SIAPA DI KALANGAN SAUDARA YANG KITA BOLEH DAN TAK BOLEH SALAM ?

Sis Lin
SIAPA DI KALANGAN SAUDARA YANG KITA BOLEH DAN TAK BOLEH SALAM ? | Perkahwinan adalah satu rahmat Allah SWT kepada umat manusia untuk mengembangkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dengan nikmat berkenaan kerana bukan semua orang dapat merasainya.

Bagaimanapun, bukan semua ahli keluarga pasangan halal untuk kita bersalaman atau membuka aurat sesuka hati seperti yang digariskan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan." (Surah al-Nur, ayat 31)

Oleh itu, untuk memudahkan setiap pasangan mengetahui hukum bersalaman dengan ahli keluarga mentua, kaedah paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu status mereka sama ada haram selamanya atau haram bertempoh.

Jika mereka daripada golongan yang haram selamanya maka bersalaman dengan mereka pada hari raya dan sebagainya adalah dibenarkan. Jika tidak, maka bersalaman dengan mereka adalah diharamkan dan aurat wajib dipelihara.

Di bawah ini Sis senaraikan mereka-mereka yang kita BOLEH SALAM SAHAJA menurut MAZHAB IMAM SYAFIE RAHIMULLAHU TAALA .

Siapa Di Kalangan Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam?

Lelaki:

- Isteri
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah isteri
- Bapa Saudara sebelah isteri
- Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
- Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
- Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
- Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
- Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu lelaki
- Datuk/Nenek saudara
- Suami kepada Nenek Saudara
- Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Suami kepada Anak Saudara perempuan
- Cucu saudara
- Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
- Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan

Siapa Di Kalangan Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam?

Perempuan:

- Suami
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah suami
- Bapa Saudara sebelah suami
- Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
- Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
- Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
- Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
- Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu perempuan
- Datuk/Nenek saudara
- Isteri kepada Datuk Saudara
- Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Isteri kepada Anak Saudara lelaki
- Cucu saudara
- Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
- Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan

#SisSharing
Tak semua yang ada depan mata kita tu kita boleh salam, dan ingat, pegang kulit babi boleh sertu dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak, tapi kalau sentuh manusia yang tidak selayaknya disentuh, neraka laa kita..

Wallahuaklam ..


P/S: Kadang khilaf juga Sis. Dalam tak sedar, lebih-lebih lagi ketika hadir di event-event. Allahuakbar. Moga kita sama-sama mengejar redho Allah .
Tags

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!