TAK KISAH SIAPA PUN KAMU, KAMI SEMUA KAWAN #InikanRAYA

TAK KISAH SIAPA PUN KAMU, KAMI SEMUA KAWAN | Yer kami semua kawan. Sejujurnya pada mulanya Sis agak berkira-kira ketika nak menjemput mereka yang berkenaan datang ke rumah beraya dan makan. Ini di sebabkan perbezaan kerjaya kami dan juga takut di katakan 'mengipas' atau membodek'. Yerr sejujurnya itu yang terlintas dulu dalam kepala.

Tapi Sis tak kowser nak amik peduli apa orang kata, dan Sis anggap #InikanRaya, so Sis rasa memang takde salahnya Sis menjemput mereka datang beraya ke rumah dan makan-makan. Tak payah fikir dan bezakan siapa mereka. Be profesional. Kerja ye kerja, tapi di luar, Kami adalah Kawan. Bagi yang akan kata dan mengata tu, mereka itu terlalu NEGATIF! Mesti tak ramai kawan kan, kesian ...

Dah jom layan gambar dan baca bebelan Sis hehehe.

Macam biasa seperti yang sebelum ni Sis bercerita, setiap kali kalau nak buat makan-makan, Sis dan Suami lebih suka memasak sendiri dan rasa puashati dapat masak dari order catering. So siapa yang datang pada malam tu, dapatlah merasa masakan air tangan Sis yang entah apa rasanya ek hahahaha.


Tu diaaa, menu pada malam itu yang sempat Sis hidangkan seperti:
Ayam muda masak rendang, Ayam tua masak ungkep, Daging masak kicap pedas, Sambal Goreng Jawa, Sambal Kacang, Ketupat adabi, Roti jala dan Kari ayam dan pelbagai kuih muih dan juga buah tembikai. Minuman panas dan sejuk juga tersedia.

Alhamdulilah semuanya siap dengan bantuan Sunah dan Ain yang datang awal menolong Sis di dapur. Juga anak Sis,Yana yang tolong masakkan Sambal Goreng Jawa tu, semua kata sedap!.

Yang tak dapat hadir tu tak pe, Sis faham, lagipun memang banyak jemputan openhouse ketika tu, termasuk juga Sis yang tak dapat pergi jemputan openhouse di perjiranan Sis sini. Tu yang sampai tetamu Sis pun tersalah masuk rumah orang, ingat rumah Sis, rupanya rumah orang hahahaha.


Ini adalah tetamu yang terawal sampai hehehe. Kena paksa datang awal kuang kuang kuang.
Sunah, Kim, Ain dan juga abangnya Ain,Zaki.

Nasib juga ada mereka, jadi riuh jugalah sekejap rumah, kalau tak memasak di dapur dalam keadaan sunyi sepi hahahaha...


Dan kemudian sampai pula instafamous Jannah dan boifren dia Darrel. Helok sungguh kann, sepadan sama cantik sama segak!.

Nampak mereka suka makan roti jala dan kuah kari tu.


Haa inilah dia yang tersalah masuk rumah sampai siap tanya 'Ini rumahnya Sis Lin ke?' hahahaha. Adeii gelak besar kami semua dengar. Yerr kebetulan depan rumah Sis pun ada buat openhouse, itu yang mereka tersalah rumah tu.

Mereka ini adalah team Care Luxury dari Tunamaya Beach Resort Desaru . Terima kasih korang tau sudi datang jauh-jauh dari Desaru sana.


Dan di susuli oleh mereka ini yang sama juga dari team Care Luxury Jasmine, Evan, Izzati, Keyin (Yang pakai yellow-yellow semua tu) dan juga Tai Carol (Paling Kiri) .

Yang dua dari kiri tu pemain saxophonist yang sedang hangat di pasaran hehehe. Korang kalau nak booking dia buat persembahan untuk event ke , boleh ke instagram dia Keyin Saxophonist atau Youtube dia Keyin Saxophonist  .


Dan kemudian, datang pula instafamous Serene xoxo (Paling kiri sekali bersama suaminya) hehehehe. Dia memang sweet dan cute sangat! Kalau korang dengar suara dia, alahaiii comel gilerrr...

Takut juga nak masak sebab mereka semua cina, bimbang takut tak tepati citarasa mereka, tapi alhamdulilah, mereka semua suka! ..


Dan juga ada kawan sekolah anak Sis,Yana dari Bukit Indah datang beraya. Mereka ni semua berkawan dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan hingga kini masih lagi berkawan.

Ada tu yang dah bertunang dan nak kawin tahun ni dan tahun depan.
So Yanaa bila lagi ek? Kekekeke


Dan tetamu terakhir sampai malam tu adalah team Visit Johor. Ingat ke tak datang, tapi tetap datang juga. Sampai hati ko Sheida buat sama hari openhouse ko hahahahaha...

Tak kira lepas ni ko buat lagi makan-makan walaupun dah habis raya hahaha Sis ko tuntut! Hahahaha..

Dan tak lupa juga buat Huda dan FarahDidi yang juga sempatkan diri datang kerumah. Tak sempat nak amik gambar ko berdua, tau-tau dah siap makan hahaha.


Dan inilah gambar photo group terakhir sebelum mereka semua balik. Tu pun ada yang dah balik awal dulu. Mana yang ada last tu le kami bergambar. Memasing duk layan Netflix dan main PUBG ko, tu yang dapat melepak lama.

Sis apalagi, memanglah suka! bukan senang nak kumpul ramai macam ni, kalau tak seunyi aje rumah. Nanti lepas ni mai lagi tau!!! Jangan risau, wifi free jer, turbo lagi  hahahaha

Apa-apa pun terima kasih bebanyak buat semua ya yang sudi sempatkan diri datang beraya ke rumah. Maaf jika ada kekerungan makanan dan layanan. InsyaAllah nanti Sis buat makan-makan lagi, mai datang lagi ya .

Oh! Ya ramai tanya, kenapa MERAH? Hahaha ini semua Suami punya idea dan semua deko rumah dia yang buat. Sis takde kena mengena dengan ini merah hahahaha.




P/S: Alhamdulilah, minggu ni turn geng Suami pulak. Tak taulah Suami nak suruh masak apa plak..

18 comments:

  1. hahahaha seronok i baca sisssss!

    walopun gambar berempat tu menyerlahkan sisi gemok seketul sunah...bahahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe makaseh @Sunah ...
      Nanti kita buat makan-makan lagi ya ...

      Delete
  2. sedapnya menu akak... cantik umah akak merah tu selain ong, menaikkan semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat tak mai @Norhidana, takpe ada rezeki nanti mai laaa yer ..

      Delete
  3. sedih tak sempat nak singgah rumah sis aritu.. padahal kat kota masai tu dah dekat kan.. masing2 dah penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, @Sunah ada bagitau Sis, @Dilah nak singgah..Sis dah bizi, tak sempat nak tengok wahtsapp..

      Delete
  4. terima kasih sis buat makan2..terima kasih tumpang tengok netflix. hahahhahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama-sama untuk semuanya @Farahain, buat kamu juga ...

      Delete
  5. Adudu. Syoknya. Rugi xpegi openhouse sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerrr, kalau mai lagi meriah @Faizzah ..

      Delete
  6. thank you sis jemput kitaorang! sedap2 laukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama @Farah ..nanti kita lepak makan lagi ya...

      Delete
  7. seronoknya tengokkkk! kumpul ramai ramai memang bestt. hehehe.

    jemput join segmen blog saya http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sayidah, kalau dekat mai laa datang rumah ya ...

      Delete
  8. Fuh menu makanannya meruntun jiwa raga. Lapo melihatnya. Sedapp!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum lin...seronoknya beraya... tuan rumah pula sediakn menu yg sedap2 mmg semua happy la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...kalau Mama datang haritu, mesti seronok..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.