3 HARI 2 MALAM BERAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH (GBS)

3 HARI 2 MALAM BERAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH (GBS) | Hamboi kalau baca tajuk macam beraya sakan je kan Sis kau ni hahahaha. Dah macam pakej beraya percutian mewah jerr. Yee lerr bila lagi, ye dak? Raya kan setahun sekali, hehehehe

Tapi sejujurnya, setiap tahun inilah raya Sis yang sebenarnya meriah selain beraya dengan keluarga tersayang di pagi raya. Sebab apa, beraya bersama Geng Bas Sekolah (GBS) Sis ni, memang happening dan penuh dengan gelak ketawa mengilai macam nak retak dinding rumah orang hahahaha.

GBS Sis ni, kami berkawan sedari sekolah rendah lagi, ada yang satu kelas dari rendah darjah 1 membawa ke menengah, dan kami berkawan bersahabat sehinggalah sekarang. Mungkin sebab yang ni semua kepala ngam dan sama-sama biol hahahaha.
Alhamdulilah.

Walaupun kami jarang bertemu, dan hanya berchit chat dalam group wahtsapp tapi bila kami semua berkumpul dan berjumpa, perghhh memang tak sunyi setiap ruang dan sudut rumah dengan gurauan dan gelak tawa kami. Ada je cerita yang nak di ceritakan dan jadi bahan gurauan kami semua.

Manalah tak sayang kan!!


Di sebabkan tahun ini salah seorang GBS Sis tu, Juwita (Berbaju Hijau) beraya lama sikit di Johor (Dia stay KL), makanya ketua rombongan kami Izam (Kanan Sekali), mengatur jadual beraya untuk kami. Sis ko tak banyak cakap, ON aje hehehe macam biasa, i follow jer.

Dan tahun ni, kami beraya siang hari pada siapa yang free aje dulu, nak tunggu semua free memang tak raya kang. Kebetulan memang Sis tak bekerja, Izam pun tengah cuti, Kak Sue amik cuti dan Juwita pula memang sedang bercuti, Suhaili pula pun sama tengah cuti, so kitaorang mulakan hari pertama beraya GBS ke rumah Suhaili di Kempas.

Sebab lepas Kempas, kami ke Kampung Melayu. Memang kami dah sepakat jangan masak susah-susah, banyak rumah nak pergi, ada kang buncit perut hahaha.

Then lepas beraya rumah Suhaili (Tudung Purple) kami terus gerak ke Kampung Melayu.

Boleh dikatakan hampir semua rumah family GBS Sis ni area rumah Mak Sis aje di Kampung Melayu, kami semua sekampung, memang dari dulu kalau pergi sekolah pun, bersaing reramai, baik jalan kaki atau naik bas depan rumah Mak.

Baju raya Sis :
[Klik Sini] https://www.sislin76.com/2019/05/cantik-anggun-bergaya-di-hari-raya.html


Dari rumah Suhaili di Kempas, kami ke rumah Izam di Jalan Utama, then kami terus gerak ke rumah Juwita (Baju Hijau) di Jalan Muafakat. Duduk borak-borak minum kopiO, terus kami ke rumah Kak Sue (Baju Hitam) di Jalan Suka.

Walaupun berapa ketul aje, tapi kecohnya dah macam satu bas sekolah hahahaha.

Kami duduk lama di rumah Kak Sue hingga selesai urusan Maghrib semua. Dah siap semua, kami semua terus gerak ke Bandar Sri Alam rumah Ima ( Berdiri Kanan sekali). Rumah Ima dah dekat-dekat dengan area rumah Sis aje.

Dan malamnyalah baru semua ada termasuk Jeffeney dan isterinya Cik Yan (Berdiri Kiri sekali dan sebelahnya) dan juga Aishah (Duduk Kiri sekali). Mau tak riuh oii..

Konon plannya, mereka semua nak beraya ke rumah Sis esok malamnya. Dalam kepala otak Sis ni nak masakkan mereka menu Bubur Durian, tapi last minit pakat-pakat, alang-alang dah dekat, mereka sepakat terus aje malam tu beraya rumah Sis.

Sis okay aje, tapi takdelah masak-masak, hanya sajikan mereka aneka kek lapis dan juga kuih Tapak Kuda. Alhamdulilah rezeki mereka. Melepak sampai jejak juga dekat jam 11pm lebih hehehehe.

Terima kasih korang!
Tamat cerita hari pertama GBS beraya hehehe.


Esok malamnya, haaa beraya lagi ke rumah Izam hahahaha sampai 2 kali Sis ko datang beraya. Yelaaa waktu siang semalamnya, ada yang tak datang beraya lagi, so malam tu mereka beraya ke rumah Izam, Sis ko follow aje lerr hahahaha.

Dari rumah Izam kami ke rumah Aishah di Kondominium M Larkin Perdana.
Perghh korang nak tau? Rumahnya Aishah ni tingkat 31 ko, ko bayangkan Sis ko macam spiderman melekat kat dinding lift dek sebab takut giler ko ketinggiannya. Paling atas sekali tingkat 33. Bayangkan... hahahaha

Sis gayat sikit hahahaha tapi masih berani juga lagi. Mindset ni fikir memacam, tu yang kadang jadi spoil mood huhuhu. Nasib baik ada Mee Kari taugeh Aishah yang sedap, hilang kejap gayat hahahahaha.

Lepas rumah Aishah beraya lagi ke rumah Suhaili di Kempas hahahaha pun sama masuk kali kedua gak Sis ko beraya. Takpe, beraya reramai ni lagi meriah, lagi afdol hahahaha. Kami beraya sampai ke jam 12malam oiii. Sampai tuan rumah goreng mee hoon dua kali hahahaha. Siap tapau!

Kau ngase?
Dah le balik drive sengsorang, memasing bukak cite hantu pocong bagailah, mampos...
Sis ko mampu sengeh aje mendengarnya hahahahah..benggong korang!

Tamat hari kedua GBS  beraya ..


Dan malam yang ketiganya, kami beraya agak jauh sikit, so satu rumah aje malam tu. Kami ke Taman Sri Saujana Kota Tinggi, rumah Jeffeney (Baju Merah yang pegang rotan tu) dan isterinya Cik Yan (Berdiri Kiri sekali).

Cuma malam yang ini Suhaili aje yang takde, dia masuk Singapura beraya. Kalau tak cukuplah semuanya setiap malam. Tu pun bersyukurlah dapat kami berkumpul semua. Bukan senang nak jumpa semua.

Dan nasib baik juga tahun ni banyak gak Sis ko beli baju raya, kalau tak, binggung gak fikir nak pakai baju raya apa kakakakakah!!!.

Apa-apa pun terima kasih buat semua GBS Sis. Bukan senang nak kumpul semua macam ni. Bila dapat peluang ni, kami memang takkan lepaskan! Bergambar sakan pun yer, Sis ko posing aje bila di minta posing hahahaha.

Kalau nak tunggu Izam tu upload, ermm tunggu lerr sampai 30 Syawal sok hahahahah..

InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan, kami nak ke KL juga, nak beraya rumah Juwita tu. Cuma belum comfirm dengan GBS lagi. InsyaAllah.

So korang punya raya macam mana? Dah habis raya ke? Heheheh.
Sis masih mood beraya lagi ni..ni dah kat Paka,Trengganu. Suami suruh datang, katanya nak bawa beraya rumah kawan-kawannya di sini.

Kalau ada siapa yang nak ajak Sis beraya, haa bagitaulah yer..Sis ko ada je ni hehehe.

Okay nanti sambung lagi.
Nak bersiap, nak jalan-jalan cari makan ..
Jommm...




P/S: Dua event di Johor semalam dan hari ini terpaksa Sis cancel, last minit turun Paka. Tu ler namanya bukan rezeki ..

8 comments:

  1. wahhh.. meriahnya sis beraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, meriah beraya dengan geng bas sekolah @Dilah ...

      Delete
  2. wah..meriah sis...kalau boleh seminggu ..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr bukan seminggu lagi @Nadia, kalau di beri peluang nak sebulan terus hehehe

      Delete
  3. best kan dapat raya dengan geng2 bas sekolah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Farah, kalau boleh nak raya sebulan dengan mereka hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.