikit2 lama2 jadi bukit, betul tak?
Bagi sapa2 yang belum ada rezki tu, sabar banyak2, update la selalu, ada rezki nanti akan dapat la juga nanti..buat masa ni jumlah rm terkumpul yang dah Lin dapat dari blog Lin ni setelah di kumpul dari cek 1-4 ni adalah sebanyak rm1807.37, tapi dalam masa 3 tahun Lin berblog la..huhuhu tapi duitnya habis sudah! kekeke tak banyak mana tapi syukur sesangat, rezki juga tu kan... So sapa yang belum masukkan ads Nuffnang tu, sila sila, esok2 kalau dah femes kowang tukar ads lain le pulak yek, kalau nak..hehehehehehe
Thankx Nuffnang..


Terima kasih buat semua pembaca blog Bisikan Hati , tanpa mu siapalah nak baca penulisan Lin ni kan..huhuhuh i love u muahhhhhhhhh :)




P/S: Tak suka dapat cek ni la, transfer je masuk bank terus kena potong insuran aku!!!! tak sempat nak merasa duitnya..arghhhhhhhhhhhhhh
*nak buat buku bank baru laaaa..lalalalalalaa


Cerita raya AKU..Kunjung Mengunjung.

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Yee baru 10 hari raya, belum lagi 30 hari, so sapa kata dah habis raya? ishhh puasa penat2 30 hari, takkan raya seminggu aje..hehehehe :p. Yang penting rumah saudara, rumah keluarga dan juga rakan2 dah separuh di kunjung kan, kang ada pulak yang majuk sebab tak datang, mana yang sempat kita pergi, kalau tak sempat tu harap tuan rumah jangan kecik hati yek.. :)
Ok jom baca kisah Lin beraya sana sini di 7, 8, & 9 Syawal.
Kisah raya sebelumnya di SINI dan di SINI


7 Syawal: Isnin, hari mula bersekolah setelah seminggu cuti beraya, so rutin bermula dan bizi keluar masuk hantar dan amik anak sekolah, bak kata orang alah bisa tegal biasa, so hrni tu tak kemana2 duduk rumah kemas2 apa yang patut dan urus anak, masak dan lepak aje di rumah. Tapi hari tu lah dapat sms, pm msj jemputan openhouse dan juga kawan2 Geng Setaman yang dah mula nak beraya, so stanby aje la kan, free kan time, dan juga baju raya yang nak di pakai..muehehehehe :p


8 Syawal: Masih dalam mood beraya, tak sabar nak beraya lagi ada le..'Raya Geng Setaman', macam biasa tiap2 tahun Lin dan juga kawan2 'mak2 rempit sekolah' akan beraya bersama2 dari satu rumah ke satu rumah, kira merempit juga tu cuma naik kereta je. Bermula petang jam 4pm kita dah beraya dari rumah Nanu ke rumah Aida, pastu rumah Izan, rumah Yatie, dan last sekali rumah Jalena, memang meriah dan riuh serumah bila semua berkumpul, anak2 pulak suka la dapat duit raya, tak kisah nilainya janji ada angpau rayanya dah cukup gembira.. :)
Selesai jam 6pm lebih anak2 kecik dah mula merengas badan dan mula rasa tak selesa merengek meragam, so apalagi tak reti2 nak balik ke..hehehe, esok kita sambung lagi yek.. 


9 Syawal: Raya lagi dan lagi..kan dah kata sebulan raya, ni baru 9 hari so masing2 dalam mood berhari raya ok. Kali ni pun sama, Lin masih lagi beraya bersama2 dengan Geng setaman, meriah meriah, harini mula dari rumah Azie, macam2 menu ada, tapi yang buat selera tekak ni menu mee goreng dari air tangan mr.hubby dia, memang sedap power bilal Rizal tu masak,hehehehe. Makan dah kenyang kat rumah Azie, kita beraya pulak ke rumah Eyna, biarpun perut dah kenyang tapi bila Eyna sajikan menu spageti tu, licin juga anak2 makan, Lin? ooo sori, perut dah full load, tak boleh nak masuk lagi, makan banyak tadi kat rumah Azie..huhuhu. Lepas beraya di rumah Eyna, terus kawan2 semua ke rumah Lin pula, takde apa yang Lin hidangkan cuma air cocktail buah2an aje yang sempat, maklum lah kan, masing2 dah kenyang, so makan dan minum ringan2 aje la ye. Dari rumah Lin ke rumah Wana, time ni masing2 dah nampak letih dan kenyang tersandar, Lin cuma makan buah2 dan minum air aje, memang sebu dah perut ni, dan last sekali ke rumah Mega, kebetulan waktu dia bersalin tu, Lin tak tengok lagi anak Mega, so raya dalam ziarah baby le kiranya ni, hehehehe alhamdulilah Mega sihat dan ceria, nampak sudah kurus, arghhhh wa jelessssss ni..huhuhu
Jam 6pm lebih baru gerak balik, sampai rumah ada kes yang buat aku sakit hati dan naik anginnn, apa dia? tunggu kisahnya di entry lain pula yek... :)

*Cerita raya bersambung lagi, penat nak menaip nie..hahahahahaha





P/S: Hari ni beraya lagi..adeii macam mana mau kurus ni, arghhhhhhhhhhhhh


Spontaneous Thursday #5 : Makan.

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt..

Today is Thursday..so today is 'Spontaneous Thursday'

Ramadhan - Kurus.
Syawal - Gemuk.




P/S: Esok raya lagi dan makan lagi dan lagi... :p