Monday, October 31, 2011

Gara-gara Ben Ashaari le ni..!

BY Sis Lin IN 59 comments

Assalamualaikum wbt..

Masak aku dek disebabkan entry si Ben yang satu ini, tak pasal2 anak aku TERview lalu 'mintak' request order untuk hadiah besdaynya..grrrrrrrrrrrrrr adeiiiii bukan masak lagi dah mendidih cair je poket..huhuhu. 
Lagi tengah belek2 tu...Kowang nak gak ke? hehehehe


Macam2 ado seyyyy...memang stylo...tak pasal2 aku yang kena...aduhhhhhhhhhh....
Jom g jamu mata di MRSLADYSSTYLO ..





P/S: Untuk saya? ada tak sesiapa nak belikan untuk hadiah besday nanti? hahahahahaaa


My Wishlist Besday..19 days left!

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Entry di bawah ni saja aku buat untuk lepas gian dan angan2 bersempena lagi 19 hari kedatangannya angka 35 dalam hidup aku..ermm so entry ni takde kena mengena dengan sapa2 atau ayat2 cinta kepada sesiapa saja ok! hanya gambar memainkan peranan saja..saja suka2 hati aku..hehehehe
Kowang pun tak perlu gelak ye cuma 'senyum tak perlu kata apa2' :p

Yang Utama: Canon eos 1100d


Yang kedua: Samsung galaxy tab 10.1


Yang ketiga: Convection Oven.


Haaaaahahaha makan hati menjeling ye kowang baca dan tengok, tak hagak2 kan Puan.Marlin ni demand!!! aishhh kalaulah le angan2 tak sudah aku ni jadi kenyataan kannnnnnnnn....ermmmm
*incik suami mai le baca sini meh.. :p






P/S: Tak dapat hadiah pun tak pe, janji ingat dengan ikhlas beri ucapan kasih sayang cukup bahagia buat aku.. tapi kalau dapat, arghhhhh terkedu membisu..!


Makin lama kahwin makin ‘senyap’.

BY Sis Lin IN , , 7 comments

Assalamualaikum wbt..

Fakta atau auta? Fikir2kan dan renung2kan...



Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. 
Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.

Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.
“Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu. – Agensi




P/S: Tapi saya banyak bebel (cakap + nasihat + tegur) dari bercakap...ok la tu kannn :p


Sunday, October 30, 2011

H A T E R S !

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt...

Aku BENCI dia................ ! But.........




Terima kasih Allah kerana saya masih boleh menerimanya dalam hidup hari2 saya..
DIA juga mahkluk Tuhan....





P/S: 3 Hari saja lagi.... :)


Saturday, October 29, 2011

Sebelum kita......

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."-- An-Nisa': 1

*Image search dari en.google.


-Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

-Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

-Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

-Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

-Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

-Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

-Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

-Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

-Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

-Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

-Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

*Kredit email dari seorang teman..




P/S: Wooo maaf !saya tak layan bola..hik hik hik


Tahniah Shaizhar & Nazuha.

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah syukur kepada Allah akhirnya Shaizhar & Nazuha (Geng KAMIE) bakal disatukan, Lin tumpang gembira bila pertama kali dapat khabar berita gembira ini, terlalu banyak dugaan dan cubaan yang mereka rintangi dan tempuhi tapi akhirnya insya'allah dengan izinNya mereka bakal dinikahkan dan moga semuanya akan berjalan lancar seperti yang di rancang..
'Shai aku doakan moga semuanya selamat dan ko kena banyak2 bersabar dan bertenang ye, lagi dah dekat2 tarikhnya, lagi debaran tu semakin terasa kan? so banyak2 berdoa kepadaNya ok'...



Sangat kreatif kad kawinnya, kad animasi ala2 simbol 'Blogger' diatasnya...kannnnn sebab masing2 pun bergelar blogger :)
Insya''allh tiada aral melintang aku akan pastikan aku hadir di majlis ko Shai...:)




P/S: Bulan Nov bulan 'mengawan' ek..banyaknya jemputan kawin huhuhu


Friday, October 28, 2011

Offer! Nescafe 3 in 1 'RICH'

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Jemput minum...ermmm 'Nescafe 3 in 1 rich' di perbaharui dengan buih2 halus sangat aku suka buat masa ni, sebabnya yang 'rich' bungkus hijau ni, terasa kepekatan nescafe dia berbanding yang lain, sekali hirup bikin kepala otak yang stress jadi aktif tetiba..hehehe *itu akuuuuuuuu le.. :p


Nak jadikan cerita, tadi sewaktu 'melarikan diri' ke Jusco, Lin pegi la kebahagian minuman segera kopi ni, memang terus tuju ke Nescafe, sebabnya stok kat rumah tinggal sikit, tup2 ada offer la pulak, kalau ikut harga biasa sebungkus rm13.99 *tak silap*, tapi tadi offer cuma rm10.99, pastu kalau beli 3 bungkus dapat baucer Jusco rm5, jadi kira punya kira, jimat banyak tu dari harga asal kan? tolak lagi dengan baucer rm5,..ermmmm sambil duk termenung fikir punya fikir, zassssss terus amik 3..hehehe jimat jimat, pastu dapat pulak free gift buku nota dia, kira ok le tu, dapat la buat stok untuk sebulan setengah tu, ye la 1 hari 2 kali minum..kekeke :p
So sapa2 nak pegi beli pi le cepat, esok last day offer kat Jusco tu..hehehhehe





P/S: Sambil minum nescafe ni...slurppppppppppp :p


Kerabu Jantung Pisang Sambal Ikan Bilis.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam adalah hari 'rajin' ke dapur, ala biarpun menu guna rencah segera tapi janji berasap dapur aku tu kan..hehehe. Kelmarin Mak Lin datang bagi jantung pisang, Mak memang tau, Lin suka makan jantung pisang, so dalam kepala otak dah plan nak buat kerabu aje, cuma kali ni buat kerabu ringkas dan mudah saja..
Puas belek2 buku respi zaman tok adam dulu, berhabuk dalam laci tu, hahahahha last2 jumpa juga respinya. Respi ni asal dari respi Lin sendiri, dulu suka cuba bermacam2 respi, bila jadi, Lin terus tulis sendiri dalam buku, so tak le nanti lupa bila nak buat lagi..heheheh *ala2 buku masak Sis_Lin ni :p


Jeng jeng jeng....alaaaa gambar tak berapa cantik, maklum le guna tel cap ayam jek..:p
Tapi takpe janji nampak le jantung pisang tu kan..hehehhe
Ok meh sini Lin kongsi respi 'pondok-pondok' Lin sendiri ni yek..hehehehe

Bahan-bahan:
-1 Jantung pisang(owang panggil apa ek? biji eh?)
-20 tangkai cili kering.(ikut suka)
-Segenggam ikan bilis(ikut suka)
-6 ulas bawang merah kecil.
-Sedikit belacan.
-Garam dan serbuk perasa..

Caranya:
-Jantung di rebus tapi jangan terlalu lembik ye.
-Cili + bawang + belacan di kisar(jangan terlalu halus)
-Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan,
-Tumis semua bahan yang di kisar dengan api perlahan hingga naik bau.
-Potong/hiris jantung pisang yang di rebus tadi.
-Masukkan jantung pisang ke dalam kuali bersama bahan kisar yg di tumis tadi, kacau perlahan.
-Masukkan ikan bilis, garam dan serbuk perasa, kacau hingga sebati dan tutup api.
Sedia untuk di hidang...

*Mudahkan...janji ada jantung pisang...hehehehe :p
Sapa yang nak cuba...Selamat Mencuba :)




P/S: Entry autoupdate: Melarikan diri dari rumah.. :p


Perencah Lada Hitam Maggi.

BY Sis Lin IN 3 comments



Assalamualaikum wbt...

Sekali lagi untuk menu segera, Lin menggunakan khidmat dari 'mr.maggi', cepat dan mudah..kan dah kata bukannya malas, cuma kita cuba sesuatu yang lain dari lain aje, bak kata owang putih 'simple touch cooking' kan gituuuuuu :p
Kalau ikutkan respi perencah tu nak sedap kena le masak dengan daging, tapi Lin guna respi tersendiri, Lin guna ketam untuk hidangan black pepper sos ni..ermm memang sedap pekat dan pedasssss rasanya...sapa2 yang belum pernah dan taknak cuba, cer kowang cuba, tapi kalau kowang memang dah rajinkan nak buat rencah/rempah sendiri, takpe la, tunngu aje le sampai kemalasan kowang tu datang, baru le cuba ye, Lin ni asal boleh aje, suka mencuba.. :p



Hahahaha bikin semak aje kan sayur kobis munga tu, kekekeke. Sayur tu Lin kukus, saja je letak atas macam tu, sebabnya tak masak sayur goreng harini, so untuk anak2 meratah aje sambil makan ketam, kira ok le tu kan...kikikiki
Takde respi2 le, kowang beli paket tu, kat belakang dia ada cara memasaknya..hahahahaaa :p





P/S: Lepas ni entry kerabu jantung pisang pulak yek...*mana tak gemukkk! :p


Thursday, October 27, 2011

Amalan awal bulan Zulhijjah

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt...

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Lin ni nak cerita panjang tak le arif tappi bak kata owang 'malu bertanya sesat jalan' so tak tau kita cari supaya kita faham dan tau, dah tau pandai2 le kita fahamkan dan terus buat tau ye, jangan dah tau tapi lokek ilmu dan taknak amik tau, macam tu baik tak payah tau.. *makan taufu pun sedap juga..hehehehe :p

Image dan info Lin petik dari rata2 media dan Lin edit bagi ringkas dan mudah faham.. 

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah). Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”. Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.





P/S: Saya sudah berambut pendek....! :p


Spontaneous Thursday #10: Rambut

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...


Saya sudah berambut pendek ! ...
sekian terima kasih...


Apa itu Spontaneous Thursday? 



P/S: Ringan kepala otak aku ni...


Wednesday, October 26, 2011

Deepavali a.k.a Diwali

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Kaum India sibuk beraya, kaum Melayu sibuk balik kampung, kaum Cina sibuk keluar shopping, hehehehe
Gitu le bila dapat berpeluang cuti panjang kan, kena pulak anak2 semua cuti seminggu sekolah, fuhhh raya sakan kat kampung ye...apa2 pun yang memandu hati2 di jalan raya, jangan main nak speed cepat sampai je, silap haribulan 'surat cinta jpj' sampai ke pos rumah anda..Bagi yang dah kat kampung tu, tengok anak2 tu, jangan bagi mandi sungai, panjat pokok kang jatuh, lemas sapa yang susah, muka depan akhbar Metro pulak yang keluar kang, dan bagi yang duduk rumah *macam aku* ni, haa ingat2 sikit, jangan asyik nak makan tido je, cuti seminggu 7 hari tup2 timbang berat badan naik 7kg kang..haaa sapa nak jawab? kekekeke


Buat semua rakan, teman juga sahabat yang beragama Hindu, Lin ucapkan Selamat Deepavali buat semua...Have a nice day to all of you...
Kita kan 1 Malaysia, tak salah bagi ucapan balas buat mereka kan...*wink*




P/S: Yeahhh boleh pergi makan muruku dan nasi beriani..yehaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, October 25, 2011

Sambal 'getuk atau 'toktok'

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Harini masak biasa2 aje, ikan masak kicap + kangkung goreng belacan + telur dadar, tapi tetiba tekak nak makan sambal belacan cuma kali ni tukar selera pulak ke Jawo, kita buat sambal 'toktok' atau sambal 'getuk' gitu le lebih kurang orang panggil...kowang panggil apa ek? hehehe
Buatnya tak susah pun, yang bestnya sambal ni boleh tahan lama, sebab bahan2nya semua digoreng dulu..
Ok kali ni Lin tulis respinya ye. *respi simple ok le, kalau respi panjang2 berjela sori le, takdan ente nak menaipnya..


Gambar yang tak berapa profesional yang diamik oleh HP SE Satio..*kita takde DSLR laaa :(

Bahan-bahan:
-20batang lada kering(ikut suka)
-5 ulas bawang merah.
-Segenggam ikan bilis
-Belacan dalam anggaran 1inci.
-Garam secukup rasa.

Caranya:
-Goreng kesemua bahan2, asing2kan supaya senang nak menumbuk, dimulakan dengan lada kering, kemudian bawang merah, ikan bilis dan akhir sekali belacan, masukkan garam sebagai perasa.
Mudahkan..cubalah, nak pedas lagi tambah cili api...




P/S: Waaaaa esok raya laaaaaaaaaa....Selamat Hari Raya :p


Blog & Twitter & FaceBook.

BY Sis Lin IN , 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama aku tak membebel dengan tulisan aku ni kan, asyik2 kongsi dan share artikel aja, hurmm bukannya apa, agak serik bila nak menulis ni, bila kita menulis ada pulak sesetengah orang terasa dengan tulisan kita, bila kita nak meluahkan, ada pulak yang rasa tersindir, ishhh camne la kita nak menulis, padahal kita menulis tu takde pulak mention nama sesiapa kan..hurmmm 
Tapi harini terbuka dan tergedik pulak jari ni nak menulis, tapi bukan isi hati atau luhan perasaan cuma aku nak tulis dan terangkan apa fungsi 3 rangkaian sosial yang aku ada bagi aku..
Kowang baca aje, taknak komen pun aku tak kisah..itu sekadar pandangan dan apa penggunaannya dan fungsinya buat aku aje..


Blogspot: Masuk tahun ni dah 3 tahun aku berblog, suka duka manis pahit semua ada dlm sini, dan dari sinilah aku kenal ramai kawan dan sampai ke harini ikatan persahabatan tu terjalin mesra, dah seperti adik beradik, tapi ada juga yang aku kenal di sini belum lagi aku jumpa tapi berbalas2 komen macam dah lama sangat kenal, itulah kelebihannya, cumaaaa dulu dengan sekarang jauh bezanya. Kalau dulu hampir 4/5 kali aku menulis, sebabnya ada saja kisah dan cerita nak aku ceritakan, sekarang nak mulakan cerita pun aku toleh kiri kanan dulu, ntah la kenapa, berat sangat kalau nak menulis cerita dan kisah aku sekarang, bukan sebab ada yang hentam ke, tapi aku sendiri pun tak tahu..ermmmBukanlah takde update langsung, aku masih update cuma jarang2 aje. 
Follower aku? aku tak paksa mereka follow dan aku tak guna istilah 'i follow u, u follow me' tidakkk sama sekali, mereka suka mereka baca, mereka follow aku rasa rendah diri, kirakan ada juga orang suka dengan penulisan aku, padahal blog rojak2 je ni..Dalam blog ni aku menulis hanya untuk suka2 saja, tidak ada kena mengena dengan sesiapa kecuali kalau aku mention dan menghargai sesaorang itu, memang aku tulis link dia, so jangan ada yang kecik hati ye.
Blogwalking? terus terang sekali aku cakap, aku kalau dah menulis blog, aku ibaratkan macam aku tulis diari, buka buku, amik pen, tulis dan tutup buku, bukan aku taknak blogwalking, tapi terlalu banyak, tak terlayan aku nak buka semuanya, yang ada memang dalam bloglist aku, dan sesiapa yang komen dan tinggalkan jejak, memang aku blogwalking blog mereka cuma nak komen tu, kadang2 aku lupa, baca terus 'blah' sori ok...
Yang penting blog aku menjana pendapatan sambilan aku, biarpun tak banyak tapi adoo jugak masyukkk, bukan niat nak kejar duit tapi secara kebetulan dan dah kira macam buat kerja sampingan.
Cuma aku nak cakap sikit aje dengan ikatan blogspot ni..'Jangan Pilih Kasih'....


Twitter: Hurm rasanya aku mula2 terjebak dengan twitter ni sejak aku sign in dengan churp-churp tu, adiknya nuffnang..sebabnya senang aku nak share link kat situ, kira aktif jugak le twitter aku, dan dah ramai yang follow aku ntah dari mana datang ntah. Aku jarang sesangat bukak, kecuali bila tergerak nak bukak, kalau bukak pun aku suka baca tweet dari artis2 yang aku follow je, suka baca update terkini mereka..hehehe kira gossip la tu salah satunya.. :p
Kalau kowang ada tweet aku, sori la ye kalau aku lambat membalasnya, memang jarang sangat aku buka walaupun nampak aktif twitter aku tu dengan status share link.. :)

FaceBook: Mula2 terjebak setelah semua rakan di blog beralih arah ke fb ni, hurmm mula2 dulu aku takut nak buka acc fb ni, dengar dari kengkawan bermacam2 bahayanya, tapi disebabkan lihat hampir semua rakan aku buat, so aku pun sign in la juga. Mula2 dulu teruja dan kira macam 'retis' seawal buat fb ni, asyik2 update status, bermacam2 status yang keluar, gambar? jangan cakap la, apa je depan mata semuanya nak diuploadnya..hahaha agak kelakar bila diingatkan balik..
Kelebihannya fb ni, simple dan cepat, apa je kowang nak tulis boleh terus update, pendek ke panjang ke, cepat dan mudah, nak komen pun senang aje nak jawab, upload satu gambar, terus masuk dan terus orang boleh komen, tak payah nak jaja2 link macam blog tu, dan yang paling bestnya main game, hehe macam2 game adoo, ada masa aku bukak fb tu semata2 nak main game aje tau, sampai kerja banyak tertangguh..huhuhuhu..
Kawan? dekat fb ni le senang nak cari kawan, kawan sekolah, kawan sekerja, adik beradik, sedara mara, silap2 ex-boyfren pun kowang boleh cari, itu yang datangnya bahaya, cuma pandai2 le kowang nak add dan accept aje..salah kawan, kang cerai berai rumahtangga pun ada..huhuhu..
Cumaaaa aku tak sukanya, bila kita update dan share sesuatu tu, cepat benar yang terasa, padahal sama juga macam blog, kita tak mention pun nama mereka tapi ada juga yang terasa dan mula sindir menyindir, hurmmm tang tu 'lu fikir la sendiri'...tapi ye juga, dalam fb tu kalau nak cakap, kalau nak komen kena la fikir dulu, salah tulis, silap komen zassssss terus orang benci, pastu update pulak status marah2, pastu hentam sana hentam sini, pastu mulalah maki hamun, pastu mula lah puak sana puak sini, ishhh manusiaaaaaa memang sukar nak memafkan kan...
Tapi bagi aku senang aje, kalau ada sesiapa yang try2 nak test aku, maki aku, hamun aku, sindir aku..senang aje aku buat, aku BLOCK terus! habis ceritaaaaaaaaa :p

#aku menulis sekadar apa yang aku rasa dan terfikir, maaf jika ada yang terasa..sekiannn






P/S: Aku rindu dengan geng2 waktu mula2 berblog dulu..huhuhuhuhu


Sunday, October 23, 2011

Hati-hati ketika membeli HandPhone!

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...

Kowang pernah terfikir rahasia bagaimana nak tau status keaslian telefon bimbit kowang yang ori? Hurmm ye la, buatan original ke, cetak rompak ke, mula2 aku pun tak tau..hehehhe tapi ada kawan ni share kat FB cara bagaimana nak check keaslian HP kita..
Ok cer kowang try yek... :)

Gambar dan sumber  dari FB.

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR ! BERHATI2 SEMASA BELI HP...
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda


► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Haaa dapat tak? Sekian terima kasih..hehehhe
Lin punya code IMEI 00- HP Sony Ericsson SATIO...i love SE... :p




P/S: Curi tulang update dari dapur sambil masak..hehehehe


Friday, October 21, 2011

'Roti Manis'

BY Sis Lin IN , 15 comments

Assalamualaikum wbt...

'Roti roti sapa mau roti, roti manis ada, roti kosong ada, roti chicken floss ada, roti kismis dan bermacam2 lagi le roti ada..roti roti.'.....lalalalalalala
Tu antara satu promote Lin untuk 'Roti Manis'...hehehehe *tolong kawan tak salah kan?

Dari mula kenal di FB Lin dah teringin sangat nak order roti dengannya, tengok area, tuan 'Roti Manis' tu duduk area Jb, ingatkan area Skudai rupanya kat Bandar Uda Utama aje, so dekat le dengan rumah Lin, senang nanti nak pick-up rotinya..hehehe
So apalagi test try le order, sekali order sampai 2 jenis, ermm ikut tekak anak2 le ni, Lin order roti cream cheese dan juga roti sosej, memang sedappppp! siyes ni, lembut dan besar full!!



Gambar dari FB Roti Manis.


Roti cream cheese dan roti sosej, itu jam amik, itu jam juga masih panas lagi rotinya...
Kowang try le memang berbaloi dan puashati, harga pun tak mahal, 2 buku Lin order tu cuma rm15 saja..kira ok kan, homemade lagi.. *harga berlainan mengikut jenis roti dan jarak pengahantaran
Nak order add/Like di Fb Roti Manis





P/S: Pagi ni kenyang makan roti..blurppppp alhamdulilah...


Gaddafi akhirnya mati ditembak

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt...

Sejak seminggu ni bermacam2 berita suka dan duka kita baca kan, ngeri pun ada bila nak buka paper tiap2 pagi, ada aje permasaalah dan kes yang terjadi..susah nak komen dan katakan, yang mampu kita berdoa aje moga kita hidup aman tenteram dan sikap perikemanusiaan itu terpupuk dalam diri kita...
Dan pagi ni terbaca pula tajuk 'Gaddafi akhirnya mati ditembak'. Hurmm kang anak2 baca paper mesti dia tanya 'sapa Gaddafi tu Mak?' aduhhhhh kena bukak buku sejarah le gamaknya...huhuhu



Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

Cerita lanjut di KOSMO online




P/S: Mood: malasnyaaaa nak cuci kete..huhuhuhuhu


Wednesday, October 19, 2011

Inilah 'HATI NALURI' Wanita.

BY Sis Lin IN , 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Tempias dari coretan entry Lin yang bertajuk 'Wanita itu lembut, Bukan lemah', Lin dapat 3,4 mesej di FB yang suka dan minta tulis lagi bahan2 yang berkaitan dengan wanita. *waaaah dah macam ustazah pulak aku yek..huhuhu. Tapi sesungguhnya Lin hanya sekadar ingin berkongsi apa yang Lin baca dan research dari internet, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tiada, tapi bukan main copy & paste aje ye, yang mana panjang lebar dan sukar di faham, Lin pendekkan dan Lin edit balik kata2nya, sebab bahasa jiwang ni ada yang anak2 muda susah nak faham, so kita bagi bahasa spontan yang biasa kita guna, mudah dan ringkas dan cepat nak faham..betul tak? hehehe

Terima kasih buat semua yang sudi dan baca entry2 rojak Lin ni, sokongan anda semua amat dihargai, lebih2 lagi jika apa yang Lin kongsikan dapat memberi impak dan tauladan pada semua...alhamdulilah...
So macam biasa le trademarknya 'Sharing is Caring'... :)
Jomm harini Lin kongsi lagi satu nota khas buat wanita..


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


1.Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2.Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3.Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4.Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5.Korban
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6.Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7.Manja
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

8.Ego
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.Cinta
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.Seks
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.





P/S: Susah ke nak fahami hati seorang WANITA???...


Perencah Asam Pedas Maggi

BY Sis Lin IN 13 comments

Assalamualaikum wbt...

Kowang pernah cuba perencah2 brand Maggi? Ye ada macam2 tau, rencah rendang ada, kicap berempah, tumisan 3 rasa, rencah goreng halia dan macam2 lagi la. Setakat ni Lin dah pernah cuba perencah sos lada hitam dia, perghhh kalau masak daging guna perencah Maggi ni, powerr pedas gilerrrrrrr...sedapppp!
Eh eh eh heloooo bukan malas ok sebab pakai yang segera punya, bukannya selalu pun, Lin guna sebulan pun tak sekali tau, agak2 rasa nak cuba kita cuba la, sapa lagi kalau bukan kita yang nak cuba, betul tak? kalau gitu Maggi bukak kilang besar2 tu nak buat apa? kalau masing2 takut nak mencuba? haaaa jawabbbb?


Memang betul kalau kita giling lada dan guna respi nenek moyang, mak ayah kita tu lagi sedap berbanding yang segera punya, tapi ikut memasing la kan, Lin sekadar ingin mencuba dan kongsi bersama kowang je, ishhhh jangan disangka yang segera tu tak sedap, cuba dulu baru tau... 
 Kalau menu asal Lin harini, ikutkan ikan (sagai) tu Lin nak goreng saja, tapi tekak nak makan asam pedas pulak, kebetulan rencah asam pedas ni ada 2 bungkus Lin beli waktu belanja haritu, jadi terus aje la masak mana yang sempat, tak susah pun, cuma tambah asam jawa dan juga ikan/ayam, dan kalau suka tambah la sayur bendi ke terung ke daun kesum ke, ikut suka kowang le...
Hurmm rasanya? cuma agak manis aje sikit, jangan tambah ajinomoto dan juga garam, bila mendidih kowang rasa baru tambah apa yang perlu ye... :)
*juga kurangkan minyak masa menumis, rencah ni sudah tersedia minyak dalamnya.. 


Kowang cuba la yek....ingat! bukan sebab malas tapi respi cepat dan mudah.. :p
*sori le, saya tak PRO amik gambo/deco ni, asal boleh aje la yek.. :p





P/S: Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut? ________


Wordless Wednesday #16: Sungguh Zalim..!

BY Sis Lin IN 4 comments

Assalamualaikum wbt....



Apa itu Wordless Wednesday?






P/S: IBUnya lebih ZALIM dari IBU yang membuang anak di mesjid..!!!!!!!
Ya Allah kau ampunilah dosa2nya....huhuhuhuhu :((


Tuesday, October 18, 2011

Wanita itu lembut, BUKAN LEMAH.

BY Sis Lin IN 7 comments

Assalamualaikum wbt...

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik
untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Wanita itu lembut. BUKAN LEMAH.

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara Lemah dan Lembut.....
Besar perbezaannya

Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut, wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan sedia terhidang di meja makan...

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setulus ZULAIKHA,
Jika kasih tak seikhlas YUSUF,
Tak perlu diri mengharap kasih SARAH,
Jika tak seteguh IBRAHIM,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tiada guna punya MATA kalau tidak dapat MELIHAT,
Tiada guna punya HATI kalau tidak tahu MENILAI....





P/S: Baru dapat duduk update setelah semalaman hingga ke pagi tadi cirit birit..huhuhuhu


Sunday, October 16, 2011

Where are You..?

BY Sis Lin IN , , 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Tiada apa nak di kata, tiada apa nak di perkatakan..so fikir, renung dan bertindak..!



Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menghulur...
Bantulah mereka di SINI.





P/S: Belum Deepavali tapi aku dah dapat 2 jemputan makan raya Deepa ni..hehehehehe


Menjunjung Kasih 'Daulat Tuanku'.

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. – BERNAMA


Menjunjung Kasih ' DAULAT TUANKU ' dari Bisikan Hati-Sis Lin..




P/S: Waktu kecik2 dulu selalu berangan nak jadi permaisuri..ekekekekekekeke :p



Saturday, October 15, 2011

Selamat berhujung minggu.

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Sabtu + Ahad hari yang di tunggu2 kalau bagi yang bekerja, tapi bagi aku, ermm lagi banyak keje nak buat adalahhhhhh...Nak kena cuci baju sekolah, masak kena 2x pagi dan petang, kemas rumah yang rasanya 2x ganda sebab anak2 ada rumah, sapu rumah berkali2, cuma mop aje aku cuti kalau Sabtu Ahad ni..huhuhuhu
Lagipun Sabtu mr.hubby keje macam biasa, tengah harinya pulak aku kena keluar hantar anak,Amat taekwondo..so apa bezanya cuti dengan tak cuti..adeiiiiiiii....
Ahad pulak kalau mr.hubby cuti, time tu la dia nak rest kat rumah, malas nak keluar, so aku kena le ikut dan duduk diam aje kat rumah, paling tak pun malam aje baru keluar ke Pasar Malam atau ke Jusco tu je le, huhuhuhuhu...kena pulak time tengah2 bulan ni, ermmm agak sempit le sikit kocek tu.. ermm
Bagi kowang yang nak jalan2 cari makan dan pasal tu, enjoy ok...have a nice day!

Image search dari en.google.

Waaaaa rasa mau makan ayam panggang + pulut kuning laaaa..jeng jeng jeng..
*beli aje kat Jusco..hahahahaha :p




P/S: Esok banyak urusan nak kena settle kat rumah Mak, semuanya persiapan untuk adik Lin nak kahwin bulan 11 nanti...ermmmm


Friday, October 14, 2011

Jemput makan semua...

BY Sis Lin IN 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Haaa asyik2 update online status kat facebook je kan, apakata kita update dan masuk gambo juga kat blog ni hehehe..
Walaupun cara dan kaedahnya lain blog dengan facebook ni, tapi rasanya amik masa tak sampai pun 30minit kan, bukannya suruh tulis taip penjang2, pendek tapi padat jadi leeee....
Yang penting updateeee...lalalalalalala...*ye leeee nak update le niiii :p


*Kari ikan tenggiri + sup sayur rangka ayam + tempoyak + petai..
(Lauk sardin sambal dengan telur dadar je Lin tak amik)..hehehehe, 
Apa? Banyak lauk? Ohhh kalau hari Jumaat memang Lin masak lebih menu, sebabnya anak2 banyak masa duduk rumah, so mereka ni makan makan dan makan aje..huhuhu hari lain, balik sekolah dah penat, petang ke malam baru makan, tapi hari Jumaat, balik sekolah terus makan, nanti petang makan lagi, malam makan lagi, so sebab tu Lin masak lebih menunya..heheheh :p

Jemput makan semuaaaaaaaaa...Bismillahirrohmannirrohimmm..




P/S: Tekak teringin nak makan pulut kuning laaaaaaaa...huhuhuhu

Thursday, October 13, 2011

Spontaneous Thursday #9: UNfriend

BY Sis Lin IN 8 comments

Assalamualaikum wbt...


Ada aku kesah!!! 
Bila dapat tau 'DIA' UNfriend aku di FB...!!!!!!





Apa itu Spontaneous Thursday? 





P/S: Nak UNfriend ke nak ON ke, suka hati la cik kak oiii..ada aku kesah! lagi bagussss, tak semak kat wall aku!!!!! huh..!


Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #14: Nasi Kerabu.

BY Sis Lin IN 7 comments

Assalamualaikum wbt..



Apa itu Wordless Wednesday?





P/S: Nasi kerabu di Jalan Datin Halimah memang shedappppppp menjilat kuku!!!


Tuesday, October 11, 2011

Penyanyi Ahmad Jais meninggal dunia.

BY Sis Lin IN 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Inalillahiwainnahilairojiun....
DATUK MOHD JAIS AHMAD ( 1936 - 2011) dalam kenangan....
A-Fatihah dan Salam Takziah bt seluruh keluarga arwah..
Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...A-Minnn


KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama




P/S: Suka lagu arwah bertajuk 'Budi Setahun Segunung Intan'.....


Monday, October 10, 2011

Jangan Bersedih "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt...

Kita sebagai hambanya harus 100% yakin yang Allah sentiasa membantu kita walau dalam keadaan susah yang amat sangat sekalipun. Yakin yang Allah Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindung dan Maha Mengasihi hambanya...A-Minnnnn


Jangan Bersedih, "Hasbunallah wa ni'mal wakil"

"Hasbunallah wa nikmal wakil", diucapkan oleh Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba2 menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. "Hasbunallah wa nikmal wakil," juga diucapkan oleh Nabi Muhammad saat perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.

Tatkala Ibrahim diletakkan di manjaniq, Jibril bertanya kepadanya, "Apakah engkau butuh kepadaku?" Ibrahim menjawab, "Kalau kepadamu [aku] tidak [butuh] tapi kalau kepada Allah, ya."

Laut itu bersifat menenggelamkan, dan api bersifat membakar. Namun air laut itu bisa menjadi kering, dan api menjadi bisa dingin, disebabkan: "Hasbunallah wa nikmal wakil"

Musa melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejar di belakangnya. Maka ia pun berkata :

Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku {QS. Asy-Syu'ara: 62}

Disebutkan di dalam Sirah Rasulullah bahwa tatkala dia masuk gua (Hira) Allah kemudian menundukkan merpati supaya membuat sarangnya dan laba2 merajut rumahnya di mulut gua. Sehingga orang-orang musyrik berkeyakinan bahwa Muhammad tidak mungkin masuk ke dalam gua ini.

Ketika hamba menyadari bahwa semua ini adalah perlindungan rabbani tentunya ia juga akan menyadari bahwa disana ada Rabb Yang Maha Kuasa, Maha Penolong, Pelindung dan Maha Pengasih. Dan, saat itulah ia bergantung kepada-Nya.

Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang. {QS. Yusuf: 65}

Petikan: La Tahzan.




P/S: Harini Isnin 10hb Okt, paper last untuk PMR...Gud Luck! *macam aku pulak yang amik periksa :p