Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011.

BY Sis Lin IN 1 comment

Salam semua..

Masa berlalu amat pantas, pejam celik pejam celik dah sampai 2011, kowang rasa dah tercapai ke semua yang kowang nak tahun 2010? ermmm
Tiap-tiap tahun pasang azam, tiap-tiap tahun niat, tapi semuanya tak semua yang tercapai, sama jugak macam Lin, banyak yang tak kesampaian, susah nak ramal apa yang kita rancang dan impikan, yang pasti 2010 akan meninggalkan kita, dan 2011 sedang menuju mengejar kita..huhuhu


'Selamat Tahun Baru buat semua pembaca *Bisikan Hati*..
Lin doakan pada tahun baru 2011 ini kita di berikan kesihatan yang baik, di panjangkan umur, bertambah juga di murahkan rezki, di berikan kebahagiaan dan kejayaan yang berlipat ganda buat kita semua..Aminn..
Azam?? ermmm tiap-tiap tahun takde azam, cuma azam spontan je kat mulut, tapi kalau betul-betul berazam tu, banyak yang tak tercapai, jadi susah nak cakap ler..huhuhuhu...
Azam kowang apa pulak yek? he he he.. :p



P/S: Tahun 2011 tahun arnab..kata orang ibaratnya tahun arnab ni, apa yang datang depan mata, kena cepat-cepat bertindak, kalau lambat, habis semua lari terlompat-lompat..*macam arnab..kekekekeke


With Love

Thursday, December 30, 2010

Penantian 14 tahun berakhir.

BY Sis Lin IN 9 comments

Salam semua..

Menang disana sorak disini..
Itu le kebanggan dan kegembiraan buat rakyat Malaysia setelah Malaysia menang dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2
Tahniah buat pasukan Malaysia...Malaysia Boleh!!!
Yehaaaaaaaa..ESOK telah di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu diberi CUTI 1 hari sempena kemenangan Malaysia dan sekali menyambut Tahun Baru, yeeszaaaaaaa.


JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.
Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.
Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.
Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.
Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.
Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.

*Info dari Kosmo Online


P/S: Kowang cuti ye? tapiiiiii aku? Aku SURIRUMAH, hari-hari kena kerja lor..huwaaaaaaaaaaa


With Love

Intro: 'Sukaneka Geng Setaman kali ke-3'

BY Sis Lin IN , No comments

Salam semua...

Phewwww letih, lepak, lenguh cuma tak lelah aje nie..huhuhu
Pagi ni apa yang di rancang dan di niatkan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun cuaca agak mendung dan sejuk berangin, nasib tak hujan..alhamdulilah...


*Meriah, enjoy, happy dan seronok itu lah yang dapat di gambarkan walaupun kali ni agak awal berakhir tapi kita semua bersatu dan bekerjasama..itu yang penting!...
Oke, sekadar intro dulu, nanti ada free dan dah lega sikit, Lin akan upload dan cerita Sukaneka Geng Setaman ni oke...*byk sangat gambo nak upload ni*
Sekarang mau rehat-rehat sambil baca papaer jap..:)
Tunggu yaaaaaaaa..!



P/S: Terima kasih Geng!!....LUV U All..:)


With Love

Wednesday, December 29, 2010

Sahabat by Aizat

BY Sis Lin IN 2 comments

Salam semua..

Khas buat semua sahabat aku di sini..dan yang paling istimewa buat sahabat ku yang terlalu istimewa..
Siapa?? AWAK lah..hehehehehe





Lirik Lagu Sahabat - Aizat AF5

Song / Lagu : Sahabat by Aizat AF5

Lyrics / Lirik Sahabat - Aizat :


Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah



P/S: Suka sangat lagu ni dan lirik lagunya..*aku memang tak boleh ceria seharian tanpa Sahabat-sahabat ku...:)...Kamu? bagaimana?...


Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

BY Sis Lin IN No comments

Salam semua..

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)
Untuk kamu semua dan juga untuk diri aku..Info dari Himpunan Hadis.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
  • Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
  • Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

  • Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

  • Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

  • Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.




P/S: Aku?? Aku sayanggggggg kamu!

With Love

Saman??? Settle semua!

BY Sis Lin IN 2 comments

Salam semua...

Cakap aje saman, semua takut kecut perut, silap-silap ada yang kata, 'eh aku takde saman la, takde surat sampai pun'..haaaaa jangan duduk tunggu surat, silap haribulan terus di senaraihitamkan..huhuhu
Lin pun mula-mula terkejut jugak, sebab surat takde, notis takde, tup-tup ada 4 saman kereta aku, kalau hubby punya?? jangan cakap le, ada 12 saman sekali check..huhuhuhu sapa mau jawab???
Senang cite dan langkah berjaga-jaga, kowang pi je Bali Polis Trafik terdekat, bagi no IC nanti terus le keluar saman yang kowang ada, itu kalau ada, kalau takde, selamat ler..huhuhu
Kan ke tengah ada 50% nie, apalagi, cepat-cepat pergi bayar sebelum tempoh sahnya hingga 31hb Dec nie..
Aku??? dah settle dah semua, semuanya aku kena bayar rm1520, itu pun dah tolak dari separuh 50% setelah diskaun..huhuhuhu


*ye ye Pak polisi...'Berhati-hati di jalanraya, kalau tidak kena saman lagi' kekekekekee


*Nasib time pergi tu, tak ramai owang, kalau tidak menjenuh menunggu, sebeb kaunter check lain, kaunter bayar lain..bagusssssss


*Yang ni Lin punya, hehee eksen konon takde..sekali check..4 saman...'what???' tiba-tiba terkata kat bapak polis tu, semua owang gelak..hahahaaaaaaaaaaa lawak lawak..
Kowang pun gelak jugak yek..huhuhuhu




P/S: Time nak pakai duit anak sekolah ni, time ni ada je ler yang kena bayar, tapi takpe, nasib ada diskaun  50%, kalau takde, memang aku tak bayar dulu..hahahahahha opsss maaf pak polisi..hehehehe


With Love

Corat-coret @Paka,Trengganu-Last day.

BY Sis Lin IN , , No comments

Salam semua..

Kekekeke cite dah basi tapi aku nak cite jugak, suka le kan....ahakkkkks
Bukannya bizi apa pun, cuma saje je MALAS dan TAKDE MOOD mau update blog dan nak NGADAP lappy ni..kenapa??? ntah!!!..nak duduk kat FB pun ada masanya tengok keadaan dan MOOD jugak..huhuhu...kenapa??? arghhh jangan tanya laaaaaaaaa...
Ok2..mai le layan aje gambo dan cite pendek tapi mungkin panjang jugak tu..hehehehe


*Pagi tu bangun, aku sekali bersiap-siap dan berkemas-kemas semua barang-barang sebab jam 12pm nak check out, plan nak ke Bukit Gambang,Kuantan sambung cuti ke sana.
Jadi pagi tu Lin bawak anak-anak makan di Pok Mat KT sekali lagi, memang ramai orang le kat restoran dia, amat Lin suka dengan layanan dan menu yang ada di situ.


*Kali ni Lin makan 'Rojak Mee' memang lain bunyinya dan juga memang lain rasanya, rasanya kat JB belum ada lagi Lin jumpa rojak mee nie..memang sedappppppppp!


*Balik dari makan, anak-anak buat kali terakhir bermain-main di tepi pantai, sian tak dapat mandi, tapi takpe nanti kat Bukit Gambang kita mandi oke..(konon-kononnya)..huhuhu


*Wajah riang dan gembira anak-anak bila dapat bercuti kali ni duduk di tepi pantai selama 3hari 2malam..memang puas dan suka anak-anak..:)
Dan tak sabar nak ke Bukit Gambang.(konon-kononnya)


*Balik tu singgah di Kemaman beli kopok lekor, di sebabkan konon-kononnya nak pi sambung cuti, makanya tak le beli banyak untuk kawan-kawan, cukup sekadar beli makan sendiri dalam kete, memang fresh keluar dari periuk panas-panas terus makan..ermmmmm


*Tengokk tu, sedapkann, perghh negnces pulak bila tengok kopok lekor nie...
Haaaa haip mesti ada yang lain macam je otaknya yek..merengg eh kowangggggggg..!


*Dan akhirnya waktu dalam perjalanan ke Bukit Gambang, hubby dapat col ada urgent keje problem di JB, nak taknak setelah berbincang dan muhasabah diri aku nie dan anak-anak, akhirnya kami akur dan redha dengan tugas dan kerjaya hubby. Akhirnya kami semua terus pulang ke JB dan selamat sampai dalam jam 7.45pm gitu. Hubby terus ke tempat kerja, walaupun penat masih ada dan tak hilang lagi, dah tanggungjawab, kena jugak le pergi, sian hubby...huhuhu
Tapi takpe, kami semua puas dan gembira dapat bercuti bersama, walaupun tak sepenuhnya dapat meronda 1 Trengganu tu, cukup sekadar tenang dan aman percutian kali ni..syukur..:)
Ada rezki insya'allah kami sampai lagi ke sana..



P/S: Sebagai seorang isteri kena faham, akur, redha,ikhlas dan memahami tugas dan kerjaya seorang suami, jika tidak mau ada  perang meletus dalam kereta tuh..hahahahaaaaaaaaaa


With Love

Saturday, December 25, 2010

Jika ada kemahuan..

BY Sis Lin IN 6 comments

Salam semua...

Hurmm macam biasa, selang satu entry mesti ada info share dari Tok Wan(FB) untuk kita kongsikan bersama..
Jom kita renung-renungkan dan selamat beramal..:)


Antaranya ialah:


Amalkan Tidur Yang Cukup

- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.




P/S: 'Sharing is Caring'..tapi ada ke yang nak baca dan fahami apa yang kita kongsikan..:)


With Love

Corat-coret @Paka,Trengganu-Day 3

BY Sis Lin IN , , 4 comments

Salam semua..

Maaf la yek, entry bertangguh 2 hari dah, simpan dok dalam draft lama benar, ntah takde mood mau bukak blog sejak 2-3 harini, malas mau baca entry kowang yang membuatkan aku sakit jiwa dan makan hati..huhuhu *tak kira le entry makan ke jalan-jalan*.huhuhuhu
Ok le tak payah aku nak taip banyak-banyak, jom layan aje le entry bergambo dan berbicara ni yek...:p


20hb Dec, hari ke-3 Lin dan anak-anak berada di Paka,Trengganu tu, memang tak kemana, juz duduk dalam chalet, jalan-jalan tepi pantai dan makan-makan aje, nak mandi laut pun dilarang oke..
Jadi pagi tu, Lin keluar bawak anak-anak makan ke Restoran Pok Mat KT tu, nampak dari tepi jalan memang ramai giler orang makan kat situ, rupanya menu dia memang ada umphh! Nasi kerabu set dia memang sodapp hingga menjilat jari..:)
Lin makan Nasi kerabu setA so yang asli dan simple aje, sebab nak makan lauk ikan patin masak tempoyak..adeii ngencessss pulak nih..


*Selesai makan, Lin dengan anak-anak berjalan ke tepi pantai, amik angin udara segar tapi ombak kuat betul haritu, terbang segala tudung dan terangkat segala baju dan kain aku, nak turun kebawah tu pun ngeri, dok tengok dari jauh jek..
Memang pemandangan cantik, nyaman, indah dan sejuk mata memandang..:)


*Kekeke bersama anak-anak dara Lin tersayang..dah sebaya besar badan dan juga dah sama tinggi dengan mak dia..huhuhu
Tapi sapa paling vouge?? hahahahahaha bukan vouge tapi over..hahahaha


*Balik dari pantai, Lin jalankan xtvt tido saja di chalet, hehehehe sedap tido tanpa sebarang ganguan..:)
Dalam jam 5pm, Lin baru keluar, Lin bawak anak-anak makan kat tepi pantai pulak, kali ni makan Laksa Penang cuma bukan dalam buyung aje, juz kat warung saja..:)
Makan sambil menikmati udara tepi pantai..bestkannnnn...:)


*Malam bila hubby balik, hujan renyai-renyai pulak, nak keluar macam malas, tapi lapar pulak. Fikir punya fikir last-last kitaorang keluar makan jugak, tapi makan dekat sikit dengan chalet kita 'Restoran Sabar Menunggu'..hahaha boleh sama dengan nama hubby Lin..kekekekeke


*Menu dia biasa-biasa aje, sama macam dekat warung dan kedai makan di JB ni, cuma yang berbezanya sup tulang nya tu, perghhh sekali hirup makan, sedapnyaaaaaaaaaaaaa...
Macam ada bahan tersendiri kat dalam tu, siap ada taugeh, lobak asin, daun bawang, bawang goreng dan limau nipis..ermm sedapnya masih terasa hingga bawak ke tidur..hehehehe


*Dah kenyang balik, tapi malam tu bulan penuh terang sangat-sangat kat atas langit tu, hubby dan anak-anak Lin asyik betul mereka duduk mengadap pantai dok tengok ombak pantai yang terang di sinari bulan..memang sungguh indah..:)
Dalam jam 11pm lebih, hujan turun selebat-lebatnya malam tu..apalagi..xtvt tido pun bermula ler..tutup lampu, tidoooooo ler..:p

*Bersambung*




P/S: Tempat macam tu, berangin, sejuk, hujan pulak tu memang sesuai untuk pasangan yang nak pi honeymoon..hehehehehe aku? opssss kilang dah tutup yek..kekekekeke


With Love

Thursday, December 23, 2010

Siapa ada saman?? 50% diskaun!

BY Sis Lin IN 2 comments

Salam semua..

Saman?? kowang ada? dah bayar? huhuhu
Aku ada saman...belum bayar pun...tapi masih ada lagi peluang kan..hehehe tunggu gaji ler..lalalala


*Gambo search dr en.google..terima kasih bang polis..hehehe

Insentif bayaran saman trafik masih terbuka.



KUALA LUMPUR - Insentif pembayaran saman yang dikeluarkan sebelum atau pada 1 Disember lalu masih lagi terbuka dan belum ditamatkan tempohnya.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebooknya, semua saman yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut akan diberi insentif kadar munasabah secara automatik sebanyak 50 peratus melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.
Kata kenyataan itu, saman PDRM yang bermula pada 1 Disember lalu pula akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dan 30 peratus, mengikut tempoh pembayaran yang dibuat.
"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar dan saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan diberi insentif 30 peratus daripada kompaun sebenar.
"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberi sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai tempoh pembayaran saman.
Selain itu, PDRM turut menjelaskan tiada masalah off line di kaunter pembayaran PDRM sejak kadar baru insentif pembayaran saman dilaksanakan kecuali beberapa masalah teknikal yang telah diatasi. - Bernama



P/S: Eeee..nak elak tak boleh, tak nak bayar pun lagi tak boleh...padan muka aku! sapa suruh speed laju-laju..huhuhu


With Love

Corat-coret@Paka,Trengganu-Day 2.

BY Sis Lin IN , , No comments

Salam semua...

Sejukknya pagi ni kan? hujan tak tempat kowang? Lin pun tak tahu samaada hujan ke tak malam tadi, rasanya tido malam tadi nyenyak lena tak sedar diri..hahahaha.
Tapi pagi ni memang hujan, renyai-renyai, baru terasa kesejukkannya, kalau sambung tido balik ni best nie..hehehe. 
Ok la berbalik sambungan cite Lin bercuti tu, untuk hari ke-2, Lin dan anak-anak macam biasa, jalankan xtvt pi jalan-jalan cari makan di sana, hubby awal-awal pagi dah pegi kerja masuk optima,Kerteh, so Lin yang tak tahu selok belok jalan kat sana, cuba jugak bawak anak-anak ronda-ronda cari tempat makan yang sedap dan lain dari yang lain kat sana..:)


*Pose mesti ada, anak-anak yang semakin membesar, bila nak posing, ada je aksi dan gelagatnya, sampaikan  aku pun dah terikut-ikut sama..hehehehehe
Siapa paling vouge??!..:p


*Menu hari ke-2, kita cuba 'nasi kukus Paka' ermm kata hubby nasi kukus kat sini lain dari yang lain, rasanya pun lain, dan lauknya hanya satu iaitu ayam goreng berempah..perghhh sekali makan memang tak cukup sepinggan..:) harga? ada mahal sikit la rm4.00 sahaja..


*Kan dah kata dah, lain dari yang lain, mula-mula ingatkan dia kukus 'pau' tapi rupanya nasi dalam tue, siapa pelanggan yang nak order makan, baru dia bukak amik nasinya tuh, bila pintu di bawa, aroma baunya tu, ermmm dah terasa menyelerakan..yummmmy, kalau tak sedap sampaikan tak sempat amik gambo terlupa dek kerana kesedapannya..hehehehe


*Balik dar makan tu, hujan terus turun dengan lebatnya, sekejap berhenti sekejap hujan, so tak dapat le nak bermain-main di tepi pantai dan jalan-jalan pusing bandar, duduk diam-diam dalam bilik, online dan layan tv..sian anak-anak..:(


*tengahari tu hubby balik makan, memang dah tau hujan, so hubby beli bungkus aja nasi makan dalam bilik, sedap pulak makan dalam hujan dengan suasana bilik yang kecil duduk bersila dengan anak-anak, gelak ketawa sambil makan, nasib tak tercekik..huhuhuhuhu
Hujan terus sampai ke petang, hinggakan hubby pegi kerja pun masih juga hujan. Dah tanggungjawab, terpaksa juga melangkah untuk meneruskan kerja..:)


*Malamnya tu, hubby balik nak ajak keluar gi makan bawak kete company, ala-ala macam storm tu, anak-anak apalagi jakun le naik kete tu, dah macam lori je gamaknya..kekekeke
Mula le dengan aksi mereka dalam kereta tu, hubby dok ketawa senyum aje melihat gelagat anak-anaknya tu..hahahahaha


*Dinner malam tu, hubby bawak pi makan kat tepian Kerteh, makan seafood, ikan, sotong, udang dan sayur-sayur campur, memang fresh dari laut, kita pilih dan timbang baru mereka masak..:)
Paling licin si ikan pari bakar, sekali datang ngap! licin selicinnya..hehehehe
Lepas ni datang sana, boleh makan lagi di sana..:)
Selesai makan, hujan masih renyai-renyai lagi, jadi terus balik, layan tenet tengok tv dan tido..itu saja xtvt kita untuk hari ke-2 tu..heheheheeh

*Bersambung*




P/S: Kalau ikutkan hati, mau aje aku tido sepanjang hari, ye la kepala tak fikir nak masak, nak membasuh, nak mengemas dan macam-macam lagi la..betul tak? :p


With Love

Wednesday, December 22, 2010

Corat-coret@Paka,Trengganu-Day 1

BY Sis Lin IN , , 7 comments

Salam semua...

Ermm cuti? semua orang suka bercuti kan? sapa yang taknak pergi bercuti, sesekali rehatkan minda, fikiran bersama family, bukan senang bila dapat peluang macam ni kan, walaupun duit ada ke takde ke, banyak ke sikit ke, janji niat bercuti tu ada, insaya'allah rezki tu ada aje di mana-mana, betul tak? :)
Bagi Lin percutian kali ni, ibarat sambil selam sambil minum air, kebetulan aje hubby memang bizi dengan kerja, kirakan kalau tidak memang takde cuti-cuti la Lin sefamily nih. Oleh itu bila dah hubby kata kali ni kerjanya di sana dah last nak siap, jadi dia ajak Lin dan anak-anak sekali ikut dia pergi ke Trengganu ikut dia kerja, Lin dan anak-anak sekali boleh bercuti..oke la tu kan..:)
Okey le kali ni Lin cite serba sikit aje la yek, sebabnya 'mood' tengah takde la, ntah la apa yang bermain di fikiran ni, sampaikan nak bukak blog pun tadi takde mood..huhuhu


*18hb Dec, bertolak jam 10am lebih gitu, hubby amik kawan dia dengan anak dia sekali nak tumpang balik Trengganu, so memang penuh sikit la kereta Lin tu, tapi seronok ramai-ramai, hilang mengantuk..:)
Singgah makan di persimpangan Mersing,Sibu Tanjung leman..


*Hujan renyai-renyai, jadi agak sukar nak menyinggah beli makan, hinggalah sampai di Kemaman singgah beli lemang dan jeruk, murah memang lemang di sana, ada yang 3 batang rm5, 4 batang rm10..kalau kat Johor ni, sebatang aje rm5-8 kan? ishhh enak lemak santan berkrim lagi..yummmmmy.


*Selamat sampai di Paka,Trengganu dalam jam 6.30pm juga, masing-masing dah letih, tapi bila sampai aje tempat chalet yang hubby dah booking tu, anak-anak terus keseronokkan, hilang pening dan mabuk jalan..huhuhu *termasuk le aku*..hahahahaha


*Kami menginap di sini..siap ada wi-fi..memang berbaloi..laju gilossss.
Bagi siapa-siapa yang nak stay sini, tu amik no Hp tu, simpan, murah aje, 1 malam cuma rm70 + extra bed cuma rm15 aje..*cuma takde heater yek* sejuk giler nak mandi.harap amponn..hahahaha


*Dah siap check in, barang-barang semua dah masuk dan kemas, hubby ajak pi pasar malam kat depan tu, dekat aje tapi naik kete la,hehehehe.
Macam-macam menu dan owang ada kat sana, loghat dia jangan cakap le, sampai anak-anak kata 'derang cakap pelik' hahahaha...
Yang bestnya, Laksa Buyung tu atau laksa Penang, perghhh memang mengancam ko, kuah dia tu masak dalam 'pasu' anak Lin kata..hehehe pelik dan lain dari yang lain, sebab tu di panggil Laksa buyung..:)


*Haaa kan..mana le anak Lin tak cakap masak dalam pasu..betulkan? hahahahahaha
Sampaikan owang yang jual tu dok ketawa dengar anak-anak Lin cakap..buat malu den ajo ler..kekekekeke


*Malam menjelma, Lin beli makanan tu semua pastu makan kat atas pangkin depan rumah chalet, pinggan dan mangkuk juga sudu hubby Lin beli kat kedai 2N, hahahaha.
Malam pulak angin bertiup, fuuuuuuh sejuk giler, aircond tutup pun dah macam ada suhu, tak boleh nak cakap leh sejuknya camne, nasib baik anak-anak Lin bekalkan selimut dari rumah..
Tapi tido, terus nyenyak tak sedar diri..kekekekeke

*Bersambung*



P/S: Jauh pemandangan kematu punggung duduk dalam kereta..huhuhuhu ada le jugak 4x berenti terkucil..huhuhuhu


With Love

Monday, December 20, 2010

10 Tabiat yang merosakkan otak.

BY Sis Lin IN 18 comments

Salam semua...

Petang ni sambil duduk-duduk tengok cerita dongeng dan Putera Katak tu, jom sambil kowang bukak dan baca info ni, kalau rajin tu klik-klik le kalau-kalau ada iklan..hahahahaha
Info ni Lin kongsi dar mana lagi kalau bukan Tok Wan (FB) tue..sifu segala falsafah..:)
Jom layannnn..:p.. Lin nak keluar pi minum petang sat..:)


10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK
 
1. Tidak mengambil sarapan pagi.
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

 
2. Terlebih makan.
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
 
3. Perokok.
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

 
4. Penggunaan gula yang berlebihan.
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
 
5. Pencemaran udara.
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur.
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

 
7. Menutup muka ketika tidur.
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
 
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
 
9. Kurang berimiginasi.
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

 
10. Jarang berfikir.
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.




P/S: Cuaca petang ni cerah sekali..sesuai untuk berjimba-jimba di tepi pantai memakai pario..hahah *jangan terselak udah ler..hahahaha










Nasi Kerabu Biru@Pok Mat KT.

BY Sis Lin IN , 2 comments

Salam semua...

Hehehe tayangan perdana menu sarapan merangkap lunch untuk harini..'Nasi Kerabu' tapi kali ni colornya biru..nasib tak pepel..kekekeke


Harini masuk hari ke-3 aku di Paka,Trengganu, serasi, aman, tenang dan nyaman, hilang sekejap masaalah aku yang serabut kat kepala ni, masaalah?? ermm ko ingat takde masaalah ke? huhuhu.
Pagi tadi lepas hubby masuk Optima urus keje, Lin dan anak-anak siap-siap aje terus keluar nak pi sarapan, agak lewat sikit sebab anak bujang Lin sibuk nak tengok kartun Naruto the movie kat tv3 tu..
Pusing punya pusing, ternampak kedai makan 'Restoran Pok Mat KT', agak menarik, ramai owang makan kat situ, mesti menu tengahari dia dah siap tu.
Masuk aje dalam, betul sangkaan Lin, menu tengahari dah siap sedia semua terhidang, kali ni Lin cuba nak makan nasi kerabu, tapi cuma ada color biru saje, owang kata ada macam-macam color kan? ye ke?..ermm tengok aje dah sedap, cuma Lin amik setA, set simple takde berlauk sebabnya Lin nak makan lauk ikan patin tempoyak dengan sotong bakar rempah..hehehehe memang mengancam sedap giler, ternaik kening aku waktu makan..hahahha
Kowang apalagi, sapa-sapa yang dok area Paka ni, jom ar pi serang 'Pok mat KT'..memang berbaloi..sangat berpatutan harganya..:)




P/S: Petang nanti nak pi makan laksa buyung pulak..nak tahu menu apa tu..tunggu oke..:)


With Love